Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

16.6.09

Sokong titah Sultan Perak - Pemuda PAS Perak

Johari Jaafar
Tue | Jun 16, 09 | 12:33:23 pm MYT

IPOH, 16 Jun (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyokong penuh titah yang telah disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bahawa sebarang gerakan yang dicetuskan untuk mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera bukan sahaja melanggar peruntukan asas dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri, malah turut mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Demikian ditegaskan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Salman Salle dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Pemuda PAS Perak yakin saranan yang telah dititahkan oleh Seri Paduka Sultan Perak adalah menjadi pegangan dan keyakinan PAS sejak ianya ditubuhkan.

PAS yang meletakkan Islam sebagai pegangan yang tertinggi sudah tentu akan memastikan semua aspek pembentukan dan pemerintahan di dalam sesebuah negera atau negeri menjadi perlaksanaannya.

"Kita yakin dengan asas Raja Beperlembagaan sebagai satu pendekatan yang telah kita semua amalkan sebagai demokrasi tulen selama ini," jelasnya.

Pemuda PAS Perak akan memberikan komitmen jitu di dalam memahamkan seluruh rakyat akan asas-asas yang telah dibawa semenjak merdeka lagi sehingga sekarang iaitu rukun Negara .

"Akibat rakuskan kuasa sesetengah pihak, mereka sanggup menolak dan menafikan keutuhan sistem Raja Beperlembagaan ini sebagai prinsipnya di dalam rukun Negara kita," tegasnya. - azm

Tiada ulasan: