Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

7.7.13

'Hanya 15 peratus kedai di Lembah Kelang milik bumi'


6:14PM Jul 7 2013
Timbalan menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kadar penyertaan yang rendah di kalangan bumiputera memberi kesan buruk kepada usaha negara untuk mengukuhkan perpaduan, imej dan dalam mengagih kekayaan.
Beliau berkata hanya 15 peratus daripada kedai di Lembah Klang diusahakan oleh golongan bumiputera manakala selebihnya diusahakan golongan Cina.

Ia bukan satu statistik yang baik dari segi agihan ekonomi negara, katanya dalam satu sidang media di Seremban, menurut laporan Sin Chew Daily.

Katanya, keadaan itu dilihat sama seperti di bandar besar kecuali di Kelantan dan Terengganu.

Katanya, beliau perlu menimbulkan perkara ini kerana senario masa kini tidak sihat untuk pembangunan ekonomi negara.

“Apabila pelancong melawat Malaysia, mereka akan tanya: Hanya orang Cina di Malaysia? Di mana kedai orang Melayu, India, Kadazan dan Iban?,” katanya seperti dipetik akhbar berbahasa Cina itu.

Beliau juga menangkis dakwaan pemimpin DAP Lim Kit Siang bahawa BN melayan orang Cina sebagai “warga kelas ketiga”.

Katanya, orang Cina sudahpun menjadi warga kelas pertama sejak sekian lama.

Jika tidak, orang Cina tidak akan memiliki 85 peratus daripada perniagaan di Malaysia dan membentuk sebahagian besar daripada senarai 40 orang jutawan Malaysia, katanya.

Tiada ulasan: