Seniwati veteran Datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia di rumahnya di Taman Ukay Prima Saujana Melawati hari ini.
Anak keempat Allahyarham, Noorkumalasari, 57, berkata ibunya tidak bergerak ketika dikejutkan untuk bangun bersahur kira-kira 4.30 pagi ini.
"Mak tidak ada penyakit dan beliau masih cergas walaupun sudah mencecah 81 tahun. Kali terakhir saya menemuinya dua hari lepas ketika menghantar sambal ikan bilis, dan kami berborak seperti biasa," katanya kepada Bernama.
Noorkumalasari berkata jenazah Allahyarham akan dimandikan di Masjid
Al-Mardhiyah, Taman Melawati sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang dekat Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur.
Allahyarham meninggalkan lapan orang anak, empat lelaki dan empat perempuan, 22 orang cucu dan seorang cicit hasil perkahwinannya dengan pelakon Allahyarham S.Roomai Noor.
Semasa hayatnya Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahudin berlakon dalam lebih 20 buah filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.
Sementara itu seniwati Rosnani Jamil, 77, rakan seangkatannya dalam bidang seni berkata beliau terkilan kerana hajatnya untuk berbuka puasa dengan Allahyarham yang dirancang pada 3 Ogos depan tidak kesampaian.
"Kami rancang nak jumpa pada majlis buka puasa anjuran Persatuan Kebajikan Artis Veteran di bangunan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), tetapi Allah terlebih dahulu menjemputnya, saya reda," katanya.
Seniman Datuk Aziz Satar, 88, pula berkata beliau mengenali Allahyarham di Singapura pada 1956.
"Hubungan kami sebagai kawan tak pernah putus. Allahyarham seorang yang suka ketawa dan saya selalu mengusiknya bila kami berjumpa," katanya.
- Bernama

Aziz (kiri)
berkata, tuduhan tersebut fitnah dan dakwaan serius terhadap mereka,
keluarga dan suruhanjaya itu sendiri dan mereka juga mahu membersihkan
nama mereka daripada dibabitkan dengan pembekal dakwat kekal itu.
Ekoran
itu, beliau terlepas daripada dirujuk ke jawatankuasa hak dan
kebebasan, yang diusulkan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
(BN-Kepala Batas).
Mengulas
penggunaan dakwat kekal itu akan digunakan pada pilihan raya umum akan
datang, Abdul Aziz berkata pihaknya akan membuat "penilaian serius"
berdasarkan pengalaman penggunaannya ketika pilihan raya umum lalu dan
pilihan raya kecil DUN itu.

Keputusan awal menunjukkan BN mengekalkan kawasan DUN berkenaan.

Dua lagi suspek masih bebas.
Ekoran itu, majistret mengarahkan dua suspek itu menjalani pemeriksaan perubatan.
"Pejabat peguam negara jarang melaksanakan peyumberan luar (outsource).
Tetapi ini permulaan yang baik. Di negara lain, menjadi perkara normal
untuk pihak pendakwaan mengajikan peguam terbaik untuk menguruskan
perkara tertentu.

"Jika
kita dapat capai 16:16, Insya-Allah jika ia benar-benar berlaku, PAS
akan menjadi menteri besar dan menyelesaikan masalah tanah di negeri
ini," katanya dalam ceramah di Seberang Barat Luar, Kuala Besut malam
tadi.
Katanya,
ia "sumbangan besar demi negara" daripada aspek keselamatan negara
kerana mereka tidak mahu Malaysia menjadi sebuah lagi negara Amerika
Latin yang rakyatnya menggulingkan kerajaan bukan melalui proses pilihan
raya.