Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

7.1.10

su 'Allah' terus marak dengan demo

I
Jimadie Shah Othman
Jan 6, 10
12:06pm
kemaskini 2.23pm Bantahan terhadap penggunaan kalimah 'Allah' dalam mingguan Katholik terus marak dengan demonstrasi walaupun kerajaan menyeru semua pihak bertenang dan kes tersebut kini di peringkat rayuan.

Setelah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merancang mengadakan bantahan di seluruh negara Jumaat ini, sebuah lagi persatuan Islam berpengaruh, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) juga akan menganjurkan bantahan yang sama.

Bantahan yang dinamakan 'Satu hati mempertahankan kesucian Islam' diadakan selepas solat di Masjid Negara dan akan diketuai presidennya sendiri Jamaluddin Yusof.

Selain itu, dua NGO Islam berpengaruh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan berhimpun di masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada waktu yang sama.

Pada malam sebelumnya, Pekida juga merancang mengadakan solat hajat di Masjid Negara, tambah seorang pemimpinnya yang enggan dinamakan.

Pada 31 Disember lalu, keputusan mahkamah membenarkan majalah Herald The Catholic Weekly menggunakan nama Allah dalam penerbitannya, mengundang reaksi negatif banyak kelompok dalam masyarakat Islam.

Isu tersebut pada mulanya dijangkakan akan reda apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta umat Islam bertenang dan tidak terlalu "memanaskan" isu sensitif tersebut kerana kerajaan akan menanganinya sebaik mungkin.

Sehari selepas arahan Najib dibuat, Pemuda Umno Selangor yang turut bercadang mengadakan perhimpunan besar-besaran Jumaat ini menangguhkan hasrat tersebut.

Bagaimanapun, terdapat ura-ura di laman blog bahawa bantahan di Selangor akan terus dilaksanakan di Masjid Shah Alam oleh satu kumpulan yang menamakan diri mereka Anak-anak Muda Islam Selangor (AMIS).

Manakala bantahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan 13 lagi NGO – yang membuat aduan polis bagi membantah tindakan The Herald menggunakan perkataan Allah – masih belum jelas.

Setiausaha Agungnya Datuk Dr Maamor Osman dilaporkan berkata, jika isu terbabit tidak dapat diselesaikan segera, kesemua NGO tersebut akan mengadakan perhimpunan besar-besaran selepas solat Jumaat di masjid-masjid utama di Kuala Lumpur.

The Herald, yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan 'Allah' dalam seksyen bahasa Malaysia sebagai terjemahan perkataan God.

Perkataan 'Allah' digunakan secara meluas di kalangan suku kaum beragama Kristian di Sabah dan Sarawak, yang sebahagian besarnya bertutur dalam bahasa Malaysia, selain bahasa ibunda etnik masing-masing.

Penerbit mingguan itu mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang melarang penggunaan perkataan 'Allah' dalam akhbar itu, di mahkamah pada 16 Februari tahun lalu.

KDN semalam memfailkan permohonan bagi menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu berhubung kebenaran menggunakan kalimah tersebut.

MalaysiaKini

6.1.10

Khalil Idham Lim: Rampasan kuasa 'ibu segala maksiat' di Perak


Drs Khalil Idham Lim


Rakyat Perak yang telah menyerahkan kuasanya pada suatu masa dulu kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah Perak sentiasa mengharapkan krisis di negeri itu dapat diselesaikan dengan segera. Pertikaian yang berlarutan oleh pihak Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sesuatu yang memang merugikan. Kerana itu apa pun saluran yang digunakan adalah tidak seefektif sebagai saranan dari banyak pihak supaya pembubaran DUN dilakukan demi mengembalikan situasi politik yang lebih aman dan tenteram di Perak.

Menurut satu laporan dari BERNAMA tentang lawatan Menteri Besar Kudeta Perak ke Eropah dan AS , Kelmarin Dr Zambry Abdul Kadir dikatakan menyatakan harapannya supaya semua pihak yang terbabit dalam krisis perlembagaan di negeri itu melihat untuk membangunkan pertumbuhan ekonomi negeri daripada berterusan menimbul isu yang sama berulang kali.

Katanya ekonomi negeri perlu distruktur dan dikembalikan semula statusnya yang gemilang satu ketika dahulu daripada berterusan berbahas mengenai isu.

Semuga sekembalinya beliau dari Eropah dan AS, dia akan memberi laluan kepada penyelesaian krisis yang sekiann lama tertangguh, samada di Dewan dan Mahkamah. Dr. Zambry mestilah menunjukkan tindakan yang sebenar setelah mengeluarkan ucapannya seperti diatas.

Perlu diingat bahawa dakwaan beliau mengenai usaha berterusan menimbulkan isu yang sama berulang kali adalah berpunca dari UMNO/BN itu sendiri. Contohnya dalan isu "Melayu" siapakah yang sengaja menimbulkan onar dan fitnah kepada pemimpin Pakatran Rakyat dengan harapan untuk meraih sokongan rakyat.

UMNOlah yang mengulang-ulang berkali-kali sesuatu isu dan rekod ini adalah sesuatu yang telah umum diketahui oleh rakyat Malaysia.

Sesungguhnya dalam krisis perlembagaan yang belaku di Perak, sebetulnya ianya tidak akan berakhir dengan berlakunya pilihanraya kembali dengan dibubarkan DUN Perak. Tindakan BN yang melakukan kudeta adalah "ibu segala maksiat" yang berlaku di Perak.

Jadi siapakah yang bersalah di Perak. Tidak lain BN dan UMNOlah yang bersalah sehingga timbulnya situasi yang tidak menetu di Perak dan rakyatnya menjadi mangsa.

Malah kekecohan demi kekecohan yang berlaku di Perak adalah hasil dari arahan melampau kepada pihak keselamatan untuk menghalang rakyat berhimpun secara aman dan yang terlebih malang menghalang ADUN Pakatan Rakyat Perak untuk menghadiri sidang dan untuk mengadakan sidang.

Benarkan ucap seorang rakan apabila dia mengatakan sesuatu yang ada kelebihan kepada UMNO ialah mengaku sesuatu yang dia tidak lakukankan . Sebagai contoh mengaku sebagai pejuanga melayu walaupun dia penghinat Melayu, mengaku pejuang bahasa sedang dia hancurkan bahasa melayu, mengaku pejuang sekolah agama sedang dia yang menutup, berjuang dalam hal tulisan jawi sedangkan menteru UMNOlah yang membunuhnya, menunjukkan usaha membenteras rasuah sedangkan dialah perasuah dan macam-macam lagi.

Dr. Zambry juga dipetik sebagai berkata, "Ramai rakyat Perak merasa ahli politik tidak perlu lagi membangkitkan isu dan kita mesti melihat dengan bersungguh-sungguh untuk membetulkan perkara yang lepas sekiranya kita mahu membetulkan tanggapan," katanya kepada pelajar Malaysia di United Kingdon semasa perjumpaan di King College London di London kelmarin.

"Akhirnya rakyat akan mengadili kita (ahli politik) berdasarkan siapa kita dan apa visi kita. Ia mengenai menjaga rakyat agar rakyat boleh tinggal secara aman. Kita perlu meneruskan pembangunan ekonomi, tidak boleh terlalu banyak politik," katanya.

Kebanyakan soalan yang dikemukakan pelajar kepada Zambry dalam pertemuan itu dikatakan berkaitan dengankrisis perlembagaan Perak di mana pelajar ingin tahu perkara sebenar yang berlaku pada Februari lalu apabila Barisan Nasional kembali berkuasa dengan majoriti mudah.

Yang kami tetap meragui setiap jawapan yang diberikan olehy Zambry. Termasuk apakah jawapanya bila ada yang bertanya kenapakah hakim mahkamah persekutuan setelah pembicaraan pada 5 November lepas masih tidak memutuskan siapakah MB Perak yang sah?

Saya masih menunggu apakah situasi sebenar yang belaku semasa soal jawab tersebut. Manalah tahu perkara yang belaku semasa rombongan Mufti umno dan rombongannya ke Mesir, Jordan, Syria dan Dubai suatu masa dulu turu sama belaku semasa penerangan krisis Perak dijelaskan dihadapan mahasisiwa di London kelmarin.

Pemuda PAS jumpa Paderi, tidak berdemo


| Print | E-mail
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Ketika Pemuda Umno dan Ngo yang menyokongnya mahu mengadakan demo, Pemuda PAS telah menghantar satu surat semalam dan mahu mengadakan pertemuan serta dialog bersama Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam dalam tempoh terdekat ini berhubung isu nama Allah.

Surat itu dihantar oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP), Kamaruzaman Mohamad (gambar).

Pemuda Umno bersama beberapa Ngo telah merancang untuk mengadakan demo bagi membantah keputusan mahkamah itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussein pula dalam langkah yang mengejutkan telah membenarkan demo itu diadakan walaupun jelas demo itu akan memanaskan hubungan antara agama dan kaum di negara ini.

Dalam satu kenyataan medianya, Kamaruzaman berkata, Pemuda PAS Wilayah tidak berhasrat untuk menyertai atau mengadakan apa-apa demontrasi berhubung isu nama Allah pada masa ini demi mengelakkan ketegangan antara agama yang berlaku menjadi lebih serius.

"DPPWP melihat pertemuan sebegini adalah ruang yang lebih positif bagi membincang dan menyampaikan hasrat umat Islam berhubung isu yang sensitif ini secara matang," katanya.

Menurutnya, ruang diplomasi masih ada dan pihaknya menolak sebarang tindakan agreasif bersifat provokasi yang boleh memburukan lagi keadaan ini.

"DPPWP menyokong keputusan PAS Pusat supaya perkara ini dibincang dengan mengambil kira sensitiviti rakyat keseluruhannya," katanya.

DPPWP juga bercadang untuk menjemput beberapa pimpinan lain untuk turut serta selepas pihak mereka memberikan jawapan berhubung hasrat pertemuan ini.

"Kita amat berharap agar pihak mereka menerima tawaran dialog ini demi kebaikan rakyat keseluruhannya," katanya.

DPPWP juga berharap agar umat Islam dapat bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan imej Islam.

Isu Perak: Pilihan raya atau tidak?


Anak Sengat

Keputusan mahkamah tentang siapa Menteri Besar yang sah di Perak kian mendebarkan. Khabar angin yang masuk mengeluarkan asap panas di serata pelusuk negeri Perak.

Perkembangan politik Perak yang seakan muram kembali hangat menjelang keputusan mahkamah yang ditangguhkan.

Keputusan yang menentukan halatuju negeri Perak. Apakah isu nama Allah yang lahir dari keputusan mahkamah juga sesuatu yang dirancang untuk politik Perak? Segalanya tidak mustahil dalam politik Malaysia. malah banyak yang pelik dari tak peliknya.

Tinjauan di sekitar Ipoh sehari dua ini khususnya di bangunan umNO yang terletak bersebelahan dengan hotel Casuarina dan sebaris dengan istana Kinta sedikit menjemput persoalan.

Kebanjiran kereta setiap malam mengundang pertanyaan. Mesyuarat umNO di beberapa cawangan umNO khususnya sekitar Ipoh yang dijalankan seakan serentak satu arahan itu juga boleh menimbulkan tandatanya.

Keputusan mahkamah boleh diramal berdasarkan undang undang, kecenderungan politik dan sokongan kaum bukan melayu yang sedikit mempercayai Najib hasil satu Malaysia memberi sedikit kelegaan kepada umNO.

Usaha Najib melalui satu Malaysia yang sebenarnya menjelmakan konsep Malaysia malaysia yang diperjuangkan DAP dulu memberi harapan kepada bukan melayu. Konsep Satu Malysia ini tidak di fahami oleh kaum melayu. Mereka masih dibutakan dengan perjuangan kebangsaan umNO melalui slogannya.

Bajet Zamry yang mencetuskan sejarah bajet tercepat dan terengkas diluluskan di dunia membuktikan perhatian umNO beralih kepada kaum bukan melayu. Peruntukan khas kepada sekolah bukan melayu seperti SUWA melegakan Cina.

Walaupun peruntukan seperti itu ditentang sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat, namun apa yang dibuat oleh Bn itu digambarkan sebaliknya.

Peruntukan sama di zaman DS Nizar menjadi MB dianggap khianat kepada melayu walaupun meluluskan peruntukan sama kepada sekolah agama, namun peruntukan sama kerajaan Kudeta Zamry dianggap keadilan kaum.

Inilah hipokritnya umNO. Ia juga melambangkan kebodohan penyokong yang menyokong dan mengiakan secara "mengkhinzir buta".

Ternyata detik 7 Januari akan menentukan halatuju politik Perak. Zamry seakan akur bahawa kuasa yang ada padanya sekarang adalah umpama kuasa kerajaan pasir berdengung. Ada tahta tanpa rakyat dan kuasa.

Walaupun beliau mengaum mengatakan ramai pelabur datang ke Perak...akal yang sihat akan melihat betapa bodohnya pelabur yang ingin melabur di dalam sebuah kerajaan yang terumbvang ambing melalui Menteri Besar yang masih dipertikaikan kuasanya di mahkamah.

Pelabur bukan bodoh sebagaimana bodohnya penyokong kudeta ini. Mereka tidak akan mjencagarkan pelaburan mereka dalam negeri yang tidak menentu politiknya.

Keyakinan beberapa perkara di atas menjadikan keyakinan semakin kuat bahawa pilihan raya adalah jalan terbaik buat penyelesaian kemelut politik Perak.

Itupun jika mereka meyakini mereka ada peluang untuk menang.

3/2 PR di Perak

Percaya atau tidak dalam keputusan Mahkamah Persekutuan untuk PR mendapat 3/2 undian dari menghakiman. Tetapi ini tentunya hanya khabar angin yang kononnya ditiupkan oleh PR di Perak. Tetapi nampak SPR telah mula bergerak dari sekolah ke sekolah. Apakah akan dibubur Dewan Undangan Negeri di Perak.

Bila-bila masa Perak akan menghadap Pilihanraya. Apakan akan berulang keputusan yang sama seperti PR 12 kita tunggu & lihat.

Saya lebih mengatakan 50% ... 50% lantaran politik Melayu di Perak masih kuat menyokong UMNO. Dari keputusan PR12 jelas bukan mudah PAS mahu mengalahkan UMNO. Segalanya bergantung kepada MCA & DAP. Kaum cina yang dapat mencorakkan politik di Perak. Kalau MCA itu pulih & kuat kembali; jangan harap PR13 akan dapat memerintah Perak.

Segalanya di tangan pengundi. Seperkara lagi kenapa BN tidak mahu segera diumumkan keputusan Mahkamah Persekutuan ini... pasti ada rahsia & agenda di sebaliknya. Sekarang nampaknya 1Malaysia menarik perhatian umum dengan isu nama Allah.

Peliut.

Iktibar daripada kemalangan Nizar
Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar

IPOH, 7 Jani: Kemalangan yang menimpa YB Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan suatu takdir Illahi.

Sama takdirnya, dengan jatuhnya Kerajaan Perak yang Dato’ Seri pimpin setahun yang lalu.

Dan malapetaka yang berlaku kepada beliau adalah di hadapan Hotel Casuarina (berdekatan bangunan UMNO PERAK).

Adakah ini suatu kebetulan?

Dengan penghakiman kes pencabulan demokrasi Negeri Perak masih belum selesai, seharusnya peribadi Dato’ Seri dijaga rapi terutamanya dalam aspek keselamatan diri dan keluarga beliau.

Tanpa mengaitkan kemalangan ini dengan unsur politik, semua kepimpinan PAS termasuk pihak Pas negeri, pusat khidmat masyarakat Dun Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang perlu memastikan beliau diiringi oleh seorang pengawal peribadi atau pemandu bagi segala urusan beliau.

Ini perlu bagi memastikan keselamatan beliau terpelihara.

Sebagai suatu pengiktibaran, Almarhum Dato’ Prof Zulkifli Mohammad dan isteri juga mati disebabkan kecelakaan jalan raya.

Sehinggakan kecelakaan beliau itu dikaitkan dengan motif politik yang memaksa kerajaan ketika itu dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman terpaksa membuat ucapan dalam Dewan Parlimen menerangkan kematian Zulkifli Muhammad bukannya kerana angkara perbuatan khianat.

Ingatan ini bukan sama sekali menafikan takdir Illahi, kerana kita tahu jika takdir Illahi sudah sampai “Ia tidak akan dipercepat dan diperlambat walaupun sesaat” Walaubagaimanapun sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran yang waras, kita boleh berusaha menghindarinya.

Sekian, terima kasih

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Mantan Setiausaha PAS Jalan Yadi Sungai Udang

Kemalangan: Nizar ditahan di Hospital Raja Perempuan Bainun
Harakahdaily
IPOH, 7 Jan: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang ditahan di Wad 8C Hospital Raja Perempuan Bainun setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya di hadapan Hotel Cassuarina, di sini pagi ini.

Menurut pembantu peribadinya, Amran Harun, semasa kejadian, Nizar yang memandu sendiri cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari simpang dan terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

Katanya, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu hanya mengalami luka-luka di bahagian siku kanan walaupun kenderaannya rosak teruk.

Sementara itu, Berita Harian online melaporkan Nizar cedera selepas kereta dipandunya terbalik dengan empat tayar ke atas akibat kemalangan jalan raya di Ipoh pada 9.30 pagi tadi dan kini dirawat di Hospital Ipoh.

Kalimah Allah : Antara Kebenaran Dan Kekeliruan


Tun Faisal Ismail Aziz

Semalam penulis mengambil sedikit masa berbual dengan seorang rakan beragama Kristian. Penulis tanyakan kepadanya, "adakah aqidah seorang Kristian akan terpesong sekiranya perkataan `God' digantikan dengan `Tuhan'?"


Katanya tidak. Penulis tanyakan kepadanya lagi, "semasa dia berdoa, apakah perkataan yang digunakan?" Jawabnya, dia berdoa dalam bahasa Inggeris dan memulakan doanya dengan perkataan `Lord'.

Sebelum itu, kelmarin penulis telah `post'kan di Facebook (FB) penulis "ada sejumlah orang yang menyatakan bahawa di Sabah dan Sarawak, perkataan Allah sudah lama digunakan.

Semakan penulis dengan rakan-rakan di Sabah menunjukkan pertamanya, dalam sebutan orang Kristian di sana, mereka masih menggunakan menyebut Tuhan mereka sebagai `God', `Lord' dan `Jesus' (bukan ISA?!!!).

Kedua, jika adapun yang digunakan oleh pribumi, adalah perkataan `Alah' atau Tuan Alah (bukan Allah).

Ketiga, (walaupun ramai yang tidak mahu prejudis dengan tujuan kenapa Gereja Katolik bersungguh-sungguh mahu menggunakan perkataan Allah) semasa ia mula digunakan di Sabah dan Sarawak dulu, adakah kerana di dalam Bible (yang dibawa oleh missionaries ketika itu) menggunakan perkataan Allah? Tidak, tetapi tujuan perkataan ini digunakan adalah untuk meng`Kristian'kan pribumi dengan lebih mudah."

Respon yang penulis terima menakjubkan. Antaranya, seorang rakan FB menyebut "bohong, bohong, istilah atau mengguna pakai perkataan `Allah' dalam Kristian di kalangan orang Sabah dan Sarawak sudah lama adalah satu pembohongan.

"Saya bersekolah di sekolah mission dari darjah satu hingga tingkatan lima, pernah mengambil mata pelajaran Bible Knowledge dan mendapat distinction satu, bermakna saya sudah membaca Bible tu dalam bahasa Inggeris; tidak ada istilah atau sebutan Allah.

"Sembahyang mereka berbunyi, "In the name of Father, the Son and the Holy Spirit" (yang) bagi kita (orang) Islam, telah dinafikan oleh Surah al-Ikhlas. Setahu saya baru kini Bible itu diterjemah/ditulis ke dalam bahasa Iban mungkin dalam bahasa Melayu untuk kefahaman kaum itu dan (ada) perkataan yang dipinjam dari sebutan bahasa melayu termasuklah perkataan Allah sebagai tuhan yang mudah disebut dan memberi erti kepada kepercayaan mereka."

Seorang lagi rakan FB menyebut "if you notice it's just the Catholics saja, the Protestants tarak hal about the Allah terminology pun"

Ada rakan FB yang menyanggah dengan menyatakan "go and read AlKitab for the Christians in Sabah, Sarawak and Bahai, they use `Allah' and it has been a while now"

Jawabnya, "When I was a kid, we used to look a book stated clearly `Bibble'. But since you mentioned `AlKitab', that must be a new Bible with improvement and new cover."

Maksudnya, ada masalah dengan kronologi peristiwa. Jika ia sesuatu yang baru berlaku, lebih-lebih lagi jika terjemahan Bible tersebut dibawa masuk secara haram dari negara jiran, adakah `kisah' ia telah lama digunakan itu satu pembohongan?

Tan Sri Bernard Dompok dalam kenyataannya yang dilaporkan oleh World News Malaysia, menyebutkan "rakyat Sabah menggunakan perkataan Tuhan `Allah' kerana generasi muda lebih SELESA dengan penggunaan bahasa Malaysia, malah ia telah lama digunakan"

Katanya lagi "Dalam upacara yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris perkataan Tuhan (God) digunakan, jika dalam bahasa Malaysia, istilah Allah digunakan dan sekiranya dalam bahasa ibunda seperti Kadazandusun, 'Kinoingan' digunakan".

Apa yang boleh kita simpulkan dari kenyataan di atas; pertama, bahasa Melayu tidak berkembang ke Sabah sejak lama dahulu.

Ada kemungkinan ia fenomena baru, selepas Sabah menyertai Malaysia dan ada kemungkinan sebelum itu pribumi Sabah termasuk Kadazandusun lebih selesa dengan perkataan Tuhan dalam bahasa ibunda mereka dan bukan perkataan `Allah' yang merupakan perkataan yang terkemudian datangnya, iaitu dengan perkembangan bahasa Melayu ke negeri itu.

Kedua, Bernard menyebut bahawa, perkataan `Tuhan Allah' digunakan atas faktor keselesaan (itu pun selepas kehadiran bahasa Melayu di Sabah), bukan atas faktor aqidah. Disebabkan itu, tidak ada masalah bagi mereka menukar-nukar istilah Tuhan dari God, Tuhan Allah dan Kinoingan.

Sekiranya ia didasarkan kepada faktor keselesaan, bukankah Kadazandusun akan dilihat lebih bertimbang rasa dan bertoleransi sekiranya mereka menggunakan perkataan `Kinoingan', iaitu Tuhan dalam bahasa ibunda mereka? Begitu juga kaum Iban yang boleh menggunakan perkataan 'Petara', iaitu Tuhan dalam bahasa ibunda mereka.

Tidakkah ini lebih bersifat budiman berbanding mahu mewujudkan ketegangan dalam negara? Tidakkah ini bentuk politik baru dan sikap toleransi yang kita inginkan?

Ketiga, kita dimaklumkan bahawa Herald dicetak dalam empat bahasa, iaitu Cina, Tamil, Kadazandusun dan Melayu. Adakah dalam tiga bahasa yang lain ini `God' diterjemahkan sebagai `Allah' juga?

Seorang rakan FB dari Oxford, United Kingdom, Abdillah Noh menulis dalam ruang `Discussion' menyebut secara logiknya, keputusan itu betul, "tetapi Allah adalah perkataan Arab bagi Tuhan., digunakan oleh orang-orang Arab tanpa mengira agama dalam konteks dunia Arab. Ia merupakan budaya dan `Arabic'".

Soalnya kemudian, "apakah tujuan memfailkan untuk kebenaran menggunakan nama `Allah' apabila tiada yang dipertimbangkan selepas lebih 50 tahun kemerdekaan negara?

Kenapa `Allah' digunakan dalam konteks budaya yang jelas bukan Arab. Adakah tujuannya untuk menyakitkan? Salah guna? Mengelirukan? Menghina? Lebih buruk lagi memperlekehkan?

Sedihnya ada komuniti di Malaysia yang berterusan membina institusi yang memusnahkan daripada membina sikap saling mempercayai".

Seorang Kristian bernama Michael Sibinil menulis komen dalam sebuah blog, menyatakan "the title I chose above has a strong concordance to the fallacy of a few misguided people of Sabah and other so-called Christians organisations who dares confront the Muslim ulamas and those in the government pertaining to the use of the name of Muslim God "Allah" in the Malay version of Christian bibles.

As I have affirmed earlier in a pretty long treatise titled "Allah is A Name, Not A Word", I say it again that you will surely lose the court case. I do not want to bet with you but the case is overwhelmingly on the side of Islam and not yours.

If the premise for the usage of the word is purely based on the used of the name by Christian Arabs in the Middle East, the case shall be thrown out at its first mention.

If the contention is in the etymological consideration of the word `Al-Ilah' or `Elah', the burden is on you to prove that `Allah' is a contraction form either one of these Arabics words for Gods".

Hmm, isunya -

1. adakah persiapan menentang kes ini dibuat di atas justifikasi yang tidak meyakinkan atau pendekatan yang salah?

2. adakah yang di dalam parti yang menggunakan nama Islam kurang berilmu pengetahuan dan kurang pendedahan?

http://www.pemudaumno.org.my

15.12.09

Jangan pertaruhkan masa depan Kerajaan PAS Kelantan


| Print | E-mail
Mohd Rashidi Hassan| rashidi@harakah.net.my

Seluruh ahli, pemimpin dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat sama ada yang di dalam atau di luar negeri mempunyai kebimbangan yang sama, iaitu bimbang Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dijatuhkan.

Sehingga ada cakap-cakap di kalangan penganalisis politik yang mengatakan, jika waktu ini, dengan kemelut yang ada, jika Tok Guru tidak lagi memimpin kerajaan, jika diadakan pilihan raya, Kelantan akan tumbang di tangan Umno-Barisan Nasional.

Sudah tentu cakap-cakap ini menakutkan. Tetapi dalam politik kita mesti realistik. Ada masa kita menerajui, ada masanya kita diterajui. Ada masa kita memerintah, ada masanya kita diperintah.

Malah Umno-BN juga merasakan sebegitu. Mereka fikir mereka lebih berpeluang untuk merampas Kelantan daripada PAS, jika Tok Guru tidak lagi memimpin.

Tok Guru adalah ikon terunggul dalam PAS. Juga ikon bagi rakyat Kelantan. Tok Guru juga merupakan idola yang disayangi, oleh ramai kalangan masyarakat berbilang kaum dalam negara.

Maka Umno-BN tiada jalan lain, selain membunuh karektor dan peribadi Tok Guru, anak-beranak. Dengan bantuan media massa dan pihak-pihak tertentu, Umno-BN sedang menjalankan strategi 'character assassination' terhadap Mursyidul Am PAS.

Maka sejak akhir-akhir ini mereka menghalatujukan serangan bertalu-talu ke atas Tok Guru. Dengan harapan Tok Guru akan tertekan dan menjadi lemah. Mereka amat berharap Tok Guru meletakkan jawatan agar mudah mereka 'kilas' PAS di Kelantan.

Cabaran buat PAS di Kelantan


Justeru, cabaran yang paling besar buat PAS di Kelantan, malah di seluruh negara ialah bagaimana kita harus memastikan PAS terus menerajui Kelantan, walaupun ditakdirkan suatu hari nanti Tok Guru tidak lagi memimpin.

Kita harus sedar, kita tidak seharusnya mempunyai perasaan atau sindrom nafi (denial syndrome) bahawa, dengan kekuatan PAS yang ada, Kelantan tidak akan tumbang ke tangan BN.

Sindrom nafi ini juga sebelum ini wujud ketika PAS memimpin Terengganu 1999-2004, sehingga ada yang mengatakan dengan kekuatan yang ada, iaitu PAS memperolehi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri, berbanding BN 4 kerusi ketika itu, Kerajaan PAS tidak mungkin tumbang.

Nah! Kita sudah lihat apa yang sudah terjadi pada PRU 2004. Ia sudah menjadi fakta sejarah yang tidak boleh kita nafikan lagi.

Maka, yang amat kita bimbangi sekarang ini ialah, masa depan Kelantan di bawah PAS. Kita tidak seharusnya mendabik dada, bahawa dengan kekuatan PAS memimpin kerajaan selama 19 tahun, PAS tidak mungkin tumbang.

Kita harus memperhalusi, apakah elemen-elemen yang akan membuatkan kerajaan negeri pimpinan kita, goyah dan dilihat bakal dijatuhkan.

Kebimbangan seumpama ini harus dinyatakan kepada ahli-ahli politik yang memimpin PAS di semua peringkat di Kelantan pada waktu ini, termasuk juga anak menantu Tok Guru, kerana pada tangan merekalah nanti, akan ditentukan masa depan Tok Guru dan kerajaan negeri.

Percaturan politik PAS


Kedudukan dan percaturan politik dalaman PAS di Kelantan memang hebat. Percaturan ini bukan rahsia lagi. Mereka sering bersaing hebat untuk merebut jawatan tertinggi dalam PAS kawasan, melobi untuk menjadi calon dan mendapat kedudukan dalam PAS negeri.

Dalam erti kata lainnya, politiking dalam PAS di Kelantan, sentiasa hebat dan rancak. Tetapi belum wujud perpecahan dalaman yang serius. PAS Kelantan tidak dijangkiti penyakit seperti Umno Kelantan.

Setakat ini Alhamdulillah, sehebat mana pun percaturan politik dalaman PAS, mereka hanya bersaing untuk mendapatkan jawatan, menjadi Adun, Ahli Parlimen atau Exco, tetapi solid ketika berhadapan dengan Umno-BN.

Persoalannya untuk jangka panjang, mampukah pemimpin-pemimpin PAS di Kelantan, sentiasa dalam keadaan solid dalam menghadapi Umno-BN?

Apapun, kedudukan Tok Guru pada waktu ini tidak wajar dipertikaikan sama sekali, selagi rakyat dan parti mahukan beliau memimpin, beliau akan terus kekal sebagai Menteri Besar.

Namun secara realistiknya, kita juga harus memperakui bahawa harus wujud pelapis dan pengganti Tok Guru pada waktu akan datang. Sehingga ada suara-suara dalaman PAS yang mahukan Tok Guru menamakan pengganti beliau.

Soal wajar atau tidak, bila masa dan waktu yang bersesuaian untuk menamakan penggantinya, itu terpulang kepada Tok Guru.

Tetapi, sekali lagi persoalan harus dilontarkan terhadap ahli-ahli politik PAS di Kelantan termasuk dengan anak menantu Tok Guru, apakah mereka boleh menunjukkan solidariti, apakah mereka boleh menjamin, bahawa mereka tidak bertelagah dalam soal pengganti Tok Guru ini?

Apakah pemimpin-pemimpin PAS Kelantan boleh menjamin bahawa, mereka tidak akan berebut untuk menjadi MB? Apakah pemimpin-pemimpin ini boleh memberi jaminan, bahawa mereka tidak akan 'cas keting' sesama sendiri?

Apakah juga pemimpin ini, boleh memberi jaminan bahawa, mereka tidak akan melobi pihak-pihak tertentu, sama ada pucuk pimpinan tertinggi ataupun pihak istana untuk mendapatkan jawatan MB?

Kebimbangan yang wujud

Yang amat kita bimbangi sekarang ini ialah, jika ada atau jika wujud perasaan iri hati dan kalbu kotor di kalangan kepimpinan negeri.

Jangan sesekali ada di kalangan pemimpin yang tergerak dalam hati mereka kata-kata seumpama; "Jika aku tidak dapat (jadi MB) maka aku akan halang si fulan menjadi MB, biarlah parti lawan yang menjadi MB."

Yang amat kita bimbangi sekarang ini ialah, jika tindakan anak menantu Tok Guru yang boleh disalahtafsirkan atau menjadi bahan fitnah yang merosakkan imej Tok Guru dan masa depan kerajaan negeri.

Persoalannya di sini bukan soal hak, bukan soal kelayakan atau seseorang itu merasakan beliau berhak atau layak memegang jawatan di sesuatu tempat. Soalnya ialah, Tok Guru dan seluruh kepimpinan PAS harus mengelakkan perebutan jawatan dan sebarang perlantikan yang boleh menimbulkan fitnah kepada kesucian perjuangan Islam.

Memang sukar menguruskan manusia yang sentiasa terdedah untuk dihidapi penyakit mengutamakan kepentingan diri.

Inilah antara perasaan, penyakit dan sindrom yang amat bahaya, yang boleh dihidapi oleh mana-manapun individu pemimpin politik. Penyakit hubbud dunya' (cintakan dunia) dan hubbul riasah (cinta untuk menjadi pemimpin).

Buat masa ini, tugas utama mereka ialah untuk menggemblengkan sepenuh tenaga dan bersatu mempertahankan Tok Guru. Jangan berbalah, jangan berebut, jangan mengkayakan diri dan berusaha mengelakkan sebarang fitnah.

Jika hati-hati mereka masih dalam keadaan kotor, maka merekalah sebenarnya, yang akan menggadaikan masa depan di PAS Kelantan, tangan-tangan merekalah yang akan menjadi punca jika PAS tumbang di Kelantan.

Ingat, kepimpinan boleh ditukar ganti, tetapi Tok Guru tiada galang gantinya. Jika pun ada, yang beriya-iya hendak menggantikan Tok Guru, mampukah mereka menjadi seperti Tok Guru, yang mengetepikan kemewahan, kepentingan diri dan hidup serba sederhana?

Oleh kerana Tok Guru adalah aset PAS yang amat berharga, maka pada waktu ini, seluruh pemimpin, ahli dan penyokong di seluruh negara bertanggungjawab untuk berikrar taat setia, tsiqah dan berbai'ah dengan kepimpinan beliau.

Maka fokus kita sekarang ini ialah, melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya, untuk mempertahankan kepimpinan kerajaan pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

8.12.09

PANAS: Gambar aksi penyokong gerombolan yang melampau!..sebarkan!

Tuesday, December 8, 2009















[[ Penulis tak mahu komen panjang..sudah berbuih mulut ini bicara mengenai dasar kebangsaan dan semangat asobiyyah penyokong gerombolan..melayu, melayu, melayu dulu kini dan selamanya..lihat sahaja contoh diatas...betapa jelas perjuangan mereka sebenarnya hanya untuk bangsa ditempat pertama, agama ditempat kedua..

Ternyata sikap dan tindak tanduk mereka tidak melambangkan tatasusila dan adab seorang Melayu, jauh sekali bertepatan dengan akhlak dan sahsiah seorang muslim..penulis malu mengaku sebagai orang Melayu jika ini cara fikir dan tindak sebahagian dari umat Melayu (dalam Umno)..terlalu kuat dasar kebangsaannya, terlalu keras semangat asobiyyahnya..sehinggalah terlihat perwatakan sebenar mereka melalui gambar diatas..]]

Ketuanan Melayu: Aduan polis terhadap wakil DAP

...Selepas keluar dari mahkamah, mereka dilihat memegang kain rentang yang bertulis "Jangan bodoh macam lembu, jaga sensitiviti dan perasaan orang Melayu".

Kain rentang tersebut juga turut memaparkan gambar tiga pemimpin DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng (setiausaha agung) dan Nga Kor Ming (setiausaha Perak).

Ditanya mengenai kain rentang tersebut, Mahayuddin berkata, ia sebagai reaksi kepada pemimpin DAP yang memijak gambar tiga ADUN bebas di Perak baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, bukan mereka yang membawa kain rentang tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, ketika keluar dari mahkamah, mereka ternampak ada oran gyang membawa kain rentang tersebut dan mereka turut memegangnya sama sebagai tanda sokongan.

Sumber, Malaysiakini

[[ Satu sahaja penulis nak cakap..dasar pembohong!..gambar2 diatas jelas menyanggah kata2 sumbang Muhyidin..kononnya mereka tidak tahu kain rentang terbabit wujud..sedangkan dan hakikatnya dari kalangan merekalah yang bertanggungjawab menyediakannya!

Jika sebelum ini, heboh 1Malaysia mengenai isu pemimpin DAP memijak gambar ADUN 'katak' dan ramai menuntut mereka memohon maaf, bahkan kepimpinan tertinggi Pakatan rakyat, Anwar Ibrahim sendiri yang membantah tindakan pemimpin DAP tersebut, sehinggalah mereka memohon maaf..

Tapi untuk kali ini, ternyata pemimpin tertinggi mereka, Muhyidin awal-awal lagi mempertahankan tindakan ahli-ahlinya walaupun jelas ianya perlakuan salah dan biadap..kerana apa? kerana itu bertepatan dengan ciri dan budaya mereka...benar kata Tun Mahathir membenarkan kata seorang bekas pemimpin kanan Umno, "Umno busuk sehingga ke ususnya"..buktinya....







Akhir kalam, inilah yang dikatakan 'asobiyah tidak bertempat'..jauh sekali menepati 'asobiyah terpimpin' yang selari dengan syariat dan nilai2 Islam seperti yang dituntut Ibnu Khaldun...wallahua'lam..]]

Artikel berkaitan (wajib tahu)..
- Isu pijak gambar dijadikan isu perkauman oleh blogger Umno!
- Ini bukan budaya kita..lagi video tunjuk wajah sebenar dalang kecoh majlis dialog !
- Arak kepala lembu: Penduduk tempatan bantah aksi ekstrem! (video inside)

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com

6.12.09

Mencontohi sikap Tuan Guru


| Print | E-mail
Mohd Rashidi Hassan


TERIMA kasih tuan guru kerana mendengar rintihan kami. Terima kasih tuan guru kerana mengutamakan perjuangan Islam dan parti PAS lebih daripada kepentingan peribadi dan keluarga.

Terima kasih tuan guru kerana atas nasihat dan kebijaksanaan menilai perjuangan jangka panjang, tuan guru menasihatkan menantu mengundurkan diri.

Terima kasih kepada kepimpinan PAS yang diketuai Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang membantu menyelesaikan kemelut ini dengan sempurna dan bijaksana.

Setelah beberapa minggu dilanda pelbagai kontroversi dan persepsi buruk, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat membuktikan kepada kita semua bahawa beliau boleh ditegur dan diperbetulkan.

Bukan Tuan Guru Mursyidul Am sahaja, malah Tuan Guru Presiden PAS juga mempunyai sifat yang sama. Beliau dikritik secara berdepan pada 7 November lalu, dalam Seminar Memperkasakan PAS.

Keterbukaan kedua-dua tokoh PAS ini merupakan suatu teladan yang terbaik pernah ditunjukkan oleh kepimpinan. Mereka membuktikan bahawa perjuangan PAS bukan sekadar retorik sahaja.

Kepimpinan PAS sedia ditegur untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kepimpinan PAS sedia dimuhasabah, demi kebaikan perjuangan Islam.

Ini adalah bukti keberkesanan dan ketelusan sistem Islam, pentadbiran Islam dan politik Islam yang dipelopori PAS. Ianya juga merupakan suatu sistem tarbiyah (pendidikan) dalaman, yang harus diteladani dan dicontohi oleh parti-parti politik lain dalam negara.

Bagaimanapun, dengan satu dua perkara yang baik ini sahaja, tidak cukup untuk PAS berbangga. Terlalu banyak halangan dan cabaran menanti PAS. Mungkin lebih berat daripada fitnah yang melanda kepimpinannya pada waktu ini.

Cabaran yang paling besar kepada sebuah perjuangan, ialah bagaimana ia boleh mempunyai suatu bentuk kepimpinan yang mantap, jujur, lengkap dengan ilmu serta telus dalam tindakan dan amalan.

Cabaran yang paling hebat kepada seseorang pemimpin ialah, bagaimana ia boleh mengelak dari dipalitkan dengan persepi penyalahgunaan kuasa, mengamalkan kronisme atau nepotisme.

Masalah kepada sebuah perjuangan parti politik akan wujud, apabila ada di kalangan kepimpinannya, dilihat tidak bersih.

Dalam soal ini tidak harus ditunding jari atau dipersepsi negatifkan urusan antara Tuan Guru Nik Aziz dengan menantunya sahaja. Tidak juga harus dipersalahkan Presiden PAS seorang, jika PAS berada di tahap yang menurun.

PAS dan Pakatan Rakyat punyai cabaran yang lebih besar. Iaitu bagaimana ia boleh mengekalkan momentum sokongan rakyat, yang diterima pada 8 Mac 2008.

Bagaimana Pakatan Rakyat boleh menarik sokongan rakyat dengan mengenengahkan kepimpinan yang bersih, telus, adil dan demokratik.

Sayugia diingatkan seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat, sama ada daripada PAS, KeADILan, mahupun DAP yang memegang jawatan, mesti benar-benar bersih, bukan sahaja dilihat bersih.

Mereka yang memegang jawatan sebagai Menteri Besar, Ketua Menteri, mahupun Exco Kerajaan Negeri, mesti berusaha mengelakkan sebarang elemen yang mengkayakan diri sendiri. Mereka jangan berebut balak, jangan berebut pasir, projek, tender dan sebagainya.

Mereka harus mengelak daripada dikelilingi oleh circle ahli perniagaan atau kroni-kroni tertentu. Mereka mesti mengelak daripada memberikan apa jua anugerah kepada anak beranak, adik beradik ataupun sanak saudara.

Persoalannya di sini, bukan soal sesiapa yang menerima jawatan, anugerah atau projek atau laba, layak atau tidak. Bukan soal layak atau tidak dari segi undang-undang. Tetapi ianya berkait dengan kesalahan moral dan etika.

Dan antara yang paling utama sekali ialah, pemimpin Pakatan Rakyat mesti mengekalkan cara hidup yang mereka jalani sebelum berkuasa, tatkala mereka memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

Apabila pemimpin Pakatan Rakyat mula hidup mewah ataupun menunjukkan cara hidup yang mewah, maka rakyat kebanyakan yang miskin, yang susah akan menjauhi mereka, sekali gus mereka akan memalitkan persepi buruk kepada parti yang diwakili.

Ingatlah, bahawa rakyat menolak Umno-Barisan Nasional kerana pemimpin mereka mengamalkan rasuah, menyalahgunakan kuasa, mengamalkan kronisme dan nepotisme.

Umno-BN mencipta jurang besar antara mereka dengan rakyat, kerana kebanyakan pemimpin mereka hidup dengan serba mewah. Mewah bukan kerana keturunan mereka kaya, tetapi mewah selepas memegang dalam Umno dan kerajaan.

Semakin lama Umno-BN berkuasa, menjadikan pemimpinnya semakin tamak. Secara beransur-ansur rakyat semakin sedar dan menjauhi Umno. Maka malang bagi kita, jika rakyat melihat kita (Pakatan Rakyat) sama sahaja dengan mereka (Umno-BN).

Tambahan pula jika kita dari PAS, sebuah parti Islam, memperjuangkan kebenaran Islam, maka barang dijauhkan Allah untuk kita melakukan sebarang tindakan yang dilihat sama dengan Umno. Pemimpin PAS jangan jadi seperti pemimpin Umno.

Justeru, bagi seluruh kepimpinan dan ahli PAS, menjadi cabaran besar bagi mereka untuk berjuang melawan hawa nafsu, melawan godaan pangkat, melawan godaan harta dan kuasa.

Tambahan bagi mereka yang 'bertitle' ustaz, cabaran lebih besar bagi mereka untuk memperlihatkan diri mereka bersih dari rasuah atau menyalahgunakan kuasa. Mereka mesti mengelakkan hidup dengan penuh kemewahan dan kemegahan.

Mereka tidak harus menunjukkan kemewahan dengan memiliki banglo mewah, mempunyai kenderaan mewah atau menaiki kapal terbang dengan menempah tiket business class. Semua ini harus dielakkan kerana ia bakal mencetuskan persepsi buruk terhadap PAS.

Perjuangan PAS yang dipelopori oleh alim ulama mesti dibuktikan dengan menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab dan bersih.

Pemimpin mesti membuktikan bahawa perjuangan dalam PAS bukan diasaskan oleh kekuatan retorik semata-mata, kemurnian dan ketelusan amalan Islam bukan retorik.

Tetapi kemurnian Islam hendaklah dijelmakan dalam bentuk fizikal, iaitu telus dan bersih semasa diberi amanah memegang kuasa.

Buat waktu ini contohilah sikap dan kerendahan jiwa dua tuan guru ini. Merekalah ikon perjuangan kita, kedudukan mereka sebagai pemimpin terlalu tinggi, namun mereka sanggup merendah diri diteguri. Salam perjuangan.