Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

24.9.12

Jemaah dinasihat berhati-hati, cuaca panas di Mekah


  • Bernama
  • 2:33PM Sep 24 2012
 
Jemaah haji dinasihati tidak mendedahkan diri kepada kepanasan cahaya matahari yang melampau di Tanah Suci ekoran cuaca panas yang ada kalanya mencecah sehingga 44 darjah celsius.
  
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata para jemaah juga perlu berhati-hati agar tidak terlalu terdedah kepada cuaca panas, terutama semasa hendak ke masjid dan membeli-belah.
  
"Untuk bakal-bakal haji yang masih berada di Malaysia, saya juga mahu nasihatkan supaya dibawa bekalan ubat-ubatan secukupnya untuk hari-hari pertama dan kedua, walaupun klinik Tabung Haji ada tetapi tidak boleh diambil ringan keperluan ubat-ubatan ini," katanya kepada pemberita di Hotel Al Haram yang menjadi tempat operasi Tabung Haji di Madinah.
  
Beliau yang juga Pengurus Besar Kanan Haji Tabung Haji berkata bakal jemaah haji di Malaysia juga diminta berehat dan tidur secukupnya kerana beliau mendapati ada jemaah yang tiba di Tanah Suci mengalami masalah kurang tidur dan mula menerima gangguan emosi, fikiran dan sebagainya.

Beliau juga mengingatkan jemaah haji agar menjaga keselamatan diri mereka kerana di Madinah orang begitu ramai dan kalau pergi ke mana-mana biarlah secara berkumpulan untuk mengelak daripada tersesat.
  
Syed Saleh berkata setakat hari ini, seramai 7,535 orang jemaah atau 28 peratus daripada jumlah keseluruhan 28,000 orang sudah sampai ke Tanah Suci melalui Madinah dan Jeddah.
  
Mereka akan mula bergerak masuk ke Mekah pada 25 Sept ini, katanya.
  
Pusat operasi Tabung Haji di Mekah sudah pun bersedia untuk menerima jemaah ini dan beliau sendiri berasa sangat berpuas hati dengan persiapan petugasnya di Madinah dan Mekah.
  
Perkhimatan Tabung Haji seperti khidmat bagasi, klinik, bank dan juga penyediaan makanan ala menu Malaysia juga semua mendapat sambutan baik daripada para jemaah yang ada, katanya.
  
"Keseluruhannya sebanyak 22 penerbangan sudah dibuat ke Jeddah dan Madinah dari 41 penerbangan, jemaah haji yang bakal sampai akan disambut dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang sudah siap beroperasi di Madinah dan Mekah," katanya.
  
- Bernama

Anak Taib Mahmud didakwa 'tampar', 'tumbuk' isteri


  • Hafiz Yatim
  • 6:29PM Sep 24 2012
 
Shahnaz A Majid hari ini membuat pengakuan kepada mahkamah bahawa beliau didera secara fizikal dan emosi oleh bekas suaminya Mahmud Abu Bekir, yang juga anak kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud

Shahnaz, 49, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bahawa insiden itu berlaku di rumah mereka di Sydney dan Kuching.

NONE"Bulan Julai sebelum pulang ke Kuching, saya tak ingat, dia serang saya di dalam rumah. Dia pukul, angkat tangan tampar, tumbuk.

"Saya tak ingat sebabnya sebab ia bukan sesuatu yang penting, bukan isu besar," katanya.

Dua tahun selepas itu, ketika pulang ke rumah besar mereka yang "sebesar muzium lama" di Kuching, Shahnaz mendakwa diserang lagi.

Penduduk resah dengan penggambaran iklan air


  • Zulaikha Zulkifli
  • 4:07PM Sep 24 2012
Sebahagian penduduk sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya yang digunakan sebagai lokasi penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air menyuarakan keresahan mereka berhubung langkah itu.

NONEMereka mendakwa penggambaran berskala besar itu mengganggu privasi, menyesakkan kawasan, berunsur politik dan tidak memberikan gambaran sebenar masalah berkaitan air.

"Saya amat yakin ini adalah konspirasi. Bila kami tanya penggambaran ini mengenai apa, mereka tidak beritahu.

"Tetapi mereka meminta penduduk dan mungkin pelakon tambahan, dengan bayaran RM50 mengangkat tong air.

"Ini seperti nak tunjuk yang kita tak ada air," kata penduduk setempat Dr S Paramananthan (atas) kepada pemberita.

NONEParamananthan juga mendakwa, tiada sebarang maklumat terperinci diberikan kepada persatuan penduduk.

Penggambaran itu hari ini dijalankan secara 'rahsia' di kawasan itu dalam keadaan penduduknya, termasuk beberapa pelakon tambahan memberitahu tidak jelas rancangan sebenarnya.

Pihak produksi pula enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.

'Kami berunding dengan produksi, bukan parti'
Rakaman itu antaranya memuatkan babak orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air. Mereka juga diminta untuk 'menjerit' dan mengangkat tong air.

Empat lori kontena memuatkan barangan dan persediaan set turut kelihatan.

NONESementara itu, seorang penduduk lagi berkata, mereka hanya dimaklumkan penggambaran iklan "khidmat sosial mengenai air" tetapi tidak dimaklumkan ia berskala besar.

"Ini membuat saya risau kerana mengganggu privasi penduduk. Ini jumlah yang besar. Sebagai penduduk juga kami tidak tahu ia berkaitan dengan politik.

"Sebab kami cuma berunding dengan pihak produksi, bukan mana-mana parti politik," kata penduduk yang telah menginap di pangsapuri itu selama 30 tahun dan enggan namanya disiarkan.

Sementara itu, seorang lagi penduduk berkata, mereka telah meminta penggambaran itu dibuat di tempat lain tetapi tidak berkesan, malah tenaga produksinya sampai seawal jam 5 pagi.

NONE"Saya dah kata tempat ini tidak sesuai untuk penggambaran. Tetapi mereka kata mereka mahu lakukan kerana tempat ini sesuai," tambahnya.

Seorang warga emas pula tidak berpuas hati apabila berlaku kesesakan di kawasan tersebut sehingga mengganggu kelancaran kehidupan sehariannya.

"Saya dah tua. Sakit kaki. Saya terpaksa letak kereta saya jauh dan berjalan.

"Mereka ini juga dah membuat bising seawal jam 5 pagi dan ganggu saya nak tidur," katanya.

Pemilik jet tak harap balasan, kata Anwar



  • Aidila Razak
  • 2:23PM Sep 24 2012
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pemilik jet peribadi yang membenarkan pesawat itu digunakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat berbuat demikian tanpa mengharapkan balasan.
NONEAnwar berkata, "rakannya" itu membenarkan beliau menggunakan pesawat berkenaan disebabkan "masalah logistik" untuk perjalanan ke Sabah dan Sarawak.

Katanya, pemilik jet berkenaan memberitahunya supaya menyatakan identitinya sebagai "seorang rakan".

"Saya tanya dia jika dia memohon tanah di Selangor, sekiranya dia ada kepentingan di Pulau Pinang, Kedah atau Kelantan, walaupun ini bukan sebahagian dari perjanjian. Dia kata tiada.

"(Maka, bantuan tersebut) tidak terikat dengan apa-apa," kata Anwar.

NONEKatanya, pemilik jet tersebut – dipercayai dari jenis Dassault Falcon 7X – merupakan seorang yang dikenalinya untuk sekian lama.

Jet berkenaan berpengkalan di Kuala Lumpur dan didaftarkan dengan Jabatan Penerbangan Awam.

"Ia digunakan untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Labuan, Kota Kinabalu, Kuching dan kembali ke Kuala Lumpur... Kalau boleh, saya mahu pinjam lagi," katanya

Iklan masalah air S'gor berjalan 'rahsia' di PJ



  • Zulaikha Zulkifli
  • 12:44PM Sep 24 2012
Sebuah penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.

Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu.

NONEBeberapa pelakon tambahan - sebahagiannya penduduk setempat - juga memberitahu Malaysiakini, mereka hanya diberitahu akan dibayar RM50 dan tidak tahu mesej iklan yang dilakonkan mereka.

Beberapa penduduk, antaranya Dr S Paramananthan mendakwa penggambaran itu mungkin berkaitan isu air Selangor.

Bagaimanapun, pihak produksi pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.

"(Iklan) kempen air. Selebihnya saya tak boleh cakap. Saya harap awak semua hormati tugas saya," kata penerbit iklan itu Cheong Wai Leng ketika ditemui di tapak penggambaran.

Babak beratur dapatkan air
Beliau menjelaskan ia berkenaan kempen penjimatan air.

Bagaimanapun ketika ditanya kenapa babak yang dilakonkan seolah-olah menggambarkan isu masalah bekalan air, Cheong enggan mengulasnya.

NONE"Tak boleh dedahkan (butiran penggambaran). Kalau tak, kita yang akan disaman oleh pelanggan. Kami hanya bekerja dan kita mempunyai pelbagai pelanggan.

"Ini bukan kali pertama kami membuat penggambaran untuk iklan," kata Cheong lagi.

Pemberita juga dilarang merakam keadaan di tempat itu, melaporkan keadaannya dan diminta meninggalkan kawasan penggambaran.

Tinjauan Malaysiakini sejak jam 7 pagi sehingga berita ini ditulis mendapati, kira-kira 200 orang terlibat dalam penggambaran itu.

Kelihatan babak orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air dilakonkan. Mereka juga diminta untuk 'menjerit' dan mengangkat tong air.

Produksi iklan itu juga kelihatan membawa empat lori kontena barangan dan persediaan set.

Penduduk setempat bagaimanapun memberitahu Malaysiakini kawasan mereka tidak mempunyai masalah gangguan bekalan air.

"Ini seperti nak tunjuk yang kita tak ada air," kata penduduk pangsapuri itu Dr S Paramananthan kepada pemberita.
Penggambaran P&C, bukan rahsia
Sementara itu, seorang produser eksekutif di syarikat penerbitan iklan berkenaan Chow Chun Son ketika dihubungi bagaimanapun enggan menjelaskan sama ada penggambaran tersebut adalah untuk menunjukkan berlakunya krisis air di Petaling Jaya.

Ditanya sekiranya penggambaran tersebut dibiayai BN, Chow berkata beliau tidak dapat menjawab perkara.

"Sekali lagi, saya tidak boleh jawab," katanya yang menafikan bahawa penggambaran tersebut dibuat secara rahsia.

"Ia bukannya diselubungi rahsia tapi ianya sulit dan persendirian. Ia adalah garis panduan standard dalam industri ini," katanya.

Jelasnya, syarikatnya akan mengambil tindakan sama sekiranya mana-mana pihak mengupahnya untuk penggambaran iklan.

"Jika kami buat penggambaran iklan untuk Malaysiakini, kami juga akan kata perkara sama," katanya. 

14.9.12

Pilihanraya Umum di Malaysia ke 13 Disember 2012? Datuk Najib Dah Jumpa Tarikh

Friday, 14 September 2012

Pilihan raya Malaysia : Jikalau kita singkap semula perjalanan ahli parlimen sekitar lebih 4 tahun yang lalu, mereka mula mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen pada bulan JUN 2008. Cepat betul masa berlalu, tetapi sehingga ke hari ini Parlimen masih lagi belum dibubarkan.
Tidak salah, masih ada lagi masa dan tempohnya. Tetapi kelaziman daripada pimpinan-pimpinan yang sebelum ini jikalau diikutkan sudah pun memulakan semboyan pilihanraya Malaysia 13 (umum) pada waktu-waktu sebegini. Lain pula di zaman Datuk Seri Najib Razak…
Parlimen Malaysia Bubar Pilihanraya Umum di Malaysia ke 13 Disember 2012? Datuk Najib Dah Jumpa Tarikh, Rakyat Dah Sedia? Jikalau diikutkan perkiraan pada bulan Jun 2013 ini, bermakna 9 bulan daripada sekarang Datuk Najib mempunyai masa dan peluang untuk menyiapkan kerajaan baru sebelum bulan Jun 2013, Datuk Najib mesti bubar parlimen sebelum daripada tempoh tersebut. Mandat beliau hanyalah sehingga April 2013.
Akhirnya sehingga ke hari ini rakyat Malaysia masih lagi terus berteka-teki dan menimbulkan pelbagai persoalan, bilakah akan diadakan pilihanraya Malaysia (umum) sehingga mengajak rakyat menjadi “ahli nujum negara” terlalu lama.
“Masing-masing ada pendapat, hujah dan firasat tersendiri”

Pilihan raya Malaysia 13 (Umum) Pada Disember 2012?

Ada cakap-cakap orang politik “kuat” dan “begitu yakin” mengatakan Pilihanraya Malaysia 13 (umum) bakal diadakan pada Disember 2012 ini. Benarkah? Mengapa?
Tarikh PRU ke 13 Pilihanraya Umum di Malaysia ke 13 Disember 2012? Datuk Najib Dah Jumpa Tarikh, Rakyat Dah Sedia?
  1. Antara faktornya ialah, pembentangan Bajet 2013 yang mengandungi pelbagai imbuhan dan insentif yang akan diumumkan oleh Datuk Najib untuk diagihkan dan mula dinikmati oleh rakyat hujung tahun ini (Disember 2013) . Ini bakal memberikan nilai tambah dan keyakinan  kepada jentera kerajaan sebelum menghadapi Pilihanraya Malaysia ke 13 (Umum).
  2. Keduanya, pada waktu itu adalah musim cuti sekolah. SPM pun dianjakkan lebih awal, cuti sekolah pun sudah bermula pertengahan November 2012. Sangat sesuai tempoh masanya.
  3. Ketiganya, dalam masa sama musim haji Oktober–November ini, oleh itu sebaiknya dilakukan selepas daripada tempoh tersebut. Dan Disember 2012 adalah tempoh yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihanraya Malaysia 13 (umum) kerana pada masa itu kumpulan yang mengerjakan haji telah pun pulang ke tanahair.
  4. Keeempatnya, kalau buat Pilihanraya Malaysia 13 pada tahun hadapan 2013, rakyat lupa, orang Malaysia cepat lupa. Jadi, wajar diumumkan dalam masa terdekat dengan tempoh rakyat menikmati insentif. Itu pandangan kebanyakan orang kita dan pertimbangan orang politik.
  5. Faktor kelimanya berkenaan. Ekonomi dunia tidak menentu. Tahun depan tidak terjamin lagi ekonomi negara kita stabil. Ia pasti akan menjejaskan dari segi sokongan Barisan Nasional (BN).
  6. Lanjutan tarikh yang terlalu lama mungkin akan menimbulkan isu-isu dan kontroversi baru, yang bakal menjejaskan imej kerajaan.
Pilihanraya Malaysia ke 13 Pilihanraya Umum di Malaysia ke 13 Disember 2012? Datuk Najib Dah Jumpa Tarikh, Rakyat Dah Sedia? Oleh itu kemungkinan besar bubar Parlimen pada November 2012 dan Pilihanraya Umum ke 13 akan didakan pada bulan Disember 2012.

Walaubagaimanapun, disebabkan kerajaan yang ada sekarang ini di bawah Barisan Nasional jadi oleh itu, mereka mestilah mencari tarikh terbaik untuk mereka menghadapi Pilihan raya Malaysia ke 13. Jikalau ikutkan perkiraannya, tarikh terbaik untuk Barisan Nasional  sebelum Jun 2012. Mengapa tak jadi? (KLIK LINK). Kini, sudah terlepas. Waktu keemasan itu sudah berlalu. Sudah tidak dapat ‘catch the moment’.
Untuk mengetahui tarikh pilihan raya umum ke 13 tidak sukar jika kita dapat mencari tarikh-tarikh yang mampu memberikan keyakinan kepada Barisan Nasional untuk menang pada Pilihan raya umum 13 kali ini. Dan kami rasa Datuk Seri Najib Razak sudah pun mengetahuinya….