Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

11.3.14

KJ: Wan Azizah hanya 'boneka' Anwar



Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin mengingatkan pengundi Kajang khususnya anak muda supaya tidak terperangkap dengan usaha Pakatan Rakyat untuk “menagih simpati" pengundi dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.

Khairy mendakwa Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan calon PKR bagi dalam pilihan raya kecil itu hanyalah "boneka" dalam permainan politik tersebut.

Katanya, rakyat tidak meminta untuk mengadakan pilihan raya kecil tersebut, yang menurutnya “sengaja dicipta” oleh suami Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi memenuhi cita-cita politik ketua pembangkang itu.

"Mereka paksa kita, jadi pilihan raya kecil. Tugas kita sekarang mendekati kira-kira 14,000 pengundi muda, berjumpa dan yakinkan mereka, pilihan raya kecil ini semata-mata diadakan untuk memenuhi cita-cita, kerakusan seorang individu bernama Anwar Ibrahim

"Kita kena ajak rakyat dan pengundi kita supaya tolak Anwar Ibrahim. Jangan kita terperangkap dalam perancangan mereka menagih simpati dengan letak calon isterinya Datin Seri Wan Azizah.

"Beliau hanyalah menjadi boneka dan patung kepada dalang sebenar pilihan raya (kecil) DUN Kajang, Anwar Ibrahim," katanya yang disambut laungan "Hidup BN" oleh jentera Pemuda BN.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan didepan kira-kira lebih 700 pemuda BN dalam Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Taman Saujana Impian di Kajang tengah hari ini.

Anwar sebelum ini merancang untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang, dalam rangka strategi yang dikenali sebagai “Langkah Kajang”.

Bekas timbalan perdana menteri tersebut bagaimanapun tidak dapat bertanding dalam pilihan raya kecil berkenaan susulan keputusan Mahkamah Rayuan, Jumaat lalu yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu, yang ditangguhkan pelaksanaannya sementara menunggu rayuan tersebut, selepas mendapati beliau bersalah atas tuduhan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tiada ulasan: