Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

17.7.12

Gendang bercakap Nigeria

SAMBIL sebelah tangannya memegang kayu bengkok, seorang kanak-kanak perempuan prasekolah Nigeria mengatur langkahnya perlahan-lahan sambil membetulkan kedudukan alat muzik yang dibawanya gendang dan sejarah banyak generasi.
“Kanak-kanak perlu mewarisi budaya dan tradisi kami. Mereka perlu diajar sejak kecil,” kata Aralola Olamuyiwa, yang lebih terkenal dengan panggilan Ara, selepas tamat kelas selama sejam yang berlangsung di taman asuhan kanak-kanak dan sekolah rendah Lagos.

Suaranya penuh semangat apabila memperkatakan mengenai ‘gendang bercakap’.

Gendang bercakap Afrika Barat yang mempunyai bentuk jam pasir biasanya dibuat daripada kayu dan belulang (kulit haiwan yang dikeringkan), sangat penting dalam budaya masyarakat di rantau itu kerana sejak dulu ia berfungsi sebagai alat komunikasi sebelum adanya telefon.


Walaupun kini fungsinya semakin hilang, gendang bercakap ini tidak akan pupus kerana ia sudah digabungkan bukan saja ke dalam muzik tradisional malah turut dimuatkan dalam muzik hip hop Afrika dan lagu penyanyi terkenal seperti Erykah Badu.

Anak kelahiran Nigeria, Sikiru Adepoju disanjung tinggi kerana kepakarannya dalam memainkan gendang berkenaan, hasil kerjasamanya dengan pemain perkusi kumpulan Grateful Dead, Mickey Hart.

Ara adalah antara pemain gendang perempuan Nigeria yang pernah mengadakan persembahan dengan Stevie Wonder dan untuk Ratu England.

Dia sanggup pergi ke sekolah rendah untuk mengajar kanak-kanak bermain gendang bercakap itu kerana ia dianggap cara mengekalkan budaya dan warisan melalui generasi muda yang menjadi masa depan masyarakat.

Hasratnya itu memang murni manakala bunyinya yang sangat beraneka itu sangat memikat dan ini sebabnya mengapa semakin ramai pemuzik kontemporari memasukkan gendang ini untuk mengindahkan lagi lagu ciptaan mereka.

Penyanyi rap keturunan Nigeria-British, Weird MC, yang terkenal dengan nama Rappatainer, turut menggunakan gendang tradisional ini apabila dia memperkenalkan singlenya ‘Ijo-ya’ (Mari Menari) pada 2006.

Dilahirkan dengan nama Adesola Idowu, dia berkata mahu menggabungkan alunan muzik kontemporari dengan bunyi gendang tradisional bagi menghasilkan sesuatu yang baru yang ketika itu sangat unik.

Tiada ulasan: