Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

29.8.11

Mat Sabu: Utusan fitnah saya dan PAS


Abdul Rahim Sabri
Ogos 29, 11
12:21pm


Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu mengenai ceramahnya di di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS".

mat sabu pc with salleh man 190811"Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan laporan muka depan dan muka lima Utusan (27 Ogos) dan kecaman berterusan akhbar (itu) bertarikh 28 Ogos, saya dapati Utusan telah memutar belit (dan) menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan PAS," katanya pada sidang media di Kompleks PAS Perlis hari ini.

Dalam laporan berkenaan, akhbar milik Umno itu mendakwa pemimpin kanan PAS tersebut berkata pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar.

"Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali," katanya.

Akhbar itu pula, kata Mohamad, hanya menyiarkan laporan mengenai ceramahnya di Pulau Pinang itu selepas semingggu.

"Saya ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap, jadi saya tunggu rakaman itu dan pagi ini saya mendengarnya," kata Mohamad.

Sehubungan itu, Mohamad berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya bagi mengheret Utusan ke mahkamah kerana membuat pembohongan terhadapnya.

"Pembohongan yang dilakukan dan reka cerita yang ditambah, sehingga menimbul kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan difitnah atas berita Utusan," katanya.

Arahan selanjutnya

Menurutnya, beliau akan bertemu dengan peguamnya selepas sambutan Aidilfitri untuk memberikan arahan selanjutnya berhubung perkara berkenaan.

NONEUtusan dalam laporan muka depannya kelmarin menyiarkan Mohamad juga mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Mingguan Malaysia semalam pula menyiarkan berita yang memetik reaksi pelbagai pihak mengecam Mohamad yang kebih dikenali sebagai Mat Sabu. Mereka termasuk penerima Pingat Gagah Berani (PGB) dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), bekas pegawai waran 1 Kanang anak Langkau.

Kanang dipetik sebagai berkata Mat Sabu tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi di negara ini dan menganggap timbalan presiden PAS itu sebagai "watak penghasut yang sewajarnya dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)".

NONEUtusan turut memperhebatkan gesaan supaya tindakan ISA dikenakan ke atas Mat Sabu dalam edisinya hari ini.

Antara yang diwawancara yang menggesa ISA digunakan ke atas timbalan presiden PAS itu, termasuk, daripada anak kepada Ketua Balai Polis Bukit Kepong, Sarjan Jamil Md Shah yang terbunuh - Ahmad Jamil dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Tak tahu langsung

Mohamad berkata, selepas mendengar kembali rakaman ucapannya itu, beliau "tidak menyebut langsung nama Mohamad Indera sebagai komunis".

"Bahkan ketua penyerang Goh Peng Tun, saya tidak tahu langsung nama itu sehingga saya membaca Utusan Malaysia.

NONE"Ini dua contoh rekaan Utusan untuk memfitnah saya," katanya, sambil menegaskan lagi, bahawa beliau tidak pernah kenal Goh Peng Tun dan tidak pernah menyebut nama Muhamad Indera sebagai komunis dalam ceramah itu.

"Berikutan dengan penyiaran berita itu, Radio dan Televisyen Malaysia serta TV3 terus menyiarkan dan membuat ulasan terhadap berita Utusan Malaysia itu, seolah-olah saya adalah penyokong perjuangan komunis bahkan saya adalah bapa komunis yang sebenar," katanya lagi.

Rentetan laporan media-media milik Umno itu, pelbagai pihak terutamanya bekas-bekas perajurit dan ahli keluarga mangsa Bukit Kepong menyelar Mohamad dan menuntut orang nombor dua PAS itu meminta maaf secara terbuka serta didakwa di bawah Akta Hasutan.

Tidak terkecuali mengutuknya ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap pemimpin kanan PAS itu buta sejarah serta mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan tanah air.

azlanMengulas lanjut isu ini, Mohamad berkata penyiaran berita seumpama itu adalah taktik parti pemerintah dengan menggunakan media arus perdana untuk mengalihkan isu sebenar yang lebih besar seperti kepincangan sistem pilihan raya di negara ini.

"Saya tak nampak sangat penyiaran berita ini bertujuan untuk menjatuhkan saya mahupun PAS, tetapi yang lebih besarnya mereka telah digunakan untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari isu Suruhanjaya Pilihan Raya, isu pendatang asing sebagai pengundi serta pembongkaran PAS dan BERSIH tentang kotornya daftar pemilih di negara ini.

"Ini yang mereka cuba alihkan dari pandangan orang ramai khususnnya sokonganorang-orang Melayu. Jadi mereka guna ucapan saya yang telah diselewengkan itu untuk mengalihkan isu yang lebih besar," katanya lagi.

22.8.11

PM dan isteri tak mahu jadi saksi pembela

Hafiz Yatim
Ogos 12, 11
8:42pm


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang yang juga defendan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.

Ini didedahkan oleh peguam utama Anwar - Karpal Singh - dan juga peguam Sankara Nair.

Karpal dan Sankara, serta peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy dan Ram Karpal, berada di dalam bilik yang sama apabila saksi-saksi dibawa masuk, seorang demi seorang.

azlanKarpal berkata, apabila peguambela tiba di kompleks mahkamah, Najib dan Rosmah sudahpun berada di situ.

"Najib masuk dahulu dan apabila kita tanya, beliau kata tak mahu jadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual," kata Karpal.

Kemudian tiba giliran Rosmah dan beliau memberitahu perkara yang sama, dan diikuti pula oleh bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Ketiga-tiga mereka (Najib, Rosmah dan Rodwan) berada di dalam bilik dan mereka tidak ditemani peguam.

Najib dan Rosmah tiba kira-kira jam 2.55 petang dan beredar kira-kira jam 3.28 petang.

Pembantu mereka menunggu di luar semasa mereka menghadiri temubual ringkas itu.

Karpal berkata mereka terkejut kerana tiada tanda-tanda yang Najib dan Rosmah akan datang hari ini.

"Biasanya, mereka akan memberi notis terlebih dahulu," kata peguam kanan itu.

Karpal menyifatkan Rosmah dalam keadaan 'teramat tegang' ketika diajukan soalan dan pada satu ketika, beliau (Rosmah) berkata, "jangan buli saya, Encik Karpal".

Kata Karpal, beliau tidak tahu mengapa Najib dan Rosmah takut untuk datang ke mahkamah, ketika mengulas keengganan mereka untuk menjawab soalan.

Liwat II: Najib, Rosmah, Musa akan disepina

Prosiding Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan liwat, akan menyaksikan pihak pembelaan mensepina tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut akan disepina adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.

azlanSebelum ini semasa sesi perjumpaan dengan peguam Anwar minggu lalu, keempat-kempat mereka tidak mahu ditemubual.

Najib dan Rosmah juga memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang itu bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.

Sebelum ini, pasangan itu dilaporkan pernah bertemu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di kediaman rasmi mereka ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri.

Mereka bertemu Mohd Saiful dua hari sebelum dakwaan berlakunya insiden liwat.

Sejak hari pertama lagi, Anwar bertegaskan mendakwa wujud konspirasi politik ekoran laporan bahawa mereka bertiga mengadakan pertemuan sebelum insiden liwat didakwa berlaku.

NONESepina juga akan dimohon dikeluarkan kepada doktor Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, jururawat Yazihan Jusoh dan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang hanya dikenali sebagai'Suliati'.

Menurut peguam Karpal Singh (kiri), pihak pembelaan telah membuat permohonan dan menjangka saksi berkenaan akan tampil di mahkamah.

Ditanya sama ada, mereka boleh menolaknya, Karpal berkata tidak boleh dan sekiranya mereka berbuat demikian, waran tangkap boleh dikeluarkan ke atas mereka.

"Ia hanya boleh diketepikan. Setakat ini, belum ada permohonan untuk berbuat demikian,” katanya.

Pada 1998, Anwar cuba membawa perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad ke mahkamah. Bagaiamapun peguam bekas perdana menteri itu berjaya mengketepikan permohonan tersebut.

Pada perbiacaraan membela dirinya yang bermula hari ini, Anwar membacakan kenyataan Bahasa Inggeris sebanyak 32 muka surat dan menegaskan kembali bahawa tuduhan terhadapnya merupakan fitnah yang telah direka dan berniat jahat.

Beliau memilih untuk memberi kenyataan dari kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dengan pilihannya itu, pihak pendakwaan tidak dibenarkan menyoal-balas beliau.

azlanPada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Anwar beri keterangan dari kandang tertuduh

Hafiz Yatim
Ogos 22, 11
10:13am


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah sebelum itu memberitahu Anwar, beliau mempunyai tiga pilihan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tiga pilihan itu adalah pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau; memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan.

Walaupun Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia masih duduk di atas bangku peguam yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon.

Menurut Hakim Zabidin walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tindakan itu masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang (dok).

Jika Anwar memilih memberi keterangan dari kandang saksi, beliau boleh disoal-balas oleh pihak pendakwaan dan keterangan itu dianggap lebih berwibawa.

Pada kes perbicaraan kes salah guna kuasa dan liwat pertama yang dihadapinya 10 tahun lalu, Anwar membela diri dari kandang saksi.

Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Anwar mula membela diri dengan menceritakan apa yang berlaku pada tahun 1998 apabila dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan menghadapi perbicaraan kes liwat pertama terhadapnya.

Katanya, beliau enggan mematuhi arahan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya meletak jawatan.

Anwar kemudiannya bercakap tentang konspirasi baru, yang menurutnya, dengan plot yang sama, kali ini melibatkan Saiful.

Beliau menafikan tuduhan terhadapnya dan menafikan beliau terbabit dalam sebarang perhubungan seks dengan Saiful, sambil menegaskan bahawa mereka boleh buat apa sahaja yang mereka mahu.

Anwar mendakwa wujudkan pelanggaran undang-undang oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas IGP, Tan Sri Musa Hassan, dalam perbicaraan kes liwat pertama terhadapnya.

Beliau mendakwa, personaliti yang sama ini juga di sebalik konspirasi (baru) terhadapnya, dan memaksanya untuk memutuskan untuk membela diri dari kandang tertuduh.

Anwar memetik Hamlet dalam Shakespeare dan berkata beliau telah dinafikan padang permainan yang sama rata.

Beliau juga mendakwa terdapat tangan ghaib yang terbabit. Beliau juga menyentuh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keengganannya untuk menyerahkan sampel DNA.

Anwar kemudiannya beralih kepada kenyataan Saiful di TV3 minggu lepas dan mendakwa ia satu lagi percubaan secara terang-terangan untuk menyerang karakternya. Menurutnya, karakter Saiful yang sepatutnya dipersoalkan.

Saiful, katanya, mempunyai skandal dengan seorang anggota pasukan DPP dan dengan seorang lelaki lain."

Anwar juga menyentuh tentang intimidasi terhadap saksi-saksi dalam perbicaraan tersebut.

17.8.11

Liwat II: Orang gaji 'hilang' boleh lewatkan kes

Hafiz Yatim
Ogos 14, 11
2:45pm

Selepas kemunculan mengejut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor Jumaat lalu untuk ditemubual peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat terhadapnya, mereka masih ada enam lagi saksi termasuk dua orang gaji Indonesia kepada pemilik kondominium, Hasanudin Abdul Hamid.

Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu Malaysiakini, menurut pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira, orang gaji tersebut - Suliati dan Fitria Dipan - sudah pulang ke Indonesia dan polis belum lagi dapat mengesan mereka.

NONE"Pihak pendakwa perlu melaporkan kepada mahkamah esok bilakah pihak pembela dapat menemubual baki saksi-saksi tersebut.

"Pemahaman di mahkamah ialah sehinggalah semua saksi yang ditawarkan kepada pihak pembelaan telah disediakan dan ditemubual, pembelaan Anwar tidak boleh diteruskan. Oleh itu, tanggungjawabnya terletak pada pihak pendakwa untuk menyediakan mereka," tegas Sankara.

Selain dua orang gaji tersebut, seorang lagi saksi yang ditawarkan oleh pihak pembela ialah bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan (atas).

Bantah kehadiran Anwar


Selasa lalu, mahkamah menolak bantahan pihak pendakwa terhadap kehadiran Anwar ketika bekas ketua polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof enggan ditemubual.

Sehingga ini, pihak pembela telah menemubual 19 saksi termasuk Najib, Rosmah dan Mohd Rodwan yang menjadi aide-de-camp Najib ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri (TPM).

Bagaimanapun Najib, Rosmah, dan Rodwan ketika ditemubual Jumaat lalu, berkata, tidak mahu menjadi saksi pembela dan enggan untuk menjawab soalan yang dikemukakan.

mumtaz jaafar 120510Peguambela telah menemubual lima saksi beberapa minggu lalu,
termasuk bekas atlit negara, Datuk Mumtaz Jaafar (kiri), yang dikatakan rakan karib Rosmah, Khairil Annas Jusoh - bekas pegawai khas Najib ketika menjadi TPM dan Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, yang merupakan orang pertama memeriksa Saiful.

Dr Anantha Raj Daniel dari Hospital Kuala Lumpur dan saudara perempuan Saiful - Saidati - juga telah ditemubual.

Selain Musa dan dua bekas orang gaji Indonesia itu, mereka yang belum ditemubual ialah ibu bekas tunang Saiful, Sharehah Md Salim; jururawat hospital Pusrawi, Yazihan Jusoh, dan pengawal peribadi Anwar, Mohd Rasid Mohd Rosdi.

Dakwa dibogelkan, ahli PSM serah memo ke Bukit Aman

Kow Gah Chie
Ogos 17, 11
5:53pm


Tiga anggota wanita Parti Sosialis Malaysia (PSM) membuat aduan rasmi kepada lembaga disiplin polis mengenai 'layanan buruk, pencabulan kuasa dan ganguan seksual” ke atas mereka semasa ditahan Jun lalu.

G Packialetchumy , P Indra dan P Jody membuat aduan di ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, dengan diiringi beberapa pemimpin PSM hari ini.

NONEMereka menyerahkan memorandum empat halaman bersama tujuh laporan berhubung dakwaan salah laku polis.

Wanita berkenaan mendakwa mereka dipaksa berbogel dan menanggalkan pakaian mereka kepada baju lokap di hadapan dua anggota polis lelaki di kawasan terbuka di balai polis Kepala Batas di Pulau Pinang.

Ini, kata mereka berlaku pada malam 25 Jun, di mana 31 anggota PSM ditangkap semasa dalam program jelajah parti itu. Tiga belas daripada mereka adalah wanita.

“Sebaik saja tiba di lokap, kami bergilir dibawa ke lobi. Saya nampak ada 10 anggota wanita dan dua lelaki,” kata Packialetchumy yang mendakwa beliau kemudiannya diarahkan untuk menanggalkan bajunya.

Dakwanya lagi, dua anggota polis lelaki berkenaan yang berdiri kira-kira sejauh dua meter kemudiannya menjerit "Buka, kenapa tak buka?”.

NONE"Bila saya enggan buka, seorang anggota wanita mara ke depan dan tarik baju saya,” kata Pakialetchumy (kanan), 40, dengan berang.

Beliau kemudiannya berselindung di belakang anggota polis wanita lain dan menukar kepada pakaian lokap itu seperti yang diarahkan.

Dalam aduannya juga, Jodie, 51, mendakwa seorang anggota polis lelaki menyepak kakinya apabila pada mulanya dia enggan mematuhi arahan itu.

Indra, 53, pula mendakwa seorang anggota polis cuba melondehkan seluarnya.

Menurut ketiga-tiga mereka, nasib yang sama juga dialami tahanan wanita lain.

16.8.11

Ummi lafaz sumpah tak ada seks dengan Baginda


Hafiz Yatim
Ogos 16, 11
12:08pm


Ummi Hafilda hari melafazkan sumpah laknat mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda seperti yang didakwa oleh lelaki itu. Sumpah itu dilafazkan di mahkamah Kuala Lumpur setelah memfailkan permohonan penghakiman ingkar terhadap Baginda hari ini. “Wallahi, Wabillahi, Watallahi... “Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda. “Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat,” katanya. Ummi Hafilda diiringi oleh Penasihat Undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz. Beliau mengemukakan permohonan itu setelah Baginda gagal menghadirkan diri di mahkamah seperti yang disyaratkan pada 8 Ogos lalu. Menurut Mohd Khairul, Malaysiakini, yang dinamakan oleh Ummi Hafilda sebagai defenden kedua, hadir apabila kes itu disebutkan. “Kami telah failkan dokumen berkaitan ke atas dirinya termasuk mengiklan di Harian Metro tetapi dia (Baginda) gagal hadirkan diri,” katanya.Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut. Dalam saman itu beliau mendakwa Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi. Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Baginda itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu. Mkini Dotcom Sdn Bhd pula didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu. Beliau menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya.

7.8.11

Serbu Gereja: Makan malam kutip dana untuk HIV/AIDS

Ogos 5, 11 6:33pm

Serbuan Gereja: Makan malam kutip dana untuk HIV / AIDS

Majlis Aids Malaysia (MAC) hari ini tampil menyokong Harapan Komuniti dan menurutnya majlis makan malam yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Rabu lalu, sebenarnya adalah untuk mengutip dana bagi program sokongan HIV/AIDS.

Semalam, exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali berkata JAIS melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya semalam kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Dalam satu kenyataan hari ini, presiden MAC, Datuk Mohd Zaman Khan, berkata majlis makan malam itu dianjurkan oleh DUMC untuk mengumpul dana bagi pertubuhan rakan MAC itu di premisnya.

"Ia bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyokong Harapan Komuniti, yang matlamat utamanya ialah untuk membantu rakyat Malaysia yang mengidap HIV, tanpa mengira latar belakang etnik dan agama mereka.

Mohd Zaman berkata, dana yang dikumpul dari majlis makan malam itu bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan membantu mendapatkan perubatan dan jagaan yang sempurna.

Harapan Komuniti adalah sebuah pertubuhan rakan MAC yang juga menyediakan bantuan pendidikan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Kuala Lumpur dan Johor.

Sambil menyuarakan "kekecewaan" berhubung kejadian tersebut, Mohd Zaman meminta penjelasan dari JAIS, dan menggesa supaya langkah-langkah berhati-hati diambil untuk memastikan integriti agama Islam dan keharmonian antara agama, tidak dikompromi.

Semalam, Hasan Ali telah berkata JAIS, yang terletak di bawah bidang kuasa beliau, "memeriksa" gereja tersebut selepas mendapat maklumat bahawa majlis berbuka puasa akan diadakan di situ.

Kenyataan beliau dibuat sejurus selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan rasa kesalnya berhubung insiden tersebut dan mengarahkan JAIS memberi laporan penuh mengenainya.

'Ke mana perginya wang zakat kita?'

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Ogos 7, 11
2:56pm

ULASAN
Saya belum ingin mengulas tentang serbuan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan serbuan' itu.

Cumanya, sepertimana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.

NONESaya ingin menyentuh tentang orang Islam yang hadir di majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.

Difahamkan bahawa orang Islam yang hadir, terutama ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal.

Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa 'jatuh hati' dan 'terhutang budi'. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;

1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain?

2. Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri.

Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.

Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?

3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!

4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat.

Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

5. Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu.

Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa.

Janganlah jika kita gagal membantu – sedangkan kita mampu - kita menyalahkan orang lain yang membantu.

6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan.

Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim?

Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?

Maka, banyak persoalan perlu masyarakat Muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!

5.8.11

Pasca Bersih : Mat Zal cerita detik disepak terajang polis

Jumaat, Ogos 05, 2011

KEGANASAN polis terhadap beliau dapat disaksikan pada banyak gambar dan video BERSIH 2.0. Muhamad Zal Ismail, 38 tahun yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Cawangan Kampung Pantai Cicar, Kawasan Merbok, Kedah menceritakan semula detik keganasan polis ke atasnya.

Menurut Muhamad Zal, semasa Himpunan Aman BERSIH 2.0 itu, beliau berada di Maybank Pudu Raya. Setelah pihak polis menggempur peserta Bersih, beliau turut berundur ke Jalan Pudu. Di situ, beliau telah berada di sebalik palang menyaksikan polis memprovokasi peserta dan menunggu sahabat-sahabatnya yang lain.

Bagaimanapun katanya, polis datang kepada beliau dalam jumlah yang ramai. Beliau ditarik dari sebalik palang lalu jatuh dan ketika itu walaupun tanpa melawan, Muhamad Zal telah ditumbuk terajang. Katanya, sehingga hari ini masih berbekas kesan tapak kasut anggota polis yang menendangnya.


Kepalanya juga dipukul hingga berdarah, tetapi beliau tidak menyedari pendarahan itu melainkan rasa sakit. Beliau tidak pasti alat digunakan tetapi beberapa saksi yang melihat menyatakan bahawa dia dipukul menggunakan sejenis alat besi dipanggil “buku lima.” Pihak polis ujar beliau, menyiram kepalanya dengan air mungkin untuk mengurangkan kesan darah.

Di dalam banyak gambar dan video yang diperolehi, kelihatan seorang anggota dengan vest kuning polis menutupi kepalanya dengan topi. Pun begitu ujar Muhamad Zal, topi tersebut bukan miliknya, tetapi berkemungkinan polis cuba melindungi kesan luka berdarah di kepalanya dengan topi tersebut.

Beliau kemudian dibawa ke trak polis yang berjarak lebih 100 meter dan di sepanjang jalan itu beliau disepak terajang serta dimaki hamun polis sebagai pengkhianat negara. Beliau ditahan di Pulapol dan dibebaskan sekitar jam 8 malam.

2.8.11

Faizal Tahir kebudak-budakan!


Penulis yang mengkritik kelemahan kepimpinan PAS Perlis yang tidak respon terhadap program Karnival Jom Heboh yang mendapat bantahan dari Dato’ Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis pada hari semalam telah terjawap.

Laporan Harakahdaily (3 Mei), memetik kata-kata Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPNPs),” Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) menyambut baik kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkaitan dengan Festival Jom Heboh anjuran sebuah stesen Televisyen swasta yang bakal berlangsung di negeri ini selama dua hari mulai hari ini.

Ketuanya, Ustaz Ya'akub Abu Seman mengalu-alukan sikap Dr Mohd Asri yang ternyata menyerlahkan tugas sebenarnya sebagai seorang mufti.

Beliau menambah, "Pemuda PAS Perlis seiring dengan pandangan Mufti Perlis berkaitan sebarang program yang tidak memberikan manfaat terhadap perkembangan minda golongan remaja khususnya dan rakyat negeri ini amnya," jelasnya.

Ustaz Ya’akub turut bersetuju dengan larangan penyanyi Faizal Tahir mengadakan persembahannya konsert Jom Heboh di Perlis seperti yang ditegaskan oleh Mufti Perlis.

PAS Perlis tidak melarang mana-mana artis mengadakan persembahan mereka di negeri tersebut, sekiranya mereka boleh menampilkan imej yang memenuhi peraturan yang ditetapkan. Artis berkenaan hendaklah mengubah imej dan gaya penampilan serta mengadakan persembahan yang mengikut lunas-lunas agama dan tidak terkeluar dari peraturan yang ditetapkan.

Namun, Jabatan Mufti Perlis pada dasarnya tidak mengeluarkan fatwa mengharamkan program Karnival Jom Heboh, anjuran TV3, sebaliknya rasa dukacita dengan nilai-nilai negatif yang terselit bersama. Oleh itu, Jabatan Mufti Perlis mencadangkan garis panduan tertentu sebagai panduan pelaksanaan program Karnival Jom Heboh yang hendak diadakan di Negeri Perlis.
Antara cadangannya ialah :-

Program Jom Heboh tanpa konsert adalah satu keutamaan sekiranya hendak dilaksanakan di Negeri Perlis.

Jika disertai dengan program konsert, ia hendaklah terkawal dan berdisiplin.

Artis-artis yang menimbulkan contoh-contoh yang buruk seperti Faizal Tahir atau aliran artis lain dari aliran rock, dangdut dan seumpamanya yang mempromosikan gelagat-gelagat liar dan ala kebudak-budakan yang menghapuskan nilai-nilai kematangan hidup tidak boleh dibenarkan.

Maka artis-artis yang hendak dibawa masuk hendaklah artis yang telah dirujuk persetujuan dari Jabatan Mufti, secara umumnya dicadangkan artis-artis puisi seperti Kopratasa, Ramli Sarip dan Suhaimi Mior Hassan ataupun kumpulan-kumpulan nasyid di tanahair.

Sebarang aktiviti-aktiviti yang memperlihatkan nilai-nilai kebodohan yang seakan-akan memperlekehkan akal dan pemikiran rakyat adalah tidak boleh dibenarkan.

Unsur-unsur khurafat seperti penampilan kepercayaan-kepercayaan misteri dan karut tidak dibenarkan. Demikian juga jualan barang-barangan khurafat dan tahyul seperti kayu koka tidak dibenarkan.

Penganjur Jom Heboh hendaklah menghormati sensitiviti orang-orang Islam seperti tidak menguatkan bunyian-bunyian pada waktu solat sehingga kelihatan seperti tidak menghormati agama.

Dua tahun lalu, Harakahdaily sendiri pernah menyiarkan berita tentang konsert Jom Heboh yang diadakan mengganggu jemaah yang sedang bersolat Isyak di sebuah masjid berhampiran.

Bersih: Serigala Yang Berupa Kambing?

Thursday, July 28, 2011

1. Tindakan penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)mengejek (boo) Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika majlis Diskusi "Apa Selepas 9 Julai?" anjuran akhbar Sinar Harian hanya membuktikan satu perkara iaitu, kumpulan ini hanya mahu menjadikan Bersih alat politik Pakatan.

2. Kumpulan ini tidak berminat sama ada pilihan raya sekarang bersih atau tidak. Mereka tidak berminat untuk mendengar penjelasan SPR terhadap dakwaan pengundi hantu, kononnya ada pengundi mengundi lebih sekali dan sebagainya. Mereka hadir di pejabat Sinar Harian atau demontrasi pada 9 Julai lalu hanya untuk survival politik mereka.

3. Maka apabila kumpulan ini turut menganggu majlis pelancaran program mengibar jalur gemilang sempena Bulan Kemerdekaan oleh YAB Perdana Menteri di KL Sentral semalam ia memberi gambaran jelas kepada kita bahawa kumpulan ini tidak menghormati adab dan susila majlis tersebut dan mngesahkan dakwaan sebelum ini bahawa mereka hanya mahu mencetuskan anarki dan kebencian.

4. Dalam negara demokrasi, apa yang mereka perjuangkan adalah hak mereka. Mereka berhak memberi penerangan, memujuk, merayu dan menghasut orang ramai menyokong mereka. Namun menggangu majlis Perdana Menteri, menggangu hak orang lain untuk memberi penerangan dengan "boo" dan sebagainya menunjukkan mereka sendiri tidak berupaya mempertahankan idealisme perjuangan mereka.

5. Mereka menuntut media arus perdana yang lebih bebas dan terbuka. Mereka menuntut pemilik akhbar dan wartawan memberi ruang yang lebih besar kepada mereka. Mereka mahu memaksa perniagaan orang lain mengikut cakap mereka. Malangnya, mereka sendiri menunjukkan kegagalan untuk bersikap terbuka dan telus apabila pandangan yang diutarakan tidak menyebelahi mereka.

6. Jika mahu orang lain mendengar pandangan kita, kita juga hendaklah belajar mendengar pandangan orang lain. Lihat sahaja dalam kes Teoh Beng Hock sudah berapa banyak penyiasatan termasuk penubuhan Suruhanjaya Di Raja tetapi kumpulan yang sama masih tidak berpuas hati. Walaupun pada awalnya mereka bersetuju dengan barisan ahli panel suruhanjaya, namun akhirnya mereka menolak penemuan dan pandangan suruhanjaya apabila keputusan tidak memihak kepada mereka.

7. Bayangkan jika kumpulan yang tidak boleh bertolak ansur dan hanya mahu orang lain mengikut pandangan mereka sahaja ini memerintah. Janganlah tertipu dengan serigala yang berbulu kambing (wolf in sheep's clothing).

http://www.drkhir.com/

Hiburan di i-City: Sandiwara Dua Khalid

Saturday, July 16, 2011

1. Setelah membaca kenyataan YAB Menteri Besar Selangor mengenai I-City hari ini, saya tertanya-tanya apakah Tan Sri Khalid tidak mempunyai sedikit pun rasa malu dan bersalah apabila terus membuat kenyataan berbohong dan menipu? Atau mungkin majoriti rakyat Selangor terus rela diperbodohkan oleh Menteri Besar yang kononnya bijak ini?

2. Menurut Sinar Harian, Tan Sri Khalid semalam mendakwa kerajaan negeri tiada hak menghalang sebarang penganjuran program berbentuk konsert hiburan di i-City memandangkan adalah kawasan komersial yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri terdahulu.

3. Dalam satu ayat di atas sahaja Khalid telah melakukan dua pembohongan besar. Pertamanya, apabila beliau berkata tindakan kerajaan negeri terdahulu meluluskan kawasan komersial kepada i-City menjadikan kerajaan negeri tiada hak menghalang sebarang konsert. Sebenarnya kerajaan negeri pada bila-bila masa sahaja berhak menghalang konsert hiburan kerana ia di bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan kerajaan negeri sama ada ia kawasan komersial atau atas tanah persendirian, mahu pun kerajaan.

4. Adakah Tan Sri Khalid ingin memberitahu rakyat bahawa kerajaan negeri tiada kuasa terhadap sebarang aktiviti atas tanah komersial? Jika kerajaan negeri boleh membatalkan banyak keputusan kerajaan negeri terdahulu, mengapa pula ia tidak boleh membatalkan apa sahaja kelulusan di i-city - jika benar seperti dakwaan beliau kerajaan lalu yang meluluskan?

5. Lebih aneh kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa menghalang kegiatan hiburan di i-City kerana diluluskan oleh kerajaan negeri dulu, tetapi boleh pula menukar kelulusan tanah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil yang disyaratkan dibina di i-City:

"SHAH ALAM, 2 Nov (Bernama) -- Sekolah Tamil Ladang Midlands akan kekal di lokasi sekarang di Seksyen 7 di sini dan tidak akan dipindahkan ke I-City, sebagaimana dicadangkan oleh kerajaan negeri lepas, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Isnin.

Katanya, memindahkan sekolah itu ke I-City, kawasan pembangunan komersial perdana berasaskan ICT dan bernilai RM2 bilion di Seksyen 7 itu di sini, akan menjejas usaha pemaju, I-Berhad, untuk menarik pelabur tempatan dan asing bagi projek itu.

"Jumlah kawasan tanah di I-City kurang dari 100 ekar (40 hektar) dan pemaju tidak semestinya membina sekolah di kawasan itu. Kerajaan negeri Selangor tidak mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang ingin melabur dalam pembangunan harta di negeri ini," kata Khalid kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan kerajaan Selangor dekat sini.
6. Nampaknya apa perubahan i-City yang menguntungkan pemiliknya boleh dibuat oleh Khalid Ibrahim tetapi apa yang merugikan tidak boleh dan diletakkan kesalahan atas kerajaan lalu biarpun nyata sekali ia tidak benar.

7. Apakah ini menunjukkan terdapat kebenaran dalam laporan beberapa blog tahun lalu bahawa wujud hubungan istimewa antara Khalid dengan usahawan i-City, Datuk Lim Kin Hong? Berhubungan ini juga saya ingin bertanya Menteri Besar benar atau tidak kerajaan negeri pimpinan beliau memperuntukkan sejumlah RM 50 juta untuk prasarana jalan ke i-city?

8. Pembohongan kedua ialah mengatakan kerajaan negeri semasa saya melulus pembangunan i-City sebagai pusat hiburan komersial. Saya ingin jelaskan memang benar kerajaan Barisan Nasional yang meluluskan pembangunan I-City yang ketika itu sebagai pusat komersial bagi pembangunan bandar teknologi maklumat atau juga dikenali sebagai bandar pintar, bukannya bandar konsert.

9. Mereka yang berminat boleh melihat sendiri Pelan Utama (Master Plan) pembangunan i-City yang terdapat di laman web i-City atau menggunakan Enakmen Kebebasan Maklumat Selangor yang baru diluluskan untuk mendapat maklumat mengenai kelulusan projek ini.

10. Barisan Nasional bukan anti-hiburan mahu pun jumud. Namun Pakatan tidak sewajarnya bermain sandiwara bagi memuaskan hati sebahagian rakyat dengan menjadikan kerajaan negeri dahulu sebagai kambing hitam. Belajarlah menjadi pemimpin yang berani berkata benar biar pun pahit, bukannya menjadi pemimpin yang hanya berani berbohong dan menipu bagi memuaskan hati rakyat.

11. Menyalahkan kerajaan lalu atas isu yang timbul di i-City sekarang tidak lebih daripada sandiwara dua orang Khalid yang tahu hal sebenar, namun terpaksa berlakon untuk memenuhi tuntutan penyokong Pas, PKR dan DAP.

12. Hanya dua golongan yang masih percaya kepada lakonan ini iaitu mereka yang taksub kepada Pakatan dan mereka yang bebal. Alasan yang mereka gunakan hampir sama dengan kenyataan mengenai kononnya tiada rumah urut baru sejak mereka mengambil alih kerajaan negeri; walhal mata kepala rakyat boleh melihat pertumbuhan seumpama cendawan selepas hujan.

13. Sudah empat tahun memerintah, cukuplah berbohong dan menipu rakyat dan mengkambinghitamkan kerajaan lalu. Belajarlah menjadi parti politik yang matang dan menjalankan tugas dengan bertanggungjawab.

14. Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong hanya nak sedapkan hati sendiri, bercakap bohong kerana nak tipu diri sendiri, bercakap bohong dah jadi kebiasaan pemimpin ini.

Kemelut Bahasa Melayu

LEBIH separuh abad bebas daripada belenggu penjajahan, polemik bahasa Melayu bagai air laut. Sekejap pasang sekejap surut. Terpinggir atau dipinggir? Apakah akan tinggal sekadar bahasa percakapan, bahasa basahan atau bahasa pasar? Rencana tujuh siri ini merungkai beberapa isu mengenai Bahasa Melayu.

Jika diambil kira senario ratusan tahun lampau, malah hampir dua alaf lalu, nasib bahasa Melayu tidaklah seburuk itu. Bahasa Melayu diiktiraf bahasa lingua franca atau bahasa perantaraan umum dan bahasa antarabangsa.

Begitu tingginya martabat bahasa ibunda tetapi mungkin ramai yang sudah lupa dan alpa.

Di samping menjadi bahasa ilmu, falsafah, pemikiran, undang-undang, ketatanegaraan, seni sastera dan pensejarahan, bahasa Melayu dalam zaman Kesultanan Melayu lebih 700 tahun dahulu juga unggul sebagai bahasa penting perhubungan diplomatik.

Justeru apabila kemampuan tinggi Bahasa Melayu kembali dipersoal selepas lebih setengah abad negara merdeka dan dasar penggunaannya seperti air laut yang pasang surut, sudah tentu isu itu meruntun hati, terutamanya pejuang bahasa seperti Prof. Dr. Awang Sariyan, Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di China, berpangkalan di Universiti Pengajian Asing Beijing.

Terdapat andaian bahawa pada akhir abad ini, antara 50 peratus hingga 90 peratus daripada kira-kira 6,000 bahasa yang ada di dunia akan pupus kerana tidak lagi dipelajari.

Dr. Awang bagaimanapun optimis Bahasa Melayu tidak termasuk dalam andaian tersebut kerana terdapat hampir 300 juta pengguna bahasa Melayu di mayapada ini.

"Namun yang paling merisaukan, kalau pun tidak pupus, Bahasa Melayu tidak berfungsi sebaik atau sewajarnya sebagai bahasa tamaddun, terutama sebagai bahasa ilmu.

"Bahasa Melayu wujud lebih sebagai bahasa pasar untuk keperluan perhubungan yang asas atau sehari-hari. Kalau jadi bahasa pasar, sedangkan Bahasa Melayu ialah bahasa negara," keluhnya.

Sejak abad ketujuh pada zaman Sriwijaya (di Sumatera), Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa yang bukan kecil peranannya.

Bahasa Melayu telah diangkat dan dinobatkan sebagai bahasa pentadbiran bagi Sriwijaya dan seluruh jajahan takluknya, wilayah kerajaan kuasa kelautan yang sangat besar pada waktu itu.

Begitu tinggi kedudukan Bahasa Melayu ketika itu boleh disimpulkan melalui pelbagai dokumen dan penulisan jika mahu digarap dari sudut sejarah.

Antaranya catatan pengembara Cina, I-Ching yang juga seorang pendita Buddha mengenai pusat pengajian agama Buddha di Sumatera yang menggunakan bahasa Melayu.

I-Ching dalam misi penjelajahannya telah bermastautin selama enam bulan di Sriwijaya pada sekitar abad ketujuh.

Dr. Awang turut berkongsi pengamatan yang dibuat oleh Van Linschotten, seorang pegawai Belanda yang bertugas di Indonesia antara 1586 hingga 1592 tentang kebesaran Bahasa Melayu sebagai teras bahasa tamaddun tinggi.

"Van Linschottenmenyatakan mereka yang tidak tahu akan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu boleh dibandingkan dengan orang yang tidak tahu akan bahasa Perancis di negeri Belanda pada zaman itu," jelasnya.

Menurut Dr. Awang, seorang ahli sejarah Belanda Francois Valentijn menulis pada awal abad ke-18 bahawa Bahasa Melayu difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang di seluruh Kepulauan Melayu seperti bahasa Perancis atau bahasa Latin di Eropah.

"Kesimpulan menarik yang ditulis Valentijn ialah orang yang datang ke alam Melayu mahu tidak mahu perlu mempelajari Bahasa Melayu.

"Sesiapa yang tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dianggap sebagai golongan tidak terpelajar.

"Jadi ertinya nilai orang asing, termasuk orang Barat kepada Bahasa Melayu cukup tinggi, sedang ada dalam kalangan orang Melayu sendiri yang memandang rendah," kata Dr. Awang.

Zaman kesultanan Melayu (meliputi antaranya Melaka, Acheh, Sumatera, Pasai) sekitar abad ke-13 hingga ke-19 sesudah kedatangan agama Islam menyaksikan bahasa Melayu menjangkau puncak kegemilangan sebagai bahasa tamaddun Melayu.

Seperti kata Dr. Awang, peranan Bahasa Melayu meliputi pelbagai ranah atau bidang tamadun, baik dari segi ilmu, pentadbiran, perdagangan, undang-undang dan juga sebagai bahasa hubungan diplomatik.

"Jadi Bahasa Melayu sudah merentas semua bidang tamaddun ketika itu, apa sahaja termasuk undang-undang, sudah ada hukum kanun dari kurun ke-15 ke atas, seperti Hukum Kanun Melaka yang amat terkenal itu, di samping Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Johor, Undang-undang Siak dan sebagainya," kata Dr. Awang.

Beliau merujuk kepada seorang ulama besar dari Gujerat, Nuruddin al-Raniri yang datang ke alam Melayu sekitar abad ke-16 dan dilantik sebagai mufti oleh Sultan Acheh.

"Yang menariknya Nuruddin al-Ranini ini menulis kitab-kitab agama dalam Bahasa Melayu walaupun dia bukan orang Melayu.

"Ini menunjukkan kekuatan Bahasa Melayu. Sesiapa sahaja yang datang ke alam Melayu perlu belajar dan menguasai Bahasa Melayu, hendak mentadbir pun dalam Bahasa Melayu, hendak berhubung dalam perdagangan pun dalam Bahasa Melayu dan hendak menjadi ulama pun dalam Bahasa Melayu," kata Dr. Awang yang pernah menyandang Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (1999-2004).

Kegemilangan Bahasa Melayu beransur pudar dengan penjajahan kuasa-kuasa Barat ke atas Tanah Melayu dan wilayah lain di alam Melayu.

Soal peminggiran Bahasa Melayu ini semakin ketara ketika penjajahan Inggeris dan nilainya diturunkan ke darjat yang rendah.

"Kalau dulu Bahasa Melayu merentas semua bidang tetapi dalam kes pendidikan, misalnya, Bahasa Melayu disamatarafkan dengan bahasa vernakular Cina dan India.

"Kurikulum untuk sekolah Melayu pun sangat terbatas dan matlamat pendidikan Inggeris untuk sekolah Melayu tidak lebih daripada menjadikan anak-anak Melayu itu lebih pandai sedikit daripada ibu bapanya sebagai petani dan nelayan. Hal ini disuratkan dalam dokumen penjajah Inggeris.

"Ada juga catatan lain yang mengatakan paling tinggi anak-anak Melayu ini cukup jika dapat menjadi kerani atau peon, itu sahaja. Tidak ada satu rancangan penjajah Inggeris hendak menjadikan sekolah Melayu sebagai batu loncatan untuk peningkatan masyarakat atau mobiliti sosial orang Melayu," kata Dr. Awang.

Jadi katanya, fasa pertama peminggiran Bahasa Melayu ialah kerana penjajahan.

Sebelum negara mencapai kemerdekaan, Bahasa Melayu melalui Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 (Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kedua) menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara. Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Abdul Rahman Talib 1960 kemudian memperkukuh dasar itu.

Itulah dasar negara terawal yang memartabatkan Bahasa Melayu.

Dasar itu sebenarnya menjadi satu daripada asas penggubalan Akta Pendidikan 1961 dan kemudian akta itu dipinda dan diperkukuh pada tahun 1996.

Menurut Dr. Awang, Bahasa Melayu juga dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

"Bahasa Kebangsaan bermakna bahasa untuk semua rakyat. Ini cukup jelas dalam perlembagaan, iaitu bahasa yang digunakan bagi semua maksud rasmi, maksudnya segala urusan seperti mesyuarat, perhimpunan, surat rasmi, pekeliling, penggunaan bahasa di tempat awam dan juga dalam sistem pendidikan.

"Urusan negara meliputi pentadbiran persekutuan (kementerian, jabatan dan semua agensi kerajaan), kerajaan negeri serta pihak penguasa awam seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga badan-badan berkanun," katanya.

Jika sudah jelas kedudukan tinggi Bahasa Melayu dalam perlembagaan, lalu mengapa masih ada yang memperlekehnya?

Bagi Dr. Awang, ibu kepada masalah ini ialah apabila perlembagaan tidak dihormati atau mungkin tidak difahami, tidak dihayati dan natijahnya tidak dilaksanakan seperti sewajarnya.

"Ia tinggal sebagai dokumen bertulis sahaja sedangkan salah satu prinsip Rukun Negara ialah Keluhuran Perlembagaan.

"Jadi apa ertinya Keluhuran Perlembagaan apabila pelaksanaan itu tidak menepati peruntukan perlembagaan," katanya sinis.

Jika Bahasa Melayu masih menjadi isu debat dan bahas, senario di negara-negara seperti Jerman, Jepun, China, Rusia mahu pun negara jiran terdekat Indonesia dan Thailand ternyata jauh berbeza.

Pengamatan yang dibuat pejuang bahasa ini menunjukkan mana-mana bahasa ternyata mempunya potensi untuk maju dengan syarat ada usaha untuk memajukannya.

Cuma seperti kata Dr. Awang, untuk membudayakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, perlu dipastikan tidak ada gangguan dan dasar yang sering berubah.

"Kadang-kadang ada aspek Bahasa Melayu tinggi yang sudah mula terbudaya melalui sistem pendidikan dan penyiaran, tetapi dicantas. Contohnya sebutan bahasa baku yang dimansuhkan pada 2000, sedangkan semua bahasa yang maju memiliki satu bentuk sistem sebutan rasmi yang merentas pelbagai dialek dan ragam bahasa. Salah satu tugas DBP sendiri, seperti dalam Akta DBP ialah membakukan ejaan, istilah dan sebutannya.

"Jadi Bahasa Melayu yang digunakan, malangnya dalam sebahagian sektor rasmi seperti dalam mesyuarat dan beberapa program penyiaran (seperti wawancara) adalah Bahasa Melayu pasar untuk hubungan komunikasi biasa sahaja.

"Usaha membudayakan Bahasa Melayu tinggi atau Bahasa Melayu yang rasmi masih memerlukan lonjakan yang bersungguh-sungguh oleh semua sektor, baik pentadbiran, penyiaran, media cetak, pendidikan dan yang lain," katanya.

Dr. Awang melihat bidang pendidikan sebagai teras untuk pemajuan bahasa dan Bahasa Melayu perlu dikembalikan peranannya sebagai bahasa penghantar utama bukan sahaja di sekolah tetapi juga di institusi pengajian tinggi.

Sehingga ini, hanya Universiti Kebangsaan Malaysia yang cukup jelas dasar bahasanya, sehingga tesis peringkat doktor falsafah pun kebanyakannya ditulis dalam Bahasa Melayu.

Bahkan, katanya, menurut Akta Pendidikan 1996, institusi pengajian tinggi swasta juga masih tetap tertakluk kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Beliau turut menekankan supaya pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Melayu kembali dilaksanakan seperti yang diuar-uarkan tanpa sebarang penangguhan.

Adakah Bahasa Melayu akan hanya layak dikenal sebagai bahasa pasar? Adakah kegemilangan bahasa tamadun Melayu dan negara ini akan tinggal sekadar kenang-kenangan? Setakat gah di atas lembaran dokumen dasar atau gemilang dalam lipatan sejarah? - BERNAMA

The Hobbit dijangka gegar panggung tahun depan


WATAK-watak orang kenit dalam filem The Hobbit yang kini giat menjalani penggambaran di New Zealand. - AGENSI


LOS ANGELES 2 Ogos - Filem The Hobbit: An Unexpected Journey yang diadaptasi dari novel yang ditulis J.R.R. Tolkien bakal menjadi antara filem terhebat pada tahun depan dan paling dinanti-nanti ramai.

Filem yang dijangka akan berada di pawagam pada 14 Disember 2012 itu merupakan filem susulan dari karya pengarah terkenal Peter Jackson menerusi filem trilogi Lord Of The Rings.

The Hobbit yang telah lama direncanakan ini amat dinanti-nanti peminat filem dan pastinya menarik untuk menyaksikan Jackson kembali menduduki kerusi pengarah serta pulang ke dunia fantasi Middle Earth.

Filem ini menampilkan ramai nama besar dalam industri perfileman seperti Ian McKellan dan Andy Serkis malah ia turut menjadi projek terbesar bagi Martin Freeman yang akan menjadi teraju utama sebagai Bilbo Baggins.

Kali ini, orang kerdil akan menjadi tajuk utama filem arahan Jackson itu dan dia turut memilih beberapa orang bintang Britain termasuk Richard Armitage, James Nesbitt dan Aidan Turner.

Pengambaran masih dijalankan di New Zealand dan walaupun The Hobbit merupakan filem baru, ia turut menampilkan wajah-wajah yang ada dalam filem arahannya sebelum itu iaitu Elijah Wood, Cate Blanchett dan Orlando Bloom.

Tahun depan turut menjadi tahun yang penuh meriah dengan filem hebat seperti The Avengers, Spider Man dan tentunya filem ketiga Batman arahan Christopher Nolan. - AGENSI

The Hobbit dijangka gegar panggung tahun depan


WATAK-watak orang kenit dalam filem The Hobbit yang kini giat menjalani penggambaran di New Zealand. - AGENSI


LOS ANGELES 2 Ogos - Filem The Hobbit: An Unexpected Journey yang diadaptasi dari novel yang ditulis J.R.R. Tolkien bakal menjadi antara filem terhebat pada tahun depan dan paling dinanti-nanti ramai.

Filem yang dijangka akan berada di pawagam pada 14 Disember 2012 itu merupakan filem susulan dari karya pengarah terkenal Peter Jackson menerusi filem trilogi Lord Of The Rings.

The Hobbit yang telah lama direncanakan ini amat dinanti-nanti peminat filem dan pastinya menarik untuk menyaksikan Jackson kembali menduduki kerusi pengarah serta pulang ke dunia fantasi Middle Earth.

Filem ini menampilkan ramai nama besar dalam industri perfileman seperti Ian McKellan dan Andy Serkis malah ia turut menjadi projek terbesar bagi Martin Freeman yang akan menjadi teraju utama sebagai Bilbo Baggins.

Kali ini, orang kerdil akan menjadi tajuk utama filem arahan Jackson itu dan dia turut memilih beberapa orang bintang Britain termasuk Richard Armitage, James Nesbitt dan Aidan Turner.

Pengambaran masih dijalankan di New Zealand dan walaupun The Hobbit merupakan filem baru, ia turut menampilkan wajah-wajah yang ada dalam filem arahannya sebelum itu iaitu Elijah Wood, Cate Blanchett dan Orlando Bloom.

Tahun depan turut menjadi tahun yang penuh meriah dengan filem hebat seperti The Avengers, Spider Man dan tentunya filem ketiga Batman arahan Christopher Nolan. - AGENSI

Sepah ucap selamat tinggal

BUKAN sekali dua, tetapi sudah banyak kali perkhabaran tentang perpecahan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Sepah ini bertebaran.

Sesungguhnya ia bukanlah sebuah berita baru. Malah, cerita ini sudah menjadi bahan mulut pihak media selepas mereka bergelar juara Raja Lawak musim ketiga pada tahun 2008.

Ketika itu, memang heboh diperkatakan tentang kumpulan ini yang berdepan dengan masalah disiplin sehingga menyukarkan ramai pihak untuk mendapatkan mereka.

Namun, cerita itu terus senyap dan ia kembali timbul apabila salah seorang anggotanya, Mohd. Nazdri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep memberitahu Sepah hampir berpecah sewaktu menyertai Maharaja Lawak, baru-baru ini.

Ternyata gelaran juara sulung Maharaja Lawak tidak berupaya menyelamatkan kumpulan ini untuk terus kekal bersatu apabila sekali lagi dikhabarkan mereka akan membawa haluan masing-masing selepas Aidilfitri ini.

Bertemu dengan kumpulan ini usai rakaman program Gegar Raya Kampung Pening Lalat yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini, peluang itu diambil untuk bertanyakan kesahihan berita tersebut.

Dengan penuh tenang, Jep menjawab segala pertanyaan yang diajukan dengan baik meskipun jam sudah menghampiri pukul 1 pagi.

"Kalau bukan selepas Hari Raya pun, memang kami sudah lama merancang untuk membawa haluan sendiri. Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini, perpecahan Sepah belum lagi secara rasmi.

"Kumpulan Sepah masih wujud dan kami juga akan terlibat dengan pertunjukan amal sepanjang Ramadan ini. Cuma, mungkin rezeki itu tidak tertulis untuk kami terus kekal bersama setiap masa," jelasnya tenang membuka bicaranya sambil dipersetujui dua teman Sepah yang lain, Shahmira Muhammad atau Shuib dan Mohd. Noor Murad (Mamat).

Kata Jep lagi, mereka mula memikirkan tentang keputusan tersebut memandangkan begitu sukar untuk mengumpul kesemua ahli Sepah dalam satu-satu masa.

Sukar

Sementelah, masing-masing mempunyai komitmen sendiri, ujar Jep, adalah lebih baik untuk dia, Shuib dan Mamat memikirkan haluan sendiri dalam bidang seni.

Memang tidak dinafikan, antara ketiga-tiga anggota Sepah, Shuib paling mendapat perhatian dan rezeki juga semakin mencurah-curah buat suami kepada penyanyi genit, Sarah Raisuddin itu.

"Seperti saya sendiri, selepas tamatnya Maharaja Lawak, saya hanya duduk di kampung sahaja kerana masalah kesihatan.

"Rakaman program raya inilah yang pertama untuk saya selepas pulih daripada masalah demam yang berterusan.

"Sebagai teman, saya menyokong dan merestui perjalanan seni Shuib dan Mamat. Masing-masing ada rezeki. Jadi, tidak elok seandainya saya mahu menyekat mereka.

"Bagi saya, kalau mahu meneruskan perjuangan Sepah itu, ia memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi," jelas Jep yang kini menetap di kampung halamannya di Johor Bahru, Johor.

Bagi Shuib pula, meskipun akan bergerak secara solo bagi meneruskan kariernya sebagai pelawak, pelakon dan penyanyi, tetapi dia akan tetap bersama Sepah apabila diperlukan.

"Memang saya mengaku, ada kala sukar bagi kami bertiga bersatu kerana pelbagai faktor antaranya lokasi kami sendiri.

"Tetapi, antara kami, masing-masing saling menyokong demi kebaikan bersama," jelas Shuib.

Sementara Mamat pula memberitahu, ada ketikanya penganjur mempunyai kekangan bajet sehingga menyebabkan mereka terpaksa membuat pilihan.

Lantaran itu, apabila ada majlis yang hanya menampilkan dua anggota misalnya, pasti ia akan mengundang persepsi dan pandangan berbeza peminat.

Perdana Menteri dibenarkan keluar hospital hari ini


03/08/2011 1:19pm

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dibenarkan pulang selepas menjalani pembedahan lutut kirinya, yang cedera akibat bersukan, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Najib, diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, meninggalkan pekarangan hospital kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Perdana Menteri pada Isnin lepas menjalani pembedahan “arthoscopic” pada lutut kirinya. - Bernama