Jemaah
haji dinasihati tidak mendedahkan diri kepada kepanasan cahaya matahari
yang melampau di Tanah Suci ekoran cuaca panas yang ada kalanya
mencecah sehingga 44 darjah celsius.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata para jemaah juga perlu berhati-hati agar tidak terlalu terdedah kepada cuaca panas, terutama semasa hendak ke masjid dan membeli-belah.
"Untuk bakal-bakal haji yang masih berada di Malaysia, saya juga mahu nasihatkan supaya dibawa bekalan ubat-ubatan secukupnya untuk hari-hari pertama dan kedua, walaupun klinik Tabung Haji ada tetapi tidak boleh diambil ringan keperluan ubat-ubatan ini," katanya kepada pemberita di Hotel Al Haram yang menjadi tempat operasi Tabung Haji di Madinah.
Beliau yang juga Pengurus Besar Kanan Haji Tabung Haji berkata bakal jemaah haji di Malaysia juga diminta berehat dan tidur secukupnya kerana beliau mendapati ada jemaah yang tiba di Tanah Suci mengalami masalah kurang tidur dan mula menerima gangguan emosi, fikiran dan sebagainya.
Beliau juga mengingatkan jemaah haji agar menjaga keselamatan diri mereka kerana di Madinah orang begitu ramai dan kalau pergi ke mana-mana biarlah secara berkumpulan untuk mengelak daripada tersesat.
Syed Saleh berkata setakat hari ini, seramai 7,535 orang jemaah atau 28 peratus daripada jumlah keseluruhan 28,000 orang sudah sampai ke Tanah Suci melalui Madinah dan Jeddah.
Mereka akan mula bergerak masuk ke Mekah pada 25 Sept ini, katanya.
Pusat operasi Tabung Haji di Mekah sudah pun bersedia untuk menerima jemaah ini dan beliau sendiri berasa sangat berpuas hati dengan persiapan petugasnya di Madinah dan Mekah.
Perkhimatan Tabung Haji seperti khidmat bagasi, klinik, bank dan juga penyediaan makanan ala menu Malaysia juga semua mendapat sambutan baik daripada para jemaah yang ada, katanya.
"Keseluruhannya sebanyak 22 penerbangan sudah dibuat ke Jeddah dan Madinah dari 41 penerbangan, jemaah haji yang bakal sampai akan disambut dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang sudah siap beroperasi di Madinah dan Mekah," katanya.
- Bernama

"Bulan
Julai sebelum pulang ke Kuching, saya tak ingat, dia serang saya di
dalam rumah. Dia pukul, angkat tangan tampar, tumbuk. 
Mereka
mendakwa penggambaran berskala besar itu mengganggu privasi,
menyesakkan kawasan, berunsur politik dan tidak memberikan gambaran
sebenar masalah berkaitan air.
Paramananthan juga mendakwa, tiada sebarang maklumat terperinci diberikan kepada persatuan penduduk.
Sementara
itu, seorang penduduk lagi berkata, mereka hanya dimaklumkan
penggambaran iklan "khidmat sosial mengenai air" tetapi tidak
dimaklumkan ia berskala besar.
"Saya
dah kata tempat ini tidak sesuai untuk penggambaran. Tetapi mereka kata
mereka mahu lakukan kerana tempat ini sesuai," tambahnya.
Anwar
berkata, "rakannya" itu membenarkan beliau menggunakan pesawat
berkenaan disebabkan "masalah logistik" untuk perjalanan ke Sabah dan
Sarawak.
Katanya, pemilik jet tersebut – dipercayai dari jenis Dassault Falcon 7X – merupakan seorang yang dikenalinya untuk sekian lama.