Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

12.9.13

Rakyat bertambah beban bila kos barangan & perkhidmatan turut naik

KUALA LUMPUR 3 SEPTEMBER: Rakyat negara ini terpaksa menghadapi tanggungan yang lebih besar mulai hari ini kesan kenaikan harga diesel dan RON95 oleh pemerintah Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar berkata, Pakatan Rakyat telah memberi tawaran cukup menarik dalam manifesto untuk rakyat iaitu menurunkan harga pertrol pada keesokan hari selepas Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Malangnya, 47% rakyat negara ini termakan tipu muslihat BN dan telah memenangkan komponen itu di 133 kerusi Parlimen,” katanya dalam kenyataan.

barang

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai kenaikan harga petrol RON95 dan diesel RM0.20 mulai tengah malam tadi.

Sivakumar berkata, kerajaan secara bijak mengurangkan subsidi yang dibayar dan memindahkan kos itu kepada rakyat jelata.

Pengerusi DAP Perak itu berkata, Pakatan telah memberi amaran kepada rakyat supaya membuat pilihan secara was-was dalam PRU 13 lalu.

“Kita telah menjangkakan strategi BN yang akan mengurangkan subsidi minyak petrol dan diesel selepas pilihan raya,” ujarnya.

“Terbukti bahawa mereka ini berjaya diumpan oleh Barisan Nasional untuk kepentingan politiknya,” katanya.
Golongan ini, tambahnya telah dipengaruhi dan mempercayai kata-kata manis BN lantas membuat pemilihan yang salah dalam PRU 13.

Tambahnya, mereka diberi hadiah yang cukup istimewa oleh BN dengan menaikkan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 per liter.

“Saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Naik Harga Petrol kepada semua yang mengundi Barisan Nasional dalam PRU 13,” sinis Sivakumar.

Harga petrol RON95 naik dari RM1.90 kepada RM2.10 seliter manakala harga diesel pula naik dari RM1.80 kepada RM2.00.

Untuk mendapatkan gambaran yang jelas, Sivakumar berkata, pembelian 50 liter petrol RON 95 atau diesel akan menambahkan beban sebanyak RM10.

Sebagai contoh, katanya sebelum kenaikan harga, jumlah yang perlu dibayar untuk 50 liter petrol RON 95 ialah RM95.

Beliau menambah, setelah kerajaan mengurangkan subsidi RM0.20, harga baru yang perlu dibayar untuk kuantiti yang sama ialah RM105 iaitu tambahan sebanyak RM10.

Pada masa ini, ujarnya kerajaan memberi subsidi harga minyak sebanyak RM24.8 bilion setahun.

“Untuk mengurangkan tanggungan ini, kerajaan cuba memindahkan beban ini kepada rakyat jelata.

“Selepas kenaikan harga ini, rakyat terpaksa menanggung lebih kurang RM1.1 bilion setiap tahun,” katanya lagi.

Katanya, ini adalah kesan langsung yang terpaksa dipikul oleh rakyat serta merta.

“Apa yang lebih membebankan rakyat ialah kesan tidak langsung iaitu rantaian yang timbul akibat kenaikan harga petrol dan diesel ini,” ujarnya lagi.

Katanya, kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak ini sudah pasti akan mewujudkan kejutan ekonomi.

Tambahnya, kos barangan dan perkhidmatan akan bertambah yang akan menaikan harga semua barangan yang bergantung secara langsung dan tidak langsung kepada bahan api terutamanya petrol dan diesel.
Justeru, katanya kenaikan harga petrol dan diesel akan mengakibatkan inflasi yang tidak boleh dikawal dengan mudah.

“Apabila harga barang-barang lain meningkat, maka beban atau kos hidup akan bertambah juga.

“Inflasi seperti ini akan menurunkan taraf hidup rakyat Malaysia kerana tidak ada perubahan dalam pendapatan yang diterima,” kata Sivakumar.

Tiada ulasan: