Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

24.6.09

Bapa miskin, anak ikut miskin

Oleh Jayanath Appudurai
Rabu, 24 Jun 2009 18:19

Berdasarkan data tahun 2004, andaikan sekiranya penduduk Malaysia hanya 10 orang dan jumlah pendapatan mereka adalah RM1,000, maka ini bermakna dua orang dalam kelas teratas memperolehi pendapatan bersama sejumlah RM512; empat orang dalam kelas pertengahan memperolehi RM353; dan empat orang dari kelas terendah hanya memperolehi RM135, ataupun RM33.75 setiap seorang miskin.

Jelas bahawa pengagihan sedemikian adalah tidak adil dan saksama. Golongan pendapatan terendah sentiasa menghadapi masalah untuk hidup dengan selesa. Kebanyakan gejala sosial dialami oleh golongan ini berpunca daripada ketidaksetaraan pendapatan dalam masyarakat.

Semakin lama semakin besar jurang perbezaan antara pendapatan isi rumah 20 peratus teratas dan isi rumah 40 peratus terendah. Nampaknya, komitmen yang dijanjikan kerajaan belum lagi ditunaikan!



1Malaysia dan warga miskin kelas ke-2
Oleh Jayanath Appudurai
Rabu, 13 Mei 2009 17:06

'1Malaysia' memang indah khabarnya. Akan tetapi, apakah rupa sebenar 1Malaysia yang dicanang-canangkan oleh Perdana Menteri Najib Razak?

Keikhlasan cogankata Najib mungkin boleh dipercayai apabila papantanda di tapak projek-projek prasarana yang mempamerkan ayat: '(Ini) Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional' dialihbentuk kepada 'Satu Lagi Projek Rakyat 1Malaysia'.

Najib telah menyeru supaya parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak hanya berkhidmat di lokasi etnik kaum masing-masing, dan kepada ahli-ahli Jemaah Menteri supaya tidak hanya memberikan perhatian kepada kelompok komuniti etnik yang mereka wakili sahaja.

Menurut Najib, "Sebenarnya kita banyak bertindak dalam kerangka pemikiran etnik kita saja sejak sekian lama”. Sebagai contoh, Najib mengesa supaya “perjuangan membasmi kemiskinan perlu dilihat merangkumi kemiskinan yang merentasi semua kaum sama ada di bandar, luar bandar, estet, kampung baru dan Orang Asli.”

Peluit:

Peluit tertarik dengan tulisan Jayanath, apatah lagi kuota yang diterakan jika rakyat kita seramai 10 orang; Rm1,000 berbanding RM33.75 duduk di 1Malaysia apakah munasabahnya. Seolah-olah orang golongan elite makan beras Siam Wangi & rakyat marhaen hanya mampu makan bubur bukan beras lagi.

Peluit banyak memperjuangkan golongan bawahan yang makin hari makin terhimpit dengan perkembangan ekonomi yang semakin mencabar ini. Cukuplah jika seorang pekerja awam di peringkat bawahan yang sering diketepikan akan kebajikan mereka.

Sebagai satu contoh yang nyata, kumpulan bijak pandai atau kumpulan A akan mendapat perbagai elaun sampingan yang tidak afdal diberikan kerana imbuhan atau ganjaran mereka telah pun mencukupi untuk menjadi seorang warga kaya kalau tidak mewah dengan pendapatan mereka.

Kita ambil contoh ada kalangan Prof yang memegang jawatan pentadbiran akan diberikan kenderaan selalunya Proton Perdana untuk urusan rasmi malahan ulang-alik ke rumah.diberikan juga tuntutan batu perjalanan atau minyak disediakan pemandu malahan semua baikpulih kenderaan tersebut ditanggung oleh kerajaan kita. Sedangkan golongan bawahan terpaksa membuat pinjaman untuk membeli kapcai, terpaksa pula membeli minyak sendiri malahan insuran segalanya semakin melambung naik.

Di negara maju seperti Jepun mereka tidak pernah membezakan akan kebajikan begini kerana mereka telah punyai pengangkutan awam yang efisyen, semua perkerja diberikan tiket percuma menggunakan pengangkutan awam, biarpun waktu bercuti. Baik Prof atau buruh sama berhimpit naik keretapi untuk berulang-alik berkerja.

Masalah pengangkutan awam ini rasanya adalah satu faktor yang amat membebani rakyat golongan bawahan. Harga kenderaan di negara kita terlampau mahal & terpaksa dibebani semua orang lantaran pengangkutan awam kita yang amat naif.

Begitu juga masalah perumahan, langkah kerajaan yang tidak membina lagi rumah kos rendah tentunya akan tambah merumitkan kehidupan rakyat miskin. Dengan pinjaman bank yang tinggi masakan akan dapat golongan miskin ini menabung untuk membina masa depan mereka. Jika dibina pun rumah rakyat ianya jauh terpencil & terpaksa golongan ini perabis duit untuk membayar kadar pengangkutan yang tinggi untuk mencari rezeki.

Langkah terbaik kerajaan tidak dapat tidak mestilah menyegerakan pembinaan perumahan bagi golongan miskin ini di samping menyediakan pengangkutan awam yang efisyen yang tidak akan membebankan kehidupan mereka.

Dua masalah ini terlalu ketara di samping masalah lain seperti agihan harta negara yang asyik dibolot oleh segolongan yang elite sahaja, masalah sekatan ekonomi di negara sendiri, seperti negeri yang diperintah oleh pembangkang akan menerima nusibah menjadi anak tiri di negara sendiri. Begitu juga masalah sosial yang makin rumit lantaran kesempitan hidup yang mengekang rakyat telah menjadikan rakyat semakin rakus, kejam & sanggup membunuh demi mengejar duniawi.

Kita kena sedar diri & terusan mencari jalan terbaik menbina negara ini agar maju & bermaruah.

Tiada ulasan: