Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

1.10.13

Zulkifli dakwa pemilihan DAP dicemari penipuan


11:53AM Okt 1 2013  
Bekas naib pengerusi DAP Zulkifli Mohd Noor yang gagal dalam pemilihan parti Ahad lalu mendakwa, terdapat pemimpin menggunakan "formula 3M" untuk memperdaya perwakilan.

NONEZulkifli mendakwa, terdapat penggunaan "man, money and media" (manusia, wang dan media) untuk memastikan perwakilan mengekalkan status quo, bagi menyelamatkan parti itu daripada diharamkan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Beliau juga mendakwa, terdapat juga perwakilan yang diarah atau diugut oleh beberapa pemimpin untuk memenuhi hasrat mereka.

"Perwakilan, kebanyakannya anggota baru, dengan muda dipengaruhi dan percaya pada strategi tipu dan bohong," kata Zulkifli dalam kenyataan.

Tiada ulasan: