Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

2.9.13

Adam Adli, Hishammudin Rais ditangkap


9:39PM Sep 2 2013
Aktivis Adam Adli Abdul Halim dan Hishamuddin Rais hari ini ditangkap polis selepas gesaan supaya pihak berkuasa bertindak tegas kepada mereka kerana mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya'.

Menurut seorang pegawai gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH, beliau pada jam 9 mendapat SMS daripada Adam, berbunyi:

"Aku dan Isham (Hishamuddin) kena tahan. OTW (dalam perjalanan) ke (ibu pejabat polis) Dang Wangi," SMS itu dipetik.

NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) turut menulis maklumat sama di laman Twitter mereka.

Adik kepada Adam Adli -- Amir Amin -- ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan tangkapan itu.

Bagaimanapun, menurutnya, tiada maklumat lanjut berhubung perkara itu setakat ini.

Dilaporkan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) turut menggesa polis mengenakan tindakan tegas di bawah Akta Hasutan terhadap Hishamuddin dan Adam Adli serta Sasterawan Negara daripada Datuk A Samad Said.

Perbuatan itu didakwa menghina Jalur Gemilang di Dataran Merdeka Jumaat lalu.
Sementara Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamid pula dilapor berkata polis sedia menyiasat pihak yang mengibar bendera 'Sang Saka Malaya' jika ada laporan dibuat mengenainya.
Manaf Ahmad · Pengulas Tertinggi · Kolej Islam Malaya Sangsaka merah putih adalah hasrat segelintir pemimpin Melayu sosialis dalam awal tahun lima puluhan yang mahu menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia.

Tiada ulasan: