Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

3.4.08

"Saya tidak sekat pihak lain beri pandangan semasa jadi PM" - Mahathir

Posted on Friday, April 04 @ 11:40:00 MYT by SongkokPutih Oleh kelantankini

"TUN Dr Mahathir Mohamad yang tidak henti-henti mendesak Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan mendakawa beliau sering memberi peluang kepada pihak lain menyampaikan pandangan mereka semasa menjadi perdana menteri. Menurut mantan perdana menteri itu sekalipun banyak pandangan diberikan bertentangan dengan pendapatnya sendiri beliau tetap memberi peluang orang lain mengemukakan pendapat mereka.

"Misalnya apabila Dato' Musa Hitam (kini Tun) letak jawatan sebagai timbalan perdana menteri, saya beri peluang kepada semua untuk bercakap mengenainya dan walaupun saya tidak suka perkara itu, mereka mencadangkan supaya menghantar satu delegasi untuk berjumpa beliau di London bagi cuba mengubah pemikirannya.

"Apabila dia (Musa) mengambil keputusan untuk menjadi timbalan presiden (Umno), dia dapat jawatan itu. Saya tidak cuba menghalangnya kerana ia adalah kehendak MT dan bukan saya," dakwa Mahathir yang dipetik Bernama.

Bagaimanapun Mahathir mengakui bahawa ada 'Pak Turut' semasa beliau memegang jawatan tetapi mereka yang menentangnya secara keras-keras tidak pernah disingkirkan dari Umno atau dihalang daripada bersuara.

Mahathir berkata demikian sebagai mengulas sikapnya yang mendesak Abdullah berundur walaupun beliau sendiri yang melantik Abdullah sebagai pengganti perdana menteri.
Bekas perdana menteri itu bersikap demikian ekoran kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum lalu dan meminta Abdullah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap prestasi buruk parti pimpinannya.

Antara lain kata Mahathir Umno perlu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) demi kesejahteraan parti serta membincangkan persembahan buruk parti itu pada pilihan raya umum lalu.

Mahathir berkata EGM boleh diadakan jika majoriti anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno menyokong idea itu dan boleh menjadi medan untuk ahli-ahli menyuarakan pandangan masing-masing.

Antara lain, katanya, mesyuarat EGM itu boleh membincangkan pindaan perlembagaan parti termasuk soal penghapusan sistem kuota yang boleh memberi ahli-ahli bertanding jawatan tinggi pada mesyuarat agung tahunan (AGM) Disember ini tanpa memperoleh pencalonan minima seperti yang disyaratkan sekarang.

"Jika kita mengabaikan pandangan ahli-ahli Umno dan angkuh dengan menolak permintaan maka ia boleh mendorong kepada penolakan Umno secara menyeluruh khususnya jika pakatan pembangkang menunjukkan mereka boleh menyediakan pentadbiran lebih baik. Jika sesuatu tidak dilakukan, kebimbangan saya bahawa Umno akan hilang semua," tambahnya.

kelantankini.com"