Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

24.10.11

Silicon Wiper dan Wiper kereta biasa




Pertanyaan Yang diajukan..
wanbu as salam bro... nak mintak bantuan sikit wiper mane yg terbaik untuk dipilih biasa ker yg silikon? aq baru tuko yg biasa tp ada bunyi lg la?
Jawapan Kami..
Thanks pada wanbu bertanya... Maaf agak lambat saya balas…

Sebagaimana Korang tahu musim hujan, Benda penting sekali mesti kena ada wiper kereta.. Wiper adalah hal yang sangat penting digunakan untuk menyapu air hujan yang menghalangi pandangan. Dan boleh mendatangkan bahaya semasa memandu disebabkan penglihatan yang tidak jelas
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Silicon wiper VS Wiper getah?

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Pada masa sekarang terdapat 2 jenis wiper iaitu pengilap menggunakan jenis bingkai besi dan jenis soft wiper yang menggunakan getah Silikon sepenuhnya

Wiper kereta biasa ( getah )
- Mudah koyak, retak,reput atau melekat pada cermin
- Getah cepat keras sudah tidak elastis fleksibel lagi untuk menyapu air dari cermin kereta
- Masih ada garis-garis air tertinggal bila wipe.
- Perlu ditukar setiap 6 bulan sekali
- Mencalarkan cermin kereta
- Penglihatan yang tidak jelas dan kabur
- Time wiper nak sapu je bunyi bising semasa diguna macam kasar sangat permukaan wiper tu dengan cermin.
- kalau hujan wiping tersangkut-sangkut atau terketar ketar
_______________________________



Silicon wiper
- Silicon wiper ni mesra alam Lebih tahan lama berbanding pengelap getah (biasa)
- Silicon wiper dikatakan bagus sebab blade dia tak kan jadi keras macam wiper getah bila dah lama pakai.
- Silicon wiper tak kan mencalarkan cermin kereta kerana dia jenis solf wiper berbanding wiper biasa dalam dia ada besi..
- Mengelap dengan lebih berkesan dan dapat di'wipe' dengan lebih rata cermin kereta anda
- Ianya tidak mudah koyak, retak,reput atau melekat pada cermin depan
- Selalunya Silikon wiper ni dibuat penuh Tanpa tulang (Boneless Full Silicone) Mudah lentur dan ikut lengkungan cermin kereta anda
- Sapuan air lebih dapat baik dan rata
- Kalau hujan lebat, cermin kat depan tak kabur sangat macam wiper biasa..
- Tidak dipengaruhi oleh minyak, hujan, panas
- lebih smooth dan lancar pergerakan wiper tu.
- Kos efisien kerana tidak perlu kerap ditukar.


Sebenarnya sekarang kat kereta aku pakai Wiper Silicone Cap Brand PIAA.. Harga RM 50.00 Sepasang beli kat kedai Aksesori kereta kat tempat aku.. Tapi bukan original kot.. kalau yang original tu memang mahal dekat RM 200 lebih gak harganya... Alahai bukan orang tau pun original ke tak... Dah dekat 2 tahun lebih masih ok lagi.. Kondisi masih menyapu air hujan dengan baik, cun dan tip top lagi beb... rasanya memang tak rugi aku beli..


Pergi ajer kedai aksesori... Sekarang Silicon wiper dah macam-macam jenis brand.. Yang pasti kualiti wiper depend pada brand gak..Contohnya Dura-edge, BOSCH, HKS, Maxblade dan macam-macam lagi lah....ada yang mahal dari RM 250 sepasang (original lah) ...dan ada yg murah ( jenis cap ayam ) boleh dapat RM 20- RM 40 pun ada...kat pasar malam ada jual ...
_______________________________
Tip-tip Penjagaan Wiper Kereta
Sebenarnya tak kisahlah samaada nak Wiper getah biasa atau Silikon Wiper.. kalau kita menitik beratkan penjagaan wiper kereta, ianya boleh digunakan dalam jangkamasa lebih lama menjangkau usia lebih 1 tahun penggunaan sekiranya dijaga dengan baik.

1. Tegakkan/ diangkat bilah wiper bila parking diangkat terutama sekali dalam keadaan cuaca panas. Ini kerana apabila wiper tersebut terus diletakkan diatas cermin tadi tindak balas suhu mengakibatkan bilah getah tersebut rosak dan menjadi tidak rata.
2. Pastikan tangki pencuci cermin diisi air dan sedikit cecair pencuci (Wiper fluid) agar bila kita mengelap cermin menggunakan wiper lebih licin dan tidak merosakkan bilah dan cermin kereta anda.
3. Selalunya cecair pencuci cermin biasanya didatangkan dengan bahan kalis air (water repellent) yang membantu pemanduan agar lebih jelas dalam keadaan hujan lebat. Tetapi.... Pastikan penggunaan cecair pencuci (Wiper fluid) tidak memberi kesan kepada permukaan cermin. Tetapi saya difahamkan ada gak jenis cecair pencuci (Wiper fluid) mengandungi peluntur ini boleh bertindak balas (side effect ) dengan getah atau silicon bilah wiper dan menyebabkan ianya menjadi cepat keras.
4.Bersihkan bilah pengelap sekerap yang boleh sebaik-baiknya dalam seminggu sekali. Gunakan kain basah dan bersihkan dari hujung ke hujung, wiper yang kotor biasanya akan meninggalkan kotoran berwarna hitam pada kain tadi. Atau jirus air lap pakai tisu pun jadi laaaa... Bila mana kita terus gunakan wiper waktu hujan, dikuatiri akan habuk atas ketulan pasir yang melekat pada getah wiper akan merosakkan permukaan screen dan mungkin juga boleh merosakkan getah wiper tu.
_______________________________
Tip-tip Penjagaan Cermin Kereta
Sebenarnya walaupun kita dah tukar wiper Cermin kereta.... kalau kita tak pernah cuci atau ada gak yang tidak pernah dijaga pun tetap akan menjadi kelam, kusam dan kasar seterusnya boleh menjejaskan pandangan dan pemanduan.... Cermin yang tidak dijaga boleh merosakkan wiper dan menyebabkan wiper perlu kerap diganti.

1. Penjagaan screen (cermin kereta) cuci dengan sabun kemudian bilas dengan air bersih dan lap / tenyeh dengan kertas surat khabar, then bahagian dalam pulak...pakai kertas tisu dapur yang serap minyak tuh....memang cermin bersih dan clear sekali....Kalau rajin buat leh hilang watermark atas cermin tuh......

2. Masalah cermin kereta selalunya ade kesan karat tak hilang ada tanda bulat-bulat kat cermin,cermin tu rasa kasar.. Cari waxco compounder Benda ni pekat,tuang kat span pastu lap.Tapi eloknya basahkan skit span tu lapkan atas cermin supaya senang hilang water mark tu. baru le bersih cermin tu..Pakai sebotol pun tak habis...
_______________________________
Adengan Tak mau di lihat ???


Peerrghhh... Sedih betul.. kesian aku melihatnya... Kalau tetiba motor wiper kereta korang tetiba rosak boleh guna tip ni dimasa darurat.....
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Nasionalis punca murtad – Nik Aziz

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 25 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan gejala murtad yang berlaku di negara ini adalah akibat tidak melaksanakan pemerintahan Islam.

Menurutnya, dengan mengambil fahaman nasionalis, menyebabkan manusia akan merasa lekeh kepada Islam dan akan mengagung-agungkan fahaman kebangsaan.

"Di Malaysia ni punca murtad adalah kerana nasionalis. Golongan nasionalis ini buat manusia rasa lekeh kepada Islam kerana mereka tolak Islam ambik kebangsaan.

"Daripada rasa lekeh ini lah timbul masalah menggelongsor luruh daripada Islam. Ini kita panggil murtad," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya yang juga Menteri Besar Kelantan, PAS adalah parti pertama di negara ini yang memperjuangkan Islam.

Jika ada pihak yang mendakwa PAS tidak berusaha menentang murtad, beliau berkata tomahan itu salah kerana penubuhan PAS itu sendiri mahu mempertahankan Islam.

"PAS orang pertama mempertahan Islam.

"Bila Islam itu diperjuangkan maka segala perkara membawa manusia kepada Islam kita akan gunakan dan segala perkara yang memberi mudarat kepada Islam, PAS akan tentang," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan golongan pendakwah di negara ini agar jangan hanya melihat tugas dakwah sekadar menyeru masyarakat memakai serban dan jubah, malah lebih penting katanya adalah menegakkan pemerintahan Islam secara keseluruhan.

"Sekarang ini golongan pendakwah banyak, tetapi mereka berkisar hanya pada pakai seban sunnah nabi, berjanggut sunnah nabi dan berjubah sunnah nabi.

"Kita tinggal perkara paling penting sekali iaitu memerintah dengan Islam yang juga sunnah nabi. Ekonomi cara Islam, budaya cara Islam, sosial cara Islam dan politik cara Islam," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata PAS konsisten memperjuangkan isu murtad sejak dahulu lagi.

Katanya, sejak 1990, sudah tiga kali PAS membawa undang-undang persendirian mengawal murtad di parlimen.

Bagaimanapun usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet itu tidak diangkat sehingga sidang parlimen habis.

Selain itu, ketika isu murtad Noraishah Bukhari, Lina Joy dan Hartina Kamarudin, PAS adalah parti paling hadapan melawan isu itu pada ketika itu bukannya Umno atau mana-mana NGO.

7.10.11

Bajet 2011 Golongan Miskin tambah Miskin & Terhimpit

Gaji satu lapis sektor awam diwujud semula, naik hingga 40 peratus

by KBLOG on October 5, 2011

Belanjawan atau budget 2012 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat depan, 7 Oktober 2011 di Parlimen.

Perdana Menteri yakin Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan dapat mengurangkan beban ekonomi yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah dengan mengurangkan defisit fiskal negara.

Rata-rata rakyat berpendapatan rendah bukanlah faham sangat dengan maksud mengurangkan defisit fiskal, tetapi amat berterima kasih kalau harga barangan utama seperti minyak petrol, bahan makanan, tol dan sebagainya dapat diturunkan.

Harap-harap begitulah. Dalam menjawab satu soalan dari Dr Tan Seng Giew ahli Perlimen Kepong, Perdana menteri berkata ”Langkah-langkah yang kita ambil akan kita terangkan waktu ucapan belanjawan. Apa-apa program yang kita buat adalah dalam lingkungan kemampuan kerajaan dan komitmen kita untuk kurangkan defisit fiskal negara,”

Katanya Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan akan lebih fokus kepada melindungi rakyat yang berpendapatan rendah jika berlaku masalah ekonomi dan peningkatan kos hidup dan harga barangan.

Mungkin agak menarik juga apabila Datuk Seri Najib berkata antara aktiviti yang akan dilakukan untuk membantu golongan ini termasuklah memberi bantuan kewangan, subsidi dan insentif, bantuan latihan dan kemahiran, perkhidmatan kesihatan dan perumahan.

Pembentangan Belanjawan | Budget 2012  Tangani Masalah Golongan Miskin

Itulah yang diharapkan oleh golongan yang berpendapatan rendah dan miskin di mana-mana juga, tetapi agak mengejutkan juga dengan komen Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man supaya rakyat jangan tertipu dengan belanjawan pilihanraya yang diumpamakan seperti “morphine yang melalaikan”.

“Ambillah peluang ini untuk menilai bajet mana yang lebih menjamin kesejahteraan semua, daripada bajet yang sekadar menyuntik morphine untuk me’lalai’kan rakyat daripada kesakitan hanya sehingga selepas pilihanraya umum.

Najib berkata pelbagai aktiviti akan terus dilaksanakan bagi membantu golongan berkenaan seperti bantuan kewangan, subsidi dan insentif, bantuan latihan dan kemahiran, perkhidmatan kesihatan dan perumahan.

Tetapi benarkah segala ini akan berlaku kerana kerajan juga dalam waktu yang sama akan melaksanakan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) pada bila-bila masa sahaja dan berkemungkinan selepas Pilihanraya Umum (PRU) 13.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan masih banyak lagi janji-janji pilihanraya 12 pada tahun 2008 tidak dilaksanakan.

“Sebahagian besar janji-janji tersebut masih belum ditunaikan lagi, bahkan sudah pun dilupakan… sungguhpun begitu, kerajaan yang tidak segan-silu menipu ini akan menabur janji baru kerana sudah tiba musim pilihanraya.

Ramai yang menyatakan pendapat, belanjawan 2012 adalah sebagai Bajet Pilihanraya, mereka menjangkakan kerajaan akan memembentuk satu sistem gaji baru di sektor awam bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat yang memberi kesan kenaikan gaji sehingga 40 peratus.

Jika benar seperti apa yag dijangkakan bermakna golongan berpendapatan rendah yang bukan bekerja dengan kerajaan akan menghadapi bebenan ekonomi yang lebih berat lagi kerana kesan langsung kenaikan gaji sektor awam yang akan meningkatkan harga barang.

Sebagai rakyat Malaysia apakah yang anda harapkan dengan pembentangan belanjawan 2012 pada Jumaat depan?

Rang Bulan:

1. Jika skim gaji satu lapis dilaksanakan pastinya kerajaan akan menanggung bebanan yang tinggi untuk membayar ganjaran pencen staf awam di masa hadapan. Jika ianya dikira gaji pokok bayangkan kerajaan akan pasti berbelanja sehingga 40% lebih dari belanja pembayaran pencen kini.

2. Janji mahu membantu golongan rendah dapatkah tertunai bilamana wang tersebut selalunya tidak sampai ke sasaran. mampukan kerajaan memantau golongan yang berpendapatan rendah (RM3,000 ke bawah) ini; yang tentunya golongan ini akan sentiasa turun naik pendapatan mereka. Takutnya nanti mereka yang layak terlopoong tak dapat bantuan RM500. Mereka yang tidak layak mendapat laba & menjadi orang kaya baru.

Saya pernah berbual masalah bantuan kepada nelayan; ramai kalangan kaum asing yang tak sepatutnya terima bantuan tetapi mendapat laba atas ketidaktelusnya mereka yang diamanah untuk mengagihkan bantuan ini. Pastinya ini akan merumitkan kewangan kerajaan. Keikhlasan kerajaan sering dihalang oleh lintah darat yang tak kenal dosa & pahala.

3. Alangkah sedihnya orang kampung di mana Kedai 1Malaysia dibina di bandar, siapa yang mendapat khidmat kedai ini?. Apakah ianya sekadar dapat kita lihat ujud di TV & akhbar tapi tak mampun berkejar ke sana sebab tidak ada di sekitar kita.

Bagaimana pun niat baik & keinginan kerajaan mengurangkan bebanan rakyat amatlah dihargai. Agar ianya terbukti & dapat dirasa setiap rakyat marhaen TANPA membedakan fahaman politik.


3.10.11

Udara kotor rencat kecerdasan

SERDANG 3 Okt. - Umum mengetahui pencemaran udara mampu mengganggu sistem pernafasan manusia bagaimanapun tidak ramai yang menyedari bahawa ia juga boleh merencatkan kecerdasan otak (IQ) kanak-kanak.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati, IQ kanak-kanak yang tinggal di Kemaman, Terengganu adalah lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang membesar di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Ketua Unit Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan UPM, Prof. Dr. Zailina Hashim berkata, walaupun daripada segi nutrisi (pemakanan) kanak-kanak di Kemaman tidak begitu berkhasiat dibandingkan dengan kanak-kanak di kedua-dua bandar tersebut, namun IQ mereka dikesan lebih cekap.

"Kami menghabiskan masa tiga bulan untuk menyempurnakan ujian IQ di Kuala Lumpur kerana kanak-kanak terbabit tidak dapat memberi tumpuan dan lebih hiperaktif.

"Sebaliknya di Kemaman, ujian yang sama dapat dihabiskan hanya dalam tempoh sebulan sahaja," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Kata Zailina, udara di kawasan luar bandar yang lebih bersih berbanding di bandar adalah faktor yang membantu meningkatkan IQ kanak-kanak.

Dalam masa sama, katanya, keburukan pencemaran udara juga boleh membantutkan proses tumbesaran paru-paru yang berlaku sehingga seseorang itu mencapai usia 21 tahun.

Mengambil contoh negara Mexico, kata Zailina, kanak-kanak di sana mempunyai saiz paru-paru lebih kecil kerana berhadapan masalah pencemaran udara yang serius.

Malah katanya, keadaan tersebut bakal menimbulkan masalah dalam usaha melahirkan individu yang aktif seperti seorang atlet.

"Seseorang atlet perlu mempunyai saiz paru-paru yang besar. Sekiranya, pencemaran udara di kawasan bandar tidak dikawal, sukar untuk negara mencari atlet di masa hadapan," katanya.

Sehubungan itu, kata Zailina, sudah sampai masanya kerajaan mengkaji semula Garis Panduan Kualiti Udara Ambien Malaysia yang diguna pakai kini untuk memastikan kualiti hidup rakyat di negara ini dapat dipertingkatkan.

Menurut beliau, standard yang digunakan pada masa ini perlu diturunkan supaya bersesuaian dengan tahap kesihatan rakyat Malaysia khususnya bagi mereka yang berpenyakit.

"Walaupun tahap kualiti udara semasa negara berada jauh daripada paras tidak sihat, namun ia masih memudaratkan kesihatan golongan sensitif seperti pesakit lelah dan jantung, bayi serta warga emas," katanya.

2,000 dijangka hadiri Malam Puisi Utusan

MELAKA 3 Okt. - Malam Puisi Utusan 2011 yang akan berlangsung di pusat beli-belah Mydin Ayer Keroh pada Rabu ini dijangka dimeriahkan lebih 2,000 peminat seni dan sastera sekitar negeri ini.

Ketua 1 Persatuan Penulis Negeri Melaka (Penama), Datuk Othman Mohamad berkata, selain kali pertama diadakan di luar Kuala Lumpur, kehadiran nama-nama besar dalam dunia sastera seperti Sasterawan Negara, Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah dan artis-artis popular pasti menggamit orang ramai untuk datang menyaksikan majlis tersebut.

"Kehadiran Malam Puisi Utusan 2011 adalah peluang kepada penggiat sastera terutama penyair-penyair di negeri ini dan pelajar sekolah termasuk institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menghayati industri kreatif ini.

"Amat jarang sekali pengkarya dan penyair di negeri ini dapat melihat secara langsung kehadiran penyair terkenal negara dan selebriti popular tanah air tampil membuat persembahan di negeri ini," katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan singkat di tapak Malam Puisi Utusan 2011 di Mydin Ayer Keroh di sini hari ini.

Turut hadir, Pengurus Mydin Cawangan Melaka, S. Sreedran yang turut memberi taklimat persiapan menjelang Malam Puisi Utusan 2011.

Malam Puisi Utusan 2011 adalah anjuran bersama Exxon Mobil, Astro, Kerajaan Negeri Melaka, Persatuan Penulis Negeri Melaka (Penama) dan Mydin Ayer Keroh.

Mengulas lanjut, Othman yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata, Malam Puisi Utusan 2011 yang bermula pukul 8.45 malam itu akan berkonsepkan santai.

Katanya, selain penyair mendeklamasi puisi, ia turut diserikan dengan persembahan lagu-lagu puisi.

Selain Dr. Ahmad Kamal atau nama penanya, Kemala, penggiat sastera lain yang akan hadir ialah Halim Yazid, Shukri Abdullah, Marsli N.O., Dr. Lim Swee Tin, kumpulan Kopratasa dan Pyan Habib.

"Di samping itu, orang ramai berpeluang melihat Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mendeklamasi puisi termasuk dua wakil dari Penama, Astro dan Kumpulan Utusan," katanya.

Malam Puisi Utusan 2011 itu akan turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob sebagai tetamu kehormat.

Othman menambah, malam tersebut turut diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti terkenal tanah air seperti Datuk Sharifah Aini, aktres jelita, Rozita Che Wan, johan Akademi Fantasia musim kesembilan, Hazama dan penyanyi kumpulan Slam, Zamani.

‘Bahasa Melayu sebati dengan jiwa saya’

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Bahasa Melayu bukan asing bagi seorang pensyarah dari China, Prof. Wu Zongyu kerana beliau telah mendalaminya selama 55 tahun malah penguasaannya dalam bahasa itu menjadikannya sebagai penghubung antara dua negara.

Beliau yang kini berusia 72 tahun dan pernah diberi anugerah Tokoh Persahabatan Malaysia-China itu menganggap bahasa Melayu telah sebati dalam dirinya.

Sebab itulah penerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Malaya (UM) sempena konvokesyen universiti itu hari ini, berharap bahasa tersebut turut dapat dituturkan lebih ramai penduduk di dunia.

Minat kepada bahasa Melayu mendorong beliau mempelajari bahasa Indonesia di Universiti Peking, China pada 1956 sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera lima tahun selepas itu.

Pada usia seawal 23 tahun, beliau diberi tanggungjawab untuk menubuhkan jurusan bahasa Melayu di Universiti Pengajian Luar Beijing (BFSU) sebagai titik permulaan kepada perkembangan bahasa Melayu di China.

“Kesukaran dalam usaha mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu ketika itu menyebabkan saya mengambil inisiatif menunggu siaran radio Malaya.

“Saya berasa gembira apabila dapat mendengar suara juruhebah radio berkata ‘Inilah Radio Malaya’,’’ katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya kali Ke-50 di sini, hari ini.

Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan kepada beliau itu disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Zongyu berkata, penguasaan bahasa Melayu beliau bermula ketika menjejakkan kaki ke negara ini sewaktu ditugaskan sebagai jurubahasa kepada rombongan Akrobatik China yang berkunjung ke negara ini pada 1987.

Katanya, kefasihan berbahasa Melayu beliau telah mendapat perhatian daripada masyarakat setempat dan kerajaan yang juga berhasrat mahu mengeratkan hubungan Malaysia dan China.

Kaji dari segi sosio, ekonomi cadangan lanjut usia bersara

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Kerajaan perlu melihat dari perspektif sosio dan ekonomi serta daya saing negara dalam cadangan melanjutkan usia persaraan kakitangan kerajaan.

Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, ini kerana cadangan itu dikhuatiri akan mewujudkan lambakan pengangguran di kalangan generasi muda kerana peluang yang terhad selain peningkatan graduan baru saban tahun.

"Kerajaan perlu mengambil kira faktor untuk meremajakan institusi awam supaya negara berada pada tahap yang kompetitif dan mempunyai daya saing yang cemerlang.

"Dalam masa sama, faktor kesihatan dan produktiviti dalam kalangan pegawai kerajaan juga wajar menjadi pertimbangan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam yang antara lain berpandangan 'orang lama' boleh menyumbang kepada kecekapan sistem penyampaian bersandarkan pengalaman mereka.

Irmohizam berkata, usia persaraan wajib yang dilihat sesuai adalah 58 tahun manakala pilihan untuk terus berkhidmat pula sehingga ke 60 tahun sekiranya kakitangan kerajaan itu menunjukkan prestasi serta kesihatan yang membanggakan.

Dalam masa sama, tambahnya, faktor kenaikan pangkat kakitangan awam perlu dilihat secara menyeluruh supaya tiada yang terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana tiada kekosongan.

"Sehubungan itu, kajian serius perlu dilakukan dengan mengambil kira semua aspek termasuk pandangan masyarakat serta suara generasi muda yang sangat bersemangat untuk membangunkan negara menerusi medium perkhidmatan awam," katanya.

Kaji semula peraturan universiti

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mahu peraturan berkaitan pengurusan universiti yang boleh menjadi penghalang kemajuan dan tidak lagi relevan pada era ini dikaji semula, dipinda dan diperkemas selaras dengan perkembangan semasa.

Sultan Azlan bertitah, ia sejajar dengan hasrat negara dalam mengamalkan urus tadbir yang lebih terbuka dan telus.

Pada masa sama, titah baginda, mahasiswa perlu didedahkan kepada realiti budaya, sosioekonomi dan politik negara pada masa kini.

"Persekitaran kehidupan mahasiswa mendewasakan diri di dalam kampus hendaklah seboleh mungkin tidak terpisah dan berlainan dengan persekitaran kehidupan masyarakat,'' titah baginda ketika merasmikan Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya kali ke-50 di sini, hari ini.

Turut berangkat pada majlis itu, Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Sultan Azlan yang juga Canselor universiti itu berkata, setiap warga universiti perlu memahami cabaran yang sedang dihadapi dalam hasrat memastikan universiti berada di mercu tanda teratas dan diiktiraf sebagai sebuah universiti cemerlang.

"Warga akademik perlu terus memperkenalkan pembaharuan dari segi kokurikulum, pendekatan serta kaedah pembelajaran dan pengajaran selaras dengan perkembangan pendidikan terkini,'' titahnya.

Menurut baginda, kuasa autonomi merupakan prasyarat penting untuk membantu usaha-usaha universiti mencapai tahap kecemerlangan.

Titah baginda, dengan memperoleh status autonomi, universiti berkeyakinan untuk menyusun strategi yang lebih dinamik, proaktif, berinovasi dan berdaya saing.

"Peranan universiti amat berbeza dengan peranan jabatan agensi kerajaan yang lain. Justeru, skim perkhidmatan, imbuhan warga akademik dan budaya urus tadbir di kalangan warga universiti tidak boleh disamakan dengan perkhidmatan-perkhidmatan awam lain,'' titahnya.

Pada majlis konvokesyen itu, baginda turut berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan kepada Profesor Wu Zongyu atas sumbangan besar beliau dalam memartabatkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

Turut menerima anugerah yang membawa gelaran Profesor Emeritus ialah pakar Sejarah dan Undang-Undang Islam, Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid dan pakar bidang Perubatan Mikrobiologi, Prof. Datin Dr. P. Savithri Devi Ampalam.

Kaji semula peraturan universiti

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mahu peraturan berkaitan pengurusan universiti yang boleh menjadi penghalang kemajuan dan tidak lagi relevan pada era ini dikaji semula, dipinda dan diperkemas selaras dengan perkembangan semasa.

Sultan Azlan bertitah, ia sejajar dengan hasrat negara dalam mengamalkan urus tadbir yang lebih terbuka dan telus.

Pada masa sama, titah baginda, mahasiswa perlu didedahkan kepada realiti budaya, sosioekonomi dan politik negara pada masa kini.

"Persekitaran kehidupan mahasiswa mendewasakan diri di dalam kampus hendaklah seboleh mungkin tidak terpisah dan berlainan dengan persekitaran kehidupan masyarakat,'' titah baginda ketika merasmikan Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya kali ke-50 di sini, hari ini.

Turut berangkat pada majlis itu, Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Sultan Azlan yang juga Canselor universiti itu berkata, setiap warga universiti perlu memahami cabaran yang sedang dihadapi dalam hasrat memastikan universiti berada di mercu tanda teratas dan diiktiraf sebagai sebuah universiti cemerlang.

"Warga akademik perlu terus memperkenalkan pembaharuan dari segi kokurikulum, pendekatan serta kaedah pembelajaran dan pengajaran selaras dengan perkembangan pendidikan terkini,'' titahnya.

Menurut baginda, kuasa autonomi merupakan prasyarat penting untuk membantu usaha-usaha universiti mencapai tahap kecemerlangan.

Titah baginda, dengan memperoleh status autonomi, universiti berkeyakinan untuk menyusun strategi yang lebih dinamik, proaktif, berinovasi dan berdaya saing.

"Peranan universiti amat berbeza dengan peranan jabatan agensi kerajaan yang lain. Justeru, skim perkhidmatan, imbuhan warga akademik dan budaya urus tadbir di kalangan warga universiti tidak boleh disamakan dengan perkhidmatan-perkhidmatan awam lain,'' titahnya.

Pada majlis konvokesyen itu, baginda turut berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan kepada Profesor Wu Zongyu atas sumbangan besar beliau dalam memartabatkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

Turut menerima anugerah yang membawa gelaran Profesor Emeritus ialah pakar Sejarah dan Undang-Undang Islam, Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid dan pakar bidang Perubatan Mikrobiologi, Prof. Datin Dr. P. Savithri Devi Ampalam.

Belasah isteri hilang kad sim

KUALA LUMPUR: Berang kad modul pengenalan pengguna (SIM) telefon bimbit miliknya hilang, seorang suami membelasah isterinya dan memaksa wanita itu mencari sehingga jumpa malah mengugut akan menceraikannya jika gagal.

Dalam kejadian rumah pasangan itu di Batu 3, Gombak, dekat sini kira-kira jam 9 pagi Jumaat lalu, lelaki terbabit berusia 20-an seolah-olah hilang pertimbangan apabila gagal mencari kad SIM miliknya yang hilang.

RangBulan:

Kad Sim tu kalau nak diganti baru tak semahal mana pun...

Parah dibelasah bapa kekasih

MELAKA: Akibat menjalin hubungan terlarang dan tergamak menodai rakan perempuannya, seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Sungai Udang, dekat sini, menerima padah apabila dibelasah hingga parah oleh bapa mangsa yang menemuinya di dalam bilik tidur anak gadisnya itu.

Dalam kejadian antara jam 10.30 malam hingga 11.30 malam itu, pelajar berusia 16 tahun itu cedera hampir di seluruh badan terutama di perut, muka, leher selain kaki dan tangan lebam serta bengkak akibat dibelasah termasuk menggunakan kayu.

Difahamkan, pelajar itu kini masih dirawat di Hospital Melaka (HM) akibat kecederaan dialaminya.

Menurut sumber polis, kejadian berpunca apabila dia menjalin hubungan cinta dengan anak seorang pegawai anggota keselamatan berusia 13 tahun tanpa pengetahuan keluarganya.


Katanya, kemuncaknya, pelajar terbabit memperkosa kekasihnya di belakang tangga rumah mangsa di sebuah taman di Sungai Udang pertengahan September lalu, kira-kira jam 2 pagi.


Sumber itu berkata, pelajar terbabit kerap menyelinap ke dalam rumah kekasihnya tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Begitupun katanya, bapa gadis itu berusia 40-an akhirnya menghidu perbuatan terkutuk itu.

“Pada jam 10.30 malam, 27 September lalu, pelajar lelaki itu sekali lagi menyelinap masuk ke bilik tidur kekasihnya.

“Tindakan itu disedari bapa mangsa yang berang melihat pelajar itu berselimut di atas katil anak gadisnya lalu berlaku pertelingkahan antara mereka sebelum lelaki itu memukul pelajar terbabit.


“Dia turut menghubungi tiga rakannya yang turut membelasah mangsa hingga parah,” katanya.

Sumber itu berkata, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Sungai Udang berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye yang dihubungi di sini mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan, namun tidak dapat mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

Darah O tapi diberi darah B

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my


TERLANTAR...Faridah kini dirawat di HKL.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang baru melahirkan anak ketiganya mengalami komplikasi yang didakwa berpunca daripada kecuaian kakitangan hospital yang tersilap memasukkan darah jenis berlainan ke tubuhnya.

Kejadian itu berlaku 22 September lalu dan Faridah Abd Aziz, 34, yang juga pegawai bank kini terpaksa menjalani rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas beberapa hari terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.


Suaminya, Ku Nazri Ku Yaakob, 34, mendakwa petugas hospital berkenaan memasukkan darah jenis B ke tubuh isterinya yang mempunyai darah jenis O dan kesilapan itu boleh mengundang maut.

“Ketika kejadian, isteri saya baru melahirkan anak ketiga kami secara pembedahan, jadi dia kekurangan darah dan memerlukan doktor memasukkan darah ke dalam tubuhnya,” katanya yang ditemui di Balai Berita di sini, semalam.


Ku Nazri berkata, isterinya terpaksa menjalani rawatan susulan dan terlantar sakit di HKL serta diberitahu akan dibenarkan pulang dalam tempoh dua minggu lagi.


Katanya, kejadian itu memberi kesan emosi yang teruk terhadap mereka sekeluarga, malah anak ketiganya itu tidak dapat diberikan susu ibu.

“Saya mengambil cuti sejak 10 hari lalu untuk menjaga isteri di hospital dan membawa ibu berusia 74 tahun dari kampung di Jitra, Kedah, untuk menjaga bayi kami,” katanya.


Katanya, pihak pengurusan hospital sudah memanggilnya dan mengakui kesilapan mereka yang cuai terhadap pesakit, malah satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian terbabit.

Susulan itu, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang 23 September lalu dan Kementerian Kesihatan Malaysia.


“Saya sudah memanjangkan perkara ini kepada pihak berkuasa, namun sehingga kini saya tidak dihubungi bagi mendapatkan penjelasan perkembangan semasa kes isteri saya,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan terbabit dan memberi maklum balas dalam masa terdekat.

Permohonan Najib, Rosmah diputuskan Khamis ini


Hafiz Yatim
Okt 3, 11
4:32pm


Permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, untuk mengketepikan sepina yang mahu mereka tampil memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai saksi pembelaan akan diputuskan pada Khamis ini.

Sehubungan itu, hakim Makamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga mengarahkan perbicaraan kes liwat II itu bersambung esok.

Pada perbicaraan hari ini, peguambela utama Karpal Singh berkata sepina itu bertujuan mendapatkan penjelasan berhubung mesyuarat pada 24 Jun 2008, berikutan satu pertemuan yang diaturkan oleh pembantu Najib, Datuk Khairil Annas dengan pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Menurut Karpal, semestinya perdana menteri membincangkan pelbagai perkara dalam tempoh setengah jam hingga satu jam pertemuan itu.

Katanya, adalah pelik bagi Saiful tidak melaporkan dakwaan kejadian liwat itu kepada pihak polis tetapi memilih untuk berjumpa dengan Najib.

"Bantuannya (Najib) diperlukan. Keterangannya penting kerana sebagai orang Islam, beliau pergi ke Permatang Pauh pada Ogos 2008 dan menafikan beliau ada kena mengena dengan kematian (warga Mongolia) Altantuya (Shaariibuu)."

azlanSementara itu, menurut Karpal lagi, pertemuan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dengan rakan Saiful, Mohd Rahimi Osman, penting bagi membela Anwar.

Katanya, pegawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira juga telah merakamkan kenyataan daripada Rosmah.

"Ini tidak dinafikan oleh Rosmah."

Karpal berkata terdapat 112 kenyataan yang ditandakan sebagai dokumen istimewa dan pihak pembelaan tidak mempunyai akses terhadapnya.

"Justeru, Rosmah mesti tampil ke mahkamah kerana itu sahaja peluang yang tinggal bagi Anwar.”

"Kami berdoa Yang Arif menolak permohonan yang dibuat oleh Najib dan isterinya,” kata Karpal sambil menambah perdana menteri juga telah menimbulkan bukti lain pada pertemuan tersebut.

Sementara itu, berdasarkan penghujahan yang dibacakan di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah, peguam pasangan itu, Hisyam Teh Poh Teik berkata saksi yang dipanggil harus mempunyai maklumat yang relevan.

Dalam kes ini, menurut beliau keterangan yang akan diberikan perdana menteri dan isteri sekiranya menjadi saksi tidak akan membantu perbicaraan.

NONE"Persoalan sama ada mereka boleh beri maklumat yang relevan dan bukan disebabkan pendakwaraya menawarkan mereka sebagai saksi.

"Pada pandangan saya, mana-mana pihak tidak ada hak secara automatik untuk memanggil seseorang sebagai saksi. Ia adalah bidang kuasa mahkamah untuk menentukan saksi yang dicadangkan adalah relevan sebelum memberikan bukti. Ini bagi memastikan bukti maklumat tidak menyimpang daripada isu perbicaraan," kata Hisyam.

Saksi: Ambil balik tanah Pulau Indah ambil masa lama


Okt 3, 11 6:48pm


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu pengambilan balik tanah di Pulau Indah bagi pembangunan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mengalami masalah hingga mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan.

Bekas Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Tan Sri Dr Ting Chew Peh, 68, berkata masalah pengambilan tanah berlanjutan sehingga dua setengah tahun selepas Kementerian Kewangan membuat keputusan pada Jun 2001.

Tanpa memberitahu apakah masalah yang dihadapi, saksi kelapan pendakwaan bagi perbicaraan kes bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik itu berkata berikutan keadaan itu pihak jemaah LPK mengadakan mesyuarat beberapa kali sepanjang 2002 namun ia masih menemui jalan buntu hingga terpaksa mengadakan rundingan semula bagi melaksanakan projek tersebut.

Katanya melalui mesyuarat jemaah LPK, perancangan daripada pengambilan diubah kepada pembelian tanah walaupun keputusan Kementerian Kewangan pada masa itu adalah untuk memperolehnya menerusi pengambilan balik.

Ting, yang merupakan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata jemaah LPK kekal dengan pendirian untuk membeli tanah itu dan bertindak memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Pengangkutan.

Berikutan keputusan membeli tanah itu, beliau telah menandatangani surat perjanjian jual beli antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan LPK pada 12 November 2002 dan yakin isi kandungan surat perjanjian itu teratur setelah mendapat penjelasan daripada penasihat undang-undang iaitu Roshanah Othman.

Ditanya Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup ketika pemeriksaan utama adakah beliau mengetahui bila Jemaah Menteri meluluskan pembelian tanah itu, Ting berkata: "Saya tidak ingat tarikh tetapi ada diberitahu perkara ini (pembelian) telah diluluskan Jemaah Menteri sebelum saya menandatangani perjanjian itu."

"Pada 6 Nov 2002, LPK diberitahu secara rasmi bahawa Kabinet telah meluluskan pembelian tanah," katanya.

Dr Ling, 68, didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894, yang berasaskan RM25 sekaki persegi iaitu RM1,088,456,000, sedangkan dia tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Dia juga berdepan dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 September dan 6 November 2002.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi disambung esok.

- Bernama

PAS: Awas 'bajet morfin'

PAS menasihatkan rakyat berhati-hati terhadap pembentangan bajet tahun depan yang dijangka menyaksikan sektor awam bakal menikmati kenaikan gaji sehingga 40 peratus.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat patut membandingkan antara bajet alternatif Pakatan Rakyat dan bajet kerajaan BN yang "sekadar menyuntik morfin".

"Selepas kesan morfin hilang, segala kenaikan yang diberi akan diambil semula dalam bentuk kenaikan harga barangan dan GST (cukai barang dan perkhidmatan) yang sudah semestinya akan dilaksanakan jika Umno-BN memerintah lagi," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, jalan keluar hanya dengan mengundi "apa-apa sahaja selain daripada Umno BN" pada pilihan raya akan datang.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim mengaitkan bajet yang akan dibentangkan tidak lama lagi dengan pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

"Alangkah baiknya kalau pilihan raya boleh diadakan tiap-tiap tahun, sudah tentunya kesengsaraan mereka, yang terutamanya yang daripada sektor awam akibat tekanan hidup boleh dikurangkan dengan mendapat bonus dan kenaikan gaji tiap-tiap tahun,” sindirnya.

azlanKatanya, sejak pilihan raya umum lalu, melalui banyak pilihan raya kecil, rakyat ditabur dengan pelbagai janji yang sebahagian besarnya didakwa masih belum ditunai.

Jika ditanya mana janji yang lama, rakyat bakal mendengar kerajaan akan berjanji 'janji yang lama' akan dilaksanakan bersama 'janji yang baru jika 'rakyat bantu BN sekali lagi' terlebih dahulu untuk menang dalam pilihan raya,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, di sebalik khusyuk dengan angka berbillion ringgit yang diumumkan, keadaan sebenar menunjukkan keperluan asas rakyat yang daif dan bebanan hidup yang semakin berat.

“Diharap rakyat dapat sedar dan keluar daripada cycle (lingkaran) yang kejam yang muncul setiap kali musim pilihan raya bertambah dekat,” katanya lagi.

Wikileaks: 'Apa cara pun' Anwar akan didapati salah...seperti skrip yang tersusun.


Berdasarkan penilaian bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus menjadi ancaman kepada Umno sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang, ketua pembangkang itu akan didapati bersalah kerana meliwat - hukuman keduanya dalam tempoh 10 tahun.

azlanPerkara itu didedahkan oleh kabel diplomatik Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh portal Wikileaks yang juga melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin utama Umno memutuskan segala padah dan kos politik bagi mendakwa Anwar "boleh diterima". Mereka juga mahu perkara berkenaan diteruskan secara agresif di dalam dan juga di luar mahkamah.

Menurut nota diplomatik 2009 yang diklasifikasikan sebagai sulit oleh Mark D Clark, kaunselor politik di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, matlamat utama mereka adalah bagi memenjarakan Anwar semula dan menyingkirkannya secara tetap dari politik.

azlan"Walaupun mengakui perkara itu adalah semata-mata tindakan penguatkuasaan undang-undang, kerajaan berpendapat tekanan politik adalah diperlukan, dan sanggup menerima risiko reputasi dalam proses berkenaan supaya akhirnya mencapai keputusan bersalah selepas drama berprofil tinggi berbulan-bulan di mahkamah," kata kabel, yang telah dihantar kepada Jabatan Negara Amerika di Washington dua tahun lalu oleh Duta James R Keith.

"Mahkamah akan membicarakan dan menolak rayuan Anwar pada kadar yang segera sebelum menjelang pilihan raya umum negara pada tahun 2012 atau 2013," kata kabel itu.

Menurut Keith, senario itu berlaku semasa bulan-bulan awal kes itu dibicarakan terutamanya menjelang tarikh September 2008, di mana Anwar sepatutnya mengambil alih Putrajaya, tetapi kesannya berkurangan sejak itu.

Kabel yang bertajuk 'Perbicaraan liwat II Anwar Ibrahim' memberi tiga senario berhubung bagaimana kes itu akan berakhir.

Dalam senario berkenaan, Kedutaan Amerika mengandaikan bahawa Najib akan berperanan sebagai "suara pemutus" berhubung keputusan perbicaraan, walaupun beliau juga perlu mendapatkan pendapat dan pandangan golongan elit Umno yang lain.

Dalam senario pertama, kerajaan akan memastikan dalam “apa cara sekalipun” Anwar akan didapati bersalah.

azlanSenario kedua pula menurut Keith, kerajaan akan meneruskan pendakwaan tetapi tidak memberi tekanan yang sewajarnya untuk mendapatkan keputusan bersalah.

Ini akan berlaku sekiranya kerajaan percaya bahawa bukti-bukti yang dikemukakan semasa prosiding mahkamah itu sendiri cukup telah merosakkan maruah atau reputasi Anwar sehingga tidak mampu menjejaskan kredibiliti Najib, kata Keith.