Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

1.7.08

'Pemuda itu rapat dengan Rosmah'

Jul 1, 08 5:04pm
Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menghadapi dakwaan melakukan liwat terhadap pembantunya, mendakwa pemuda itu mempunyai hubungan rapat dengan timbalan perdana menteri dan isterinya.

Penasihat PKR mendakwa lagi Mohd Saiful Bukhari Azlan beberapa kali bertem Rosmah Mansor, selain rapat dengan suaminya Datuk Seri Najib Razak dan pegawai khasnya Khairil Anas Yusof.

Kelmarin presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan foto pemuda itu dengan Khairil Anas - bagaimanapun Najib semalam menafikan pembabitannya dan pegawainya itu dengan kontroversi terbaru Anwar.

Anwar berkata beliau akan mendedahkan dakwaannya itu dalam masa terdekat.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini, beliau menafikan Mohd Saiful seorang pegawai peribadinya.

Anwar sebelumnya membuat laporan polis terhadap ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Penasihat PKR berada setengah jam di ibu pejabat polis kontinjen Selangor, Shah Alam untuk tujuan itu mulai jam 2.50 petang, diiringi peguamnya Sankara Nair.

Satu ceramah penjelasan isu menggemparkan ini akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 8.30 malam ini.

Malaysia Kini

Tiada ulasan: