Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

1.2.01

SEJARAH PANAS MALAYSIA - INDONesia


1961
Borneo dibahagi menjadi empat wilayah pentadbiran: Kalimantan (Indonesia), Brunei, dan dua koloni British, iaitu Sarawak dan Sabah.
Dua koloni itu kemudian digabung dengan Malaya dan membentuk Malaysia. Pemerintahan Soekarno menentang dan menyebut Malaysia sebagai "boneka Inggeris".

20 Januari 1963
Menteri Luar Indon, Soebandrio mengumumkan konfrontasi melawan Malaysia.

12 April 1963
Sukarelawan Indonesia mulai masuk Sarawak dan Sabah.

27 Julai 1963
Presiden Soekarno mengisytiharkan "ganyang Malaysia".

16 Ogos 1963
Pasukan Gurkha British bertempur dengan 15 tentera Indonesia.

16 September 1963
Penubuhan Malaysia

18 September 1963
Kedutaan British di Jakarta dibakar.
Di Kuala Lumpur, para diplomat Indonesia ditangkapi dan kedutaannya diserang.

Ogos 1964
16 tentera Indonesia ditangkap di Johor.

17 Ogos 1964
17 penerjun komando Indonesia mendarat di selatan Johor.

2 September 1964
Penerjun komando Indonesia tiba di Labis, Johor.

29 Oktober 1964
52 tentara Indonesia mendarat di Pontian. Namun, mereka ditangkap.

November 1964
PBB menerima Malaysia sebagai anggota tidak tetap, Soekarno memutuskan Indonesia keluar dari PBB. Conference of New Emerging Forces (Conefo) dibentuk.

28 Julai 1965
Pasukan Indonesia memasuki Pulau Sebatik dan terlibat dalam pertempuran senjata dengan pasukan Malaysia.

Oktober 1965 Soeharto menggantikan Soekarno, konflik Indonesia dengan Malaysia berangsur reda.

28 Mei 1966
Indonesia dan Malaysia sepakat mengakhiri konflik dalam sebuah persidangan di Bangkok, Thailand.

Resort dikelilingi hutan

Teks dan gambar oleh Ainal Marhaton Abd Ghani
rencana@hmetro.com.my
2010/01/21

NUSA Holiday Village (NHV) adalah satu-satunya resort dikelilingi hutan di Taman Negara. Di sini anda dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika berusia 130 juta tahun dan tertua di dunia.

NUSA Holiday Village (NHV) adalah satu-satunya resort dikelilingi hutan di Taman Negara. Di sini anda dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika berusia 130 juta tahun dan tertua di dunia. Jangan lepaskan peluang mandi air sungai semula jadi kerana di kawasan resort ini terdapat anak sungai yang jernih dan cetek dari aliran air terjun Sungai Abai.

Bagi anda yang pertama kali di sini, NHV di Kuala Tahan, Jerantut yang beroperasi sejak 20 tahun lalu, pasti destinasi tepat untuk bercuti.

Suasananya tenang kecuali sesekali deruan enjin lori balak yang memecah kesunyian hutan di sini.

Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini, antaranya Night Jungle Walk untuk melihat haiwan malam seperti ‘flying fox’, kongkang, kucing hutan, musang, labah-labah dan kala jengking. Anda juga berpeluang meninjau kehidupan masyarakat Orang Asli suku Batek di Kampung Dedari, kira-kira 10 minit menaiki bot dari NHV.


Inilah peluang melihat kebolehan mereka menghidupkan api cara tradisional dengan menggesek rotan muda ‘saga emas’ pada potongan kayu meranti.


Mereka adalah kelompok Orang Asli ‘nomad’ kerana sentiasa berpindah-randah untuk mencari rezeki.


Jika ke NHV, jangan lupa menikmati kedinginan air terjun Sungai Abai di Taman Negara, kira-kira sejam perjalanan dari tempat penginapan.


Jika malas, anda boleh mandi di laluan air terjun itu di bawah jambatan gantung pusat penginapan berkenaan.


Pengarah Urusan Syarikat Pelancongan Kumpulan Ghazali (SPKG) Tours Sdn Bhd, Burhanuddin Ghazali, berkata Nusa Camp menjadi pilihan pelancong dari negara Eropah Timur, Scandinavia dan China kerana mereka gemarkan suasana alam semula jadi.


“Mereka gemar menyusuri Sungai Tembeling, melihat kehidupan Orang Asli atau melihat haiwan di waktu malam.


“Jika ada masa, susuri Sungai Tembeling untuk meninjau kehidupan penduduk di Kampung Kuala Sat, Kampung Pagi, Kampung Bantal dan Kampung Mat Daling, iaitu kampung paling hujung di daerah Jerantut,” katanya.

Bagi yang gemar aktiviti pendakian, jangan lupa mendaki Bukit Warisan untuk melihat matahari terbit dan terbenam.

Untuk penginapan, NHV menyediakan 14 chalet berbentuk Rumah Melayu berharga RM110, 10 chalet berbentuk ‘A’ (RM55) enam kotej (RM90) dan sebuah asrama (RM15 setiap seorang).

NHV turut menyediakan beberapa pakej menarik dengan bayaran berpatutan.

“Menu di sini lebih kepada hidangan masakan Melayu termasuk sambal hitam dan jantung pisang.

“Di sini, tiada dibenarkan minuman keras,” katanya.


Info Antara pakej yang disediakan:

# 3 hari 2 malam - Rumah Melayu (berhawa dingin) bernilai RM363.

- Kotej (kipas) RM333 - Chalet berbentuk ‘A’ (RM295)

# 4 hari 3 malam - Rumah Melayu (berhawa dingin) bernilai RM493 - Kotej (kipas) RM443 - Chalet berbentuk ‘A’ (RM393)

# Pakej yang ditawarkan termasuk makan, bot, penginapan dan aktiviti seperti laluan kanopi dan permit masuk ke Taman Negara.

# Berminat, layari laman web www.tamannegara-nusaholiday.com.my atau hubungi SPKG Tours Sdn Bhd No 16, Jalan Diwangsa, Bandar Baru, 27000 Jerantut atau talian 09-2662369 atau faks 09-2664369