Pelakon Bollywood pujaan ramai, Shahrukh Khan mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran filem terbarunya, 'Happy New Year' sehingga menimbulkan suasana panik dikalangan peminat setianya. 
Shahrukh dikatakan mengalami kecederaan tangan kiri yang berpunca daripada serpihan kaca dari pintu yang dipecahkan semasa penggambaran dijalankan.
Kejadian ini turut menimbulkan suasana cemas dikalangan kru produksi. Shahrukh telah mendapatkan rawatan dan doktor mengesahkan luka yang dialaminya tidak serius.