2010/02/04
MUADZAM SHAH: Tindakan seorang wanita yang juga isteri orang ‘makan luar’ ketika dalam proses penceraian mengundang padah apabila ditangkap berkhalwat bersama pasangannya, kelmarin.
Kadi daerah, Mohd Rizal Mohd Ali Napiah, berkata pasangan itu dicekup di simpang Lebuhraya Keratong-Bahau kira-kira jam 11 malam.
Menurutnya, penguat kuasa Pejabat Agama Daerah (Paid) yang melakukan rondaan terlihat sebuah kereta dengan lampu terpasang dalam keadaan mencurigakan di simpang jalan berkenaan.
“Apabila diperiksa, anggota penguat kuasa menemui pasangan terbabit sedang asyik bermadu asmara sehingga tidak sedar kehadiran anggota penguatkuasa yang mengetuk cermin kereta mereka,” katanya, semalam.
Katanya, kedua-dua pasangan berusia 24 tahun itu sudah lama mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi dan mengambil kesempatan berjumpa kerana wanita berkenaan perlu menghadiri kursus di Kuantan.
Mohd Rizal berkata, wanita berkenaan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan bulan dan bekerja dengan syarikat swasta di Shah Alam, Selangor.
Menurutnya, suami wanita terbabit juga bekerja di sebuah syarikat swasta di Shah Alam dan mengalami krisis rumah tangga dengan isterinya itu.
“Wanita itu dikatakan dihantar syarikatnya untuk berkursus di Kuantan, namun singgah di sini kerana berdekatan dengan rumah keluarganya,” katanya.
2.1.07
Langgan:
Catatan (Atom)