Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

1.5.08

Cuba cabul

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fauzi Abdullaham@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang perwakilan negara yang juga pegawai kanan Kementerian Pelancongan Malaysia, ditahan polis Taipei selepas disyaki cuba mencabul kehormatan seorang pembantu kedai di Taiwan, baru-baru ini.

Suspek yang memegang jawatan tinggi di Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia berpejabat di negara berkenaan, ditahan petang Selasa lalu di pusat beli-belah Asia Worlds, Taipei.

Laman web Asia World News dipetik melaporkan, suspek ketika itu baru pulang daripada menghadiri majlis makan malam dan didapati berada di bawah pengaruh alkohol, berdasarkan bau nafasnya. Suspek kemudian dikatakan menuju pusat beli-belah berkenaan untuk berbual dengan pembantu kedai berkenaan.

Dia tiba-tiba dikatakan cuba meraba belakang tubuh mangsa selain turut cuba menyentuh bahagian sulit wanita berkenaan.

Terperanjat dengan tindakan suspek, wanita berkenaan menjerit meminta tolong menyebabkan lelaki itu cuba melarikan diri.Bagaimanapun pengawal keselamatan pusat beli-belah berkenaan yang mendengar jeritan itu segera mengejar suspek sebelum berjaya menahannya.

Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis sebelum diambil keterangan berhubung kejadian berkenaan. Bagaimanapun, akhbar Liberty Times dipetik melaporkan, suspek dibebaskan pagi kelmarin selepas meminta maaf daripada mangsa selain berjanji untuk menyelesaikan perkara berkenaan secara baik.Difahamkan, mangsa bersetuju suspek dibebaskan namun enggan menggugurkan laporan berhubungan gangguan seksual dihadapinya.

Harian Metro

Tiada ulasan: