Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

23.4.08

Anwar Vs Dr Jeffrey

Posted on Wednesday, April 23 @ 07:41:29 MYT by SongkokPutih

Oleh jayabdih

"Dr Jeffrey sudah tentu berbangga bahawa beliau telah dilantik menjadi Naib Presiden PKR sedangkan di Sabah beliau bukan Ketua Perhubungan PKR negeri Sabah. Kita juga melihat pertindihan kuasa yang amat ketara dalam PKR Sabah dimana sepatutnya Ketua Perhubungan Sabah diangkat menjadi Naib Presiden.

PKR pusat agaknya tak nampak pertindihan ini yang menyebabkan PKR Sabah bercakaran kerana tidak tahu siapa yang benar-benar jadi ketua di Sabah. Ada yang mengatakan Dr Jeffreylah yang jadi ketua dan ada yang menganggap Hj Ansarilah yang jadi ketua kerana beliau ialah Ketua Perhubungan PKR negeri Sabah.

AJK PKR Sabah kebingongan dengan misteri 'dua kepala'. Ada pula yang menyatakan bahawa Dr Jeffrey dilantik menjadi Ketua PKR bagi Sabah Sarawak.

Bila pula PKR sarawak memberi kuasa kepada Dr Jeffrey menjadi ketua sedangkan Sarawak mempunyai satu ADUN PKR?

Sepatutnya tak perlu lagi kerana PKR Sarawak telah mendahului Sabah mendapat satu kerusi DUN.

Tak masuk akal betul.

Hj Ansari dengan strateginya dan Dr Jeffrey dengan 'muslihatnya'. Keadaan ini membingongkan ahli PKR kerana mereka tak tahu mau ikut siapa!!.

Dr Jeffrey dengan 'tipu helahnya' hampir-hampir menjerat Anwar Ibrahim semasa DSAI melancarkan buku 'Justice for Sabah' di TVRC Tambuanan.

DSAI tertipu kali kedua kononnya perhimpunan di Tambuanan itu adalah perhimpunan PKR walhal perhimpunan itu hanyalah 'melariskan' jualan buku Dr Jeffrey yang dianggap haram kerana tiada nombor KDN. Isi bukunya pula mirip kepada sentimen 'anti malaysia' yang di canang oleh KDM pada tahun 76 hingga kini, hasil pengaruh dari orang putih yang menjajah negeri Sabah.

DSAI tertipu lagi kali ketiga dengan menganggap bahawa semua yang hadir dalam perhimpunan itu adalah usaha kuat Dr Jeffrey walhal Dr Jeffrey terbahak-bahak kesukaan ketika DSAI merengkok di penjara.

Sejak PKR di tubuhkan pada 1999, Dr Jeffrey hanya berdiam diri hingga tahun 2006. Apabila Dr Jeffrey melihat kuncu-kuncunya berpusu-pusu memasuki PKR beliau kehilangan kawan rapat lalu mengatur strategi 'MENGAMPU' Anwar/ Wan Azizah.

Ampu punya ampu akhirnya Anwar tertipu kali keempat dengan mempercayai mulut manis Dr Jeffrey. Kuncu-kuncu Dr Jeffrey terbahak-bahak kerana mainan 'sulit' Dr Jeffrey membuahkan hasil.

Kuncu-kuncu Dr Jeffrey sudah tentu senang hati bila DSAI akan tertipu dengan sentimen KDM tahun 1975 iaitu benci kepada orang semananjung, benci kepada islam kerana menghalau paderi-paderi (pendatang orang putih) seperti 'Portman, Henselmen dan lain-lain lagi paderi balik ke negara asal mereka iaitu BELANDA.

Sehingga hari ini nama Father Portman diabadikan di gereja Toboh Tambunan. Difahamkan sebahagian pendapatan yang diperolehi oleh TVRC disalurkan ke gereja Toboh. TVRC adalah milik Dr Jeffrey. Inilah sebenarnya sentimen yang dibawa oleh Dr Jeffrey sehingga kini.

Sentimen ini hampir ke kemuncaknya apabila DSAI diminta untuk menanda-tangani satu deklarasi Tambunan semasa perhimpunan rakyat di TVRC Tambunan pada tahun 2006. Antara isi kandungan deklarasi tambunan itu ialah '20 points' syarat pembentukan Malaysia yang menafikan bahawa islam bukan agama resmi Sabah dan Bahasa Melayu bukan bahasa resmi Sabah.

Kalau DSAI gairah menanda-tangani maka sahlah DSAI terperangkap hidup-hidup dan tertipu kali ke lima. Dan sahlah bahawa Anwar memperjuangkan gerakan 'sulit' yang memusuhi islam dan ini berlawanan dengan hasrat PAS.

Siapa Anwar dibandingkan dengan Dr Jeffrey?

1. Anwar hanya ada satu Sarjana Muda sedangkan Dr Jeffrey adalah PhD dan empat Masters (Ijazah Sarjana).

Naturally, Dr Jeffrey lebih layak menjadi Perdana Menteri dari DSAI, kata kuncu-kuncu Dr Jeffrey, memperkecil-kecilkan kewibawaan DSAI.

2. Dr Jeffrey bertanding di Parlimen Keningau untuk menyelamatkan kedudukan 'abangnya' iaitu Pairin. Sekali gus beliau kelihatan sebagai 'pelapis' kepada Pairin apabila Pairin bersara tidak lama lagi.

Pada 23.04.2008, sekali lagi Anwar dijemput ke Sabah untuk upacara menanda-tangani deklarasi Tambunan sebagai penipuan kali yang ke enam.

Apakah DSAI tertipu kali ini?."