Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

11.9.13

Guan Eng mahu jumpa Uthayakumar


 
Dalam satu langkah yang dilihat boleh menarik simpati masyarakat India terhadapnya, pemimpin DAP Lim Guan Eng berkata, beliau sedang berusaha keras untuk menemui pemimpin de facto Hindraf, P Uthayakumar yang sedang menjalani hukuman penjara.

lim guan eng interview 160813 03Bagaimanapun, Lim (kanan), menafikan tujuannya bermotifkan motif politik dan berkata beliau akan merayu kepada menteri dalam negeri kerana permintaannya untuk bertemu dengan Uthayakumar telah ditolak oleh Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Zulkifli Omar.

"Saya sendiri sebagai bekas banduan, tahu keperluan yang tidak dipenuhi dan saya merancang untuk berjumpa Uthayakumar atas peri kemanusiaan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat DAP hari ini.

Ini termasuk membantu memenuhi keperluan perubatan Uthayakumar, katanya.

Lim menunjukkan kepada pemberita salinan surat beliau kepada Jabatan Penjara dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kapasiti rasminya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Lim menghantar surat tersebut pada akhir bulan Julai dan menerima surat penolakan pada 6 September.

Tegasnya, beliau tidak ada kaitan sebelumnya dengan Uthayakumar dan DAP tidak ada hubungan dengan Hindraf.

Uthayakumar kini di Penjara Kajang, menjalani hukuman penjara dua tahun dan enam bulan, selepas didapati bersalah atas tuduhan hasutan Jun lalu.

S Indra DeviIsterinya, S Indra Devi (kiri), berkata bulan lalu bahawa Uthayakumar mengalami bengkak kaki dan tangan, akibatkan prolapsed disc, yang boleh mengakibatkan dia lumpuh jika tidak diberi rawatan perubatan yang betul.

Lim, yang pernah pernah dipenjarakan kerana melanggar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, berkata beliau bersimpati dengan Uthayakumar.

Penjara hanya membenarkan lawatan bulanan oleh ahli keluarga dan peguam, katanya.

Uthayakumar adalah abang kepada P Waythamoorthy, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau dijatuhi hukuman penjara pada bulan Jun kerana membuat kenyataan berbaur hasutan pada tahun 2007.

Mahkamah menjatuhkan hukuman tersebut beberapa jam selepas Waythamoorthy mengangkat sumpah sebagai senator.

Tiada ulasan: