Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (bawah) berkata daripada 7.9 juta pemohon BR1M di seluruh negara, sebanyak dua juta daripadanya tidak mempunyai akaun bank dan diberikan baucar bantuan.
"Saya
tak faham kenapa tiada akaun bank ataupun mereka ini tidak
mengemaskinikan borang BR1M mereka. Mereka boleh mengemas kini pada
setiap masa di pejabat-pejabat daerah, Lembaga Hasil Dalam Negeri atau
ketua-ketua kampung," katanya selepas majlis penyerahan BR1M kepada
penerima kawasan parlimen Pontian di Pontian hari ini.Ahmad turut menjelaskan antara sebab mengapa ada permohonan lambat diproses adalah disebabkan penggunaan borang secara manual dan bukan melalui dalam talian.
Beliau turut meminta pejabat-pejabat daerah mempercepatkan pengagihan BR1M selewatnya sebelum April bagi mengurangkan kegusaran rakyat yang layak mendapat bantuan tersebut.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan