Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

30.6.09

Mahfuz: BN kini ertinya 'bini Najib'


Jun 30, 09 1:47pm
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mencipta gelaran baru untuk Barisan Nasional dengan label "bini Najib" - alasannya Rosmah Mansor seorang wanita pertama negara yang berpengaruh luas.

"Dulu kita dengar BN (ertinya) 'barang naik'.

"Itulah dijaja oleh orang ramai terutamanya ketika hari penamaan calon tapi hari ini satu istilah baru telah dicipta oleh mereka yang mahir menamakan singkatan perkataan iaitu 'Bini Najib'," ahli parlimen Pokok Sena dipetik berkata semalam.

Menurut laman rasmi media PAS, Mahfuz menyebut gelaran tersebut sewaktu berceramah di majlis makan malam di Sungai Chenaam, Nibong Tebal

Beliau juga berkata, pemerintahan Datuk Seri Najin Razak seolah-olah juga diterajui oleh isterinya, lapor Harakahdaily.net hari ini.

Tambahnya, istilah itu "jika dikaji, ada kebenaranya" apabila menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yu ketika melawat Malaysia awal bulan ini juga bertemu dengan Rosmah, selain Najib.

Pertemuan itu, Mahfuz dilaporkan berkata lagi, "tindakan terbaru yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara" dan "tidak pernah dilakukan olah mana-mana pemimpin negara luar".

"Kalau dikaji ada kebenaranya. Bila Lee Kuan Yu melawat Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, Lee juga mengadakan pertemuan dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Itu yang menghairankan masyarakat kenapa dan apa motif perjumpaan itu. Lazimnya, pertemuan isteri diadakan berasingan itupun dengan isteri pelawat sahaja," Mahfuz dipetik berkata.

"Bukan sahaja timbul kehairanan di kalangan rakyat bahkan di kalangan wartawan yang membuat liputan pertemuan tersebut.

"Jika Datin Seri Rosmah mahu membersihkan isu ini beliau perlu menjawab hasil pertemuan itu.

"Adakah tindakan Rosmah itu membuktikan bahawa Najib bukan mengemukakan wawasan sendiri malahan mempunyai kaitan dengan isterinya yang cuba campur tangan terhadap pentadbiran negara."

Turut berucap di program anjuran PAS Nibong Tebal itu: wakil Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang, CJ Ong; ketua penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim dan pegawai khas menteri besar Kedah, Hasan Abdul Razak.

26.6.09

Ku Li: Nik Aziz tak patut kelirukan rakyat


Jun 26, 09 4:12pm
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak sepatutnya membuat kenyataan mengelirukan dengan menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis, kata Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata kenyataan Nik Aziz, yang dibuat pada satu ceramah di Manik Urai lima hari lalu, tidak wajar memandangkan Nik Aziz sendiri pernah bertanding di Kelantan atas tiket Barisan Nasional semasa PAS bersama BN.

"PAS pun parti politik seperti Umno dan kita (Umno) tak kurang juga berjuang untuk Islam. Segala-galanya yang kita lakukan untuk Islam juga. Tak munasabah dia cakap macam ini.

"Dia dulu bersama BN juga. Tahun 1967 dia bertanding pada pilihanraya kecil di Kelantan dia bersama kita. Pada tahun 1974 masa
Kelantan dikuasai BN, dia bertanding di Bachok atas tiket BN. Kenapa nak timbulkan perkara yang boleh mengelirukan pemikiran rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Manik Urai di Sekolah Kebangsaan Manik Urai hari ini.

Turut hadir Setiausaha BN Kelantan Datuk Alwi Che Ahmad dan Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman.

Tengku Razaleigh berkata apa yang penting ialah penduduk Manik Urai yang akan menghadapi satu pilihanraya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Manik Urai pada 14 Julai ini, tahu menilai mana yang betul atau sebaliknya, lapor Bernama.

Beliau berkata BN mempunyai peluang yang cerah untuk menang pada pilihanraya kecil itu memandangkan PAS pernah tewas di situ.

"Kita kalah pada pilihan raya umum 2008 kerana sentimen yang kuat kepada pembangkang yang menimbulkan banyak isu yang mempengaruhi mereka pengundi," katanya.

Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian Ismail Yaakob daripada PAS pada 22 Mei lalu.

25.6.09

Aduan polis Umno terhadap Nik Aziz


Jun 25, 09 12:46pm

Pemuda Umno Kelantan membuat aduan polis berhubung satu kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis.

Kenyataannya, yang juga mursyidul am PAS, didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat, lapor Bernama.

Aduan itu dibuat oleh ketua Pemuda, Anuar Safian, di balai
polis Kota Bharu pada 10.30 pagi tadi dengan diiringi kira-kira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Anuar berkata kenyataan Nik Aziz pada 21 Jun lepas menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan juga menyamakan Umno sebagai komunis dan menolak Islam, adalah "tidak berasas".

"Pemuda melihat tuduhan ini sebagai mengetepikan sejarah dan perlembagaan negara kerana sekiranya disamakan Umno dengan Chin Peng, kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya.

"Sekiranya kita Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin, berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno, dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin Umnolah yang banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam dalam negara
ini," Anuar dipetik berkata.

Tambahnya, kenyataan Nik Aziz itu mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa dalam kalangan ahli Umno dan rakyat, dan beliau perlu dikenakan tindakan.

24.6.09

Bapa miskin, anak ikut miskin

Oleh Jayanath Appudurai
Rabu, 24 Jun 2009 18:19

Berdasarkan data tahun 2004, andaikan sekiranya penduduk Malaysia hanya 10 orang dan jumlah pendapatan mereka adalah RM1,000, maka ini bermakna dua orang dalam kelas teratas memperolehi pendapatan bersama sejumlah RM512; empat orang dalam kelas pertengahan memperolehi RM353; dan empat orang dari kelas terendah hanya memperolehi RM135, ataupun RM33.75 setiap seorang miskin.

Jelas bahawa pengagihan sedemikian adalah tidak adil dan saksama. Golongan pendapatan terendah sentiasa menghadapi masalah untuk hidup dengan selesa. Kebanyakan gejala sosial dialami oleh golongan ini berpunca daripada ketidaksetaraan pendapatan dalam masyarakat.

Semakin lama semakin besar jurang perbezaan antara pendapatan isi rumah 20 peratus teratas dan isi rumah 40 peratus terendah. Nampaknya, komitmen yang dijanjikan kerajaan belum lagi ditunaikan!



1Malaysia dan warga miskin kelas ke-2
Oleh Jayanath Appudurai
Rabu, 13 Mei 2009 17:06

'1Malaysia' memang indah khabarnya. Akan tetapi, apakah rupa sebenar 1Malaysia yang dicanang-canangkan oleh Perdana Menteri Najib Razak?

Keikhlasan cogankata Najib mungkin boleh dipercayai apabila papantanda di tapak projek-projek prasarana yang mempamerkan ayat: '(Ini) Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional' dialihbentuk kepada 'Satu Lagi Projek Rakyat 1Malaysia'.

Najib telah menyeru supaya parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak hanya berkhidmat di lokasi etnik kaum masing-masing, dan kepada ahli-ahli Jemaah Menteri supaya tidak hanya memberikan perhatian kepada kelompok komuniti etnik yang mereka wakili sahaja.

Menurut Najib, "Sebenarnya kita banyak bertindak dalam kerangka pemikiran etnik kita saja sejak sekian lama”. Sebagai contoh, Najib mengesa supaya “perjuangan membasmi kemiskinan perlu dilihat merangkumi kemiskinan yang merentasi semua kaum sama ada di bandar, luar bandar, estet, kampung baru dan Orang Asli.”

Peluit:

Peluit tertarik dengan tulisan Jayanath, apatah lagi kuota yang diterakan jika rakyat kita seramai 10 orang; Rm1,000 berbanding RM33.75 duduk di 1Malaysia apakah munasabahnya. Seolah-olah orang golongan elite makan beras Siam Wangi & rakyat marhaen hanya mampu makan bubur bukan beras lagi.

Peluit banyak memperjuangkan golongan bawahan yang makin hari makin terhimpit dengan perkembangan ekonomi yang semakin mencabar ini. Cukuplah jika seorang pekerja awam di peringkat bawahan yang sering diketepikan akan kebajikan mereka.

Sebagai satu contoh yang nyata, kumpulan bijak pandai atau kumpulan A akan mendapat perbagai elaun sampingan yang tidak afdal diberikan kerana imbuhan atau ganjaran mereka telah pun mencukupi untuk menjadi seorang warga kaya kalau tidak mewah dengan pendapatan mereka.

Kita ambil contoh ada kalangan Prof yang memegang jawatan pentadbiran akan diberikan kenderaan selalunya Proton Perdana untuk urusan rasmi malahan ulang-alik ke rumah.diberikan juga tuntutan batu perjalanan atau minyak disediakan pemandu malahan semua baikpulih kenderaan tersebut ditanggung oleh kerajaan kita. Sedangkan golongan bawahan terpaksa membuat pinjaman untuk membeli kapcai, terpaksa pula membeli minyak sendiri malahan insuran segalanya semakin melambung naik.

Di negara maju seperti Jepun mereka tidak pernah membezakan akan kebajikan begini kerana mereka telah punyai pengangkutan awam yang efisyen, semua perkerja diberikan tiket percuma menggunakan pengangkutan awam, biarpun waktu bercuti. Baik Prof atau buruh sama berhimpit naik keretapi untuk berulang-alik berkerja.

Masalah pengangkutan awam ini rasanya adalah satu faktor yang amat membebani rakyat golongan bawahan. Harga kenderaan di negara kita terlampau mahal & terpaksa dibebani semua orang lantaran pengangkutan awam kita yang amat naif.

Begitu juga masalah perumahan, langkah kerajaan yang tidak membina lagi rumah kos rendah tentunya akan tambah merumitkan kehidupan rakyat miskin. Dengan pinjaman bank yang tinggi masakan akan dapat golongan miskin ini menabung untuk membina masa depan mereka. Jika dibina pun rumah rakyat ianya jauh terpencil & terpaksa golongan ini perabis duit untuk membayar kadar pengangkutan yang tinggi untuk mencari rezeki.

Langkah terbaik kerajaan tidak dapat tidak mestilah menyegerakan pembinaan perumahan bagi golongan miskin ini di samping menyediakan pengangkutan awam yang efisyen yang tidak akan membebankan kehidupan mereka.

Dua masalah ini terlalu ketara di samping masalah lain seperti agihan harta negara yang asyik dibolot oleh segolongan yang elite sahaja, masalah sekatan ekonomi di negara sendiri, seperti negeri yang diperintah oleh pembangkang akan menerima nusibah menjadi anak tiri di negara sendiri. Begitu juga masalah sosial yang makin rumit lantaran kesempitan hidup yang mengekang rakyat telah menjadikan rakyat semakin rakus, kejam & sanggup membunuh demi mengejar duniawi.

Kita kena sedar diri & terusan mencari jalan terbaik menbina negara ini agar maju & bermaruah.

17.6.09

Tahniah Ustaz Abu Bakar, PJ Perak baru

Johari Jaafar
Wed | Jun 17, 09 | 9:47:13 am MYT

IPOH, 17 Jun (Hrkh) - Bekas Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Misbahul Munir Masduki yakin Ustaz Abu Bakar Hussein mampu menerajui PAS Perak dengan baik dengan kerjasama dari dewan dewan dan PAS kawasan-kawasan kerana beliau tidak keseorangan dalam memimpin PAS di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Ustaz Abu Bakar Hussein yang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang baru seperti yang diumumkan oleh Presiden PAS, Dato' Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama di Pejabat Agung PAS Pusat baru-baru ini.

Sebelum ini, Ustaz Abu Bakar adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Yang Dipetua PAS Kawasan Gopeng untuk beberapa penggal yang lalu.

Dalam Pilihan raya umum yang lepas, beliau bertanding di DUN Pengkalan Baru dan hanya kalah dengan majoriti yang begitu kecil iaitu 14 undi.

Beliau juga adalah pesara guru agama yang pernah berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh.

"Pelantikan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Perak disambut baik oleh kawasan-kawasan dan dewan-dewan, " katanya.

"Dengan pengalaman sebagai pendidik agama, seluruh PAS Kawasan di Perak mengharapkan agar pengalaman mentarbiyyah digunakan untuk mentarbiyah ahli-ahli PAS," jelasnya.

Beliau sememangnya sangat meminati bidang tarbiyah haraki.

Menurutnya, Markaz Tarbiyah Air Kuning sentiasa aktif dengan program-program tarbiyah yang dikendalikan oleh Lajnah yang dipengerusikan oleh beliau.

Pengisian tarbiyah begitu hidup sepanjang beliau menerajui lajnah tersebut, pembentangan kertas-kertas tarbiyah tidak hanya terikat dengan teks tertentu, malahan persoalan ekonomi, politik, ISA dan berbagai-bagai isu semasa di peringkat nasional dan antarabangsa turut diketengahkan.

Tambahnya,Ustaz Abu Bakar tidak akan bersendirian memimpin negeri Perak, seluruh PAS Kawasan dan dewan-dewan akan membantu beliau bagi melaksanakan amanat dan mandat tersebut.

"Saya yakin dengan kemampuan Ustaz Abu Bakar untuk menerajui PAS Perak, saya sependapat dengan Misbah,' kata Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim. - mks.

16.6.09

Sokong titah Sultan Perak - Pemuda PAS Perak

Johari Jaafar
Tue | Jun 16, 09 | 12:33:23 pm MYT

IPOH, 16 Jun (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyokong penuh titah yang telah disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bahawa sebarang gerakan yang dicetuskan untuk mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera bukan sahaja melanggar peruntukan asas dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri, malah turut mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Demikian ditegaskan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Salman Salle dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Pemuda PAS Perak yakin saranan yang telah dititahkan oleh Seri Paduka Sultan Perak adalah menjadi pegangan dan keyakinan PAS sejak ianya ditubuhkan.

PAS yang meletakkan Islam sebagai pegangan yang tertinggi sudah tentu akan memastikan semua aspek pembentukan dan pemerintahan di dalam sesebuah negera atau negeri menjadi perlaksanaannya.

"Kita yakin dengan asas Raja Beperlembagaan sebagai satu pendekatan yang telah kita semua amalkan sebagai demokrasi tulen selama ini," jelasnya.

Pemuda PAS Perak akan memberikan komitmen jitu di dalam memahamkan seluruh rakyat akan asas-asas yang telah dibawa semenjak merdeka lagi sehingga sekarang iaitu rukun Negara .

"Akibat rakuskan kuasa sesetengah pihak, mereka sanggup menolak dan menafikan keutuhan sistem Raja Beperlembagaan ini sebagai prinsipnya di dalam rukun Negara kita," tegasnya. - azm

9.6.09

PILIHANRAYA UMUM MENGEJUT BAKAL DIADAKAN?

Umno/BN sedang mengatur strategi licik dan sulit untuk mengembalikan kuasa mutlak mereka di negara kita. Setelah mereka dikejutkan dengan kejayaan PR menafikan majoriti 2/3 di Parlimen, BN memerah otak untuk menyerang dan melemahkan lawannya PR.

Tidak semena-mena BN mendapat 'tongkat' baru iaitu mempopularkan istilah kerajaan perpaduan dengan menyatakan bahawa PAS mahu bergabung atau bekerjasama dengan Umno untuk menggagaskan kerajaan perpaduan.

Lebih malang lagi ada dakwaan menyatakan bahawa pimpinan kita sendiri seolah-olah seronok dan terliur untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno. Malah tiada penafian secara rasmi dan tegas dibuat oleh pimpinan samada benar atau tidak kerajaan perpaduan hendak dibentuk.

Akhirnya isu kerajaan perpaduan ini menjadi barah kepada PAS dan PR antara simptom yang kita dapat lihat ialah :-

Rakan-rakan dalam PR mula sangsi kepada PAS

Rakyat Malaysia yang bukan Islam mula 'confuse' dan hilang keyakinan kepada PAS

Ahli-ahli PAS dan penyokong PAS terkeliru, pening dan tertanya-tanya benarkah PAS mahu membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Simptom di atas akan merebak jika tidak dibendung dengan cepat. Jika ianya merebak dan membarah, saya yakin BN akan mengambil kesempatan dan akan membubarkan parlimen kerana mereka yakin rakyat sudah sangsi kepada PAS/PR dan mereka akan menang dengan mudah kerana PR sendiri berada dalam kemelut dalaman yang hebat.

Untuk itu saya sekali lagi menyeru pimpinan atasan PAS membuat kenyataan segera berhubung ISU KERAJAAN PERPADUAN demi untuk memadamkan api dalam sekam yang kelihatan mula berkelip-kelip dalam diam dan tersembunyi.

Api ini jika tidak dipadam segera kemungkinan akan membakar sekam tersebut malah akan membakar bangsal dan rumahnya sekali. Pada masa itu siapa yang hendak dipersalahkan?

Dengan rasa rendah diri dan dengan hati yang tulus ikhlas saya mohon pimpinan supaya membuat tindakan cepat dan tangkas untuk mematikan isu ini dengan membuat kenyataan tegas bahawa

PAS TIDAK PERNAH DAN TIADA CITA-CITA UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO.

Jika ini tidak dilakukan saya yakin isu ini akan semakin merebah dan membarah.

http://mutaligat.blogspot.com

1.6.09

Kemelut Perak: Pemuda PAS mahu bertemu Pemuda Umno
Johari Jaafar
Wed | May 27, 09 | 7:59:45 am MYT

IPOH, 27 Mei (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Perak telah menghantar surat kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak, Maslin Sham Razman untuk memaklumkan bahawa Pemuda PAS Negeri Perak berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Pemuda Umno Perak secepat mungkin bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri ini.

Surat tersebut dihantar oleh Ketua Pemuda PAS Perak Zawawi Hassan kepada Ketua Pemuda Umno Perak yang beralamat di Tingkat 5, Bangunan UMNO Perak, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, Ipoh.

Pemuda PAS Perak sedar kestabilan, suasana harmoni dan aman setelah selesai pilihan Raya Umum ke-12 tahun lepas dan juga kemampuan seluruh jentera pentadbiran kerajaan berfungsi dengan lancar telah hancur akibat usaha yang tidak bertamadun dan juga rampasan kuasa yang telah menjadi drama dan tontonan seluruh dunia dalam Negeri kita ini.

Menurutnya, kekalutan yang telah berlaku hingga meningkatkan ketegangan dan perasaan tidak selesa di kalangan rakyat serta terheretnya pihak Istana, kakitangan awam dan juga Badan Bukan Kerajaan yang telah ditaja untuk menunjukkan suasana yang tidak tenteram sepanjang Pakatan Rakyat (PR) memerintah.

"Di atas faktor tersebut, saya dengan rendah diri mengusahakan pertemuan ini seperti kehendak majoriti rakyat yang telah membuat keputusan semasa PRU-12 tahun lepas mesti dilakukan segera," katanya

Pertemuan ini adalah penting jika pihak ketua Pemuda Umno Perak benar-benar ikhlas dan bertanggungjawab untuk memelihara keharmonian dan kesejahteraan negeri ini.

Pemuda PAS Perak Pihak akan menunggu persetujuan dan penetapan tarikh, masa dan tempat bila-bila masa sahaja daripada pihak Pemuda Umno. - mks.