31/01/13
Syabas penulis ucapkan kepada akhbar Berita Harian yang menyiarkan kajian populariti yang dijalankan oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES).
Kajian tersebut menyebut bahawa akhbar tersebut dan New Straits Times menjadi pilihan utama mahasiswa sebagai sumber maklumat politik media cetak.
Bahkan ia turut menyiarkan tentang populariti Datuk Seri Najib dalam kalangan mahasiswa yang kini menurut kajian tersebut ia diterajui oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 75.1%, diikuti dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) 67.4% dan Universiti Malaya (UM) 41.4%.
Keadaan ini seolah-olah memberi peluang kepada Najib untuk menyatakan kepada rakyat bahawa beliau masih lagi popular dan menjadi calon pilihan untuk PRU nanti.
Berbeza dengan laporan portal berita Malaysiakini di mana ia menjadi pilihan dalam kalangan mahasiswa di mana kajian oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) itu juga menunjukkan Malaysiakini merupakan portal berita dan paling kerap dilayari mahasiswa Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kajian berkenaan membanding kewibawaan Malaysiakini berbanding laman web politik dan blog lain di kalangan pembaca berkenaan.
Seramai 66.4 peratus dari kalangan 1,009 siswa di UM berpendapat demikian berbanding laman berita lain – The Malaysian Insider (30.6 peratus) dan laman milik Umno, Utusan Online (23.6 peratus).
Malaysiakini juga merupakan laman berita paling popular di kalangan siswa berkenaan (71.1 peratus) berbanding Utusan Online (24 peratus), The Malaysian Insider (21.2 peratus) dan laman berita milik MCA, MStar (19.7 peratus).
Trend sama juga dilihat di UKM – seramai 39.4 peratus daripada 1,006 siswa yang dikaji memilih Malaysiakini sebagai sumber maklumat politik yang paling dipercayai berbanding laman lain.
Utusan Online juga menjadi sumber kedua yang paling dipercayai di kalangan siswa UKM (31.5%), diikuti Mstar (19.4%) dan lidah parti PAS Harakahdaily (15 peratus).
Itu perbezaan antara media cetak dan portal, tetapi bagi penulis ia langsung tidak melambangkan kewibawaan media cetak berkenaan. Umum mengetahui bahawa dalam dunia media portal, terlalu banyak rangkaian portal berita baik pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang.
Ini kerana media portal adalah tidak terikat dengan mana-mana aturan ketat yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Berbeza dengan media cetak yang penerbitannya banyak dimonopoli oleh KDN seperti pengeluaran permit dan sebagainya.
Andaikata KDN memberi pelepasan kepada mana-mana media bebas untuk menerbitkan akhbar harian mereka sendiri tanpa sebarang sekatan seperti mana yang dialami oleh akhbar pro-pembangkang, ada atau tidak kemungkinan bahawa media cetak mereka akan terus menjadi pilihan?
Jika KDN memberi kebenaran, jadi kajian yang dibuat oileh YES ini dikira Valid dan adil bagi penulis. Jika dalam keadaan kini dibuat perbandingan sebegini ibarat kata MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI..!!!!!




Semalam, Chua Peng Sian, bendahari bagi Gabungan NGO Pengerang yang
mengetuai gerakan anti-Rapid, mendakwa, kerana terpaksa berpindah
mungkin menjadi salah satu sebab di sebalik tragedi tersebut kerana
keluarga berkenaan telah menyewa tanah terbabit, dan oleh itu hanya
boleh menerima pampasan
"Teoh terlalu sensitif," katanya, sambil menambah bahawa satu-satunya cara untuk Mao Fong dan Teoh mengetahui kebenarannya ialah untuk 'berdepan dengan kebenaran tentang si mati'.
Surat yang bertarikh 27 Disember itu - empat hari sebelum tragedi itu - adalah untuk Mao Fong.


"Kami
tidak berpakaian. Kami cuba hentikan orang yang lalu lalang. Beberapa
beca bermotor, kereta dan motosikal memperlahankan kenderaan tetapi
tiada siapa pun berhenti kira-kira 25 minit.
Ketua
Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob menjelaskan tarian itu tidak
ditempah pihaknya dan ia dipersembahkan secara mengejut.
Zahedi
mengulas rakaman gambar tarian pada majlis 'Sekalung Budi Segunung
Intan' anjuran Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Shah Alam, yang dikesan
berlegar di laman sosial.