Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

1.4.08

Aset Khir Toyo... & Pergolakan Semasa.

Posted on Wednesday, April 02 @ 08:44:46 MYT by SongkokPutih Oleh peluit"

Akta Kanun Tanah Negara @ Akta Tanah Persekutuan kenalah dipinda. Jika perlu hak milik kerajaan & rizab Melayu kenalah dipelihara agar jangan sampai jatuh ke tangan bangsa asing. Kekalkan hak milik Bumiputera.Begitu juga tanah tol, seharusnya semua kerajaan negeri memastikan tidak memberi hak milik kepada pemajak terutama bukan Bumiputera.

Peranan Agong, Sultan & Raja-Raja sebagai tunggak negara memang amat penting menjaga akta ini terpelihara. Negeri-negeri yang tiada beraja memang kritikal, terpaksa berlindung di Akta Kanun Tanah Negara @ Akta Tanah Persekutuan Mungkin mereka yang tahu taraf pegangan tanah di Pulau Mutiara boleh memberi maklumat; berapa peratus kini kekal menjadi tanah rizab atau simpanan Melayu.

Tanah tidak boleh kita nilaikan dengan wang ringgit. Ianya pemberian Ilahi. Politik sekadar sandaran mainan manusia. Yang empunya hak milik bumi ini memang asalnya bernama Tanah Melayu seharusnya dikekalkan. Alahai Melayu. Jika memang orang Melayu jati yang sayangkan bumi ini memang tidak tergamak menjualkan tanahnya kepada bangsa lain.

Peluit pernah membahaskan masalah mengumpul harta ini di kalangan bukan Melayu jati. Kaum ini memang tidak sayang bumi ini sebab mereka memang asal kejadiannya pendatang ke negara ini. Mereka lebih memandang wang ringgit demi kemewahan duniawi. Jadi tak hairan Khir Toyo boleh agih-agihkan tanah kemudian mereka jual kepada pedagang Cina.

Kaum Melayu jati juga nampaknya memang kian hilang keMelayuannya lantaran mengejar dunia. Ceritera ini memang ada kaitannya dengan sindiran kisah Pak Kaduk. Asyik berjudi kampung halaman tergadai. Kemudian bergantung dengan keajaiban si Ikan Tapah untuk kembali menjadi senang.

Tan Sri MB Selangor dan Dato Dr Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor; sebelum menjadi pejuang BA memang orang korperat. Jadi mereka memang punyai harta & kemewahan mereka sebelum menjadi ADUN. Sebanyak mana harta mereka memang kita tidak tahu, tetapi memang mereka dari kalangan orang berharta.

Mengisytiharkan harta bagi semua pemimpian Umno@BN mahupun BA apakah benar-benar telus. Semua tahu jika pun Khir Toyo kita tahu asetnya. Bukan mustahil banyak asetnya yang terselindung di penama lain. Itu yang terjadi kepada semua pemimpin sebelum ini. Kroni mereka rata-rata jutawan. PM dulu & sekarang pun sama. Baik anak, adik beradik, pun menantu semua jutawan belaka. Dari mana mereka mendapat peluang berniaga yang begitu terbuka. Tentunya lantaran mereka adalah kroni & orang rapat dengan pemimpin yang memegang kuasa.

Rakyat boleh mengkaji, memerhati & melihat sendiri siapakah kalangan pemimpin yang benar-benar membela rakyat & tidak punya agenda kepentingan diri sendiri. baik di pihak Umno@BN maupun BA. Pemimpin inilah yang harus kita kekalkan di PR13 nanti.

Kita memang degil pun tidak mahu berpandu kepada agama Islam & sunnah Rasulullah. (kecuali bab kawin) Kita tahu kisah sahabat Rasulullah yang pada asalnya kayaraya tetapi demi membangunkan ummah habis harta mereka dibelanja & sedekahkan untuk Islam. Contoh pimpinan ini memang payah kita ikut. Tahu sejarah segan nak ikut.

Bila melihat kenderaan pemimpin kita pun telah boleh kita persoalkan. Jangan bandingkan kita yang pakai kapcai; sedihlah amat. Belum lagi kediaman, cara hidup & kemewahan mereka. Pemimpin kita bercuti terbang dengan jet peribadi seantero dunia. Kita pula bercuti sekadar balik kampung jenguk Opah; naifnya kita. Jauh sekali pemimpin yang kita nobatkan jadi jutawan ini mahu menjenguk kita yang terhimpit dengan kemiskinan ini.

Rakyat jadi warga yang setia membayar cukai, pemimpin yang datang & pergi gah memperagakan kemewahan dunia.

BA yang makin berkuasa kenalah menunaikan janji untuk menjadikan negeri yang diperintahnya penuh dengan kebajikan. Umno@BN yang menjadi pembangkang di negeri yang diperintah BA kenalah bersuara lantang, berani & tidak kedekut memberi pengalaman mereka yang katanya sentiasa membangun, cemerlang, gemilang & terbilang.

Jika SPR telus memang kuasa undian rakyat boleh merubah segala.BA kena terusan mengembangkan sayap kuasanya dengan benar-benar melindungi rakyat. Jika tidak PR13 belum tentu lagi. Benarkah DS Anwar akan membuat kejutan dalam kepimpinan negara dalam masa terdekat ini. Rakyat jelata memang tidak sabar menanti perubahan yang lebih besar!. : Peluit kian hilang kampung halaman lantaran merantau & tanah pusaka terbiar."

Terbit Dalam TranungKite