Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

18.3.10

TG Nik Aziz ialah Bahlol Malaysia

Posted on Wednesday, March 17 @ 09:05:14 PDT

Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Artikel Oleh Ali Zaidan

Kalau nak maki, tolong baca sampai habis dulu, baru maki. Terima kasih.

Zaman baru belum bersunat dahulu (2 bulan lepas), selalu sangat aku dan kawan-kawan duk bermain dan bergurau. Main guli, panjat pokok. Kemudian bergaduh. Tengah sedap bergaduh, keluar lah perkataan 'bangang, bodoh, bahlol dan seumpamanya' (Korang pun tahu yang selebihnya. Macam tak pernah buat kecik2 dulu. Elehhh..)

Tapi masa tu, ada 'abang besar' yang marah benar kalau kami sebut bahlol. Katanya tak baik. Eh, masa cakap 'bodoh' dia tak marah pulak. Siap join sekaki.

Tapi sebab tengah 'kecik' masa tu, tak berani la nak melawan. Taqlid buta je lah. Kang kalau tak taqlid, makan penerajang pulak. Budak besar2 ni bukan boleh buat kira.

Sampailah aku dewasa dan masuk universiti, reti bukak kitab, baru lah aku faham bebenar pasal apa jangan sebut bahlol.

Bahlol ialah nama seorang ulama yang hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar Rashid. Hebatnya Bahlol (Nama sebenarnya ialah Bahlol Dana r.a) ni sampaikan Imam Abu Hanifah (pengasas Mazhab Hanafi) pun mengiktiraf beliau sebagai gurunya. Ada pengkaji mengatakan Bahlol ini ialah saudara lelaki (tak tahu lah tiri atau kandung) dan penasihat kepada Khalifah sendiri. Bahlol dikenali sebagai Madjzub iaitu golongan yang menyembunyikan kepintaran mereka dengan perbuatan2 yg tak masuk akal. Sesetengah orang sahaja yang mampu kenal siapa madjzub ni.

Satu kisah yang menarik ialah, ketika Harun Ar Rashid duk jalan2 ngan bini dia (Zubaidah), mereka ternampak lah Bahlol ni tengah buat rumah dari tanah liat. Zubaidah ni pun tanya la:

"Wat apa tu Bahlol?"

"Wat rumah. Rumah ni untuk syurga punya"

"Nak beli boleh? Rega berapa inggit?"

"Kasik 10 dinar la. Kasi cincai punya harga".

Selamba badak, Zubaidah bawak keluar duit 10 dinar dari beg Gucci dia, bagi kat Bahlol. Dan selamba badak jugak, Bahlol buang duit tu dalam sungai.

"Haa.. balik lah, kau dah ada rumah dah kat syurga Zubaidah".

Gelak-gelak Harun masa tu. "Sayang dah kena main dah ngan Bahlol tu. Kah kah kah".

Malam tu, Harun Ar Rashid mimpi, dia mimpi masuk syurga. Di hadapan dia masa tu ada sebuah istana, yg tertera nama bini dia. Harun pun cuba masuk, tapi dihalang oleh malaikat.

"Eh apsal halang2 ni? Ni rumah bini aku"

"Rumah bini kau kat dunia boleh la kau masuk. Kat akhirat sendiri sendiri"

Bangun Harun Ar Rashid, peluh2. Di kejut bini dia dan pagi itu jugak, depa dua orang ni duk cari Bahlol. Jumpa la Bahlol tepi sungai, tengah buat rumah tanah liat.

"Bahlol, aku datang nak beli rumah ni"

"Buleh. Tarak hal punya"

"Berapa harga?"

"Harga kengkawan, 10 000 dinar."

"Jadah apa naik sampai 10 000? Aku tak buat GST pun lagi kau dah penaik rega ke?"

"Haa.. sebab semalam bini kau 'membeli tanpa melihat' "

Haha.. so, soalan aku, apa benda maksud tersirat Bahlol bila dia kata Zubaidah 'membeli tanpa melihat' sampaikan Zubaidah dapat harga runtuh?

Itu yg kita panggil 'tahap kepercayaan'. Ada orang kena tengok dulu nikmat, kena tengok dulu azab, baru nak buat amal. Ada orang, bila dengar saja, depa patuh dan taat.

Ada orang bila pimpinan buat sesuatu, maka banyak pulak buat spekulasi. Nak masuk Umno la hapa la. Sana sini mintak bukti. Banyak buruk sangka dari baik sangka. Itu penanda tahap thiqah yg rendah.

Haaa.. kan kena lagi Pas Recond dengan aku.. Keh keh..

Kemudian, masa zaman aku duduk universiti dulu (aku rasa time tu aku tengah2 nak grad kot), ada lah aku ikut satu pengajian oleh seorang ahli Majlis Fatwa sebuah negeri (Apa nama dia aku dah tak berapa nak ingat).

Dia cerita, masa zaman Bahlol tu, berlaku satu kemarau yg sangat dahsyat. Kira2 ganda2 la panas dari kita yg duk Malaysia hari ni. Habis khalifah suruh para ulama solat minta hujan. Turunlah ulamak, solat beramai-ramai... tapi tak ada hujan yang turun pun. Pening weh khalifah masa tu. Dipanggil la menteri dia mengadap.

"Hah, habis ulamak dah kita suruh solat mintak hujan ni. Tak setitik pun turun. Pabenda yg kita nak buat lagi ni?"

"Eh tuanku, ada sorang lagi yang kita tak panggil"

"Sapa?"

"Bahlol"

"Bahlol pun Bahlol la, arah dia buat solat mintak hujan"

Bahlol pun pergi la ke masjid. Masa tu ramai dah yg ikut berkumpul. Ya la, nak solat mintak hujan kan. Tak best la kalau sembahyang sorang2 ni.

Tiba-tiba, Bahlol naik atas mimbar, ditunjukkan jarinya ke langit dan dia mintak "Ya Allah, turunkan lah hujan". Tak ada solat apa pun.

Time tu jugak, hujan turun dengan lebat... Cepat sungguh Allah jawab permintaan wali-Nya.



Aku teringat kisah Bahlol ini bila aku baca laporan dari Malaysian Insider berkenaan solat sunat Istisqa' yg di imamkan Tuan Guru Nik Aziz yg terus dijawab oleh Allah ketika tengah solat lagi.

Hujan dilaporkan mula turun start masa Tok Guru baca Fatihah lagi.

Oleh itu, pada hemat aku, TGNA memang banyak mempunyai ciri-ciri Waliyullah seperti Bahlol Dana r.a. Ada karamahnya dan tinggi bahasanya. Sepertimana isu-isu 'Tuhan samseng', 'Allah mencarut' yang memang payah nak difaham oleh orang2 yang mempunyai pemikiran lurus macam tiang letrik.

Semoga Allah terus memelihara kepimpinan ulamak daripada serangan dan fitnah dari luar dan dalam.

Amin..

.....
Catatan Songkok Putih
Saya ambil artikel ini tanpa izin pengendali laman ini. Ada yang kata penulis ini adalah samaran saya. Terima kasih, jauh langit dari bumi. Penulis ini mungkin seorang ustaz sedangkan saya berpendidikan skular yang kurang berkat keilmuannya dengan ilmu wahyu.

Manusia boleh membuat sebarang tuduhan kerana mereka diberikan Allah lidah dan tangan untuk berkata-kata dan menaip. Jika Allah tarik nikmat tersebut, barulah dia mengetahui kebenarannya.

Anda boleh lawat laman penulis ini di
http://ali-zaidan.blogspot.com

Semoga Allah memberikan kekuatan keimanan dan kesejahteraan atas beliau diatas usaha mempertahan kepimpinan ulama dalam jamaah Islam.

Tiada ulasan: