Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

27.5.09

Anwar saman Anifah RM100 juta

Rabu Mei 27, 2009


KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Luar Datuk Anifah Aman bagi menuntut ganti rugi RM100 juta berhubung kenyataan menteri itu pada satu sidang akhbar di Washington baru-baru ini.

Writ saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 2.10 petang oleh firma guaman Messrs S.N.Nair & Partners.

Saman itu menamakan Anifah berdasarkan kedudukannya sebagai seorang individu dan Anggota Parlimen Kimanis sebagai defendan pertama, Menteri Luar sebagai defendan kedua, dan kerajaan Malaysia dinamakan defendan ketiga.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang menuntut ganti rugi pampasan RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi untuk menahan Anifah melafaz, bercakap atau menulis atau menerbitkan perkataan fitnah itu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar berkata bahawa pada 16 Mei lepas, Anifah membuat kenyataan di Jabatan Negara di Washington semasa sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton bahawa Anwar ada menawarkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kepadanya sekiranya pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 Sept tahun lepas.

Anwar juga berkata Anifah memfitnahnya dengan menyatakan beliau sedang membuat cubaan untuk membeli Anggota Parlimen dan Anwar memburukkan imej negara.

Anwar juga mendakwa Anifah telah mencetuskan kebencian dan kemarahan umum terhadapnya, merendahkan tarafnya, menggalakkan dan memulakan penghinaan politik serta mengaburkan kebenaran dan menyebarkan sesuatu yang palsu.

BERNAMA



Waheeda Dah Nikah?

Ditulis oleh Site Administrator Selasa, 11 Mac 2008 02:33 l

Baru-baru ini kecoh lagi sekali meja Team Manggaonline dengan berita pasal pernikahan penyanyi, pelakon dan pengacara yang jelita dan bertudung litup, Waheeda dengan seorang selebriti bergelar ustaz, Akhil Hayy.

Yang menjadi kecohnya sebab ustaz yang dikatakan tu masih memiliki seorang isteri dan anak-anak. Tetapi digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan Waheeda yang dikenali sebagai Wawa sejak sama-sama terlibat dalam satu program terbitan Astro.

Wawa pula memberi penjelasan bahawa itu semua adalah gosip biasa dan hanya satu cerita lama yang dibangkitkan semula serta asam garam dunia artis dan harus ditempuhinya.

Dalam satu kenyataan media, ibu Wawa menerangkan bahawa beliau tidak menolak jika andai jodoh Waheeda dengan seorang ustaz.

“Terus terang saya katakan, saya tidak tolak jika ditakdirkan jodoh Wawa dengan seorang ustaz. Siapa yang tak mahu bermenantukan seorang yang alim dan pandai bab-bab agama? Tapi biarlah ustaz itu yang belum bernikah dan tak ada anak bini,” Kata ibu kepada artis kecil molek ini.

Sebelum ini, Wawa pernah digosipkan bercinta dengan seorang penyanyi daripada sebuah kumpulan nasyid yang agak dikenali ramai. Yang mana satu pilihan Wawa samada yang bujang atau sudah berkeluarga? Atau benarkah Wawa dah nikah dengan seseorang?

Waheeda Berlinangan Airmata
by Li Ee Kee | 5 Mar 2009

Tergamam seketika para wartawan dibuatnya apabila tiba-tiba dari moodnya yang riang dia menjadi emosional sehingga mengalirkan airmata. Semestinya banyak rahsia yang dipendamkan di hati. Tetapi kerana ingin menjaga hati dan maruah orang lain, sanggup dibiarkan dirinya diperkatakan yang tidak elok. Ini semua gara-gara kontroversi perhubungannya dengan Ustaz Akhil Hayy.

“Orang kata saya perampas suami, selalu menukar-nukar laki tapi bukan satu pun yang saya cari. Mereka yang datang kepada saya. In my life, I’ve done nothing but walked on eggshells for people, selamatkan mereka. I’m like a crisis centre for people dan kes Akhil yang teruk sekali kerana dia saudara saya. And his problem is that he is too nice. Orang lempar batu padanya, dia baling madu,” cerita Waheeda yang ditemui selepas pelancaran rasmi sitkom bersiri ‘Nana Tanjung’ petang tadi bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama .

“Nasihat saya, jadilah suami yang sebaik mungkin, begitu juga dengan isterinya. This is your issue, jangan melibatkan saya. Selesaikannya di antara kamu berdua. Jangan sampai satu hari saya terpaksa buka mulut. Apa yang akan saya katakan nanti boleh jatuhkan mereka, sampai mereka taknak keluar rumah.

“Dan kepada mereka yang membuat spekulasi tanpa mengetahui apa sebenarnya yang berlaku, teruskanlah dengan apa yang kamu buat itu.”

Jelas Waheeda lagi, perkara sebenar diketahui ibu bapa dan kawan-kawan terdekat mereka berdua. Kerana sudah terlalu kerap dipersoalkan perkara yang sama dan walaupun diberikan penjelasan demi penjelasan tetapi nampaknya tidak mampu menghentikan percakapan orang, dia mengambil pendirian “tidak kisah”. Walaupun tahu, spekulasi orang akan lebih hebat jika melihat mereka digandingkan bersama dalam sesebuah projek, Waheeda tetap teruskan juga. Pada 9 Mac ini, dia dan Ustaz Akhil akan berduet di dalam konsert Maulidur Rasul yang akan diadakan di Dataran Merdeka

“Sama ada orang berhenti dan melihat persahabatan ini dari perspektif yang positif, sebab terlalu nak jaga pandangan orang, kehilangan mata pencarian kami. Kita memang sudah tak kisah lagi. Kita dah berterus terang, jadi nak buat macam mana lagi?”

23.5.09

PR Hanya akan berputih mata.

Bagi Peluit sejarah poltik Malaysia telah banyak membuktikan selalunya mahkamah negara ini hanya banyak berpihak kepada BN atau UMNO dalam banyak kes. Semua masih ingat bagai Mantan Perdana Menteri DR M berkrisis besar dengan DS Anwar. Mahkamah dapat menyumbat DS Anwar ke dalam penjara dalam perbagai aksi, bukti & perbagaimana kanun yang memihak kerajaan. Banyak kes jenayah yang lain selalunya pembangkang sering mengandaikan ada orang penting atau VVIP terlibat dengan sesuatu kes tetapi ianya tertutup & senyap begitu sahaja. Kita rakyat marhaen hanya sebagai pemerhati & jauh sekali punyai kuasa meyakinkan mahkamah; malahan bila keputusan mahkamah diumumkan kita terkadang hilang keyakinan terhadap mahkamah. Bagaikah ada mainan politik yang menjejaskan perundangan. Seperti kes pembunuhan Norita; hingga kini tak tahu siapa pembunuhnya. Maka parti pembangkang pasti menjadikan ianya sebagai satu tuduhan kes pembunuhan ini mesti ada VVIP di sebaliknya. Rakyat marhaen juga yang jadi keliru.

Krisis poltik di Perak umpamanya; betapa pun Mahkamah Tinggi membelakangkan fakta pemerintah BN, memihak PR ianya hanya boleh diterima hukuman atau perundangannya tak sampai dua hari. Begitulah nilai undang-undang & nilai penatnya para peguam untuk membuat keputusan. Dijentik hanya bagaikan tahi cicak oleh BN atau UMNO keputusan Mahkamah Tinggi. Maka di mata rakyat pasti perundangan Mahkamah Tinggi; jadi Mahkamah Rendah.

Di satu pihak mengatakan mereka ada fakta & bukti yang jitu BN berhak menjadi MB di Perak, dalam masa yang sama bagaikan PR bermimpi & ditertawakan seolah-olah Mat Jenin yang berangan menjadi MB di Perak. Bairpun rakyat memilih PR memerintah di Perak. Mahkamah Rayuan menjadi lantasan yang lebih kukuh BN kini boleh tergelak besar melihat gelagat PR & penyokongnya... kecundang!.

Rakyat marhaen seperti Peluit bagaikan Pak Kadok kalah judi, terpinga-pinga tak tahu perundangan apa yang ada di negara kita. Kejap kata hak parti ini, kejap kata hak parti itu.

Peluit pernah menulis bab lompat katak dalam parti ini; seharusnya mereka yang melompat parti jangan diberikan hak masuk ke parti lawan. Tak kiralah BN punya ahli@pemimpin atau pembangkang punya ahli@pemimpin. Jika dibenarkan maka jadilah begini politik kita. Kalut. Esok lusa apa kata tetiba PR pula dapat meyakinkan pemimpin BN agar melompak parti ke PR; tidakkah nanti BN yang akan menerima musibah & PR tergelak besar. Jalan yang terbaik jika mana-mana pemimpin yang telah jadi Ahli Parlimen atau ADUN ingin keluar parti; hanya boleh jadi ahli parti bebas tidak sampai mempengaruhi majoriti yang sedia ada apatah lagi lompak ke parti lawan.

Krisis politik di Perak. Tiada lagi jalan politik yang bijak selain buburkan Dewan Undangan Rakyat (DUN) di Perak. Jika tidak dalam polimek yang sasau begini bukan mustahil DUN yang dipertikaikan ini boleh meminda perundangan di Perak menjadi undang-undang rimba. Mana tidaknya; sekarang bukan lagi kuasa memerintah jatuh ke tangan pemimpin pilihan rakyat tetapi adalah mainan golongan pemimpin atasan. Atau mahkamah yang pelik; tanpa lagi daulatnya kuasa undian dari raykat di Perak.

Jangan biarkan nasi menjadi bubur jika ada jalan penyelelesaian yang lebih baik pilihlaj jalan terbaik itu. Peluit merasakan jika mahkamah rayuan telah menolak keputusan Mahkamah Tinggi, bukan mustahil Mahkamah Persekutuan membuat kuputusan seperti Mahkamah Rayuan. Maka PR pasti hanya akan berputih mata.

Mungkin berbeda jika diserahkan kepada rakyat, siapa pun yang bakal menang dalam pilihanraya, itu adalah suara demokrasi; tak siapa boleh mentertawakannya. Mahkamah boleh lepas tangan & tidak buang masa memikirkan kes & perundangan politik yang nampak semakin naif di negara kita kini.

Peluit: Tetap rakyat biasa, punya hak untuk memilih.

PR bentuk front desak Umno BN bubar DUN Perak

-
Ahad, 17 Mei 2009 14:36 Kelab Greenboc
emel Cetak PDF

_0001_02231PAS akan mewujudkan satu platform bersama untuk mendapatkan sokongan daripada semua pemimpin parti politik Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bagi mendesak Umno membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Naib Presiden PAS Husam Musa berkata, langkah itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Dewan Harian PAS semalam.

Dalam satu sidang media di pejabat akhbar Harakah hari ini, beliau berkata Umno dan Barisan Nasional jelas telah melakukan rampasan kuasa dengan membelakangkan undang-undang dan membabitkan Sultan Perak untuk mengikut agenda politik mereka.

Justeru PAS akan berusaha mengembalikan semula hak rakyat Perak melalui pembubaran DUN dan mengadakan pilihan raya negeri.

“PAS pada dasarnya telah bersetuju supaya kita mendekati semua lapisan pemimpin untuk membentuk satu front (barisan) bersama bagi mendesak Umno Barisan Nasional membubarkan DUN Perak.

“Petang nanti saya akan berjumpa Tengku Razaleigh di rumahnya, dan kita juga akan menghubungi Setiausaha Agung Gerakan yang telah menyatakan mereka juga bersetuju DUN ini dibubarkan dan kita akan menghubungi Datuk Chua Soi Lek, Suhakam dan pihak-pihak yang boleh bersetuju duduk dalam satu platform untuk menasihatkan Datuk Seri Najib membubarkan DUN Perak,” katanya.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib di akhbar hari ini, beliau berkata bukan Sultan Perak yang dipersalahkan oleh orang ramai, tetapi Umno secara khususnya harus dipersalahkan kerana mengesyorkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar, sedangkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin masih lagi menteri besar yang sah.

Menurutnya, adalah amat malang bagi negara ini mempunyai Perdana Menteri yang tidak memahami prinsip undang-undang dalam isu ini dan juga prinsip-prinsip demokrasi.

Beliau berkata, negara akan berhadapan dengan lebih banyak krisis jika sikap ini berterusan.

22.5.09

Melayu Bukan Pribumi?

1. Wujud usaha terbaru dari mereka yang buta sejarah dan susur galur bangsa Melayu hari ini yang mendakwa orang Melayu bukan pribumi negara Malaysia ini. Mereka berhujah bahawa orang Melayu itu berasal dari Indonesia dan asal usul antropologinya berasal dari Yunan, Cina. Dakwaan ini bukan sahaja melucukan malah menunjukkan benar meraka mahu memutarbelitkan sejarah.

2. Bangsa itu dikenali dari susur budaya, keturunan dan ciri-ciri persamaan kabilah besar mereka. Memang ada Melayu Jawa, Melayu Banjar, Melayu Porto dsb. Hakikatnya mereka itu bangsanya Melayu, bahasanya Melayu biarpun pelbagai dialek. Cina juga ada pelbagai etnik dan dialek bahasa.

3. Pada masa dahulu Tanah Melayu (semenanjung Malaysia) dan kepulauan Melayu (Indonesia) berada dalam satu gugusan dan sering bertukar pentadbiran antara kesultanan dari kepulauan mahu pun dari Tanah Melayu. Dengan kata lain tiada istilah pendatang antara orang Melayu di Tanah Melayu dengan orang Melayu di Indonesia sehinggalah Indonesia dan Tanah Melayu merdeka secara berasingan. - baru terpisah secara jelas antara Indonesia dan Malaysia atas kehendak penduduk kedua-dua kawasan bukannya, oleh perjanjian Inggeris-Belanda 1824.

4. Malahan pada zaman Jepun juga wujud gerakan memerdekakan seluruh kepulauan Melayu dibawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Gerakan Indonesia Raya.

5. Sekarang mereka mahu mempertikaikan kononnya Melayu berasal dari Indonesia bukan pribumi Tanah Melayu. aneh bukan jika Melayu bukan pribumi Tanah Melayu. Apakah cina Hong Kong, Taiwan dan Macau bukan penduduk pribumi pulau-pulau tersebut hanya kerana mereka Cina?

5. Hakikat sejarah menunjukkan orang Melayu yang tinggal di tanah ini sejak wujudnya asal usul manusia di semenanjung ini. Sebab itu ia dikenali sebagai Tanah Melayu sama seperti Tanah Besar Cina dan negara India yang diiktiraf sebagai milik bangsa Cina dan India.

6. Memang benar manusia Melayu berevolusi dari animisme, hinduisme kepada Islam. Apakah ini menjadikan mereka orang India?

7. Orang Asli dengan orang Melayu asalnya dikalsifikasikan oleh pengkaji antropoglogi sebagai orang darat dan orang laut. Orang asli yang masih kekal hari ini ialah orang darat yang banyak tinggal di dalam hutan. Manakala orang asli laut yang tinggal di pinggir laut, pelabuhan dan sungai berevolusi menjadi Melayu seperti yang ada hari ini.

Kedua-dua mereka sudah diiktiraf oleh sejarawan, penjajah dan pengkaji antropolgi sebagai penduduk asal Tanah Melayu ini.

8. Justeru kepada pemimpin bukan Melayu berhenti berhujah kononnya Melayu ini bukan pribumi Tanah Melayu. Hadapi hakikat bahawa Malaysia ini tanah asalnya milik orang Melayu dan pribumi asli lain. Kita bersetuju berkongsi hak selagi mereka juga bersetuju menerima kontrak sosial semasa kemerdekaan.

Iktibar dari krisis politik di Perak

Posted on Mei 22, 2009 by HermanSamsudeen

Oleh Hassan Karim

MEI 22 — Di sebalik keadaan politik yang terumbang ambing di Perak, seakan mainan yo-yo atau roller coaster, di mana sah atau tidak Mentri Besar (MB) ditentukan oleh mahkamah, saya dapati banyak perkara yang positif dapat diambil sebagai iktibar atau pengajaran dari apa yang telah berlaku.

Pertama, krisis politik di negeri yang pernah kaya dengan bijih timah itu berjalan agak terkawal dan tidak menjadi liar yang boleh membawa ke arah keganasaan seperti di sesetengah negara lain.

Masing-masing pihak sama ada Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat (PR) memilih mahkamah sebagai saluran untuk menuntut hak atau keadilan bagi pihak yang terkilan. Ini sebenarnya petanda baik bagi sesebuah masyarakat sivil.

Walau apapun dikatakan orang tentang sistem kehakiman di Malaysia, tetapi apabila berlaku ketegangan ataupun kebuntuan seperti yang terjadi di Perak itu, mahkamah menjadi tempat rujukan mereka. Justeru itu ia mempekuatkan lagi hujah kita bahawa amat penting institusi kehakiman di negara kita ini diperlihara kebebasan dan kewibawaannya.

Kedua, apabila kemudiannya jelas kelihatan bahawa mahkamah yang diharapkan untuk menyelesaikan masalah atau kemelut di Perak itu gagal dalam membantu membawa kestabilan politik apatah lagi merungkai kemelut yang ada, maka semakin kuat kita berhujah bahawa seeloknya kuasa bagi menentukan legitimasi atau keesahan sesebuah kerajaan atau seseorang Mentri Besar itu dikembalikan kepada rakyat untuk menentukannya, bukannya pada para hakim.

Justeru itu mandat bagi sesebuah kerajaan yang memerintah mesti datang dari rakyat. Jadi adalah lojik jika kebuntuan di Perak sekarang ini diselesaikan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ada sekarang untuk membolehkan satu pilihanraya di adakan bagi seluruh Perak. Biar mandat baru ditentukan oleh rakyat.

Saya percaya, pemerintah mandatnya mesti datang dari rakyat. Mentri Besar yang memimpin mesti dikelilingi oleh rakyat dengan selesa bukannya dikelilingi oleh anggota polis untuk terus berkuasa.

Kerajaan yang sah tidak memerlukan dokongan dan sokongan polis untuk menjaga bangunan-bangunan kerajaan atau keselamatan para pemimpinnya. Jika sesebuah kerajaan terpaksa bergantung kepada sokongan polis itu bermakna kerajaan polis bukannya kerajaan awam yang direstui rakyat.

Ketiga, krisis di Perak ini menjelaskan lagi satu hakikat bahawa raja-raja Melayu adalah raja berperlembagaan bukannya raja mutlak. Kini kuasa raja untuk melantik atau menurunkan seseorang Mentri Besar boleh dirujuk ke mahkamah untuk semakan kehakiman (judicial review).

Ramai para pendukung sistem feudal marah-marah dan bersedih tentang hakikat ini. Tetapi bagi kita yang memandang ke depan dan mahu mara menjadi masyarakat yang demokratik dan progresif maka adalah sehat untuk melihat bahawa hakikatnya kini kuasa raja-raja adalah dihadkan oleh perlembagaan negeri masing-masing dan juga Perlembagaan Persekutuan.

Amat perlu raja-raja di Malaysia memahami bahawa mereka terpaksa berkongsi kuasa dengan Dewan Undangan Negeri atau Parlimen yang para anggotanya dipilih oleh rakyat melalui undi di dalam pilihanraya yang bebas.

Sangat cantik apabila membaca hujahan seorang hakim Mahkamah Tinggi Malaya baru-baru ini bahawa seseorang Mentri Besar apabila telah dilantik oleh Sultan, maka Mentri Besar itu bertanggungjawab terus kepada Dewan Undangan Negeri bukannya kepada Sultan.

Ini sesuatu yang positif dalam sistem demokrasi yang berasaskan kuasa datang dari rakyat dan ditempatkan di dalam Dewan Undangan Negeri ataupun Parlimen jika di peringkat Persekutuan.

Keempat, krisis politik di Perak tidak diselesaikan di atas jalanraya. Sepatutnya ia diselesaikan di dalam Dewan Undangan Negeri. Tetapi pihak-pihak yang terlibat seperti dikatakan awal tadi memilih mahkamah untuk menjadi medan mereka berjuang bagi merebut semula kuasa.

Yang mendapat rahmat dalam perkara ini ialah undang-undang perlembagaan Malaysia akan diperkayakan dengan pelbagai penghakiman berkisar isu krisis perlembagaan di Perak sekarang ini.

Hakim-hakim di mahkamah sekarang terpaksa bekerja keras untuk mentafsirkan undang-undang kerana para politikus yang terlibat telah menguji setiap sudut dan batas perlembagaan negeri Perak dan Persekutuan.

Kelima, dapat dilihat bahawa ternyata peranan polis dan pentadbiran awam di Perak sepanjang krisis ini berlaku tidak begitu menyenangkan hati. Polis dan perkhidmatan awam sepatutnya bersikap bebas dan berkecuali ataupun neutral.

Tetapi kelihatan polis dan perkhidmatan awam begitu condong dan memihak kepada BN. Hal tidak sihat ini telah ditegur oleh Suhakam.

Polis dan perkhidmatan awam sepatutnya kekal berkecuali. Tampuk kerajaan yang dikuasai oleh parti-parti politik sebenarnya boleh bertukar ganti.

Misalnya di Perak selama ini dikuasai oleh BN dan mulai Mac 2008 bertukar kepada PR. Polis dan perkhidmatan awam yang telah sekian lama duduk di bawah pemerintahan BN mungkin agak sukar untuk menerima hakikat bahawa PR kini yang berkuasa.

Jadi apabila berlaku krisis di mana BN dapat merampas kuasa maka ternyata polis dan perkhidmatan awam kelihatan begitu ghairah untuk menyebelahi BN. Ini tidak kena. Polis dan perkhidmatan awam tidak ada kuasa untuk mengembalikan BN kepada tampuk kuasa.

Yang ada kuasa untuk berbuat demikian ialah rakyat atau lebih tepat lagi iaitu para pengundi. Sebab itu pentingnya pilihanraya yang baru diadakan di Perak. Jika BN menang dalam pilihanraya akan datang di Perak ini, tentu sahaja ia kembali berkuasa dengan cara yang sah dan mulia, tetapi tidak seperti sekarang yang kelihatan seperti coup d’etat.

Hassan Karim is president of Parti Rakyat Malaysia (PRM).

PEGUAM NIZAR FAIL RAYUAN DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Ketua Pasukan Peguam Ds. Nizar,Hj. Sulaiman Abdullah telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau akan menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebentar tadi di mahkamah tertinggi di negara ini iaitu Mahkamah Persekutuan.

Takut Bubar DUN Perak, Kerajaan Negeri Lumpuh

Friday, May 22, 2009

Kenyataan Media (20 Mei 2009)Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menjangkakan keengganan Umno / Barisan Nasional (BN) Perak tidak ingin membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak atas alasan mengelak dari pembaziran wang rakyat adalah merupakan satu alasan yang sangat dangkal dan tidak munasabah.

DPPN Pk melihat, berdasarkan kos perbelanjaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai meningkat adalah kerana berlaku kos yang tidak wajar amat jelas kelihatan telah berlaku pembaziran.
DPPN Pk khuatir seandainya sumber kewangan Kerajaan Negeri hampir lumpuh kerana pelabur takut untuk melabur di Negeri Perak akibat krisis yang sedang berlaku sudah berlarutan perlu kepada tindakan segera untuk diselamatkan.

DPPN Pk percaya akibat tindak tanduk Umno / BN ini akan merugikan perkembangan ekonomi Kerajaan Negeri dan juga rakyat Negeri Perak yang sudah pasti dengan kegawatan ekonomi yang sedang melanda ini menambahkan lagi beban yang amat merumitkan rakyat seluruhnya.

DPPN Pk justeru mengiatkan dan mendesak supaya kuasa menentukan kembali Kerajaan Negeri segera diberikan kembali kepada rakyat supaya pembinaan Kerajaan Negeri yang baru akan dibentuk lebih kukuh dan bersih serta diyakini oleh semua pihak terutama pelabur yang ingin melabur kembali ke Negeri Perak.

DPPN Pk dengan ini bersedia menjadi perhubung kepada proses untuk pembuburan DUN Perak kerana hanya inilah jalan yang akan mengembalikan keyakinan dan kelancaran ekonomi Kerajaan Negeri kelak dan yang akan mendapat faedahnya kepada rakyat.
DPPN Pk amat yakin PAS sudah bersedia membina Kerajaan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Negeri Perak yang berteraskan Kerajaan yang amanah, adil, bersih dan berkebajikan jika mendapat mandat yang akan diberikan oleh rakyat Negeri Perak.
Dr Raja Ahmad Al-Hiss Setiausaha,Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

'Perdana Menteri Rakyat', Najib perlu buktikan di Perak!

Sabtu, 16 Mei 2009 15:00 Harakahdaily

najib11KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Jika benar Dato' Seri Najib Tun Razak mahu menjadi 'Perdana Menteri Rakyat' sebagai bukti yang terbaik dan mukadimahnya beliau harus kembalikan hak rakyat Perak yang sudah 100 hari menjadi mangsa politiknya.

AJK PAS Pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa, menyeru sebagai mukadimah untuk menggelarkan Najib sebagai perdana menteri rakyat beliau haruslah membela hak rakyat Perak untuk memilih parti mana yang mereka mahu.

"Selagi Najib tidak buktikan yang terbaik misalnya di Perak, beliau bukan 'Perdana Menteri Rakyat', jika beliau beri hak kepada rakyat kita boleh terima beliau sebagai permulaan sebagai 'Perdana Menteri Rakyat'," katanya semasa dihubungi.

Mujahid juga membidas BN, yang tidak malu dengan pengundinya di Perak yang hanya tinggal 46 peratus berbanding Pakatan Rakyat sebayak 54 peratus apabila tiba-tiba merampas negeri itu serta mengheret Speaker V.Sivakumar keluar dewan undangan negeri.

"Macamana Najib biarkan Zambry membuat rayuan di mahkamah rayuan supaya menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Nizar jadi Menteri Besar. Najib telah menambah masalah kepada rakyat Perak," katanya.

Amat malanglah bagi rakyat, kata Mujahid, apabila Najib baru hendak bermesra dan memperjuangkan rakyat sedangkan Pakatan Rakyat lebih awal mementingkan hak rakyat.

"Ini bermakna selama ini BN tidak perjuangkan rakyat, sebelum ini tidak perjuangkan sebab baru hari ini nak jadi 'Perdana Menteri Rakyat' malanglah bagi rakyat.

"Pakatan Rakyat lebih awal, BN parti yang tidak punya aspirasi rakyat, sebab baru sekarang nak jadi pemimpin rakyat, dulu kata BN perjuangkan rakyat, bohonglah!" katanya.

Justeru katanya, Najib tidak ada 'political will' dan hasratnya mahu menjadi perdana menteri rakyat hanya retorik hendak menyedapkan halwa telinga rakyat.

Najib dilaporkan berkata akan sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama rakyat ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru- baru ini.

Tegasnya, tidak sepatutnya wujud anggapan bahawa beliau merupakan anak golongan bangsawan.

"Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya," kata Najib. - mks. _

Nazri hina rakyat perak

Sabtu, 16 Mei 2009 14:58 Harakahdaily

nazri_resize1KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menghina rakyat Perak apabila mendakwa pilihan raya semula di negeri itu bagi menyelesaikan krisis politik hanya akan mewujudkan polarisasi kaum, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Pilihan raya kecil baru sahaja berlangsung di Bukit Gantang. Jika Nazri gagal membuktikan wujudnya polarisasi kaum akibat pilihan raya kecil itu, beliau terdedah kepada tuduhan cuba melakukan provokasi ketegangan kaum secara halus.

"Jika beliau berniat melakukan perkara itu, eloklah segera memohon maaf kepada rakyat Perak malah seluruh rakyat Malaysia. Nazri sudah tua, eloklah memohon maaf sebelum terlambat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau berkata, dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau, rakyat dari pelbagai kaum bersatu dalam satu suara yang begitu padu untuk menolak Barisan Nasional.

"Di Bukit Gantang misalnya, rakyat membuktikan perpaduan yang luar biasa erat apabila sama-sama bangkit menolak Barisan Nasional.

"Gelombang sokongan kepada calon PAS dalam pilihan raya itu berlaku serentak tidak kira dari pengundi beragama Islam atau bukan Islam. Adakah itu polarisasi kaum?" katanya.

Mahfuz menyifatkan kenyataan Nazri itu mendedahkan dirinya sendiri kepada tuduhan buta sejarah, buta fakta, buta istilah, buta politik malah pelbagai kebutaan yang lain.

"Kenyataan Nazri itu hakikatnya adalah penerusan kempen berbau perkauman yang dilakukan oleh Umno sejak selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu.

"Kemuncaknya kita lihat dalam pilihan raya Bukit Gantang apabila Umno membangkitkan keresahan rakyat dengan mendakwa orang-orang Melayu kini tergugat dan berada dalam darurat.

"Orang Melayu tidak tergugat dan tidak berada dalam darurat, Umnolah yang sebenarnya tergugat dan berada dalam darurat terutama selepas pesta rasuah menjelang dan pada pemilihan parti itu baru-baru ini," kata beliau.

Amat malang, katanya lagi, apabila Umno cuba mendapat talian hayat dengan mengapi-apikan sentimen perkauman.

"Umno enggan menerima hakikat bahawa arus perdana rakyat Malaysia hari ini ialah menolak Barisan Nasional.

"Perkara itu jelas apabila bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yakin Barisan Nasional akan kalah jika pilihan raya diadakan semula di Perak.

"Sebab itulah pemimpin-pemimpin Umno menggeletar ketakutan apabila diminta mempersetujui pilihan raya itu," katanya.

Bernama melaporkan Nazri berkata, desakan supaya diadakan pilihan raya negeri Perak bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu hanya akan mewujudkan polarisasi kaum.

Beliau berkata dalam keadaan politik sekarang, sentimen perkauman begitu menonjol dan dikhuatiri para pengundi akan memilih calon daripada kalangan bangsa sendiri.

"Buat apa kita adakan pilihan raya sekiranya memecah-belahkan rakyat," katanya._

MB 'syok sendiri'

Zambry hanya MB 'syok sendiri'

Sabtu, 16 Mei 2009 15:01 Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) -PAS Wilayah Persekutuan menyifatkan tindakan Dato' Seri Dr Zambry Abd. Kadir kembali bertugas sebagai 'Menteri Besar' adalah kemuncak kepada penderhakaan terhadap seluruh rakyat Perak.

Menurut Penasihat Undang-undang PAS Wilayah Persekutuan,Ahmad Zamri Khuzaimi,sungguhpun Zambry telah mendapatkan perintah penggantungan daripada Mahkamah Rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur , tindakan Zambry kembali bertugas bersama barisan Exconya dilihat membelakangkan kehendak rakyat yang telah memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Abdul Aziz Abd Rahim Isnin lalu telah mengesahkan lagi bahawa Dato' Seri Nizar sememangnya Menteri Besar Perak yang sah dan kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan pilihan rakyat Perak yang masih sah berkuasa.

"Apa yang dilakukan Zambry kini tidak lebih sebagai Menteri Besar yang 'syok sendiri' dengan menafikan kehendak majoriti rakyat,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, kedudukan Zambry kini hanya sebagai 'care taker' sahaja sementara menunggu selesainya proses rayuan di Mahkamah Rayuan dan berkemungkinan juga akan berakhir di Mahkamah Persekutuan yg merupakan mahkamah tertinggi negara.

"Justeru itu, beliau dan barisan Exconya tidak boleh membuat apa-apa keputusan yang bersifat dasar ataupun yang melibatkan kewangan negeri.

"Walaupun dari segi perundangannya, Zambry berhak untuk merayu atas keputusan Mahkamah Tinggi tempoh hari, tetapi secara moralnya, Mahkamah Tinggi telahpun membuat keputusan yang jelas mencerminkan hasrat majoriti rakyat Perak yang mahukan kerajaan Pakatan Rakyat kembali menerajui negeri Perak,"katanya yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Titiwangsa.

Ahmad turut mengulas bahawa,keputusan Mahkamah Tinggi tersebut dicapai selepas Hakim meneliti dan mendengar keterangan saksi-saksi dan hujahan-hujahan peguam kedua belah pihak dalam perbicaraan yang mengambil masa empat hari untuk diselesaikan.

"Zambry sepatutnya akur dengan keputusan tersebut demi menamatkan kemelut perebutan kuasa yang sudah berlanjutan lebih tiga bulan ini.

"PAS Wilayah Persekutuan juga melahirkan rasa kagum yang amat sangat di atas keputusan Mahkamah Rayuan pada hari Selasa lalu yang disifatkan 'extra' efisyen dengan kelajuan yang sangat luar biasa.

Menurutnya, difahamkan bahawa permohonan untuk penggantungan penghakiman tersebut telah dibuat oleh peguam Zambry pada pagi tersebut dan ia didengar dan diputuskan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Dato' Ramly Ali secara berseorangan dalam masa kurang tiga jam selepas permohonan tersebut difailkan.

"Ini merupakan satu rekod baru dalam sejarah kehakiman negara dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

"PAS Wilayah Persekutuan amat berharap agar kecekapan mahkamah dalam melupuskan kes sepantas ini dapat diteruskan ke mahkamah-mahkamah lain terutamanya yang melibatkan kes-kes jenayah,"jelasnya lagi.

Sementara itu menurut Ahmad,sehingga hari ini masih terdapat tahanan-tahanan reman yang sudah menunggu bertahun-tahun lamanya untuk dibicarakan dan masih belum diselesaikan.

"Setiap rakyat sepatutnya mendapat keadilan yang sama rata berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan doktrin hak asasi manusia dan tidak sepatutnya ada layanan istimewa diberikan kepada pihak-pihak tertentu.

"PAS Wilayah Persekutuan mengulangi dan menegaskan bahawa satu-satunya cara untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak ini ialah dengan cara membubarkan DUN dan mengembalikan semula mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan siapakah yang layak untuk mewakili mereka dan menerajui kerajaan Negeri Perak.

"Selagi isu ini dibiarkan berlegar di mahkamah perundangan dengan mengheret insitusi istana, maka selagi itulah rakyat Perak akan terus berhadapan dengan konflik politik ini dengan tidak ada kesudahannya,"tegasnya. - mks.

21.5.09

Selamat Pas & Singkirkan Kumpulan “Mazhab Anwar”

Posted on Thursday, May 21 @ 19:13:12 MYT
Topic: Surat Pembaca

Sdr Editor!

Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan tahniah kepada Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi Awang yang mewakili golongan Ulama kerana berjaya mempertahankan jawatannya.

Walaupun saya bukan ahli dan penyokong Pas dan dalam pilihan raya tidak pernah undi parti itu, namun saya berbangga kerana Pas berjaya meneruskan tradisinya meletakkan ulama sebagai pemimpin.

Saya harap Hadi akan membawa Pas kembali kepada perjuangan asalnya - mengajak ahli Pas bermuhasabah diri untuk menegakkan perjuangan agama, bangsa dan negara, dan bukan kepada perjuangan yang tersasar sekarang, iaitu "menegakkan perjuangan Anwar Ibrahim yang idam jadi Perdana Menteri".

Dalam ucapan dasarnya nanti mengenai apa jua tindakan dan keputusan, keutamaan harus diberikan kepada kuasa pimpinan Pas. Malah Hadi harus mengutamakan agama, bangsa dan negara. Bak kata pepatah - sesat di tengah jalan, kembali ke pangkal jalan.

Walau pun saya bukan ahli, penyokong dan pengundi Pas, namun saya amat gusar melihat senario politik parti itu yang kini telah diresapi oleh "mazhab Anwar Ibrahim".

Golongan inilah begitu beriya-iya untuk menolak kepimpinan ulama dalam Pas dan mahu meletakkan golongan profesional sebagai peneraju kepimpinan Pas.

Golongan ini berjaya meresap masuk ke dalam Pas setelah Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan jawatan Timblan Perdana Menteri. Golongan ini juga turut meresap masuk ke dalam UMNO ketika Anwar mengisytihar masuk dalam UMNO.

Sejak itu berduyun-duyunlah golongan ini menyertai UMNO dengan penuh harapan untuk "menganwarkan UMNO" sekali gus menabalkan Anwar sebagai presiden parti dan Perdana Menteri. Golongan inilah yang mengaut segala "keuntungan" ketika Anwar berada di persada kepimpinan UMNO dan negara.

Golongan ini sudah tentu mempunyai agenda peribadi tersendiri apabila berjuang untuk Anwar dari dulu sehingga sekarang.

Ketika Anwar bersetuju untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri kerana "masalah peribadi" yang dibangkitkan pada ketika itu, golongan inilah yang mendesak Anwar supaya "lawan sampai mati".

Ketika Anwar merengkok dalam penjara Datin Seri Wan Azizah telah menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Namun golongan ini tidak menyertai PKR walaupun pada prinsipnya mereka yang terkenal sebagai "pendukung perjuangan Anwar" harus menyertai PKR untuk mengukuh parti PKR pada ketika itu. Tetapi, mereka mengambil langkah menyertai Pas.

Pada ketika ini, Pas tidak sedar akan bahaya golongan ini yang meresapi masuk ke dalam parti ini. Pas amat bergembira dengan kehadiran golongan ini sambil mendabik dada kononnya golongan profesional telah mula menyokong Pas.

Dalam hal ini, Anwar amat bijak mengatur strategi dengan menyerap atau menyeludup masukkan "orang-orangnya" ke dalam Pas dengan harapan satu ketika nanti Pas akan turut menjadi "lidah Anwar", maka amat mudahlah Anwar merealisasikan matlamatnya untuk menjadi Perdana Menteri.

Setelah 10 tahun menyerap masuk ke dalam Pas, golongan "bermazhab Anwar Ibrahim" nampaknya telah berjaya "menawan Pas". Buktinya kepimpinan dan ahli Pas pun turut mengiktiraf kepimpinan Anwar malah mereka turut menabalkan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri.

Pergerakan Pemuda Pas secara keseluruhannya telah dikuasai oleh pengaruh "mazhab Anwar Ibrahim". Tanpa segan silu mereka secara terbuka mahukan Pas diterajui oleh kumpulan profesional dan bukan golongan ulama.

Apabila retorik peralihan kuasa pada 16 September 2008 dilaung-laungkan, ahli dan pemimpin Pas tanpa segan silu menamakan Anwar bakal Perdana Menteri sehingga mereka terlupa akan ketokohan dan kewibawaan pemimpin Pas yang lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar.

Tindakan kumpulan ini sedikit sebanyak mencalar dan mencemar kewibawaan kepimpinan Pas serta mengecewakan teraju kepimpinan Pas seolah-oleh mereka tidak mempunyai kelayakan.

Keadaan ini meletakkan Presiden Pas dalam kecewa dan kesal sehingga beliau mengeluarkan kenyataan jangan jadi Mat Jenin. Saya yakin jika nama Hadi disebut sebagai bakal Perdana Menteri sudah pasti Hadi tidak akan mengeluarkan komen jangan jadi Mat Jenin.

Golongan "bermazhab Anwar Ibrahim" juga bertanggungjawab menyimpang matlamat dan hala tuju perjuangan Pas yang selama ini mahu menegakkan sebuah negara Islam yang berperlembagaan Islam serta melaksanakan hukum hudud.

Oleh kerana telah dikuasai oleh puak "bermazhab Abnwar Ibrahim" sejak pilihan raya 2004, Pas tidak lagi memasukkan matlamat utamanya untuk menegak sebuah negara Islam yang berperlembagaan Islam dan melaksanakan hukum hudud dalam manifesto parti berkenaan.

Malah slogan pilihan raya Pas juga langsung tidak menyentuh penubuhan negara Islam. Dalam siri-siri cerama Pas, langsung tidak menyentuh tentang penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.

Malah kepimpinan Pas apabila ditanya tentang pelaksanaan hukum hudud menempelak pula wartawan yang bertanya dengan menyatakan perlembagaan Pas langsung tidak menyentuh perkara itu.

Keghairahan Pas menerima golongan ini sehingga menyebabkan parti ini terlupa akan deklarasi Muktamar Pas 1993 yang telah mengambil keputusan mengharamkan ahli Pas menyertai Abim, Jim, Arqam dan pertubuhan lain seumpama itu.

Pada ketika itu, parti itu juga membuat keputusan untuk menerima kumpulan-kumpulan ini menyertai Pas. Pas menganggap kumpulan-kumpulan ini sebagai duri dalam daging jika mereka berada di dalam Pas.

Presiden Pas ketika itu Allahyarham Datuk Fadzil Noor telah nampak akan bahaya golongan yang pro Anwar Ibrahim. Allahyarham sedar jika golongan ini dibenarkan berada dalam Pas atau ahli Pas turut menyertai pertubuhan itu lambat-laun ianya akan merosakkan hala tuju parti berkenaan.

Saya yang berada dalam dewan muktamar berkenaan sebagai pemerhati amat bersetuju dan bersependapat dengan Allahyarham ketika deklarasi itu dibaca dalam ucapan penangguhan beliau setelah perkara ini dibangkitkan oleh para perwakilan.

Para perwakilan pada ketika itu telah mempersoalkan bahaya kehadiran kumpulan ini dalam Pas. Pada ketika itu, Pas terbahagi kepada golongan Ulama, Liberal dan Radikal. Dalam pemilihan itu, golongan radikal cuba menguasai Pas, namun mereka tewas.

Biar pun golongan ulama berjaya mengekalkan Hadi sebagai Presiden Pas, namun mereka tidak boleh beranggapan golongan ulama akan berjaya menguasai Pas dalam muktamar kali ini.

Politik wang atau politik hadiah yang didakwa menular di dalam PAS berkemungkinan boleh mempengaruhi keputusan pemilihan PAS. Kumpulan mana yang melakukannya. Saya tidak yakin dan percaya bahawa kumpulan ulama yang melakukannya.

Golongan "bermazhab Anwar Ibrahim" pasti akan bertungkus lumus, bermatlamat menghalalkan cara bagi mempastikan jawatan-jawatan lain yang dipertandingkan, seperti Timbalan Presiden dan jawatan lain akan dikuasai oleh golongan ini.

Sudah pasti jika jawatan lain dikuasai golongan "bermazhab Anwar Ibrahim", pastinya Hadi akan keseorangan dalam kepimpinan Pas dan suara Ulama semakin kecil dalam parti ini, dan secara langsung golongan "bermazhab Anwar Ibrahim" akan dapat menguasai segala keputusan termasuk yang menyentuh dasar agar ianya terjurus kepada "keuntungan politik" Anwar Ibrahim.

Oleh yang demikian, sempena muktamar Pas kali ini, seluruh kepimpinan Pas dan ahli perwakilan Pas yang sayangkan perjuangan Pas, harus bermuhasabah diri dengan mengambil pendirian dan pendekatan untuk monolak kumpulan "bermazhab Anwar Ibrahim" dalam pemilihan teraju kepimpinan Pas.

Saya amat yakin akan menjadi lebih selamat sekiranya muktamar kali ini berjaya menyingkirkan kumpulan "bermazhab Anwar Ibrahim" dengan membersihkan parti itu daripda pengaruh Anwar Ibrahim.

Sekiranya perwakilan muktamar kali ini gagal menyingkir dan membersihakn kumpulan "bermazhab Anwar Ibrahim" daripada parti berkenaan, sudah pasti parti ini akan rosak binasa.

Pas akan terus menjadi batu loncatan dan medan untuk merealisasikan cita-cita dan hala tuju perjuangan Anwar Ibrahim.

SELAMAT BERSIDANG... SELAMATKAN PAS ... SELAMAT SINGKIRKAN SERTA BERSIHKAN MAZHAB ANWAR IBRAHIM DARIPADA PAS!

Mahadzir Mohamad Said

14.5.09

Segerakan bukan Islam sertai PAS

Jimadie Shah Othman | May 14, 09 3:13pm

Kelab Penyokong PAS (KPP) menggesa penyertaan bukan Islam sebagai ahli bersekutu perlu disegerakan kerana sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu kelihatan sudah semakin tepu.

Pengerusinya, Hu Pang Chow berkata, sokongan masyarakat Cina dan India perlu ditekankan kerana sokongan kaum Melayu “tidak berubah” - 40 hingga 45 peratus sahaja yang memilih parti pembangkang itu.

hu pang chaw"Kita kena pandang jauh. Jangan tunggu dekat pilihanraya baru nak ikhtiar (dapatkan sokongan). Macam kita sebut kepada kekasih I love you," katanya.

"Sebutlah seribu kali pun, tetapi bila ajak kahwin, tidak mahu. Lama-lama tentulah dia (kekasih) lari."

Beliau diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam yang menangguhkan keahlian bersekutu bukan Islam dengan alasan bimbang "diserang habis-habisan" oleh Umno.

Dalam bentuknya sekarang sejak ditubuhkan pada 2004, tambah Hu, KPP hanya organisasi longgar yang menyebabkan kesetiaan ahli tidak dapat dikekalkan.

Hu bimbang PAS akan kehilangan undi bukan Melayu jika keahlian bersekutu tidak disegerakan, dengan menaiktaraf KPP kepada sebuah dewan – seperti Dewan Pemuda atau Dewan Muslimat – selepas diterima oleh barisan pemimpin parti itu dalam satu pertemuan di Langkawi, hujung tahun lalu.

"(Usaha naik taraf KPP) sekarang ini agak perlahan. Saya bimbang dalam pilihanraya akan datang timbul masalah.

"Sokongan masyarakat Cina dan India terhadap PAS di tempat ketiga selepas MCA dan MIC.

"Kalau (status) KPP terus tergantung, akan timbul masalah," katanya, sambil menambah beberapa rakannya yang sama-sama mengasaskan KPP lima tahun lalu sudah tidak lagi aktif.

"Saya pun setahun lagi hendak bersara daripada politik. Tidakkan selama-lamanya saya hendak berada dalam politik."

Hu berkata, kelewatan itu berpunca daripada "masalah dalaman" PAS dan sesetengah pemimpin PAS yang "tidak serius" berhubung penyertaan ahli bukan Islam.

Beliau bagaimanapun enggan menghuraikan lanjut mengenai dua perkara itu.

Tambahnya, dengan penyertaan ahli bukan Islam, ada juga ahli akar umbi PAS yang bimbang kedudukan jawatan pemimpin kanan dan kedudukan dua dewannya – kecuali Dewan Ulama – hilang pengaruh.

"Saya pun tak nak orang bukan Islam tiba-tiba hendak bertanding jawatan presiden," katanya, sambil menambah telah membuat cadangan lengkap berhubung penyertaan bukan Islam pada Oktober tahun lalu.

Najib kini 'perdana menteri rakyat'

May 14, 09 3:24pm
Kita kini bukan sahaja mempunyai "Pakatan Rakyat", tetapi juga "perdana menteri rakyat" apabila Datuk Seri Najib Razak juga mahu semangat perkataan "rakyat" digabungkan dengan jawatannya - melambangkan seorang pemimpin yang mesra rakyat dan memahami mereka.

"Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama dengan rakyat," kata perdana menteri.

Tegasnya, tidak sepatutnya wujud anggapan bahawa beliau merupakan anak golongan bangsawan.

"Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya," beliau dipetik berkata ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Majlis itu yang bertema "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden Cuepacs Omar Osman.

Menurut Bernama, Najib berkata sebaik sahaja beliau mengambil alih
pentadbiran negara, agenda pertama yang dilakukan ialah "turun padang" yang disifatkannya sebagai tinjauan mesra seperti di Puduraya.

"Saya melawat Puduraya kerana sebahagian besar rakyat menggunakan Puduraya, terutama nak balik kampung, cuti raya.

"Saya tengok, dan bukan sahaja tengok dengan kepala dan mata saya sendiri keadaan di situ, tetapi juga dapat menghidu udara dan bau di situ.

"Saya katakan berbeza dengan taklimat yang diberikan oleh Datuk Bandar berbanding (apabila) turun dan melihat keadaan sebenar di Puduraya.

"Banyak bezanya, macam bumi dan langit," katanya lagi.

Oleh sebab itu, tambahnya, beliau mahu turun padang dan tidak mahu sebarang formaliti seperti hamparan merah, bunga manggar dan tanpa krew tv (media).

Katanya lagi, beliau akan tetap turun padang kerana mahu meninjau sendiri bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Anwar Cabar PM

Jimadie Shah Othman | May 14, 09 2:11am
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemelut politik di Perak bukanlah isu perundangan yang boleh diselesaikan di mahkamah.

Sebaliknya, beliau yang juga ketua umum PKR berkata, ia hanya boleh diselesaikan melalui pilihanraya yang bebas dan adil.

anwar ibrahim nizar jamaluddin lim kit siang perak ceramah in pj 130509 04"Penyelesaiannya bukan pada istana atau mahkamah, tetapi mahkamah rakyat yang akan menentukannya," katanya.

Sehubungan itu, Anwar mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengadakan pilihanraya baru di Perak bagi menyelesaikan kemelut politik sekarang.

Apabila beliau bertanya mengapa Najib perlu takut untuk mengadakan pilihanraya baru di Perak, kira-kira 3,000 hadirin yang memenuhi dewan tersebut melaung: "Takut kalah". Najib dikaitkan dengan tindakan BN merampas kuasa di Perak dari Pakatan Rakyat.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan demikian dalam satu forum di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.

Tajuk forum tersebut bertajuk 13 Mei hingga 1 Malaysia: Masa depan pembinaan negara Malaysia, anjuran pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

'Saling bertukar MB'

Ahli panel lain ialah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur serta Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Ketibaan mereka menerima tepukan gemuruh para hadirin.

anwar ibrahim nizar jamaluddin lim kit siang perak ceramah in pj 130509 02Kemelut politik antara BN dan Pakatan Rakyat semakin parah apabila jawatan menteri besar salih berganti disandang oleh wakil kedua belah pihak.

Sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu juga menyaksikan berlaku kekecohan dan pergaduhan antara kedua belah pihak, termasuk insiden Speaker V Sivakumar diseret keluar DUN.

Sebelum ini, BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak selepas mendapat sokongan majoriti apabila tiga ADUN Pakatan keluar parti dan menyokong BN.

Ekoran itu, Nizar Jamaluddin membawa kes itu ke mahkamah dan kelmarin Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai menteri besar Perak yang sah.

Berikutan keputusan tersebut, Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan exconya mengosong pejabat dan Nizar kembali bertugas.

Bagaimanapun, Zambry berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menangguhkan penghakiman mahkamah tinggi itu dan kembali bertugas semula semalam.

Mengulas lanjut mengenai kemelut di Perak itu, Anwar menyifatkan Nizar sebagai "bendahara Tun Perak yang baru".

Mengenai 13 Mei pula, Anwar yang berucap selama 15 minit berkata, selepas peristiwa tersebut, pelbagai slogan perpaduan dilaungkan - termasuk Islam Hadhari dan 1Malaysia - tetapi menurutnya tidak ada sebarang perubahan dasar.

Lim: 7 Mei 'hari memalukan'

"Malaysia tidak perlukan slogan baru, tetapi dasar dan program baru kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Katanya, program dan dasar yang diperkenalkan mestilah mengambil kira kepentingan seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum, terutamanya yang miskin dan terpinggir.

Sementara itu, Kit Siang menyifatkan tanggal 7 Mei sebagai 'hari yang memalukan; dan sebagai 13 Mei yang baru apabila SpeakerSivakumar diseret keluar daripada DUN Perak dan stesen TV dilarang menyiarkan gambar insiden tersebut.

anwar ibrahim nizar jamaluddin lim kit siang perak ceramah in pj 130509 03"Tiada lagi 13 Mei, tetapi 7 Mei - hari yang memalukan," katanya, sambil menyifatkan pelik keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi - yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah - dalam masa yang singkat.

Beliau juga menyindir Zamry sebagai "3 in 1" -- Mandela-Gandhi- Zambry.

Lim juga menyelar rencana di Utusan Malaysia baru-baru ini yang berjudul "Malaysia di ambang republik".

Katanya, tulisan berunsur "hasutan, fitnah dan dusta" itu patut diheret ke mahkamah.

ADUN pelbagai latarbelakang

Sementara itu, Nizar pula berkata, 13 Mei dan politik perkauman wujud akibat warisan penjajah sebelum merdeka.

Katanya, keharmonian kaum sejak ratusan tahun di Malaya sebelum itu, antaranya melalui hubungan perdagangan, tidak mempunyai sebarang masalah.

anwar ibrahim nizar jamaluddin lim kit siang perak ceramah in pj 130509 05Menteri besar Pakatan itu mendakwa, Umno menjadi penerus kepada politik perkauman penjajah.

Katanya, kerajaan Perak yang diwakili ADUN pelbagai latarbelakang kaum, jantina dan profesyen, telah berjaya menjamin keharmonian pelbagai pihak - tidak seperti yang berlaku di Terengganu.

"Di Terengganu, semua ADUN Melayu, orang Terengganu makan nasi dagang, tetapi bergaduh tidak selesai sampai sekarang," katanya merujuk kepada konflik majoriti ADUN BN menolak kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Mengulas mengenai kepelbagaian latarbelakang, beliau turut menyebut tentang terdapatnya "satu wanita dan dua lelaki lompat" sambil disambut sorakan "boo" penonton.

Katanya, konspirasi BN di Perak bermula sejurus selepas kemenangan Pakatan dalam pilihanraya umum lalu, dengan tawaran wang berjumlah jutaan ringgit kepada ADUN Pakatan supaya melompat parti.

Najib, Umno dan BN patut malu!

Bashir Ishak
Thu | May 14, 09 | 12:39:10 pm MYT

KANGAR, 14 Mei (Hrkh) - Pemimpin Umno dan BN harus memohon maaf dan bersifat malu dengan perbuatan mereka merampas kuasa pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak Februari lalu.
Iklan

Ketua Penerangan PAS Perlis, Hairy Hashim berkata Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak yang bertanggungjawab ke atas peristiwa rampasan kuasa itu perlu menginsafi bahawa perbuatannya itu sebenarnya telah membelakangi undang-undang.

"Beliau menyatakan institusi perundangan itu adalah adil. Kenyataan ini hanyalah mahu membersihkan imejnya yang buruk kerana perbuatan merampas kuasa dulu berselindung di sebalik ugutan dan rasuah.

"Baru-baru ini semasa kekecohan di sidang Dun Perak, Najib mendakwa Adun Pakatan tidak hormati undang-undang, tapi perbuatan merekalah yang sebenarnya membelakangi undang-undang.

"Mereka haruslah malu dengan perbuatan itu kerana ternyata keputusan mahkamah berpihak kepada pihak yang benar," ujarnya.

Hairy berkata demikian ketika mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengumumkan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah. - mks._

13.5.09

Zambry diingatkan tidak tambah kekalutan di Perak

Irwan Muhammad Zain
Wed | May 13, 09 | 12:18:23 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - Dato' Dr Zambry Abd Kadir diminta supaya tidak menambahkan lagi kebuntuan dan kekalutan yang dihadapi rakyat Perak.
Iklan

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily menegaskan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur masih sah dan tidak seharusnya Zambry bertindak berlawanan dengan keputusan tersebut.

"Mahkamah Rayuan hanya menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi bukannya membatalkan.

"Kerana itu Zambry harus ingat bahawa dia bukanlah Menteri Besar yang sah dan untuk itu beliau tidak boleh bertindak di luar dari apa yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi," tegas Mahfuz.

Zambry, tegas Mahfuz dalam keadaan sekarang tidak boleh meluluskan sebarang projek dan hanya boleh mempengerusikan mesyuarat exco untuk berbincang soal pentadbiran semata-mata.

Mahfuz dalam masa yang sama berpendapat Mahkamah Rayuan sepatutnya memberikan syarat tertentu kepada Zambry bila memutuskan untuk menerima permohonan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Antara syarat yang boleh diberikan tegas Mahfuz, Zambry tidak dibenarkan melakukan apa-apa yang bertentangan dengan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau menegaskan, PAS bimbang jika syarat seperti itu tidak diberikan, Zambry akan membuat keputusan yang boleh memberi kesan kepada kewangan Perak.

Semalam Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mei lepas yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut. - mks. _

Mahkamah dengar rayuan Nizar 18 Mei

Harakahdaily
Wed | May 13, 09 | 9:47:27 pm MYT

KUALA LUMPUR,13 Mei (Hrkh) - Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 18 Mei ini untuk mendengar rayuan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.
Iklan

Tarikh itu ditetapkan selepas Nizar memfailkan notis usul itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan hari ini melalui firma guaman Tetuan Leong & Tan.

Kelmarin Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar ialah Menteri Besar Perak yang sah.

Turut disertakan bersama notis usul itu ialah sijil supaya kes itu disegerakan.

Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Ali membenarkan Dato' Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dalam afidavit sokongannya, Nizar berkata keputusan Mahkamah Rayuan semalam untuk memberikan perintah penggantungan itu kepada Zambry adalah salah dan beliau (Nizar) mengemukakan permohonan untuk membetulkan perkara itu.

Nizar berkata Mahkamah Tinggi telah membuat takrif yang betul terhadap Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Beliau berkata sekiranya perintah pelaksanaan itu diberikan ia akan merampas haknya serta membuat keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkannya menteri besar Perak sebagai sia-sia.

Menurutnya perintah yang diperoleh Zambry itu akan mengganggu pelaksanaan secara lancar dan baik pentadbiran kerajaan negeri Perak selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Nizar juga berkata perintah berkenaan akan mengelirukan rakyat negeri itu mengenai siapakah menteri besar yang sah serta menjadikan keadaan politik lebih tegang dan krisis perlembagaan lebih mendalam. - mks. _

12.5.09

PAS curiga keputusan Mahkamah Rayuan

Irwan Muhammad Zain
Tue | May 12, 09 | 3:04:17 pm MYT

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dikhuatiri dipengaruhi kepentingan politik Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily sebentar tadi menegaskan, PAS sentiasa menghormati keputusan mahkamah namun dalam masa yang sama juga khuatir keputusan tersebut dipengaruhi pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Mahfuz menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan itu dibimbangi diputuskan bagi membolehkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan di bawah pemerintahan BN.

"Kita melihat keputusan ini dibuat bagi membolehkan Zambry kembali menjadi Menteri Besar dan seterusnya mereka akan memohon untuk dibubarkan Dun.

"Jika Dun dibubarkan, BN akan menjadi kerajaan sementara dalam tempoh tersebut dan inilah yang dimahukan oleh mereka supaya sebarang keputusan atau peruntukan dapat dikawal oleh mereka," tegas Mahfuz.

Beliau juga menegaskan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu tidak menyelesaikan kemelut di Perak sebaliknya menambahkan kerumitan dan kebuntuan serta keresahan rakyat Perak.

Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali tegas Mahfuz sepatutnya mempertimbangkan situasi persekitaran dan tidak hanya membuat keputusan berdasarkan undang-undang semata-mata.

"Hakim sepatutnya mengambil kira keresahan rakyat Perak yang mengharapkan penyelesaian total dapat segera dilaksanakan," tegas beliau.

Justeru, PAS tegas Mahfuz mendesak jika pembubaran Dun dilakukan dalam tmpoh terdekat, kerajaan sementara yang mentadbir Perak dalam tempoh tersebut hendaklah diwakili oleh Pakatan Rakyat dan BN.

Hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengah hari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Dato' Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan Kerajaan Pusat. - mns_

Krisis di Perak sudah jadi politik kartun

Zuharman MN
Tue | May 12, 09 | 7:19:51 pm MYT

PASIR PUTEH, 12 Mei (Hrkh) - Petang semalam Dato' Seri Nizar Jamaluddin disahkan Menteri Besar Perak. Tiba-tiba petang ini pula Dato' Dr Zambry Abdul Kadir diberi semula jawatan itu.

Tidakkah situasi ini memeningkan. Rakyat di bawah lebih bercelaru lagi apabila mengikuti perkembangan kes di Perak sekarang.

Apakah babak-babak kartun sudah mulai meresap ke dalam politik Malaysia.

Anggota parlimen Pasir Puteh, Mohamad Hussin berkata, krisis politik di Perak tidak akan selesai selagi mandat tidak dikembalikan kepada rakyat.

"Mahkamah bukan jalan terbaik bagi menyelesaikan konflik politik yang berlaku di Perak sekarang. Tengoklah apa yang berlaku hari ini. Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengesahkan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar.

"Tetapi hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi. Tidakkah ini seperti kartun yang ditertawakan orang luar," katanya ketika ditemui di sini.

Hari ini Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali yang mendengar permohonan Zambry menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah penangguhan keputusan mahkamah semalam penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Mohamad berkata, mahkamah bukan lagi jalan terbaik bagi menyelesaikan isu yang berbangkit di Perak sekarang.

"Ini kerana dari awal lagi krisis di Perak berpunca daripada sikap rakus pemimpin Umno selepas hilang kuasa pada pilihan raya umum lalu," katanya.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, BN terlalu takut kehilangan kuasa yang dirampas Febuari lalu apabila segera membuat rayuan bagi menghalang keputusan dibuat Mahkamah Tinggi.

"BN perlu menyedari keangkuhan dan kerakusan akan membawa padah. Sepatutnya mereka lebih profesional sebelum bertindak merampas Perak dahulu," ujarnya.

Menurutnya impak daripada rampasan kuasa tersebut secara jelas menyebabkan suasana di Perak tidak lagi tenteram.

Bagaimanapun kata beliau peluang untuk kembali landasan asal masih ada sekiranya diberi semula kepada rakyat bagi menentukan hak mereka sebagai pemilih. - mj _

Krisis Perak : Isi hati rakyat Perak hanya mahukan pembubaran Dun!

Wan Nordin Wan Yaacob
Tue | May 12, 09 | 11:34:34 pm MYT

(Analisis) : Krisis di Perak kembali rumit dan sempit, keputusan mahkamah yang umpama di 'remote' oleh Umno/BN mempermainkan semula jiwa dan denyut nadi rakyat.

Dalam masa sehari, mahkamah mudah diskripkan dengan memutar semula wajah demokrasi yang sebenar, rayuan Dr Zambry Kadir dengan pantas diproses dan diterima Mahkamah Rayuan dalam masa satu jam sahaja.

Walhal,secara amalan biasanya rayuan itu juga perlu tempoh tertentu untuk diputuskan perihal lulusnya dengan prosedur yang kepada 'orang biasa' akan menjafdi rumit.

Namun bagi Zambry yang juga proksi kepada Najib Tun Razak di Perak dalam 'program realiti bertajuk rampasan kuasa di Perak' mahkamah akan memudahkan rayuannya tidak seperti rakyat biasa yang lain.

Hanya sejam sahaja diperlukan Zambry yang menerima mandat Presiden Umno untuk mengemudi Umno di Perak untuk memutarkan semula skrip yang sedang bergelandangan di Perak.

Tindakan itu menyebabkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang mengesahkan Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah 'tergantung' sementara, dan Zambry pula selaku MB 'perampas' kembali mahu duduk dikerusi empuknya dengan bantuan 'jalan pintas'.

Nizar hanya duduk di kerusi MB pada 12 Mei setakat beberapa jam dan sempat hadir dalam Majlis Pengurniaan Pingat di Istana Iskandariah bersama Sultan Perak.

Namun, ketokohan Nizar selaku pejuang rakyat terserlah, tanpa ada rasa 'lokek' kepada kuasa, beliau dengan rendah diri mengosongkan semula pejabat MB yang baharu sahaja dimasuki semula 12 Mei.

Benar kata Adun Titi Serong, Dr Khalil Idham Lim Abdullah bahawa rakyat Perak kini mula curiga dan sangsi mahkamah hanya diperguna untuk kepentingan kuasa BN.

Mahkamah hanya menjadi ladang kepada kerakusan nafsu BN untuk melakukan apa sahaja walau ianya sah bertentangan dengan perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak.

Ketegangan kini hanya boleh diselesaikan dengan kembali kepada rakyat, bak kata Nizar dan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang bahawa pembubaran Dun adalah jalan terbaik.

Hal ini juga dipertegaskan Ahli Parlimen BN Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Tan Sri Abu Talib Othman

Usah dibodohkan kenyataan Ku Li dalam tulisan terbarunya, bekas pemimpin Parti Melayu Semangat 46 berkata kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Zambry Abd Kadir lebih kurang tiga bulan "selama ini haram dan semua keputusan serta kontrak yang dibuat olehnya tanpa asas perundangan."

Ku Li berpendirian sidang DUN Perak minggu lepas yang membawa usul Zambry menggantikan Speaker, V Sivakumar dengan R Ganesan, pemimpin kanan MIC negeri dan bekas ADUN Sungai, juga tidak sah.

"Sultan, dan sistem beraja itu sendiri, menanggung malu dengan babak (politik) ini, termasuk usaha terancang oleh sesetengah pihak untuk menyemarakkan lagi isu menjadi perkauman dan penderhakaan.

"Tindakan seumpama ini hanya merosakkan lagi institusi yang mereka dakwa cuba mempertahankannya, dan (susulan itu) ia mencemarkan Umno dan BN," kata Ku Li.

Pastinya dalam kemelut ini, Sultan Perak adalah jawapan yang paling dekat kepada konflik ini untuk segera ditamatkan.Kuasa yang ada di tangan baginda adalah jalan penyudah, cadangan Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar mudah, dua MB ini dipanggil mengadap Sultan Perak.

Tumpuan hanya satu, dua dua perlu akur akan penyelesaian hanya di gelanggang pilihan raya semula dan bukannya intepretasi undang-undang yang berbeza.

Kini rakyat menanti keazaman Sultan Perak untuk menamatkan segera sengketa ini dengan memperkenankan pembubaran Dun bagi membolehkan rakyat memilih semula wakil rakyat dan kerajaan secara sah./wann _

Nizar diisytihar MB

Oleh Norhashimah Mohd Radzali
norhashimah@bharian.com.my




MOHAMMAD Nizar dikerumuni wartawan dan penyokongnya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, semalam

# Pakatan Rakyat mahu bubar DUN Perak
# BN kemuka rayuan hari ini: Najib

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini semalam mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dalam keputusannya berkata, jawatan Menteri Besar tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) kerana Mohammad Nizar tidak pernah kehilangan kepercayaan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam penghakiman yang dibaca secara lisan selama lebih sejam bermula jam 2.30 petang, hakim itu berkata, undi tidak percaya terhadap Mohammad Nizar hanya boleh dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada sidang DUN.

"Dalam kes ini, tidak dapat dipertikaikan fakta bahawa tiada undi tidak percaya dibuat Adun terhadap pemohon (Mohammad Nizar) di persidangan DUN.

"Malah, beliau menghadap Sultan untuk memohon pembubaran DUN bukannya kerana sudah kehilangan kepercayaan majoriti DUN tetapi sebaliknya memohon pembubaran itu bagi menyelesaikan kebuntuan dalam DUN dan hal pentadbiran Perak," katanya.

Mengulas keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan rayuan hari ini kerana yakin mempunyai kes dan asas yang kukuh.

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang menerima keputusan itu dengan hati dan fikiran terbuka, menegaskan beliau serta enam Ahli Exconya akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang.

Mohammad Nizar pula mengumumkan akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya negeri dapat diadakan secepat mungkin untuk menyelesaikan krisis politik di negeri itu.

Kemelut kepemimpinan di Perak berlarutan sejak lebih 100 hari selepas Zambry dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar pada 6 Februari lalu apabila kerajaan Pakatan Rakyat kehilangan kepercayaan majoriti di DUN berikutan tiga wakil rakyatnya keluar parti dan menyokong BN.

Abdul Aziz berkata, walaupun BN sudah memenangi 31 kerusi DUN, ia tidak memohon supaya sidang DUN diadakan bagi melakukan undi tidak percaya terhadap Mohammad Nizar.

"Berdasarkan prinsip demokrasi dan undang-undang, undi tidak percaya perlu dilakukan di sidang DUN dan hanya dengan cara itu seseorang Menteri Besar boleh digugurkan atau diminta meletakkan jawatannya," katanya.

Abdul Aziz berkata, Menteri Besar tidak memegang jawatan itu berdasarkan kepada kehendak Sultan.

"Bagaimanapun mahkamah berpendapat, kuasa Sultan untuk meminta Menteri Besar meletakkan jawatan adalah tidak mengikut peruntukan dalam Perkara 16(6) UTKP kerana artikel itu adalah sangat jelas dan bukannya tidak nyata.

"Sungguhpun Sultan mempunyai kuasa prerogatif dalam melantik Menteri besar, tetapi sebaik dilantik Menteri Besar hanya perlu menjawab kepada DUN dan bukannya orang lain," katanya.

Abdul Aziz juga tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah dalam kes itu dan Zambry, bahawa hanya ada dua keadaan yang membolehkan Menteri Besar memohon pembubaran DUN.

"Abdul Gani menghujahkan bahawa Menteri Besar hanya boleh memohon pembubaran DUN apabila tempoh perkhidmatan DUN berakhir mengikut Perkara 36(2) UTKP atau jika kehilangan kepercayaan majoriti.

"Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan itu kerana mengikut Perkara 36 UTKP, terdapat banyak keadaan yang membolehkan Menteri besar memohon pembubaran DUN daripada Sultan dan ia adalah bergantung kepadanya untuk menentukan bilakah waktu sesuai untuk membuat permohonan itu," katanya.

Abdul Aziz turut tidak bersetuju hujahan Abdul Gani dan Zambry sebelum ini yang menyatakan Mohammad Nizar perlu meletak jawatan walaupun beliau enggan berbuat demikian.

Katanya, Abdul Gani dan Zambry berhujah menyatakan perkataan 'perlu meletak jawatan' dalam Perkara 16 (6) UTKP bermaksud 'mandatori' serta Mohammad Nizar perlu meletak jawatan atau jawatannya itu akan dianggap kosong.

"Bagaimana jika Menteri Besar enggan meletakkan jawatan? Walaupun bermaksud 'mandatori', peruntukan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai Menteri Besar perlu meletakkan jawatannya," katanya sambil mencadangkan supaya artikel itu dipinda bagi memenuhi lacuna (kekosongan) dalam Perkara 16(6) UTKP.

Mengenai afidavit yang diikrarkan Penasihat Undang-Undang Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Abdul Aziz berkata, penasihat undang-undang itu adalah saksi yang tidak neutral dan berat sebelah.

Abdul Aziz berkata, Ahmad Kamal sendiri mengakui beliau diarahkan peguam Zambry untuk mengikrarkan afidavit itu dan perkataan 'diarahkan' mempunyai erti yang mendalam.

"Disebabkan itu mahkamah berpendapat beliau (Ahmad Kamal) adalah saksi yang tidak neutral dan berat sebelah serta keterangannya adalah demi memenuhi yang arahan diterimanya," katanya.

Abdul Aziz berkata, mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan untuk tidak membenarkan pembubaran DUN kerana perkara itu tidak boleh diadili.

"Sultan mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak memperkenankan permintaan untuk membubarkan DUN," katanya.

Sementara itu, peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry membuat permohonan secara lisan bagi memohon penangguhan terhadap pelaksanaan keputusan Abdul Aziz itu, sementara menunggu rayuan didengar di Mahkamah Rayuan.

Abdul Aziz bagaimanapun menolak permohonan itu dan meminta Cecil membuat permohonan secara bertulis berserta ikatan autoriti.

Berita Harian

11.5.09

KENYATAAN MEDIA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM BERHUBUNG KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR

11 Mei 2009

Alhamdulillah saya menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang mengistiharkan YAB Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan tersebut merupakan satu kemenangan buat rakyat dan juga sistem demokrasi di negara ini. Kami menyeru agar YAB Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dengan segera dikembalikan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Keputusan hari ini membuktikan bahawa Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Makanya adalah mustahak bagi semua institusi kerajaan untuk menghormati semangat yang termaktub dalam Perlembagaan. Ini termasuklah sistem pengasingan kuasa yang secara jelas menggariskan pengasingan di antara kuasa eksekutif, kehakiman dan juga perundangan. Sejajar dengan itu adalah penting untuk kita mengiktiraf sidang bawah pokok yang berlangsung pada 3hb Mac 2009 serta segala resolusi yang diluluskan pada hari tersebut.

Bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri Perak, Pakatan Rakyat tuntas dengan tuntutan agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan serta-merta. Ini membolehkan rakyat menentukan kerajaan mana yang memperolehi mandat serta kepercayaan mereka melalui pilihanraya yang bakal diadakan nanti.

Kami yakin rakyat pasti memilih yang terbaik buat masa depan mereka dan negara ini. Sepanjang kemelut di Perak, Pakatan Rakyat menunjukkan iltizam untuk tetap teguh menjunjung Keluhuran Perlembagaan serta konsisten membawa Perubahan.


DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM, PARTI KEADILAN RAKYAT
KETUA PEMBANGKANG, DEWAN RAKYAT

8.5.09

Terkuburnya Demokrasi kerana Perbuatan Durjana Umno-BN di DUN Perak

08 Mei 2009

Kedurjanaan rampasan kuasa di Dewan Undangan Negeri Perak oleh Umno-BN adalah bersifat keji dan hina.

Kajian rambang mendapati bahawa rakyat Perak dan ramai golongan muda, yang telah mengikuti insiden yang melupuskan tamadun dan kemuliaan itu, meronta-ronta jiwa mereka mencari jalan bagaimana pula untuk menguburkan kedurjanaan Umno-BN itu. Jentera Kerajaan Persekutuan, khususnya Polis Di-Raja Malaysia telah disejarahkan sekali lagi sebagai bersekongkol dengan kedurjanaan ciptaan Umno-BN di Perak. Mereka adalah penyebab kejayaan kesinambungan segala kedurjanaan yang berlaku di Malaysia. Keazliman yang tidak kunjung padam, bahkan semakin menjadi-jadi sejak jawatan Perdana Menteri disandang oleh Najib Razak, akan dirintihkan oleh Rakyat kepada Tuhan mereka sehingga Ia menjatuhkan keputusan terhadap sekelian penzalim.

Penahanan saya di Balai Polis Sungai Senam, Perak adalah tidak sah dan menyanggahi kebebasan dan hak asasi saya sebagai Warga Malaysia, Ahli Parlimen Malaysia dan tetamu undangan ke Dewan Undangan Negeri Perak. Kesemua Ahli-Ahli Yang Berhormat Parlimen, khususnya dari Pakatan Rakyat telah diundang untuk menjadi tetamu di sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei 2009 semalam.

Pihak polis telah mengasari saya dan bertindak di luar batasan dan kewarasan yang dituntut oleh undang-undang. Pegawai-pegawai polis yang bertugas telah bersikap seperti robot yang tiada akal fikiran dan enggan mendengar penjelasan saya. Saya telah dikasari oleh polis ketika ingin memasuki Dun Perak dan telah mengalami kecederaan di tangan saya. Surat jemputan untuk saya ke sidang Dun Perak telah dirampas apabila ditunjukkan kepada pihak polis supaya saya diizinkan masuk ke Dewan persidangan.

Pihak polis telah dilihat dan dilapor menangkap rakyat yang berpakaian serba hitam yang berada berhampiran dengan bangunan yang menempatkan Dewan persidangan. Tindakan tersebut juga adalah menyalahi Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kebebasan dalam soal peribadi kepada rakyat, selagi mana ia tidak mengganggu ketenteraman awam.

Kesangsian rakyat terhadap Umno-BN sudah semakin menebal hasil dari perbuatan durjana Umno-BN di Perak. Keadaan itu boleh diselamatkan dari menjadi lebih parah dengan pembubaran segera Dewan Undangan Negeri Perak dan untuk memulihkan demokrasi di mata rakyat dan dunia seluruhnya.


ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN
Ahli Parlimen Ampang