Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

30.11.13

Sikap Anjing

M S Ibrahim Al-Malbar:

"Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami turunkan Kitab mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri dan sesungguhnya sebahagian dari mereka menyembunyikan kebenaran, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan mereka)". (Al-Baqarah:146)

Ahli kitab atau golongan ulamak daripada Yahudi dan Nasrani tahu kebenaran yang dibawa oleh Nabi s.a.w. tetapi mereka tetap menentang Nabi s.a.w. dan mereka kekal dalam parti sekular ketika itu demi untuk mendapatkan kedudukan di sisi pemerintah.

Pada hari ini ramai daripada golongan agama berada dalam parti sekular umno dan Barisan Nasional yang menolak Islam dan menghina hukum Allah dan Sunnah Nabi s.a.w., keadaan ini terjadi kerana golongan agama yang masuk umno itu tidak mengkaji dasar umno dan mereka jahil bahawa sekular itu ditolak oleh Islam dan kemungkinan juga mereka bersetuju dengan dasar sekular yang diperjuangkan oleh umno.

Umno jelas memperjuangkan dasar sekular apa bila memisahkan kehidupan dan khususnya politik dengan agama, bagi umno segala kerjabuat dalam politik termasuk penipuan dalam pilihanraya tiada kena-mengena dengan agama dan tidak akan disoal oleh Allah di akhirat kelak maka itu umno seperti ‘ membujur lalu melintang patah’, dalam kerja politik dan memerintah.

Umno berjuang atas dasar kebangsaan dengan berukunkan sekular, umno menerima semua asas perlembagaan persekutuan sebagai pegangan politik umno, dasar sekular diteruskan oleh umno melalui perkara 128 fasal (1) yang meletakkan mahkamah syariah di bawah bidangkuasa mahkamah Agung yang menjadi institusi kehakiman tertinggi bagi memastikan segala enakmen majlis agama Islam negeri2 tidak mengatasi maksud perlembagaan sekular itu.

Perkara 4 fasal (1) menyatakan perlembagaan Malaysia adalah undang2 tertinggi persekutuan dan apa2 undang2 yang diluluskan selepas hari merdeka yang bercanggah dengan perlembagaan adalah terbatal.

Seminar Dakwah Antarabangsa yang diadakan di Madinah pada 17 Safar 1397H/17 Februari 1977M telah mengambil ketetapan antaranya:-

“Bahawa sekularisme adalah ajaran bukan Islam dan bertentangan dengan Islam”

“Orang yang memisahkan Agama Islam dari politik itu adalah orang yang sesat lagi menyesatkan” (Dr Yusof Al-Qardhawi – Al-Dakwah Soutul Hak Wal Hirriyyah bil..

Umno/Barisan Nasional adalah penghalang kepada pelaksanaan hukum2 Allah di negara ini dan golongan agama yang masuk umno telah menyebabkan umat Islam menjadi keliru samada umno itu sesat atau tidak, maka golongan agama ini telah menjadi sebab kepada masuknya Melayu Islam ke dalam umno dan menyokong Barisan Nasional, maka golongan agama yang masuk umno adalah umpama anj*** dan mereka adalah antara penghalang terlaksananya hukum Allah, firman Allah:-

“Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan darjatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu, tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti ANJING, jika engkau menghalaunya ia menjelirkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya, ia juga menjelirkan lidahnya termengah-mengah, demikian itulah perumpamaan orang2 yang mendustakan ayat-ayat Kami, maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir” (Al-`Araf 176)

Golongan agama yang masuk umno adalah seperti anj*** kerana bersama umno/BN yang tolak Islam dan mereka juga bersama umno/BN telah menentang Allah, sabda Nabi s.a.w.:-

“Barangsiapa yang dengan syafaatnya (kuasa atau kerananya) terlaksana hukum selain hukum Allah maka dia telah menentang Allah…..” (Riwayat Abu Daud).

Umno/BN adalah parti sesat lagi kafir maka bersama umno/BN adalah haram. Tumbangkan Barisan Nasional melalui pilihanraya, ia adalah JIHAD yang besar.

27.11.13

Kucing Kurap

 

Allah murka terhadap hambaNya yang engkar akan perintahNya dengan menggunakan beberapa istilah begitu juga Nabi s.a.w. gunakan istilah yang sama untuk memarahi umatnya yang tidak mematuhi perintahnya.

`Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui orang2 yang melanggar perintah pada hari sabtu,lantas kami berkata kepada mereka;jadilah kamu kera2 yang hina” (Al-Baqarah:65)

`Katakanlah mahukah Aku khabarkan dengan yang demikian itu lebih jahat di sisi Allah iaitu orang2 yang dilaknat Allah dan murka (Allah) atasnya,dan telah dijadikan dari mereka kera2 dan babi2 dengan sebab menyembah `thoghut’ orang2 itu jahat tempatnya dan sesat dari jalan yang lurus’ (Al-Maidah: 60)

`Maka manakala melampaui batas dari apa yang Kami larang darinya telah berkata Kami bagi mereka jadilah kamu kera2 yang hina’ (Al-Araf:166)

".....maka perumpamaannya adalah seperti anjing, jika engkau halaukan dia, lidahnya dijelirkannya atau engkau biarkan dia, namun lidahnya dijelirkannya juga, demikianlah perumpamaan kaum yang mendustakan ayat2 Kami, maka ceritakanlah cerita2 itu supaya mereka berfikir." (Al-Araf: 176)

`Apakah engkau sangka kebanyakkan dari mereka mendengar atau mengerti?mereka tidak lain melainkan seperti binatang2 ternak bahkan mereka lebih sesat’ (Al-Furqan:44)

`Maka kecelakaan bagi orang2 yang menulis kitab dengan tangan2 mereka kemudian mereka berkata; ini dari sisi Allah,kerana daripada apa yang telah ditulis oleh tangan2 mereka dan kecelakaan bagi mereka daripada apa yang mereka dapat (hasil)’ (Al-Baqarah:79)

Marah Nabi Musa a.s.

`Berkata Musa bagi mereka celaka kamu.......’ (Toha:61)

Marah Nabi s.a.w.

Nabi s.a.w. marahkan seorang lelaki (sahabat) yang tidak mematuhi perintahnya supaya menunggang unta yang sedang dibawa ke tempat penyembelihan untuk korban “……celaka engkau…….” (Bukhari,Muslim,An-Nasaie dan Abu Daud)

Nabi s.a.w. marahkan Bani Quraizhah dengan sabdanya “Hai kawanan KERA!.........” (Tafsir Al-Azhar Juz.21/290, Fiqh Sirah oleh Syeikh Muhammad Al-Ghazali jil.2 m/s.572)

Dalam Siras Salikin Imam Ghazali mengatakan “Raja2 (pemerintah) yang zalim,maka tiada haram atas seseorang menyebutkan akan pekerjaannya yang zalim itu” (Siras Salikin juz.3 m/s.88)

“Maka telah menggantikan orang2 yang zalim dengan kata2 (perintah) yang tidak diperintahkan kepada mereka…….” (Al-Baqarah:59)

“….barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah,maka mereka itulah orang2 yang zalim” (Al-Maidah:45)

Pemerintah zalim ialah pemerintah yang tidak melaksanakan hukum-hakam Allah dan menolak Islam dalam pemerintahan negara,itu yang Allah maksudkan dengan zalim dan kezaliman selepas itu ialah pemerintah yang gunakan undang2 zalim seperti ISA, halalkan apa yang Allah haramkan dan haramkan apa yang Allah halalkan, penipuan dalam mengendalikan pilihanraya,mengaut kekayaan negara untuk keluarga/kroni dan banyak lagi yang pemerintah lakukan termasuk dalam kategori zalim.

Ciri2 yang Allah firmankan dalam Al-Quran yang mengundang kemurkaan Allah dan RasulNya ada pada UMNO/BN maka tersangat wajar umno/BN dilabelkan sebagai umno/BN kera,babi,anjing,binatang ternak dan celaka, kerana itulah istilah yang Allah dan RasulNya gunakan terhadap golongan yang engkar perintah Allah dan RasulNya. Golongan agama dalam umno juga adalah kera,babi,anjing,binatang ternak dan celaka kerana mereka bersama umno yang tolak Islam. UMNO KAFIR!!!!

Maka gelaran kucing kurap oleh YB Jeff itu jauh lebih sopan dan lembut, sepatutnya ahli umno dan penyokong umno digelar sebagai anjing, babi, kera yang hina, binatang ternak bukan sekadar kucing kurap. TAHNIAH YB JEFF!!!

13.11.13

Majlis Fatwa


Majlis Fatwa Kebangsaan dan negeri2 disarankan ambil tindakan ke atas Agama Umno yang dasarnya sekular, yang tolak Islam, yang hina hukum Allah dan hina Sunnah Nabi, yang ramai di negara ini ialah pengikut ajaran agama umno, mana majlis fatwa kebangsaan yang dah keluarkan fatwa Arqam haram, Syiah haram, bila nak haramkan agama umno yang sesat?, majlis fatwa hanya sekadar jadi Majlis Fatwa Babi daging agama umno aje, jangan2 majlis fatwa pun sama2 dah sesat?????

3.11.13

Sg Limau: SPR dan SPRM tidur, rasuah berleluasa

Harakahdaily, 03 Nov 2013
KUALA LUMPUR: PAS melahirkan kekesalan kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi 'kayu mati' yang gagal menghalang rasuah pilihan raya yang berlaku secara berleluasa dalam PRK N20 Sungai Limau.

“Pemberian dilakukan secara terang-terangan dalam bentuk pemberian wang ringgit, dan barangan atas pelbagai nama,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, ia dilakukan secara terbuka oleh pimpinan kerajaan, di samping penggunaan hampir seluruh jentera kerajaan kecuali Jabatan Kaji Cuaca sahaja yang tidak kelihatan.

Tambahnya, SPRM yang diharap menjadi agensi penguatkuasaan pencegahan rasuah serta pihak polis menjadi pemerhati kosong di atas apa yang berlaku.

“Alasan bodoh yang sering kali didengar ialah ianya bukan diberi oleh calon atau wakil calon, maka ianya bukanlah rasuah,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata beliau lagi, kegagalan Malaysia untuk mengambil contoh pencegahan rasuah negara luar telah jadi bahan ketawa pemerhati asing.

Kini, ujarnya  ia telah menjadi budaya yang diterima oleh umum, menyebabkan penduduk yang terpinggir dan miskin akan bergantung kepada pilihanraya kecil untuk kawasan mereka diberi perhatian, paling tidak, pelbagai janji yang memenuhi impian mereka.

Beliau menambah, bila mana kekuasaan diperolehi melalui rasuah dan salah guna kuasa, bagaimana pemimpin tersebut akan tampil menentang rasuah.

Mustahil  berlaku

Akibatnya, kata Tuan Ibrahim rasuah semakin membesar dan kini menjadi barah dalam setiap sektor.

Tambah beliau lagi, ternyata perubahan nama Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada SPRM hanyalah sekadar penukaran botol tapi isinya masih sama, kerana pemimpin yang rasuah tidak akan menggubal peraturan dan undang-undang bagi mencegah rasuah, dan agensi yang diamanah pula terikat dengan peraturan yang ada.

“Ada yang berkata rakyat akan berubah apabila pemimpin berubah. Tapi bagi PAS, pemimpin akan berubah kalau rakyat berubah.

“Budaya salah guna jentera kerajaan untuk kempen BN akan berhenti jika rakyat ambil pendekatan tidak menyokong penyalahgunaan sebegini,” ujar beliau lagi.

Justeru, beliau berharap para pengundi Dun Sungai Limau dapat menghantar isyarat jelas menolak calon BN bagi menyatakan tentangan mereka kepada amalan rasuah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.

2.11.13

Fasik

 

“Dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada maa`ruf dan mencegah kemungkaran, mereka itulah orang2 yang mendapat kejayaan” (Ali-Imran:104).

“Barangsiapa melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, maka jika tidak mampu hendaklah dengan lisannya, maka jika tidak mampu juga, hendaklah dengan hatinya, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemah iman” (Hadis riwayat Muslim).

“Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman kepada seorang hamba pada hari qiamat iaitu; Apakah yang menghalang engkau dari mengubah yang mungkar apabila engkau melihatnya? Ia menjawab; Ya Tuhanku! Kerana aku takut kepada manusia, lalu Allah berfirman; engkau lebih berhak takut kepada Ku” (kitab Hadis 40 oleh Imam Nawawi).

“Barangsiapa melihat pemerintah yang zalim, yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah, yang mungkar terhadap perjanjian dengan Allah, yang menyalahi Sunnah Rasullah s.a.w., yang bekerja pada hamba2 Allah dengan dosa dan permusuhan, lalu dia tidak merubahnya dengan perkataan dan perbuatan, adalah menjadi hak Allah memasukkan dia di tempatnya (neraka)” (At-Tarikh oleh At-Tabari, Al-Islam bainal ulamak wa hukama m/s:56 oleh Syeikh Abd Aziz Al-Badri).

Ada seorang lelaki datang mengadu kepada Nabi s.a.w.,
“Sesungguhnya jiranku menyakitiku” sabda Nabi s.a.w. “keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”, maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan, maka setiap orang yang melintas bertanya “apa yang berlaku kepadamu?” dia menjawab “jiranku menyakiti ku”, maka mereka berkata “Ya Allah hinalah dia (jirannya)”, dengan sebab itu jirannya berkata “kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi” (Al-Bazzar dan Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, Imam Ahmad Syakir mensahihkannya). – (Nash dibolehkan demontrasi, supaya orang dan negara2 luar tahu kejahatan pemerintah (jika demontrasi ditujukan kepada kerajaan)- (Contoh halalkan yang haram seperti keluarkan lesen judi, tukar hukum Allah dengan undang2 ciptaan manusia)

“Penghulu orang mati syahid ialah Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib dan lelaki yang menyatakan kebenaran kepada pemerintah yang zalim, maka dia mati kerananya (menyatakan kebenaran)” (Hadis Sahih).

“Seafdhal-afdhal jihad ialah perkataan yang `hak’ kepada pemerintah yang zalim” (Riwayat Abi Said - kitab Hadis 40 – Imam Nawawi).

Kemungkaran dan kezaliman pemerintah ialah tidak melaksanakan sistem Islam termasuk undang2, firman Allah “……dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang2 yang zalim”.(Al-Maidah: 45)

Hanya kerana tidak melaksanakan hukum Allah sudah cukup untuk meletakkan pemerintah itu sebagai zalim, apa lagi bila pemerintah itu menyalahgunakan kuasa, wang rakyat (cukai), menekan rakyat dengan akta2 zalim, menipu dalam plihanraya dan lain2 lagi, maka pemerintah itu adalah zalim, jahat dan melakukan kemungkaran yang besar yang juga termasuk dalam kategori Fasik (Al-Maidah:47).

Maka barangsiapa yang menyatakan kebenaran kepada pemerintah seumpama itu termasuk demontrasi dan dia mati, maka dia mati syahid. Segala kerjabuat untuk menjatuhkan pemerintah yang zalim,fasik dan jahat itu seperti kerja2 dalam pilihanraya adalah jihad dan jika mati adalah mati syahid, kerana mendedahkan kejahatan orang yang fasik adalah perintah Nabi s.a.w.

“ Sebutlah oleh kamu akan kejahatan seorang yang Fasik, supaya manusia dapat menjauhinya” (At-Tabrani)

Tidak laksanakan hukum Allah adalah fasik ditambah pula dengan kejahatan seperti rasuah,menipu dalam pilihanraya,kroni dalam memberikan projek, hina undang2 Islam, hina sunnah Nabi dan menyebarkan fitnah maka kerajaan seperti itu wajib ditumbangkan melalui pilihanraya jika negara itu ada pilihanraya.

Barisan Nasional adalah kerajaan kafir,zalim dan fasik maka wajib ditumbangkan melalui pilihanraya dan segala usaha yang dilakukan adalah jihad dan jika mati adalah mati syahid.