Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

11.9.13

Demo tuntut Menteri Sumber Manusia campur tangan


MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

SHAH ALAM - Seramai 45 bekas pekerja sebuah syarikat antarabangsa hari ini mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pejabat Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi mendesak menterinya campur tangan dalam isu pemecatan mereka pada 17 Julai lalu.    

Menurut jurucakapnya, Sivarani Manickam, tindakan syarikat memberhentikan mereka dengan notis 24 jam adalah sesuatu yang amat memeranjatkan serta tidak bertanggungjawab dan beliau berharap syarikat perlu mengembalikan hak mereka.

“Pekerja amat terkejut dengan tindakan majikan memberhentikan mereka secara tiba-tiba serta menghilangkan diri.

“Pekerja-pekerja diberitahu oleh seorang pengurus bahawa syarikat itu sudah bankrap, jadi saya mohon penjelasan daripada pihak syarikat,” katanya yang dipetik daripada kenyataan medianya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan syarikat yang memecat 45 pekerja dengan notis 24 jam pada 17 Julai lalu tanpa memberikan penjelasan sewajarnya kepada pekerja terlibat.

Dalam demonstrasi kira-kira dua jam pagi tadi, bekas pekerja kilang terbabit mengemukakan tujuh tuntutan kepada bekas majikan mereka.

Antaranya membayar tunggakan gaji dua bulan (Mei dan Jun 2013), gaji ganti tanpa notis, memberi ganti rugi faedah penamatan mengikut tempoh perkhidmatan, menjelaskan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada Oktober 2011 sehingga Jun 2013, menyediakan kerja ganti untuk pekerja yang diberhentikan, menggunakan dana pemberhentian kerja untuk membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan dan menghentikan semua tindakan majikan yang cuba ‘lepas tangan’ serta melarikan diri daripada masalah ini.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pihak syarikat juga gagal mematuhi garis panduan pengurusan pemberhentian pekerja.

“Jika syarikat sedang menghadapi kerugian dan mahu melakukan pemberhentian kerja, mereka patut mengehadkan kerja lebih masa, hari rehat mingguan dan cuti am, hari-hari kerja dalam seminggu , kurangkan waktu kerja harian serta memberi notis awal pemberhentian supaya pekerja sedia untuk mencari kerja lain, bukannya membuang pekerja dengan cara yang ‘kejam’ ini,” katanya.

Tambah Sivarani lagi, berdasarkan perjalanan kes di Mahkamah Buruh, pihaknya mendapati bahawa syarikat berkenaan sedang mengambil langkah untuk melarikan diri daripada tanggungjawabnya menyelesaikan tuntutan pekerja yang berjumlah lebih kurang RM639 631.10.

“Pihak majikan cuba memutarbelitkan fakta dengan membuat Akuan Bersumpah bahawa ia bukan lagi merupakan Pengarah syarikat.

“Ini adalah taktik kotor majikan untuk cuci tangan dan lari dari tanggungjawab.

“Maka, kami mahu KSM sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga hak dan kebajikan pekerja campurtangan dan menyelesaikan tuntutan kami dengan segera,” katanya.

Syarikat terbabit adalah sebuah syarikat Jepun yang beroperasi di kawasan perindustrian Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia lebih dari 25 tahun.

Tiada ulasan: