Halaman

15.5.13

Najib ucap tahniah kepada KPN, TKPN



15 Mei 2013
Datuk Seri Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru.    

Perdana menteri dalam tweet terbarunya turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

"Semoga PDRM terus cemerlang dalam menjaga keamanan," katanya.

Pelantikan Khalid dan Mohd Bakri berkuatkuasa Jumaat (17 Mei).

Khalid, 56, yang merupakan timbalan ketua polis negara menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang akan tamat tempoh pelantikan secara kontrak esok. 

Mohd Bakri, 59, merupakan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan