Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

5.5.08

Ingat nasihat

Oleh Kamarulzaman Pidamar@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: “Panggilan Tun Dr Mahathir mengajak meninggalkan parti tidak munasabah dan saya berharap beliau akan merenung semula nasihat yang diberikan kepada kita dan beliau tidak melakukan apa yang boleh merosakkan parti.

“Kita akan terus tentukan Umno selamat dan menjadi pelindung kepada orang Melayu serta rakyat keseluruhannya,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau mengulas tindakan Dr Mahathir Mohamad yang meninggalkan Umno Isnin lalu dan mengajak penyokongnya turut berbuat demikian kerana hilang kepercayaan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerajui parti itu. Syed Hamid berkata, Dr Mahathir sendiri pernah menasihatkan ahli Umno supaya setia kepada parti itu kerana apa yang paling sekali memastikan parti itu terus kukuh.

“Saya terkejut kerana kita semua produk Tun Dr Mahathir ketika beliau mengetuai kerajaan.
“Saya masih ingat beliau sentiasa memberitahu supaya mengenepikan kepentingan peribadi dan hendaklah setia kepada parti kerana apa yang paling penting ialah parti,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pertandingan Kuiz Pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2008 kategori badan pakaian seragam, universiti dan sekolah menengah, di sini, semalam.

Isnin lalu, Dr Mahathir membuat kejutan apabila meninggalkan parti itu dalam satu majlis forum di Alor Star, Kedah.Syed Hamid berkata, ahli Umno berpegang kukuh kepada nasihat yang diberikan Dr Mahathir itu dan berikutan itu, mereka akan terus bersama Abdullah dalam parti dan tidak akan mengikut jejak bekas Presiden Umno itu.

“Oleh itu, kita akan terus bersama Abdullah dalam parti dan sentiasa memastikan parti sentiasa kuat dan bersatu padu.

“Kita perlu terus kekal bersama parti walaupun tidak bersetuju dengan pemimpin. BN bukan milik Abdullah atau timbalannya, Datuk Seri Najib Razak tetapi untuk memperjuangkan orang Melayu (Umno) dan bukan Melayu,” katanya.Beliau berkata, kesetiaan Ahli Parlimen daripada Umno untuk terus kekal menyokong Abdullah sudah diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno, malam kelmarin.

“Kita juga berharap beliau (Dr Mahathir) akan kembali semula ke dalam Umno satu hari nanti,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah, berkata pertandingan kuiz pelaburan itu adalah usaha PNB bagi memberi pendidikan secara interaktif dan berkesan untuk dimanfaatkan kepada semua lapisan masyarakat.

Harian Metro