Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

8.9.09

Dua berita gembira buat Kartika


KARTIKA bersama Shukarnor di kediaman mereka di Kampung Jawang, Sungai Siput.


IPOH - Bagi keluarga Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, kini ada dua berita baik di sebalik kemelut dan isu yang berlarutan melibatkan mereka selama ini.

Menurut bapa Kartika, Shukarnor Abdul Mutalib, 53, salah satunya ialah pengesahan salasilah keluarga yang dibuat salah seorang waris keturunan Megat Terawis, Megat Mahmud Megat Othman, 50, yang disiarkan Kosmo! Ahad yang beliau sifatkan sebagai 'penutup' segala pertikaian sebelum ini.

"Saya harap sesiapa pun tidak lagi memanjangkan perkara itu malahan saya juga terkejut apabila menerima panggilan daripada Setiausaha Persatuan Megat Terawis, Megat Iskandar Megat Zaharuddin semalam (kelmarin).

"Beliau (Megat Iskandar) juga berpendirian isu ini telah selesai dan saya yakin apa yang berlaku akan merapatkan hubungan ahli keturunan Megat Terawis termasuk yang ramai berada di Kampung Jawang, Sungai Siput," katanya kepada Kosmo! semalam.

Berita gembira kedua ialah mengenai berita Jabatan Penjara yang dimaklumkan sudah mengadakan demonstrasi hukuman sebatan di hadapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein minggu lalu.

Tiada ulasan: