Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

8.9.09

Kes pukul selesai, pelajar senior minta maaf


SAHRUL FITRI (dua dari kanan) bersalam dengan pelajar senior tanda perdamaian sambil disaksikan bapa masing-masing di SMA JAIM Al-Ahmadi, Sungai Udang, Melaka semalam.


MELAKA - Kes pukul seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama JAIM Al-Ahmadi, Sungai Udang di sini, Mohammad Sahrul Fitri Azhar, 13, selesai apabila keluarga kedua-dua belah pihak setuju berdamai.

Selain itu, laporan polis yang dibuat pada 2 September lalu berhubung kejadian itu turut ditarik balik semalam.

Bapa mangsa, Azhar Hasim, 38, memberitahu, pihak sekolah telah mengatur pertemuan antara kedua-dua belah pihak dan pelajar terbabit telah meminta maaf di atas perbuatannya terhadap Sahrul Fitri.

"Saya dan isteri hadir menemani anak saya manakala pelajar senior itu diwakili bapanya.

"Mereka minta maaf atas apa yang berlaku terhadap Sahrul Fitri," katanya.

Kosmo! Jumaat lalu melaporkan mengenai Sahrul Fitri yang mendakwa cedera ditendang seorang pelajar senior di asrama sekolah itu dalam kejadian pada 1 September lalu.

Tiada ulasan: