Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

17.6.09

Tahniah Ustaz Abu Bakar, PJ Perak baru

Johari Jaafar
Wed | Jun 17, 09 | 9:47:13 am MYT

IPOH, 17 Jun (Hrkh) - Bekas Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Misbahul Munir Masduki yakin Ustaz Abu Bakar Hussein mampu menerajui PAS Perak dengan baik dengan kerjasama dari dewan dewan dan PAS kawasan-kawasan kerana beliau tidak keseorangan dalam memimpin PAS di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Ustaz Abu Bakar Hussein yang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang baru seperti yang diumumkan oleh Presiden PAS, Dato' Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama di Pejabat Agung PAS Pusat baru-baru ini.

Sebelum ini, Ustaz Abu Bakar adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Yang Dipetua PAS Kawasan Gopeng untuk beberapa penggal yang lalu.

Dalam Pilihan raya umum yang lepas, beliau bertanding di DUN Pengkalan Baru dan hanya kalah dengan majoriti yang begitu kecil iaitu 14 undi.

Beliau juga adalah pesara guru agama yang pernah berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh.

"Pelantikan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Perak disambut baik oleh kawasan-kawasan dan dewan-dewan, " katanya.

"Dengan pengalaman sebagai pendidik agama, seluruh PAS Kawasan di Perak mengharapkan agar pengalaman mentarbiyyah digunakan untuk mentarbiyah ahli-ahli PAS," jelasnya.

Beliau sememangnya sangat meminati bidang tarbiyah haraki.

Menurutnya, Markaz Tarbiyah Air Kuning sentiasa aktif dengan program-program tarbiyah yang dikendalikan oleh Lajnah yang dipengerusikan oleh beliau.

Pengisian tarbiyah begitu hidup sepanjang beliau menerajui lajnah tersebut, pembentangan kertas-kertas tarbiyah tidak hanya terikat dengan teks tertentu, malahan persoalan ekonomi, politik, ISA dan berbagai-bagai isu semasa di peringkat nasional dan antarabangsa turut diketengahkan.

Tambahnya,Ustaz Abu Bakar tidak akan bersendirian memimpin negeri Perak, seluruh PAS Kawasan dan dewan-dewan akan membantu beliau bagi melaksanakan amanat dan mandat tersebut.

"Saya yakin dengan kemampuan Ustaz Abu Bakar untuk menerajui PAS Perak, saya sependapat dengan Misbah,' kata Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim. - mks.

Tiada ulasan: