Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

1.2.01

Resort dikelilingi hutan

Teks dan gambar oleh Ainal Marhaton Abd Ghani
rencana@hmetro.com.my
2010/01/21

NUSA Holiday Village (NHV) adalah satu-satunya resort dikelilingi hutan di Taman Negara. Di sini anda dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika berusia 130 juta tahun dan tertua di dunia.

NUSA Holiday Village (NHV) adalah satu-satunya resort dikelilingi hutan di Taman Negara. Di sini anda dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika berusia 130 juta tahun dan tertua di dunia. Jangan lepaskan peluang mandi air sungai semula jadi kerana di kawasan resort ini terdapat anak sungai yang jernih dan cetek dari aliran air terjun Sungai Abai.

Bagi anda yang pertama kali di sini, NHV di Kuala Tahan, Jerantut yang beroperasi sejak 20 tahun lalu, pasti destinasi tepat untuk bercuti.

Suasananya tenang kecuali sesekali deruan enjin lori balak yang memecah kesunyian hutan di sini.

Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini, antaranya Night Jungle Walk untuk melihat haiwan malam seperti ‘flying fox’, kongkang, kucing hutan, musang, labah-labah dan kala jengking. Anda juga berpeluang meninjau kehidupan masyarakat Orang Asli suku Batek di Kampung Dedari, kira-kira 10 minit menaiki bot dari NHV.


Inilah peluang melihat kebolehan mereka menghidupkan api cara tradisional dengan menggesek rotan muda ‘saga emas’ pada potongan kayu meranti.


Mereka adalah kelompok Orang Asli ‘nomad’ kerana sentiasa berpindah-randah untuk mencari rezeki.


Jika ke NHV, jangan lupa menikmati kedinginan air terjun Sungai Abai di Taman Negara, kira-kira sejam perjalanan dari tempat penginapan.


Jika malas, anda boleh mandi di laluan air terjun itu di bawah jambatan gantung pusat penginapan berkenaan.


Pengarah Urusan Syarikat Pelancongan Kumpulan Ghazali (SPKG) Tours Sdn Bhd, Burhanuddin Ghazali, berkata Nusa Camp menjadi pilihan pelancong dari negara Eropah Timur, Scandinavia dan China kerana mereka gemarkan suasana alam semula jadi.


“Mereka gemar menyusuri Sungai Tembeling, melihat kehidupan Orang Asli atau melihat haiwan di waktu malam.


“Jika ada masa, susuri Sungai Tembeling untuk meninjau kehidupan penduduk di Kampung Kuala Sat, Kampung Pagi, Kampung Bantal dan Kampung Mat Daling, iaitu kampung paling hujung di daerah Jerantut,” katanya.

Bagi yang gemar aktiviti pendakian, jangan lupa mendaki Bukit Warisan untuk melihat matahari terbit dan terbenam.

Untuk penginapan, NHV menyediakan 14 chalet berbentuk Rumah Melayu berharga RM110, 10 chalet berbentuk ‘A’ (RM55) enam kotej (RM90) dan sebuah asrama (RM15 setiap seorang).

NHV turut menyediakan beberapa pakej menarik dengan bayaran berpatutan.

“Menu di sini lebih kepada hidangan masakan Melayu termasuk sambal hitam dan jantung pisang.

“Di sini, tiada dibenarkan minuman keras,” katanya.


Info Antara pakej yang disediakan:

# 3 hari 2 malam - Rumah Melayu (berhawa dingin) bernilai RM363.

- Kotej (kipas) RM333 - Chalet berbentuk ‘A’ (RM295)

# 4 hari 3 malam - Rumah Melayu (berhawa dingin) bernilai RM493 - Kotej (kipas) RM443 - Chalet berbentuk ‘A’ (RM393)

# Pakej yang ditawarkan termasuk makan, bot, penginapan dan aktiviti seperti laluan kanopi dan permit masuk ke Taman Negara.

# Berminat, layari laman web www.tamannegara-nusaholiday.com.my atau hubungi SPKG Tours Sdn Bhd No 16, Jalan Diwangsa, Bandar Baru, 27000 Jerantut atau talian 09-2662369 atau faks 09-2664369

Tiada ulasan: