Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

1.2.99

Penginapan 5 bintang, harga satu bintang

2009/12/31


FALSAFAHNYA mudah - penginapan lima bintang pada harga satu bintang.

FALSAFAHNYA mudah - penginapan lima bintang pada harga satu bintang.

Selesai urusan daftar masuk, penulis diberikan kad akses mengandungi maklumat tempoh penginapan dan kredit jam penggunaan penghawa dingin pada harga IDR 50,000 (RM13 untuk 12 jam) atau IDR 83,000 (RM21) untuk 24 jam.

Tuala dikenakan bayaran kira-kira IDR 17,000 (RM4), manakala IDR 7,000 atau kurang RM2, untuk sehari.

Memikirkan caj tambahan di atas mungkin membuatkan anda mengeluh. Namun, ia memberikan penjimatan berganda kepada tetamu.

Bagi pengembara bajet, ia memberikan kelebihan. Bayangkan, berapa ramai mahu menggunakan pengering rambut terutama apabila ke Bali untuk meluncur air di pantai Kuta atau Legian.

Bagi memastikan kepuasan maksimum, katilnya dari jenama terkemuka dengan hamparan duvet putih dengan 250 bebenang digunakan.

Ruang mandinya selesa dengan pancuran air tekanan tinggi. Ia dipisahkan dari katil dengan pintu kaca dihiasi paparan identiti jenama hotel.

Namun, perkara yang paling menarik perhatian penulis adalah aspek keselamatan yang cukup diutamakan oleh pengurusan, memandangkan pulau itu pernah menjadi
saksi kepada dua tragedi pengeboman.

Semua pintu masuk dan laluan utama dipasang dengan sistem kamera litar tertutup, manakala penggera keselamatan akan berbunyi sekiranya pintu bilik tidak ditutup dengan betul.

Walaupun Bali dikatakan destinasi percutian selamat, pengurusan hanya membenarkan mereka yang memiliki kad elektronik melepasi lobi utama selepas tengah malam.

Ketua Pegawai Operasi Tune Hotels.com (Indonesia), Sendjaja Widjaja, berkata penginapan berlandaskan model penerbangan tambang murah AirAsia itu membenarkan tetamu memperuntukkan bajet kecil untuk penginapan.

"Kami menerapkan konsep 'kompleks beli-belah' dalam hotel dengan menyewakan ruang lantai kepada peniaga seperti produk Es Teler 77 (kafe), Mini Mart 24 jam (kedai serbaneka), Wellbeing Spa (spa kecantikan), Ceria Tramsport (pengangkutan) dan Aqua Marine Dive (selam skuba).

"Ini menyebabkan kami hanya perlu memfokuskan kepada penginapan," katanya selepas pelancaran Tune Hotels.com Double Six Legian dan Kuta, Bali, baru-baru ini.

Tune Hotels.com di Kuta (139 bilik) dan Double Six (170 bilik), di Legian. Hotel di Pantai Kuta disasarkan untuk golongan muda manakala di Pantai Legian pula percutian keluarga.

Pengguna Islam tidak perlu risau kerana pilihan menu di Es Teler 77 tidak merangkumi daging babi walaupun tidak memiliki sijil pengiktirafan halal.

Harganya juga amat berpatutan, contohnya sepinggan nasi goreng sekitar IDR 20,000 atau kira kira RM5.

Cuma, mungkin sedikit kekurangan di Tune Hotels.com Double Six, ialah tiada televisyen dan almari baju. Namun, pada harga promosi serendah kurang RM10 semalam - ia penginapan termurah di Bali.

Tiada ulasan: