Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

11.9.13

Karpal terkejut dengan permintaan Zam
 
Peguam kanan Karpal Singh berkata beliau terkejut dengan permintaan bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang mahu menggunakan khidmatnya sebagai peguam dalam satu kes saman oleh Lim Kit Siang.Firmanya tidak pernah menghantar sebarang surat tuntutan kepada Zainuddin, kata Karpal yang menambah, beliau hanya mengutus surat tuntutan kepada Utusan Malaysia dan MP Batu Pahat, Puad Zarkashi.

Karpal, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor meminta Zainuddin menjelaskan alasan untuk beliau mempertahankan bekas menteri penerangan itu.

“Saya sungguh terkejut dengan permintaannya itu. Tiada surat tuntutan yang dihantar kepadanya,” katanya yang menambah, Lim telah meminta saya untuk mewakilinya menentang Utusan Malaysia dan Puad Zarkashi.

Karpal berkata beliau tidak akan mewakili Zainuddin kerana bekas menteri terserbut tidak menghantar surat demikian kepadanya.

Katanya, beliau juga tidak mungkin akan akan mewakili Zainuddin jika Lim meminta beliau menjadi peguam untuk memulakan tindakan undang-undang ke atas bekas menteri itu.

Tambahnya, beliau bertindak dengan tidak beretika sekiranya mewakili Zainuddin dalam situasi seperti itu.

Zainuddin dalam tulisan di blog zamkata.bogspot.com menyebut, beliau merayu demikian tindakan saman Lim ke atasnya merupakan usaha untuk mengugut dan menutup mulutnya.

Katanya, beliau juga memohon bantuan Karpal kerana tokoh DAP tersebut seorang yang berpegang pada prinsip demokrasi.

Tiada ulasan: