Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

3.2.10

Anwar Jadi Penternak Kambing Hitam


Posted on Wednesday, January 27 @ 15:37:28 MYT
Topic: Kolumnis


Kamarulzaman Kamdias

Sheikh Anwar Ebraham berhujah dalam ‘The Wall Street Journal’ bertajuk “Orang Islam Tiada Monopoli dalam Penggunaan Kalimah Allah.” Isu agama dalam negara, tapi telah diberikan penjelasan kepada dunia.

Cuba tengok apa hujah dia lagi.. "Manuskrip sejarah membuktikan bahawa orang Islam, Kristian dan Yahudi yang menggunakan bahasa Arab secara kolektif telah menyembah tuhan pencipta serta pentadbir alam semesta yang dipanggil Allah lebih 1,400 tahun lalu.”

Si dangkal yang menunjuk pandai ni, tak faham. Bukankah sebelum kehadiran Nabi Muhammad saw lebih 1400 tahun lalu, semua agama samawi yang dibawa oleh nabi-nabi sebelumnya memang merupakan agama benar yang menyeru manusia menyembah tuhan esa yang sama, iaitu Allah?

Sheikh Anwar al-Dangkal tak faham ke, bahawa bagi penganut Islam, agama-agama samawi ini telah diselewengkan oleh pengikut agama selepas kewafatan nabi-nabi mereka?

Allah yang dibawa oleh nabi-nabi mereka dulu memang sama dengan Allah yang dimaksudkan oleh penganut Islam hingga hari ini.

Selepas agama samawi ini diselewengkan, maksud Allah bagi mereka sudah bukan lagi tuhan yang esa. Di sinilah titik tolak berlakunya perpisahan antara iktiqad kepercayaan orang Islam dan penganut agama samawi yang lain berlaku.

Di sinilah yang menjadi pertikaian kita kalangan penganut Islam. Mereka semberono menggunakan perkataan Allah dengan meyelewengkan maksud dan iktiqadnya.

Bukan masalah boleh guna atau tidak! Kalau mereka nak guna, kenalah pastikan mereka menyembah tuhan yang esa seperti mana yang dimaksudkan oleh agama Islam yang dibawa oleh Muhammad saw!

Wahai Syeikh Anwar Al-Dangkal…Awak dinasihatkan janganlah membuat dakwaan liar dan mengelirukan seperti di bawah ini dalam majalah yang berbeza iktikad dengan awak….

“Anwar membuat dakwaan bahawa kelemahan Malaysia dalam menangani isu membabitkan agama dan perbezaan kaum bukannya sesuatu yang luar biasa. Katanya, layanan buruk kepada kumpulan minoriti di negara Islam selalunya lebih teruk daripada perbuatan serupa yang dikecam umat Islam di negara Barat”.

Awak ni nak menyelesaikan kemelut antara agama ke.. atau nak menambah kelirukan seluruh rakyat pelbagai agama dalam negara dan dalam masa yang sama cuba pula memberi gambaran buruk kepada dunia tentang negara awak sendiri?

Awak ke yang bertanggungjawab sehingga kehidupan pelbagai kaum dan agama di negara ini selama ini begitu aman dan damai?

Hakikatnya, rekod menunjukkan bahawa sejak awak menjadi penentang kerajaan, semua isu-isu sensitif yang selama ini terkawal sudah menjadi luar kawalan! Awak yang memanipulasi setiap keadaan dengan harapan bila keadaan tidak lagi aman, maka ada ruang untuk awak salahkan pemerintah.

Kalau desperado macam mana sekali pun janganlah soal iktiqad pun awak nak politikkan. Tak takut ke akan azab Allah, tuhan penganut Islam? Allah awak tu adalah Allah tuhan orang Islam. Bukan Allah tuhan lain-lain agama.

(Tengok ni…punyalah susah bila dah boleh kongsi nama tuhan. Nak kena bagi tau Allah yang mana. Allah tuhan orang Islam ke Allah tuhan bukan Islam).

Syeikh Anwar Al-Dangkal ni ada satu sifat terpuji, iaitu kekentalan semangat perjuangannya. Walau apa keadaan pun dia akan terus berjuang. Walau hingga titisan mazi terakhir pun dia akan terus mencari jalan agar semua manusia percaya kepada dia.

Kalau dia nak kuasa, apa cara pun dia akan gunakan. Walau macam mana bersalah, mati hidup balik pun dia tidak akan mengaku salah.

Pantang ada peluang dan kesempatan pasti akan dibenafaatkannya sebaik mungkin untuk membolehkan dia menjadi juara rakyat, walaupun terpaksa bermain api dengan Allah dan iktiqad umat Islam.

Cuba baca ayat di bawah ni…Macam mana dia susun sesuatu isu dengan ayat yang akhirnya setiap kesalahan akan kelihatan dilakukan oleh orang lain.

“Anwar mendakwa ketegangan dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini dicetuskan oleh beberapa pemimpin politik yang semberono, media arus perdana dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kaitan dengan ahli dan pemimpin UMNO”.

Dia yang secara semberono memanipulasi setiap isu tapi akhirnya orang lain yang dituduh semberono dan dijadikan kambing hitam.

Ternakan kambing hitam Syeikh Anwar ada di mana-mana. Dalam PKR, dalam PAS, dalam UMNO, semua ada...

Sekarang ternakan kambing hitam dalam PKR sedang disembelih...Kambing hitam tu diberi nama Zulkifli Nordin.

http://www.pemudaumno.org.my

Zulklifi: Saya akan letak jawatan hari ini


Rahmah Ghazali
Feb 3, 10
10:38am

Walaupun biro politik PKR belum memutuskan tindakan yang sewajarnya yang sepatutnya dikenakan ke atas Zulkifli Noordin berhubung beberapa kenyataan kontroversi berhubung isu kalimah Allah, namun ahli parlimen yang lantang itu menyatakan kesediaannya meletakkan jawatan pada bila-bila masa.

Sambil mendedahkan beliau tidak mempunyai kedudukan di PKR, kecuali memegang kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulklifi berkata kerjaya politik bermula apabila ditawarkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum lalu.

Zulklifi mengakui ketika itu, dia masih merupakan ahli PAS dan diberi notis singkat bagi menggantikan pemimpin PKR Sheih Azmi yang menghidap kencing manis. Malah dia langsung tidak menaruh harapan akan memenangi kerusi di kubu kuat Barisan Nasional itu.

Zulklifi menjadi terkenal apabila dia mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat bekas timbalan perdana menteri itu pada tahun 1998.

Dia dikatakan mengambil pendekatan konservatif khususnya dalam menangani isu-isu agama dan pendiriannya itu lazimnya pula bercanggah dengan dasar pelbagai kaum PKR.

Bagi Zulklifi, politik bukan keutamaannya dan dia sanggup meninggalkan PKR jika dilihat sebagai membawa masalah kepada gabungan pembangkang itu.

“Umum tahu, saya amat sayang dan hormati Anwar dan ini tidak pernah luntur..tetapi cinta saya kepada agama saya jauh melebihi segalanya dan ini saya tidak akan bertolak ansur.

“Jika ia mencapai peringkat saya menimbulkan masalah dalam membantutkan usaha Anwar dalam perjalanannya ke Putrajaya, saya akan menarik diri. Saya sanggup meninggalkan parti walaupun pada hari ini,” katanya.

Zulklifi diarahakan tutup mulut sebelum kesnya dirujuk kepada jawatankuasa disiplin PKR baru-baru ini kerana membuat laporan polis ke atas Khalid Samad berhubung cadangan ahli parlimen PAS itu untuk meminda enakmen agama Selangor yang didakwanya ketinggalan zaman.

MalaysiaKini

Kenyataan rasis: Pegawai khas PM letak jawatan


Feb 2, 10 8:20pm

Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan meletakkan jawatan berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman di Melaka pagi ini, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Menurutnya lagi, kenyataan Nasir itu juga tidak mencerminkan pandangan perdana menteri.

Nasir, tambahnya, memohon maaf terhadap sebarang kenyataannya yang menyinggung mana-mana pihak.

Berikutan itu, Nasir akan meletak jawatan.

Nasir dikatakan telah membuat kenyataan berbaur perkauman ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka hari ini, menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Menurut sumber, Nasir telah menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Februari.

Sementara itu, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.

Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.

MalaysiaKini

Saiful saksi pertama bicara kes liwat Anwar


Feb 3, 10 3:04pm

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya, akan menjadi saksi pertama memberi keterangan apabila perbicaraan kes itu bermula petang ini.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaaan mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihak pendakwa menyenaraikan lebih 20 saksi untuk memberi keterangan dalam kes itu yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Perbicaraan bermula 18 bulan selepas Anwar didakwa di mahkamah pada Ogos 2008.

- Bernama

Saiful beritahu tentang ajakan seks Anwar


Hafiz Yatim
Feb 3, 10
10:55am

Mohd Saiful Bukhary Azlan memulakan keterangannya dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, dengan menceritakan tentang dakwaan ajakan seks oleh ketua pembangkang itu.

Mohd Saiful adalah pengadu dalam kes tersebut dan merupakan saksi pertama pihak pendakwaraya.
Anwar dituduh melakukan kesalahan tersebut di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Dalam kenyataan pembukaannya, Peguamcara Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin berkata pihak pendakwaraya akan membuktikan bahawa kesan air mani Anwar ditemui dalam dubur Mohd Saiful.

Katanya, kesan air mani itu diperolehi oleh doktor dari sampel tisu.

Mohd Yusof berkata, pihak pendakwa akan membuktikan kesnya melalui keterangan oleh Mohd Saiful dan laporan ahli kimia, pakar forensik dan doktor.

Menurut Mohamed Yusof berkata, pihak pendakwaraya akan memanggilkan lebih 20 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut, yang didengar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Berikut adalah kemaskini laporan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.-

5.30pm Anwar meninggalkan mahkamah di tengah-tengah laungan "reformasi", "hidup rakyat", "bebas Anwar".

4.50pm: Karpal memohon supaya baki keterangan Mohd Saiful dibuat secara tertutup. Hakim Mohamad Zabidin bersetuju dan menangguhkan prosiding sehingga jam 9.30 pagi esok.

4.45pm: Mohd Saiful mendakwa dia menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar dan Anwar berkata: "Can I f*** you?"

4.40pm: Walaupun hujan lebat, para penyokong Anwar berhimpun dekat pintu masuk komplek mahkamah. Dua penyokongnya kelihatan memakai topeng Najib dan Rosmah. Polis mengeluarkan amaran tangkap.

4.30pm: Mohd Saiful berkata dia diarahkan pergi ke kondominium Desa Damansara pada jam 2.30 petang, untuk membincangkan dengan Anwar mengenai urusan tugasnya.

4.15pm: Peguam Karpal Singh membuat bantahan kerana laporan polis menyebut kejadian liwat itu didakwa berlaku pada kira-kira jam 6 petang, yang berbeza dengan waktu yang tercatat pada kertas tuduhan.

DPP Mohd Yusof menjawab banyak insiden yang berlaku. Katanya, laporan polis itu merupakan bukti utama, yang membawa polis melakukan penyiasatan.

4.05pm: Mohd Saiful berkata Anwar mengambilnya bekerja antara bulan Mac dan Jun tahun berkenaan.

Walaupun surat peletakan jawatannya menyebut dia berbuat demikian kerana malas dan tidak berdisiplin, Mohd Saiful berkata motif sebenarnya ialah kerana tidak tidak tahan lagi diliwat seperti dalam tuduhan tersebut.

Laporan polis Mohd Saiful yang dibuat di hospital besar Kuala Lumpur bertarikh 28 Jun 2008, diserahkan sebagai bahan bukti.

4.00pm: Mohd Saiful berkata, dia bekerja untuk Anwar sebagai seorang sukarelawan seminggu sebelum pilihan raya umum Mac 2008, dengan gaji RM1,000.

Selepas pilihan raya tersebut, dia menjadi pengawai khas, dengan tugas mengatur perjumpaan dengan ahli-ahli parlimen BN yang berkemungkinan melompat parti.

3.55pm: Mohd Saiful menceritakan mengenai latar belakang pendidikannya kepada DPP kanan DPP Mohd Yusof.

Katanya, dia tercicir dari Universiti Tenaga kerana keputusannya yang teruk.

Dia kemudiannya menunjuk ke Anwar ketika diminta mengecamnya. Anwar tidak memandang ke arahnya.

Sebelum itu, ketika Mohd Saiful melangkah ke kandang saksi, kedengaran seseorang melaung "taubatlah", menyebabkan mukanya berubah.

Pagi semalam, pasukan pembelaan Anwar mengemukakan permohonan agar keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat pada 29 Januari lalu itu, disemak semula.

Kedua-dua pihak berhujah lebih 40 minit sebelum Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan tiada sebab-sebab khas bagi menangguhkan perbicaraan dan mengarahkan ia disambung.

2.2.10

Positivisme Ku Li dalam tuntutan royalti


Posted on Tuesday, February 02 @ 04:55:36 PST by tokdalang

Oleh Wan Nik Wan Yussof

Ku Li seorang positivisme
Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) telah merealisasikan prinsip peribadinya dengan jaya sekali apabila tampil berceramah di Stadium Sultan Muhammad IV atas isu royalti minyak Kelantan. Penampilan itu sebenarnya atas undangan penganjur sebuah badan gabungan 50 NGO bernama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) pada 28 Januari lalu.



Penganjur (GEGAR) merupakan gandingan Gabungan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dengan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT). Maka, majlis ceramah perdana itu bukan anjuran Kerajaan Negeri atau parti PAS. Penampilan Ku Li pada malam itu sebenarnya adalah atas prinsip beliau seorang tokoh positivisme yang telah membukti orientasi struktural fungsionalisme kepada rakyat dan ibu pertiwinya Kelantan.

Struktural fungsionalisme ialah satu perspektif dalam sains sosial yang merujuk kepada struktur sosial yang saling berfungsi di antara unsur-unsur yang diterima masyarakat seperti norma, adat, tradisi dan institusi. Bagaimana struktur sosial itu berfungsi dengan baik adalah satu gambaran perpaduan organik (organic solidarity) yang bersifat positivisme.

Justeru itu, peranan Ku Li pada majlis ceramah perdana itu adalah suatu gambaran yang memperlihatkan kewujudan masyarakat Kelantan yang tetap utuh berpegang kepada teras pembinaan masyarakat yang rasional dan bersifat organisma. Di sana akan berlakunya kerjasama erat secara sedar atau tidak sedar bekerjasama ke arah mencapai keseimbangan sosial (social equilibrium) yang menyeluruh.

Kesanya, kesemua fenomena sosial dan kebudayaan akan dilihat saling berfungsi membentuk suatu persefahaman dan bekerjasama. Maka logiknya Ku Li memainkan peranan positif mencetuskan kelangsungan fenomena tuntutan royalti minyak dan sekali gus menolak penyaluran wang ihsan.

Fenomena itu dapat dikatakan sebagai suatu realiti perpaduan sosial (social solidarity) mencapai integrasi yang dapat dilihat secara bermasyarakat, berkumpulan dan berjiran. Ia sebenarnya mengukuhkan lagi hubungan sosial yang kental antara individu-individu dalam masyarakat.

Kekentalan hubungan sosial itu telah mencorakkan nilai keunikan masyarakat yang menyamai semangat `asobiyah’ yang dinyatakan oleh Ibn Khaldun sebagai perpaduan sosial yang menitik beratkan penyatuan (unity), kesedaran berkumpulan, ikatan sosial yang bersifat kesukuan (tribalism) dan kepuakan (clanism).

Penglibatan untuk rakyat

Justeru itu, penglibatan Ku Li selaku ahli parlimen Gua Musang juga ketua bahagian Umno Gua Musang serta mantan Menteri Kewangan adalah berfungsi secara struktural dalam konteks penghayatan semangat penyatuan rakyat Kelantan di dalam menuntut hak royalti minyak.

Semangat itulah yang mencorakkan nilai positivisme dan rasionalisme Ku Li mendirikan prinsip kebebasan bersuara di hadapan puluhan ribu rakyat Kelantan yang hadir memenuhi padang Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Maka, Ku Li telah menggunakan ruang kebebasan itu dalam mencetuskan kesedaran rakyat bahawa isu royalti minyak itu sebenarnya adalah menyentuh hak dan keadilan untuk rakyat, pengukuhan semangat federalisme Pusat-Negeri, merealisasikan kebenaran dan menolak penyelewengan fakta pihak pemimpin oportunis.

Walaupun demikian, nilai positivisme Ku Li itu tetap tidak disenangi oleh pemimpin Umno. Rata-rata pemimpin begitu ‘tergeliat panas’ sehingga dilihat menggelabah sehingga membuat serangan balas bagi menidakkan kebenaran fakta dikemukakan Ku Li berhubung hak negeri Kelantan dalam menuntut royalti minyak dari Petronas.

Serangan terhadap Ku Li

Sehingga turut mendorong media pengampu Umno bertindak memutar belit kenyataan Ku Li, lalu menggambarkan Ku Li sebagai seorang yang tidak berprinsip (berdolak-dalik) dan tak ketahuan (membuang masa).

Antara media itu ialah Berita Minggu (31 Januari 2010) dilihat mendahului Utusan Melayu bertindak menyerang Ku Li secara semberono tatkala memaparkan di muka depan dengan tajuk ‘dolak-dalik Ku Li. Kemudian akhbar yang sama keesokan harinya (1 Februari) menuding lagi ke arah Ku Li dengan tajuk ‘Ku Li buang masa,’ juga di muka depan.

Agenda yang kira-kira sama motifnya, turut juga dimainkan oleh TV apabila menyerang pandangan Ku Li dengan nada keras; menuduh Ku Li sebagai seorang yang tidak konsisten dan berdolak-dalik. Di samping mempamerkan keratan akhbar komentar Ku Li mengenai royalti minyak di Terengganu kira-kira 10 tahun lalu yang tidak berani menyiarkan secara telus kenyataan Ku Li.

Paling teruk ialah pendekatan pemberitaan Berita Harian (1 Februari), apabila memetik berita berasaskan ‘sumber perundangan’ yang jauh tersasar dari konteks kenyataan sebenar Ku Li ketika berceramah mahupun semasa sidang media pada malam 28 Januari di Stadium Sultan Muhammad IV. Akhbar berkenaan telah melaporkan secara tersasar yang kononnya Ku Li menyarankan supaya isu royalti minyak Kelantan dirujuk ke mahkamah. Sebenarnya, Ku Li tidak langsung mengungkapkan kenyataan sedemikian!!

Ku Li menegakkan kebenaran

Kenyataan sebenar Ku Li adalah di luar konteks yang diberitakan oleh Berita Harian itu. Ku Li secara rasional telah menolak bulat-bulat hasrat untuk membawa kes tuntutan royalti minyak itu ke mahkamah!! Menurutnya, “jika semua perkara nak diselesaikan di mahkamah apa maknanya diadakan perjanjian dan akta. Kita kena patuh kepada perjanjian.”

Selanjutnya, Ku Li memperjelaskan prinsip peribadinya yang bersedia tampil di khalayak rakyat Kelantan, “apa yang saya suka asalkan tidak melanggar perlembagaan dan undang-undang yang terpakai di negara ini serta disiplin parti.”

“Saya bukan pak turut, malah pada zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya tidak pernah menjadi pak turut.

Selanjutnya, Ku Li menegaskan kehadirannya pada malam tersebut adalah berdasarkan prinsipnya yang mahu menegakkan keadilan dan memperjuangkan nasib rakyat Kelantan yang ditindas selama ini.

“Sebelum saya hendak datang sini ada orang hendak halang saya kerana melanggar disiplin parti tetapi apa saya peduli, saya hanya mahu menyatakan kebenaran selepas melihat rakyat Kelantan ditindas. Sepatutnya apa yang saya nyatakan pada malam ini telah dinyatakan 36 tahun yang lalu.

“Sebagai orang yang terlibat dalam penubuhan Petronas dan berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum, saya tahu kerajaan negeri sememangnya berhak untuk menerima royalti sebanyak lima peratus walaupun pada kawasan bertindih dengan Thailand.”

Sebenarnya, pola prinsip Ku Li itu adalah semacam dengan pola prinsip Tuan Guru Menteri Besar Kelantan yang menegaskan (di dalam blognya http://www.blogtokguru.com), “betapa pihak Kerajaan Pusat banyak membuat dalih.

Mereka tidak mahu berlaku adil untuk Kelantan. Mereka telah mereka-reka pelbagai tafsiran di sebalik perjanjian yang dibuat. Malah telah memalingkan hakikat keadilan kepada keputusan yang zalim. Mereka menolak membayar royalti, dan menukar royalti kepada wang ihsan!!

Sikap songsang pemimpin Umno

Apa yang berlaku kemudiannya, Ku Li bukan sahaja menerima penangan mainan pembohongan media, malah berlaku juga ulasan songsang beberapa kerat pemimpin Umno yang iri hati dengan prinsip positivisme Ku Li.

Antaranya, Berita Harian (30 Januari) menyiarkan kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, sebagai berkata, "Kita sedang meneliti, belum dapat apa yang diperkatakan oleh Kuli (Tengku Razaleigh)... bagi tempoh untuk dapatkan laporan ucapannya dan sebagainya," Kenyataan ini suatu gambaran kemungkinan Ku Li bakal berdepan dengan tindakan disiplin parti.

Turut memberi komen terhadap tindakan Ku Li ialah Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mahukan mahu Tengku Razaleigh melepaskan jawatan yang disandangnya kini dan menyertai Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan (Pusat). Anuar turut mengungkit, “sebagai Ahli Parlimen BN yang mempunyai banyak pengalaman beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan sedemikian.”

Apa pun, Malaysiakini (1 Februari) telah melaporkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan sebagai berkata, “walaupun kerajaan Kelantan telah menolak tawaran menyertai jawatankuasa pengurusan wang ihsan namun peluang itu masih lagi terbuka buat kerajaan negeri untuk menyertainya demi masa depan rakyat secara keseluruhan.

“Kerajaan negeri perlu memikirkan secara serius penolakan itu kerana yang menjadi mangsa adalah rakyat Kelantan yang sememangnya mahukan pembelaan dan pembangunan.

Rumusan

Persoalannya, kenapa rakyat yang menjadi cagaran hujah pemimpin Umno? Sedangkan prinsip kebenaran tidak cuba ditegakkan melalui Seksyen 4, Perjanjian Petroleum yang dimateraikan 1975 antara Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan; pembayaran wajib wang tunai (cash payment) sebagaimana ditegaskan oleh menteri besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz; Petronas wajib membayar kepada Negeri Kelantan. Prinsip keadilan dan kebenarnan ini telah tidak cuba dipatuhi oleh pemimpin Kerajaan Pusat.

Justeru itu, rasional bagi Ku Li yang membayangkan betapa imej negara di mata dunia begitu teruk apabila perjanjian yang kita sendiri materai, kita tidak cuba ikut.

Persoalan di sebalik kesedaran yang dibina oleh Ku Li itu, adakah pihak pelabur asing akan percaya kepada kita? Sudah pasti tidak. Maknanya, isu royalti sedikit sebanyak mendedahkan nilai integriti kerajaan BN yang sudah jatuh pada nilai kepercayaan dunia.

Demi maruah dan integriti negara, logiknya Perdana Menteri dapat mengkaji semula keputusan pemberian wang ihsan itu kepada melunaskan pembayaran wang tunai (royalti) kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Itulah kehendak sebenar rakyat Kelantan yang telah memberi mandat kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz mentadbir negeri sejak 20 tahun lalu.

Wan Nik Wan Yussof
Setiausaha Politik,
Menteri Besar Kelantan.

Karpal: Tiada bukti kemasukan di dubur Saiful



Feb 2, 10 9:09am

Perbicaraan hari ini mendengar hujah kedua-dua pihak dengan pihak pembela menggesa Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin menangguhkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan itu bagi membolehkan mereka untuk mendapatkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan. Antara bukti tambahan yang dipohon oleh Anwar ialah rakaman video, nota ahli kimia dan laporan perubatan Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi.

Mahkamah juga hari ini mendengar hujah pendakwa bahawa kononnya dubur Saiful dimasukkan dengan plastik adalah tidak benar.

Berikut rentetan peribicaraan hari ini.

3:35 petang: Mahkamah ditangguhkan. Perbicaraan bersambung semula esok pada jam 2.30 petang.

3:30 petang: Hakim Mohd Zabidin memutuskan menolak permohonan penangguhan dan berkata perbicaraan akan diteruskan.

Karpal memohon keputusan ditangguhkan sehingga pertemuan dengan presiden mahkamah rayuan.

Bagaiamanapun hakim menolak permintaan itu dan berkata dia tidak boleh menangguhkan lagi kes ini.

3.20 petang: Hujah berakhir. Mahkamah berhenti seketika sebelum hakim Mohd Zabidin membuat keputusan berhubung penangguhan.

3:15 petang: Mohd Yusof berhujah tiada peruntukkan khas bagi membenarkan permohonan penangguhan berkenaan.

Katanya, laporan perubatan yang dimilikinya tidak menyebut bahawa plastik dimasukkan ke dalam dubur Saiful.

3:10 petang: Pendakwa raya utama, Mohd Yusof memulakan hujahnya.

2.50 petang: Karpal menyerahkan dua laporan perubatan yang menunjukkan tiada bukti kesan kemasukan di dubur Saiful.

"Tembusan adalah elemen penting. Tidak mungkin disabitkan kesalahan. Tiada hakim yang akan mengabaikan bukti itu," katanya.

"Malah jika ada memanggil 1,000 saksi, apa yang asas ialah laporan perubatan menunjukkan tiada

kesan kemasukan."

2.45 petang: Peguam bela Karpal Singh memberitahu mahkamah pihaknya gagal menemui Tun Zaki tetapi sebaliknya diarah berjumpa dengan presiden mahkamah rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.

Memandangkan Alauddin mempunyai jadual rawatan gigi hari ini, pertemuan diaturkan esok.

2:35 petang: Perbicaraan bersambung semula.

10:44 pagi: Penyokong mula bersurai tetapi masih ada yang menunggu sambil menyanyikan lagu Suara Rakyat di pintu masuk bangunan mahkamah. Polis masih mengawal dan tiada kekerasan dilaporan sepanjang pagi tadi.

10:34 pagi: Anwar meninggalkan mahkamah dengan laungan "Hidup Anwar" oleh kira-kira 50 penyokongnya. Wartawan ditegur polis kerana 'merosakan' garisan kuningnya manakala 40 wakil rakyat pembangkang yang berada di situ 'ditegur' kerana didakwa membuat bising.

10:25 pagi: Anwar berucap pada penyokongnya dengan berkata peguamnya akan memanggil Najib dan Rosmah sebagai saksi kerana dia mempunyai bukti bahawa Saiful berjumpa kedua-dua mereka, dua hari sebelum laporan polis dibuat. "Kami mahu tahu pembabitan mereka dalam perkara ini. Mereka tidak menafikan pertemuan itu dan kami mahu tahu lanjut," katanya.

10:11 pagi: Tian Chua dan pemimpin PKR yang lain meluru ke lobi mahkamah. Sambil berdiri di tangga, mereka membidas kerajaan dan menyeru penyokong mempertahankan Anwar. Mereka juga mengibarkan kain rentang berbunyi 'Himpunan bantah fitnah ke-2'. Pergelutan kecil berlaku apabila polis cuba merampas kain rentang berkenaan. Namun mereka dihalang oleh penyokong PKR. Polis membiarkannya dan hanya memanatu keadaan. Ucapan Tian Chua diteruskan.

9:50 pagi: Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menangguhkan prosiding sehingga jam 2.30 petang, di mana peguam Anwar dijangka berhujah bagi menangguhkan prosiding.

9:45 pagi: Peguam Anwar - Karpal Singh - memohon untuk menangguhkan prosiding pagi ini ekoran temujanji dengan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi berhubung semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen berhubung kes liwatnya.

9:26 pagi: Buat pertama kalinya, Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghadiri perbicaraan kes liwat Anwar, tiba.

9:18 pagi: Pasukan pendakwaraya dan peguam masuk ke dewan mahkamah.

9:17 pagi: Anwar sempat berjenaka dengan Ragunath apabila gagal membuka pintu kamar perbicaraan. Beliau berseloroh: "Kamu lebih berpengalaman, selepas 11 tahun, saya masih tidak dapat membukanya".

9:00 pagi: Pemimpin-pemimpin Pakatan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, timbalannya Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail semuanya sudah tiba di mahkamah.

8:51 pagi: Ketibaan Anwar, anggota keluarganya dan Lim disambut dengan laungan "reformasi" dan hidup Anwar".

8:46 pagi: Pihak pendakwaan Nordin Hassan dan Mohd Yusof Zainal Abiden tiba di mahkamah.

8.42 pagi: Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan tiba sebagai pemerhati untuk kes berprofil tinggi itu.

8:35 pagi: Ketibaan pemimpimpin-pemimpin Pakatan, Dr Syed Husin Ali dan dua exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar.

8:33 pagi: Anwar, Wan Azizah dan dua anaknya keluar daripada rumah mereka di Segambut.

8:25 pagi: 50 penyokong berkumpulan di sekitar bangunan mahkamah

8:15 pagi: Beberapa wakil rakyat PKR berkumpul di rumah Anwar.

8:00 pagi: Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim tiba.

7:57 pagi: Pihak diplomat daripada Britain, Jepun, Switzerland, Kanada tiba, lebih ramai dijangka hadir.

7:55 pagi: Kira-kira 30 penyokong PKR dan 10 wartawan masih beratur bagi mendapatkan pas masuk.

7:43 pagi: Polis hanya membenar 30 wartawan mengikuti perbicaraan, setiap organisasi hanya dibenarkan menghantar seorang wartawan

7:00 pagi: Anggota keselamatan telah berkumpul di sekitar kompleks mahkamah tersebut. Kawalan keselamatan ketat.

Wartawan telah sedia menunggu sejak daripada jam 6.25 pagi lagi.


Kes Liwat: Sila Baca, Cetak dan Sebarkan

Posted on Tuesday, February 02 @ 23:42:13 PST

Dilulus untuk paparan oleh : http://www.tranungkite.net

Hanya sebelas tahun semenjak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, beliau menerima tamparan dengan dakwaan liwat dan seolah-olahnya tuduhan rasuah (penyelewengan kuasa). Beliau berdepan dengan dua perbicaraan yang dikutuk seluruh dunia sebagai perbicaraan tidak adil dan bermotivasikan kepentingan politik pihak tertentu. Hasilnya beliau menghabiskan enam tahun dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh, dikurung bersendirian selama pemenjaraan hanya dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga dan para peguam sahaja.

Akhirnya bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mendapat hukuman setimpal dengan berat hati dipaksa bersara pada bulan Oktober 2003. Kemudiannya Anwar dibebas dan dilepaskan pada 2 haribulan September 2004 pada tahap terakhir rayuannya di mahkamah mengubah penghakiman kes liwatnya.

Sekarang mimpi ngeri itu bermula lagi. Pada 16 Julai 2008, Anwar ditangkap atas tuduhan kes liwat yang baru, selepas suatu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari, pembantu berpangkat rendah dalam pejabatnya pada 28 Jun 2008. Anwar berkata tuduhan ini, sekali lagi bermotifkan politik, sebagai cubaan terbaru untuk menghalang kerjaya politiknya yang kembali bangkit mendadak kegemilangannya. Ramai orang di dalam dan di luar negara bersetuju dengan penilaian ini.

Kes terbaru ini hanyalah ulang tayang skrip lama dengan para pelakon yang baru - skrip sekarang ini juga menampilkan episod-episod campurtangan politik, kecurangan dan penyelewengan para pegawai di pejabat Peguam Negara dan pihak polis, penipuan bukti-bukti yang muncul daripada suatu konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya cemerlang politik Anwar.

Kes hairan yang benar-benar pelik

Terdapat banyak fakta terhadap dakwaan yang dibuat Saiful dan tindak tanduknya yang sudah pun berada dalam pengetahuan orang ramai. Fakta-fakta ini bercakap dengan sendirinya. Secepatnya ia menunjukkan betapa tidak kukuhnya kes yang direka-reka ini, selain bertujuan menjatuhkan Anwar.

Saiful mendakwa dalam laporan polisnya bertarikh 28 Jun 2008 di Hospital Kuala Lumpur ("HKL") yang dia diliwat Anwar pada tengahari Khamis 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara. Saiful bercerita kepada pihak polis dalam kenyataannya yang mendakwa dia telah diserang paksa sebanyak 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya oleh Anwar sepanjang dua bulan yang berlalu itu. Dalam laporan polisnya dua hari kemudian pada 28 Jun 2008, dia mendakwa kejadian liwat ini memang berlaku tanpa kerelaan hatinya. Cerita Saiful ini menimbulkan kecurigaan kenapa dia sebagai kononnya "si mangsa"yang dipaksa liwat 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya, selama dua bulan tetapi tidak membuat sebarang aduan kepada pihak berkuasa. Sepanjang waktu itu dia berhubungan secara biasa dengan Anwar dan kesemua kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.

Turut didedahkan pada Rabu 25hb Jun 2008, sehari sebelum serangan seksual terakhir pada hari Khamis keesokan harinya, Saiful telah bertemu dengan pegawai polis berpangkat tinggi Penolong Kanan Komisioner SAC Rodwan Mohd Yusof (waktu iti Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis DiRaja Malaysia, sekarang Ketua Polis Melaka) di Hotel Concorde, Kuala Lumpur di bilik bernombor 619. Apabila ditanya wartawan tentang pertemuan ini, Rodwan tidak memberikan sebarang komen. Rodwan telah memainkan peranan penting bersama pasukan polis dalam kes Anwar tahun 1998/99 dahulu. Rodwan terkenal dengan peranannya mengambil sampel darah Anwar untuk ujian DNA tanpa mengikut lunas undang-undang. Dia juga terkenal dengan tuduhan meletakkan kesan DNA yang direka-reka pada tilam yang diusung ke mahkamah. Sewaktu perbicaraan pertamanya pada tahun 1998, bukti DNA tidak dapat dipakai hinggakan hakim Augustine Paul yang jelas berat sebelah terpaksa membuang bukti tersebut daripada membantu kes pendakwaan.

Umum juga telah didedahkan "si mangsa" ini telah juga bertemu dengan Perdana Menteri sekarang (waktu itu masih Timbalan Perdana Menteri) beberapa hari sebelum kejadian yang didakwa itu berlaku. Apa yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini Najib pada awalnya menafikan pertemuan dengan Saiful kepada pihak media, tetapi kemudiannya mengakui, menjelaskan pertemuan itu berlangsung kerana Saiful (gagal dari universiti, tidak habis belajar) meminta bantuan Najib untuk mendapatkan biasiswa. Selepas itu barulah Najib memberi tahu pihak media bahawa Saiful diliwat Anwar dan dalam pertemuan tersebut Saiful kelihatan cukup traumatik.

Tindak tanduk Saiful selepas kononnya dipaksa liwat pada hari Khamis turut menimbulkan tanda tanya. Pagi besoknya, Saiful ke pejabat Anwar seperti biasa. Dia tidak mengadu kepada sesiapapun dan muncul dalam keadaan yang normal. Pada sebelah petangnya dia menghadiri acara anjuran Anwar Ibrahim Club di rumah Anwar, yang mana Anwar sendiri turut hadir. Di sana dia membantu menghidangkan kopi kepada sedozen orang yang hadir, tanpa memperlihatkan tanda-tanda takut atau cemas, dia mampu berdiri dan duduk tanpa menunjukkan tanda-tanda ketidak selesaan.

Pada hari Sabtu berikutnya, pada sebelah tengahari, kira-kira jam 2 petang, Saiful memutuskan untuk pergi ke hospital swasta Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) di Jalan Tun Razak. Di situ, dia mengadu kepada Dr. Osman yang dia merasa sakit di dalam lubang duburnya selama beberapa hari dan kelihatannya dia merasa seperti ada bahan "plastik" yang dimasukkan. Pemeriksaan protoskopi (menggunakan alat protoskop yang bertujuan memeriksa hujung lubang dubur) oleh Dr. Osman menunjukkan tidak ada tanda-tanda penembusan atau kemasukan dan keadaan normal dubur dan rektum hujung usus.

Selesai pemeriksaan, dia memberitahu Dr. Osman yang dia diliwat oleh VIP (orang kenamaan) dan Saiful telah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital kerajaan. Meskipun HKL hanyalah terletak di seberang jalan, Saiful mengambil masa selama dua setengah jam untuk sampai ke sana. Di HKL, dia melaporkan yang dia diliwat, dia kemudiannya diperiksa oleh oleh tiga orang doktor pakar, yang mana bukanlah suatu prosedur yang biasa. Ketiga-tiga doktor tersebut dalam laporan rasmi mereka menyebut, "tidak ada rumusan hasil pemeriksaan klinikal yang dengan pasti dapat mencadangkan penembusan ke dalam lubang dubur ..." sekali lagi ia menguatkan kesimpulan yang dibuat Dr. Osman.

Sesiapa pun yang menjadi penyiasat dengan sifat waras akan memahami bahawa pertuduhan liwat tidak akan ke mana-mana dalam keadaan bukti perubatan sejelas itu. Tiada seorangpun penyiasat yang waras akan meneruskan kes pendakwaan. Di sini kita melihat perkara yang sebaliknya berlaku. Pasukan penyiasat bersungguh-sungguh, biarpun bukti perubatan menunjukkan tidak ada penembusan terhadap lubang dubur. Sifat hasad berniat jahat dalam penyiasatan mengukuhkan lagi kewujudan motif politik di sebalik tindakan mereka.

Penyiasatan kes ini diteruskan biarpun hasil laporan pemeriksaan perubatan telah diserahkan dengan serta-merta kepada para penyiasat polis. Spesimen yang diambil dengan pengelap daripada Saiful menimbulkan syak wasangka kerana ia mengambil masa dua hari untuk sampai ke makmal untuk dianalisa. Sekarang kita tahu bahawa pihak pendakwaan akan bergantung kepada bukti DNA dalam cubaan untuk membuktikan Anwar terlibat dalam tindakan meliwat Saiful tanpa kerelaannya.

Bagaimana seorang tua dengan sakit belakang dapat memaksa seorang jejaka yang tinggi dan tegap berusia 24 tahun, boleh menjadi soalan yang menarik untuk dijawab para pemerhati politik sepanjang perbicaraan ini.

Soalan lain yang menarik ialah dalam keadaan bukti kukuh perubatan yang menyatakan pemeriksaan klinikal tidak menemui malah untuk mencadangkan penembusan, kurangnya wibawa laporan DNA yang cuba menunjukkan DNA Anwar ditemui di dalam lubang dubur Saiful. Perlu diingatkan bahwa bukti DNA sangat mudah untuk direka atau ditambah-tambah, khususnya jika kerja-kerja mereka-reka tambah bukti ini dilakukan oleh para penyiasat yang sama dalam perbicaraan 1998 dahulu.

Contoh-contoh bukti yang direka-reka bagi mengenakan Anwar

Ini bukan kali pertama, kes yang melibatkan Anwar untuk fenomena bukti yang direka-reka muncul. Kes 1998 dan 1999 penuh dengan kejadian pengakuan yang dirancang, bukti DNA yang direka-reka dan penyembunyian bukti pada pihak polis dan para pendakwa kanan yang terlibat.

Beberapa contoh dapat diberikan. Gani Patail merupakan salah seorang Pendakwaraya Kanan dalam kes Anwar pada tahun 1998 telah didedahkan pada tahun ini sebagai mereka-reka bukti perubatan dalam bentuk laporan perubatan. Ianya berhubung penyiasatan serangan terhadap Anwar pada malam 20 September 1998 bilamana Anwar telah diserang secara ganas oleh Rahim Noor. Setelah dunia melihat mata lebam Anwar, wujud desakan dan barulah diikuti dengan penyiasatan polis. Pegawai Penyiasat dalam kes tersebut, Dato Mat Zain telah mengesahkan hal ini dalam suratnya kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bertarikh 15 April. Menurut surat itu, Gani Patail dengan bersungguh-sungguh mereka-reka bukti laporan perubatan dengan dibantu Musa Hassan (sekarang Ketua Polis Negara) dalam cubaan untuk cuba mencadangkan kecederaan Anwar dilakukan oleh dirinya sendiri. Dr. Mahathir kemudiannya mengumumkan kepada awam tentang kecederaan tersebut dilakukan oleh Anwar sendiri.

Pembentukan bukti rekaan terhadap Anwar juga berlaku dalam kes-kes dan orang-orang yang lain. Gani Patail didakwa terbabit mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuh bagi memaksa dirinya memberi keterangan palsu terhadap Anwar. Hal ini didedahkan dalam akuan bersumpah yang dibuat peguam Nallakaruppan, Manjeet Singh Dhillon yang merupakan saksi langsung cubaan mengugut oleh Gani Patail bagi mendapatkan bukti palsu terhadap Anwar.

Hakim Mahkamah Persekutuan Steve Shim dalam kes Zainur Zakaria lawan PP [2001] 3 CLJ ada menyatakan bahawa permohonan Anwar untuk membatalkan Gani Patail dan Azahar sebagai pendakwaraya kanan kerana penglibatan mereka dalam mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuh bagi mendapatkan bukti rekaan yang diinginkan:

”Dalam keadaan ini, apakah beliau ("Anwar") dianggap tidak wajar atas asas ianya melampaui keraguan munasabah untuk membuat aduan bahawa tindak tanduk Peguam Negara (Gani Patail) sewaktu pertemuan pada 2 Oktober 1998 dalam cubaan memaksa Nalla untuk mereka-reka bukti bagi menyempurnakan tuduhan terhadap Anwar untuk kes kesalahan seksual yang lain?"

Namun Hakim Augustine Paul tidak bertindak untuk membatalkan kelayakan Gani Patail dan Azahar. Malah Augustine mendapati peguambela Anwar, Zainur Zakaria bersalah sebagai menghina mahkamah kerana memfailkan permohonan pembatalan kelayakan tersebut dan menjatuhkan hukuman 3 bulan penjara. Gani Patail terus mendaki puncak kekuasaan menjadi Peguam Negara. Azahar pula menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Malaysia Boleh!

Sukma, adik angkat Anwar, ditangkap pada September 1998 dan ditahan tanpa ada perhubungan dengan peguam dan keluarga selama 14 hari. Permohonan peguamnya untuk bertemu dengan Sukma ditolak. Dia disiksa secara mental dan fizikal sehinggalah dia membuat pengakuan melakukan liwat dengan Anwar. Pegawai polis yang dinamakan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan sebagai bertanggungjawab dalam penyiksaan ini ialah Musa Hassan, sekarang Ketua Polis Malaysia (Mantan). Pemeriksaan fizikal oleh Dr. Zahari Noor menunjukkan tidak ada bukti penembusan - laporan ini diketahui oleh pihak pendakwaraya yang menyembunyikannya daripada pengetahuan mahkamah, saat Sukma mengaku "bersalah" hanya berasaskan pengakuan yang dipaksakan itu. Peguam yang dilantik keluarga Sukma tidak dibenarkan bersuara mewakili anak guamnya setelah dibantah oleh pihak pendakwa raya ( Gani Patail and Yusuf Zainal Abiden ).

Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulisnya pada Jun 2006 dalam kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v PP [2007] 4 CLJ 697] menyatakan:

"Di sini kita ada kes kelakuan sumbang pihak pendakwaan dengan secara sengaja menyembunyikan bukti yang memenangkan pihak pembelaan. Tidak ada lagi kes ketidakadilan sejelas ini, apabila pengakuan bersalah didakwa didapatkan dengan cara tekanan yang tidak sah di sisi undang-undang."

Penangkapan dan penahanan Dr Munawar Anees juga sama seperti yang terjadi kepada Sukma, dia ditahan tanpa dapat berhubung dengan peguam dan keluarga, disiksa dan dipaksa membuat pengakuan palsu melakukan liwat dengan Anwar. Malang bagi dirinya, kesemua mahkamah yang dirayu tidak memenangkan kesnya.Hakim-hakim seperti Low Hop Bing J di Mahkamah Rayuan bersama hakim Zaki Tun Azmi ( Ketua Hakim sekarang), Zulkefli Makinudin J. dan Nik Hashim J di Mahkamah Persekutuan telah memastikan permohonan Dr Munawar untuk mendapat keadilan dan membolehkan kesnya dibuka semula telah ditamatkan. Mereka memastikan Dr Munawar tidak berupaya untuk mendedahkan pengalaman pahitnya pada tahun 1998 di tangan pihak polis, pendakwaan dan mahkamah dalam suatu perbicaraan yang baru. Permohonannya untuk menimbal semula keputusan Mahkamah Persekutuan telah ditolak baru-baru ini pada 28 Desember 2009 oleh panel Mahkamah Persekutuan yang dianggotai Arifin Zakaria J., Raus Sharif J. dan Mohd Ghazali Mohd Yusuf.

Pergeseran yang jelas di antara layanan dalam kes Sukma dan kes Munawar pada peringkat rayuan kepada mahkamah yang lebih atas cukup terang dan nyata. Di dalam sistem perundangan jenayah manapun, apabila pengakuan dicabar atas sebab dilakukaan tanpa kerelaan, pihak tertuduh secara automatiknya dianugerahkan peluang mendengar viva voce (melalui saksi-saksi) berhubung dengan kesukarelaannya. Pendinding perundangan ini menjadi amat penting kerana apabila pengakuan bersalah direkodkan berdasarkan pengakuan tanpa rela. Cukup disesalkan mahkamah tertinggi di Malaysia tidak nampak prinsip-prinsip asas keadilan sistem kehakiman ini. Melalui tindakan tersebut, mereka telah mengesahkan jenayah serius yang dilakukan pihak polis dan pendakwaraya terlibat apabila dia ditangkap, ditahan dan disiksa bagi mendapatkan pengakuan palsu dan dipenjarakan selama enam bulan hanya kerana untuk memburukkan nama Anwar dengan perkaitan hubungan perkenalan.

Konspirasi hasad niat jahat dalam kes sekarang ini
.

Gani Patail sekarang merupakan Peguam Negara di Malaysia. Musa Hassan ketua pasukan polis negara. Kedua-dua nama, secara khususnya Gani Patail, telah didedahkan oleh Mat Zain sebagai mereka cipta bukti palsu, suatu jenayah yang serius, bagi mengenakan Anwar dalam penyiasatan ke “mata lebam” Anwar.

Penyiasatan kes sekarang ini di bawah kawalan polis yang mendapat arahan dari Musa Hassan. Hasad jahat penyiasatan menjadi cukup nyata apabila anggota polis bersenjata dan bertopeng menangkap Anwar kira-kira jam 1 tengahari di rumahnya pada 16 Julai 2008 – ini terjadi kira-kira dua setengah minggu selepas laporan dibuat Saiful. Penangkapan itu sebenarnya langsung tidak perlu dibuat. Ini disebabkan para peguam Anwar sedang mengiringi beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lumpur pada jam 2 petang hari yang sama bagi menghadiri temujanji yang telahpun diatur sebelum itu dan dipersetujui oleh pegawai polis yang ditugaskan merekod kenyataan Anwar.

Namun, beliau ditangkap umpamanya beliau seorang penjenayah yang sedang melarikan diri. Anwar ditahan semalaman di lokap, sekali lagi ianya tidak perlu dan cukup jelas menunjukkan hasad jahat. Beliau dipaksa tidur di atas lantai simen yang dingin, menambah burukkan kecederaan lama bahagian belakangnya. Alasan yang diberikan polis untuk menahan Anwar selama semalaman adalah kerana mereka perlu menyelesaikan untuk mengambil kenyataan beliau – namun permintaan beliau untuk pulang pada waktu yang dijanjikan telah ditolak. Sekarang ia menjadi amat jelas bahawa Anwar ditahan semalaman dilokap kerana percubaan untuk mendapatlan sampel DNA dari tubuh beliau.

Tuduhan Saiful diperkuatkan lagi dengan Saiful mengambil bahagian dalam acara “sumpah lakhnat” di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 15 Julai 2008 dengan kehadiran Ustaz Ramlang bin Porigi, salah serang imam di sana. Kemudiannya pada bulan Ogos, Ustaz Ramlang mendedahkan yang dia diarahkan oleh Ketua Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAIWP) Dato Che Mat bin Che Ali untuk hadir sebagai saksi saat sumpah tersebut berlangsung. Disebabkan dia membuat pendedahan umum berhubung perkara ini, Ustaz Ramlang kemudiannya ditukar ke bahagian “kewangan” (JAIWP). Beberapa bulan kemudiannya dia dikenakan tindakan disiplin.

Campurtangan politik juga ditunjukkan dalam pengendalian aduan qazaf yang difailkan oleh Anwar ke atas Saiful kepada pihak JAIWP pada 9 Julai (qazaf merupakan kesalahan di bawah undang-undang syariah kerana memberi kenyataan fitnah terhadap orang lain, khususnya dalam hubungannya dengan kesalahan seksual). Jabatan penguatkuasaan JAIWP telah menyelesaikan penyiasatannya dalam masa beberapa bulan dan telah merekod kenyataan dari Anwar, Saiful dan saksi-saksi yang relevan. Sehingga ke hari ini JAIWP masih belum mengisytiharkan tidak ada kesalahan yang dilakukan Saiful. Dalam masa yang sama, tidak ada pendakwaan terhadap Saiful yang cuba dibuat. Para pegawai JAIWP telah diarahkan oleh Menteri Persekutuan bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Saiful, atas alasan kes liwatnya masih belum habis berlangsung. Hal ini adalah salah kerana perundangan kedua mahkamah ini adalah terpisah dan indipenden dan sekali lagi ia menunjukkan campurtangan politik.

Hasad jahat dan berat sebelah di pihak pendakwaan; memegang dokumen daripada pihak pembelaan; perbicaraan tidak adil.

Perhatian yang serius patut diberikan terhadap hasad jahat dan sikap berat sebelah di pihak pendakwaan. Gani Patail menandatangani sijil pemindahan kes Anwar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Yusuf Zainal Abiden, Pendakwaraya Kanan dalam pasukan pendakwaan kes sekarang juga terlibat secara giat dalam kes Sukma dan kes pendakwaan Anwar pada tahun 1998. Terdapat keprihatinan dengan memberikan sikap berat sebelah dan mala fide atau niat jahat yang ditunjukkan pihak pendakwaan dalam kes-kes sebelum ini, bahawa Anwar tidak akan mendapat perbicaraan yang adil daripada Pendakwaraya Kanan yang mendakwanya sekarang.

Beberapa tindakan berniat jahat telahpun ditunjukkan dalam persoalan pencarian dokumen-dokumen dan bukti dalam kes semasa ini. Permohonan berterusan dari barisan para peguam Anwar untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang sesuai bagi mempersiapkan pembelaan seperti kenyataan saksi Saiful dan saksi-saksi lainnya tidak dilayan oleh Pendakwaraya Kanan. Anwar kemudiannya memohon dokumen-dokumen ini kepada hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi. Hakim Zabidin Mohd Diah telah membenarkan permohonan Anwar ini. Pihak pendakwaraya pula merayu, yang menyebabkan Mahkamah Rayuan mengenepikan penghakiman Mahkamah Tinggi. Rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan ditolak pada Jumaat 28 Januari 2010. Suatu keputusan yang tidak mengejutkan, dengan melihat pendirian politik yang diambil oleh hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Dr Munawar.

Fakta menunjukkan rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan terhadap beberapa hal penting berhubung pengeluaran dokumen itu masih lagi menunggu keputusan. Namun demikian, hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi pada 6 Disember 2009 muncul dalam keadaan tertekan untuk menetapkan tarikh perbicaraan lebih awal dan menetapkan perbicaraan dimulakan pada 25 Januari selama sebulan. Hakim yang sama pernah berkata bahawa tahun ini tarikh perbicaraan tidak akan ditetapkan sehinggalah perihal mendapatkan dokumen-dokumen itu ditentukan oleh rayuan ke peringkat mahkamah yang lebih atas.

Keadilan perbicaraan yang bakal dihadapi Anwar telah dipersoalkan dengan penafian dokumen-dokumen penting bagi persiapan pembelaan. Di dalam perbicaraan jenayah pada hampir keseluruhan sistem perundangan, pihak tertuduh akan diberikan, sebelum perbicaraan, kenyataan-kenyataan kesemua saksi dan keseluruhan dokumen yang dikeluarkan oleh kesemua saksi terbabit. Prosedur ini memastikan keadilan terhadap semua pihak, dan menghalang penangguhan perbicaraan. Meskipun terdapat peruntukan undang-undang sedia ada, namun perbicaraan Anwar akan berjalan seperti cara lama dengan serangan-serangan hendap penghujahan dan pembuktian. Setiap butir-butir perincian kes pendakwaan dan banyak dokumen-dokumen penting akan dilihat kali pertama oleh pihak pembelaan hanya sewaktu perbicaraan berlangsung. Ianya meletakkan pihak tertuduh dan para peguam belanya dalam keadaan tekanan yang tidak adil.

Konspirasi politik

Kunci kepada perbicaraan ini dapat dilihat dengan tindak-tanduk bermotif politik oleh pihak pendakwaan dan kepentingan pihak-pihak yang terlibat, secara khususnya Gani Patail (Peguam Negara sekarang) dan Musa Hassan (Ketua Polis Negara sekarang) serta Perdana Menteri hari ini.

Pakatan Rakyat dan Anwar telah mengkritik mereka secara habis-habisan di dalam dan di luar parlimen – Peguam Negara Gani Patail dengan perlakuan jenayahnya sendiri di dalam kes penyiasatan “mata lebam”, kegagalannya untuk memastikan pendakwaan bagi banyak kes-kes rasuah yang serius, secara khususnya yang berkaitan dengan jenayah dan rasuah yang didedahkan dalam video klip VK Lingam; juga terhadap hubungan terhadap dakwaan-dakwaan berwibawa keterlibatan KPN Musa Hassan dalam tindakan jenayahnya berserta hubungan rasuahnya dengan ketua-ketua kumpulan kongsi gelap seperti BK Tan dan Goh Cheng Poh.

Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Perdana Menteri dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal Selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Anwar juga berulang kali mendesak Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya atas dakwaan berwibawa penglibatan dirinya dan isterinya Rosmah dalam pembunuhan terkenal model Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Blog-blog di internet melaporkan bukti akuan bersumpah yang dibuat oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam yang mengatakan Altantuya memberitahunya yang dia mempunyai hubungan peribadi dengan Najib dan kaitannya dengan rundingan pembelian senjata yang sama serta tentang bagaimana DSP Musa Safiri, pegawai polis pengiring Najib memainkan peranan dalam penangkapan dan pelenyapan Altantuya. Musa Safiri malah tidak dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.

Anwar pada bulan Julai tahun 2008 dan pada Februari tahun lalu turut memfailkan laporan polis berkenaan Gani Patail dan Musa Hassan atas peranan mereka dalam mereka-cipta bukti terhadap diri beliau dalam penyiasatan kes “mata lebam” pada tahun 1998. Laporan itu juga turut mendakwa mereka bersubahat memfailkan laporan polis palsu pada malam 20 September 1998 dalam hubungannya dengan penangkapan Anwar di rumah beliau di Bukit Damansara. Tidak ada satupun laporan-laporan ini menghasilkan pendakwaan biarpun seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan berpendapat Gani melakukan kesalahan jenayah dalam kes penyiasatan “mata lebam”.

Penyalahgunaan lembaga-lembaga awam seperti pasukan polis, Pejabat Peguam Negara, Kehakiman dan institusi lainnya seperti yang pernah terjadi pada tahun 1998, sedang berlaku sekali lagi dengan kes terbaru ini. Ia bukanlah kes jenayah yang mudah. Apa yang sedang diperjudikan sekarang ini adalah penggunaan kes aniaya dan palsu sebagai senjata politik untuk menghentikan kemajuan Anwar Ibrahim dan gerakan politik Pakatan Rakyat yang dipimpinnya. Suatu kemajuan gerakan yang mengancam kewujudan dan masa depan kerajaan Barisan Nasional dan para pemimpinnya.

Sivarasa Rasiah

Saudara-saudari,

Minta digunakan artikel oleh Sdr. Sivarasa, elok sebagai leaflet di Mahkamah dan tempat lain. Panjang tapi penting - lebih ramai yang maklum fakta sebenar, lebih baik.

Terima kasih
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT"

Tranungkite

Kes Liwat Anwar: Konspirator Silap Strategi

Posted on Tuesday, February 02 @ 02:47:29 PST

Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Kalau benar dakwaan ramai pihak bahawa Anwar sekali lagi difitnah oleh sepasukan Konspirator yang mahu membunuh karier politik Anwar dan PR, saya kira pasukan konspirator dan tuannya telah tersalah langkah.

Strategi mereka untuk membunuh masa depan politik Anwar adalah silap dan salah 100 %. Bagi saya Anwar sebenarnya akan sekali lagi mendapat simpati dari rakyat dan seluruh dunia. Satu dunia sudah tahu Anwar tidak bersalah dalam kes liwat yang pertama dahulu. Tetapi mengapa pihak Konspirator ( kalau benar dakwaan itu) masih menggunakan taktik lama yang terbukti gagal.?

Saya yakin kes ini akan memberikan impak yang besar juga kepada senario politik tanahair. Rakyat tanpa mengira agama, ideologi dan warna kulit akan simpati kepada Anwar dan keluarganya. Rasa simpati juga akan tempias sama kepada PR kerana Anwar adalah salah seorang pemimpin utama PR.

Kita lihat hari ini bagaimana sokongan kepada Anwar tetap teguh malah semakin teguh. Kalau sebelum ini Mursyidul Am PAS tidak pernah hadir memberikan sokongan moral kepada Anwar di mahkamah tetapi Tok Guru Nik Aziz hari ini berbuat demikian sebagai tanda simpati kepada Anwar. Begitu juga dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang awal-awal lagi sudah kelihatan di mahkamah. Tidakkah menunjukkan bahawa PR semakin kukuh dan padu.

Saya mengharapkan konspirator dan pihak-pihak yang bertanggungjawab (jika benar ini fitnah jahat) menggugurkan tuduhan kepada Anwar jika mereka mahu isu ini reda dan sokongan kepada tidak membuak-buak seperti era reformasi dahulu. Jika tidak saya yakin PR akan mendapat sokongan yang lebih jitu.

Saya bukan bercakap atas isu politik semata-mata tetapi sebagai seorang rakyat dan seorang Islam saya harap pihak terbabit terutama Saiful segera menggugurkan tuduhan ini kerana banyak keraguan yang dilihat dari dakwaan ini. Jadi lebih baik kita sama-sama bertaubat dan memohon ampun kepada Allah sebelum kita terlambat.

Artikel lain di http://mutaligat.blogspot.com