Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

15.5.08

‘Saya tidak faham’

‘Saya tidak faham’Oleh Nazarali Saerilnazarali@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Ungkapan ‘saya tidak faham’ diluahkan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, pada perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini, semalam, digunakan untuk mematahkan beberapa celahan dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Pakatan Rakyat (PR).Dr Mohamad Khir (BN-Sungai Panjang) beberapa kali menggunakan ungkapan berkenaan setiap kali perbahasannya dicelah Adun PR sehingga menimbulkan suasana agak sinis dalam dewan.

Akhirnya, Yang Dipertua Dewan, Teng Chang Kim daripada DAP mencelah dan berkata, beliau sendiri kini bingung siapa wakil kerajaan dan siapa wakil pembangkang sebelum disambut hilai ketawa wakil kedua-dua pihak.Kali pertama ungkapan itu dibuat ketika Dr Mohamad Khir membahaskan berkaitan pelbagai projek pembangunan, ekonomi dan sosial dijalankan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak lebih 50 tahun lalu.

Ia tiba-tiba dicelah wakil PR yang mendakwa jika ia benar-benar berlaku, mengapa rakyat hilang sokongan kepada BN.

“Ini saya tidak faham. Takkanlah sejak lebih 50 tahun kerajaan BN langsung tidak membangunkan negara serta rakyat. Takkanlah tiada satu pun pembangunan yang kami lakukan.“Kerajaan BN sediakan banyak kemudahan infrastruktur dan sebagainya untuk pembangunan negara dan rakyat. Janganlah ditidakkan perkara itu,” katanya.Seterusnya Dr Mohamad Khir selaku Ketua Pembangkang DUN Selangor diasak persoalan mengenai peratusan pengangguran dan sebagainya oleh wakil PR.“Ini lagi saya tidak faham. Jumlah peratusan itu adalah rekod dalam data analisis serta kajian dijalankan. Ia memang ada dalam data berkenaan,” katanya.Akhirnya, wakil DAP dari Sekinchan mencelah dan menyindir Dr Mohamad Khir jika ditanyakan mengapa BN kalah dalam pilihan raya lalu, beliau juga akan menjawab ‘saya tidak faham’.

Harian Metro

Tiada ulasan: