Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

1.4.10

Malu, Tiada Sokongan Antara Punca Buang Anak

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Perasaan takut dan malu kerana hamil luar nikah dan tiada sokongan keluarga merupakan antara punca utama yang menyumbang kepada gejala buang bayi di negara ini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Noriah Kasnon berkata aspek kekangan ekonomi dan kurangnya pendidikan agama turut menyumbang kepada masalah yang semakin meruncing itu.

Beliau berkata sejak 2004 hingga 2007, sejumlah 304 kes bayi dibuang dilaporkan di seluruh negara, di mana daripada jumlah itu 117 merupakan bayi lelaki, 96 bayi perempuan dan 91 bayi lagi tidak diketahui jantina kerana telah reput.

"Kementerian berpendapat cara terbaik untuk menangani isu ini ialah dengan memberi kesedaran dan kefahaman kepada anggota masyarakat mengenai pentingnya menjaga keselamatan kanak-kanak serta mengamalkan prinsip kemanusiaan," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Chew Vun Ming.

Noriah berkata, antara langkah yang dijalankan kerajaan ialah meningkatkan pengetahuan remaja mengenai kesihatan reproduktif dan sosial yang telahpun dimasukkan dalam subjek di sekolah serta memberi khidmat kaunseling bagi mengelak trauma dan stigma yang dihadapi individu dan keluarga yang terlibat dengan kes buang bayi.

Sementara itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri S.K Devasamy memberi jaminan bahawa kredibiliti persijilan halal Malaysia adalah terjamin dan tidak perlu diragukan walaupun setelah tanggungjawab itu diserahkan kepada Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Dengan langkah penukaran status HDC kepada badan berkanun, 'kedaulatan' dan integriti sijil halal yang dikeluarkan HDC akan sentiasa terjamin," katanya.

Beliau berkata, tambahan lagi kakitangan HDC juga adalah daripada kalangan para petugas yang pernah berkhidmat di Jakim.

-- BERNAMA

Tiada ulasan: