Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

1.5.13

Khianat: Rumah Nasrudin dibaling darah babi

Harakahdaily, 02 Mei 2013


TEMERLOH: Kediaman calon PAS di Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan di Taman Sri Semantan di sini disimbah dengan darah dipercayai perbuatan khianat pihak tertentu.

Kejadian disedari seorang petugas yang juga pembantu calon apabila melihat kesan darah berserakan di atas lantai bahagian hadapan rumah ketika keluar rumah awal pagi ini.

Kelihatan juga satu palstik darah dipercayai dibaling dari luar pagar.
Turut ditinggalkan sekeping nota bertulis 'Terimalah darah babi ini'.

Satu sidang media akan diadakan pagi ini di kediamannya serta laporan polis akan dibuat.

Tiba-tiba Jempol boleh dimenangi PAS!

Harakah, 02 Mei 2013

(Laporan Harakah tentang Aishah di Parlimen Jempol)

JEMPOL: Kerusi Parlimen Jempol sebelum ini menjadi kubu kuat BN kerana Jempol memiliki bilangan Felda yang banyak antaranya di Dun Palong (Felda Palong) dan Dun Serting (Felda Serting, Raja Alias).

Di bawah Parlimen Jempol, hanya satu kerusi sahaja yang berjaya ditembusi Pakatan Rakyat, di mana DAP menang di Dun Bahau melalui Teo Kok Seong dan kali ini pastinya akan dapat dikekalkan walaupun ditentang oleh Dr Yew Mee Fa (MCA).

Jempol adalah sebuah kawasan Parlimen yang memiliki lebih 50 peratus pengundi Felda, dan hanya satu sahaja Dun di bawah Jempol iaitu Bahau yang meraikan kepelbagaian pengundi.

Bahau dikuasai DAP sejak beberapa pilihan raya lalu.

Namun pada kali ini, selepas penamaan calon pada 20 April lalu, Parlimen Jempol tiba-tiba sahaja menjadi tumpuan selepas menyaksikan penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin (Aishah) dicalonkan PAS untuk menentang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.

Pakatan terus kumpul angka besar di NS


 
Menjelang empat hari sebelum pengundian, Pakatan Rakyat terus mengumpulkan angka besar dalam ceramah mereka di Negeri Sembilan, dengan perkembangan terkini sekurang-kurangnya 25,000 orang hadir dalam ceramahnya di Sikamat malam tadi.

Perkembangan itu dilihat cuba memberi isyarat kepada BN agar bersedia berhadapan kemungkinan memberi laluan kepada sebuah kerajaan negeri baru di negeri itu.

NONEBertempat di Jalan Datuk Siamang Gagap, Sikamat malam tadi, pelbagai kaum hadir pada majlis ceramah raksasa menampilkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Orang ramai sabar menunggu beliau yang diperkenalkan sebagai "perdana menteri Malaysia ketujuh" dan menyambutnya dengan sorakan dan laungan sewaktu beliau tiba pada jam 11.20 malam.

"Pilihan raya hujung minggu ini saudara, minggu depan kita batal hutan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).

"(Pada) 5 Mei kita pilihan raya, 6 Mei kita bentuk kerajaan baru, dan 7 Mei kita turunkan harga minyak!" kata Anwar disambut sorakan gemuruh daripada hadirin ceramah.

Mood sama di Terminal 2 Seremban


Kehadiran Anwar dilihat menyuntik semangat tambahan kepada kempen Pakatan terutamanya jentera PKR yang bertanding di DUN Ampangan dan Sikamat yang dimenangi dengan majoriti tipis sahaja pada tahun 2008.

Ampangan dimenangi PKR dengan majoriti 165 undi sementara Sikamat pula dimenangi dengan majoriti 499 undi sahaja.

NONE"Sudah pasti kedatangan beliau (Anwar) memberikan dorongan kepada kebangkitan rakyat di Seremban.

"Pada saya lawatan beliau ini adalah untuk memastikan kita terus fokus dalam kempen pada saat-saat terakhir ini," kata pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas yang bertanding di kerusi DUN Ampangan dan mempertahankan Parlimen Teluk Kemang.

Pada pilihan raya tahun 2008, Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Negeri Sembilan.

Pakatan Rakyat memenangi 15 kerusi (DAP 10 kerusi, PKR empat kerusi dan PAS satu kerusi) sementara BN menguasai 21 kerusi.

"Mood yang sama malam ini dirasai pada ceramah Pakatan bertempat di Terminal 2 Seremban lima tahun lalu tepat dua hari sebelum hari mengundi," kata seorang pengunjung ceramah yang tidak mahu dinamakan kepada Malaysiakini.

'Wu yue wu, huan zheng fu'

Ceramah malam tadi juga membuktikan majoriti pengundi Melayu di kawasan bandar terus bersama Pakatan.

Manakala dua ceramah raksasa DAP di pasar besar Seremban dan Oakland Park sebelum ini berjaya menarik majoriti pengundi Cina.

Jalan Datuk Siamang Gagap yang kebiasaannya adalah laluan empat lorong bertukar menjadi laluan selorong yang hanya muat dilalui motosikal apabila pengunjung ceramah turut melimpahi jalan itu untuk mendengar ucapan Anwar.

Mereka turut beramai-ramai melaungkan ungkapan "wu yue wu, huan zheng fu (5 Mei, Kita tukar kerajaan)" berulang-ulang kali sewaktu menanti Anwar tiba ke tapak ceramah.

Di penghujung ceramah, Anwar membakar semangat pengunjung dengan mengetuai laungan "Reformasi", "Membujur lalu melintang patah", dan laungan "Ubah" yang disambut dengan sorakan "Ini Kalilah".

Mandarin bantu Nizar pikat undi Cina


 
Dengan kebolehannya berbahasa Mandarin, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan calon yang digemari oleh masyarakat kaum Cina dan India selain daripada masyarakat Melayu sendiri.

Berdasarkan pemerhatian juga, ketika Nizar yang sebelum ini merupakan bekas menteri besar Perak berkempen di beberapa kawasan sekitar Changkat Jering, beliau menerima sambutan memberangsangkan daripada orang ramai.

NONEMalah, sebagai bekas ahli Parlimen Bukit Gantang, ia dilihat sebagai satu kredit yang mencerahkan lagi peluang Nizar memenangi kerusi DUN Changkat Jering dalam pilihan raya kali ini.

"Saya rasa kita boleh menang. Tengok sahajalah sambutan mereka ini pada kita," kata Nizar kepada Malaysiakini.

Selain itu, menurut seorang peniaga, Eng Ken Guen, 51, beliau percaya bahawa perubahan akan berlaku di Perak. Eng yang merupakan anak kelahiran Changkat Jering juga berkata, sebagai tanda sokongan untuk melakukan perubahan, adiknya yang kini bekerja di Singapura akan balik untuk mengundi pada 5 Mei ini.

"Kita yakin boleh menang. Adik saya yang kerja di Singapura pun akan balik mengundi di Changkat Jering. Kita memang mahu ubah," katanya.

NONEBagi seorang pegawai posmen, Ridzuan Ahmad, 55, beliau juga yakin Nizar akan menang di DUN itu sekaligus kembali menjadi menteri besar Perak.

"Insya-Allah boleh menang. Saya bangga dengan dia (Nizar) yang sanggup datang dan boleh komunikasi dengan kita. Lagi pun orang ramai sekarang dah sedar," katanya.

Selain itu, beliau juga yakin bahawa isu-isu yang pernah membabitkan Nizar sebelum ini tidak akan mempengaruhi penduduk Changkat Jering dalam memberi undi kepada calon dari PAS itu.

Pada 2008, Changkat Jering dimenangi oleh calon PKR, Mohd Osman Mohd Jailu (PKR) yang kemudiannya mengambil keputusan untuk keluar daripada parti itu pada 2009.

Mohd Osman menewaskan calon BN, Datuk Mat Isa Ismail dengan majoriti 1,102 undi.

Kawasan itu juga mempunyai seramai 33,150 pengundi - 62 peratus pengundi Melayu, 26 peratus pengundi Cina dan 11 peratus pengundi India.

NONEDalam pilihan raya kali ini, Nizar akan berdepan dengan calon BN yang merupakan anak tempatan, Datuk Rosli Husin serta calon Bebas Zulkefli Ibrahim.

Sementara itu, bagi Rosli yang merupakan bekas ADUN Trong di bawah Parlimen Bukit Gantang, beliau turut yakin menang di Changkat Jering berdasarkan peningkatan sokongan pengundi Melayu dikawasan itu.

Beliau juga yakin, latarbelakangnya yang berasal daripada Changkat Jering, juga mampu membantu menewaskan Nizar yang dianggap sebagai calon luar.

"Alhamdulillah. Orang Melayu, Cina semua menyokong kita. Ini dah masuk pusingan ketiga saya berkempen, saya yakin sokongan masyarakat Melayu juga semakin meningkat sehingga 70 peratus, India 65 peratus dan Cina 30 peratus. Saya rasa tak ada masalah.

"Di ceramah-ceramah BN pun, ramai yang hadir berbanding di ceramah yang di buat Pakatan. Lagipun ini adalah tempat saya. Saya orang tempatan.

"Nizar bukan orang sini dan tak ada rumah di sini," katanya ketika dihubungi sambil menambah bahawa beliau lebih dekat dengan masyarakat Changkat Jering berbanding Nizar.

DJ bantah dalam diam iklan MCA di radio


12:02PM Mei 1 2013  
DJ radio berbahasa Cina 988 memuatkan gambar hitam putih mereka dalam laman Facebook rasmi sebagai bantahan dalam diam terhadap iklan kempen MCA yang disiarkan stesen itu.

Sebahagian daripada mereka turut memuatkan gambar itu di Facebook masing-masing dengan pesanan: "Kami gunakan kebijaksanaan sendiri. Iklan stesen ini tidak mewakili pendirian kami."

NONEMalaysiakini difahamkan bahawa DJ terlibat tidak puas hati dengan iklan yang didakwa berbentuk negatif oleh MCA yang dirasakan mereka fitnah dan menyemai rasa takut di kalangan pendengar.

Menurut sumber dalaman, kumpulan DJ sudah menyuarakan bantahan mereka sebelum iklan itu disiarkan tetapi tidak berjaya walaupun disokong beberapa pengurus kanan.

Sumber menegaskan, langkah itu tindakan peribadi DJ dan tidak melambangkan pendirian rasmi 988 - saluran milik Star Publications yang dikawal MCA.

Wakil calon kunci 9 peti undi awal disiasat


2:44PM Mei 1 2013  
Polis menyiasat perbuatan seorang wakil kepada calon parti yang mengunci sembilan peti undi di sebuah pusat pengundian awal Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yusoof berkata kejadian berlaku pada pukul 7.10 malam dan selepas siasatan awal, individu itu dibebaskan malam tadi dengan ikat jamin.

"Individu itu telah bertindak mengunci sembilan peti undi tanpa kebenaran daripada Penolong Pegawai Urusetia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertugas di pusat berkenaan," katanya pada taklimat media di Bukit Aman, hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Sementara itu, Ramli berkata dua laporan polis berhubung dakwat kekal yang hilang sejurus dicuci telah dibuat oleh Naib-naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar di Balai Polis Travers dan Tian Chua di Balai Polis Jinjang semalam.

Menurut SPR, dakwat kekal itu sepatutnya hanya boleh hilang sepenuhnya selepas 7 hari.

Ramli berkata SPR sedang menyiasat kedua-dua laporan itu.

Dalam pada itu, katanya sebanyak 1,068 aktiviti kempen PRU13 berlangsung di seluruh negara semalam iaitu 543 ceramah, perjumpaan dan mesyuarat (145), kunjungan rumah ke rumah (35), kempen (195) dan lain-lain sebanyak (150).

- Bernama

SPR: Mungkin petugas tak goncang botol dakwat


9:52AM Mei 1 2013  
Dakwaan dakwat kekal yang dicalit pada jari seorang pengundi awal mudah hilang dengan membasuh jarinya mungkin disebabkan kegagalan sebahagian petugas Suruhanjaya Pilihan Raya mematuhi cara penggunaan dakwat itu.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata ekoran dakwaan itu, SPR membuat beberapa ujian semalam dan hasilnya jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan botol yang tidak digoncang.

"Walau apa pun kesan dakwat kekal itu, SPR ingin menegaskan bahawa setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi pada 30 April 2013 tidak boleh mengundi sekali lagi pada hari pengundian biasa kerana nama mereka tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya bagi pengundi biasa yang akan mengundi pada 5 Mei 2013," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah malam tadi.

Oleh itu, SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Beliau berkata SPR telah menerima maklumat berlaku penyebaran gambar melalui laman sosial mengenai pendedahan oleh seorang pengundi awal bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jarinya mudah hilang dengan membasuh jarinya.

- Bernama

Faizal Tahir Pula Di Belasah Ulama Umno Tun Faisal

Semalam Faizal Tahir telah membelasah seorang Pencacai Barisan Nasional iaitu Norman KRU, tetapi hari ini mursidul am UNIT MEDIA BARU dari Barisan Nasional yang begitu banyak kurang bijaknya, iaitu Tun Faisal pula cuba membelasah Faizal Tahir.

Tetapi yang lebih hebat adalah, cara cara Faizal Tahir menjawab itu telah menyebabkan seluruh institusi kerajaan LANUN Barisan Nasional LUMPUH.

Kepada siapa yang faham... faham faham sajalah..

"TIADA LAGI ORANG YANG BIJAK DALAM BARISAN NASIONAL" - MAHATHIR





Penyokong Khianati BN, Lepas Makan Orang Cabut Lari

Rupa-rupanya rakyat Melaka datang ke ceramah anjuran UMNO/BN sekadar nak makan free jer... lepas makan akan terus cabut lari tinggalkan majlis.

Insiden ini berlaku menimpa juga keatas Ali Rustam apabila beliau dikatakan terlambat datang ke-satu tempat ceramah yang beliau di jadualkan memberikan ucapan di Taman Ozana Impian, Melaka malam tadi.

Ikut aturcara program beliau sepatutnya hadir jam 9.00 mlm namun setelah menunggu hampir 1 jam para hadirin yang kelaparan terus menjamu selera yang disediakan di bahagian belakang khemah.

Selesai saja makan, mereka terus angkat kaki balik kerumah.

Apabila Ali Rustam tiba lebih kurang 20 minit kemudiannya, khemah sudah hampir kosong.. Beliau hanya berikan ucapan tak sampai pun 5 minit kerana sudah hilang semangat.

Sudah pasti dirinya terasa bahawa sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Melaka selama ini kepada dirinya dan kerajaan UMNO/BN adalah palsu belaka.

Masih nak mendabik dada kata Melaka adalah kubu terkuat UMNO? -omakkau