Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

26.8.13

Tragedi bas terjunam, SPAD tubuh j'kuasa panel inkuiri


 
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menubuhkan Jawatankuasa Panel Inkuiri secepat mungkin bagi mengumpul semua maklumat berhubung insiden kemalangan maut di Genting Highlands yang meragut 37 nyawa minggu lepas.

genting bus accident 220813 01Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pada ketika ini pihaknya sedang menunggu laporan siasatan insiden itu daripada pelbagai agensi yang bertanggungjawab.

"Perkara utama kita adalah menunggu semua laporan dan kita akan tubuhkan Jawatankuasa Panel Inkuiri yang akan mengumpulkan daripada pihak bertanggungjawab melakukan siasatan.

"Kita hendak tubuhkan (Jawatankuasa Panel Inkuiri) secepat mungkin, supaya kita dapat menyediakan syarat rujukan untuk (anggota) panel," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat skim Teksi 1Malaysia di Johor Baharu, hari ini.

Dalam kemalangan itu, 16 penumpang turut cedera parah apabila bas ekspres itu terjunam sejauh 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Genting Highlands.

Ia adalah antara kemalangan jalan raya terburuk negara.

Menurut Syed Hamid, dengan penubuhan jawatankuasa Panel Inkuiri itu kelak, pihaknya berharap ia akan dapat membuat cadangan yang menyeluruh kepada kerajaan.

Katanya jawatankuasa itu, perlu menyerahkan laporannya kepada SPAD, sebelum suruhanjaya itu mengemukakan laporan berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Syed Hamid berkata jika ada kes untuk mendakwa mana-mana pihak, suruhanjaya itu akan mengemukakan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk memutuskan tindakan selanjutnya.

"Jika ada kes, kita akan serahkan IP (kertas siasatan) kepada pihak AG (Peguam Negara) untuk membuat keputusan," kata Syed Hamid.

Beliau juga menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat spekulasi tentang punca kejadian kemalangan bas itu sehingga selesai segala siasatan dengan mengambil kira pandangan daripada mereka yang pakar.

-Bernama

Waytha: Maka, kita tembak semua gengster?


12:07PM Ogos 26 2013  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy berkata keganasan bukan satu jalan untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi masyarakat India berhubung peningkatan kadar jenayah.

“Di setiap bandar utama di pantai barat, saya pasti ada beberapa kumpulan dan mungkin sama ramai seperti di Pulau Pinang. Itu jumlah yang besar dan menggusarkan.

“Adakah timbul cadangan supaya kita tembak semua anak muda yang tidak terkawal ini untuk membersihkan jalanan kita dari jenayah?,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kritikan ke atas kenyataannya sebelum ini berhubung tindakan polis menembak lima orang pemuda di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Episod tersebut mungkin menghapuskan lima orang dari jalanan dengan cara tersebut, tapi adakah ia benar-benar menyelesaikan masalah jenayah?m” soalanya.

Beliau juga mengakui kenyataan polis pada hari Sabtu lalu bahawa masyarakat India menghadapi ancaman serius dalam peningkatan gengsterisme.

"Dalam perarakan pengebumian salah seorang dari yang meninggal dunia pada hari itu, akhbar melaporkan seramai 800 orang pemudia India didakwa anggoa Geng 04 menyertainya.

"Semalam dilaporkan bahawa pengarah CID Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah berkata rekod polis mengenai anggota gengster menunjukkan 71 peratus dari kalangan orang India,” katanya.

Bekas PM: TPPA perdagangan terkawal, bukan bebas


 
Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA) merupakan satu bentuk "perdagangan terkawal" dan bukan "perdagangan bebas" seperti yang didokong oleh Amerika Syarikat (AS), kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

NONE"Dengan syarat yang diberikan (dalam TPPA), perdagangan tidak lagi bebas, kita akan terikat dengan perjanjian itu," katanya dalam sidang media di mesyuarat meja bulat berkaitan TPPA hari ini.

Katanya, AS kini menjadi negara miskin dan dengan itu ia cuma menaikkan semula kekuatan ekonominya dengan mengakses sumber daripada negara-negara kecil yang pernah dijajah oleh kuasa Barat.

"Untuk beberapa lama, AS mempunyai hutang melebihi pendapatan. Mereka cuba meningkatkan kekayaan melalui perjanjian-perjanjian," katanya.

Mahathir (atas) sebelum ini berkata TPPA satu bentuk "penjajahan" oleh AS.

Mahathir: Jangan tandatangan TPPA


 
Kerajaan patut berhenti "berahsia" berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific (TPPA) dan mendedahkan kandungan terperincinya kepada awam, kata Dr Mahathir Mohamad.

NONE"Kerajaan tidak patut berahsia kerana ia melibatkan rakyat Malaysia," kata bekas perdana menteri dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat meja bulat berkaitan TPPA anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini.

"Menyembunyikannya daripada pengetahuan awam bermaksud terhadap perkara dalam perjanjian itu yang (perunding) tidak mahu orang awam tahu," kata Mahathir, yang telah membaca keseluruhan 29 bahagian dalam perjanjian itu.

"Perjanjian ini akan meningkatkan import kita dan mengurangkan eksport. Ia tidak bagus untuk kita. Saya secara tidak langsung memberitahu kerajaan supaya tidak tandatangan perjanjian ini.

Mahkamah terima rayuan, Sirul mungkin dianiaya


 
Penghakiman bertulis dalam kes rayuan oleh dua anggota polis elit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu menunjukkan bahawa tertuduh kedua, Kpl Sirul Azhar Umar mungkin telah dianiaya.

altantuya razak baginda murder 050707 sirul azhar umarMahkamah Rayuan pada hari Jumaat lalu menggariskan bahawa Sirul dan tertuduh pertama Cif Insp Azilah Hadri dibebaskan dari tuduhan berkenaan memandangkan pembantu peribadi Datuk Seri Najib Razak, Musa Safri tidak ditampilkan sebagai saksi.

Sirul dalam kenyatannya dari kandang tertuduh telah menyebut bagaimana beliau dijadikan “kambing hitam” oleh polis untuk dikorbankan demi memelihara rancangan pasukan tersebut.
Hakim Mahkamah Rayuan Tengku Maimun Tuan Mat dalam penghakiman bertulis tersebut menjelaskan sebab mahkamah tidak menerima bukti daripada pegawai polis yang membawa Sirul ke rumah tertuduh berkenaan untuk mengecam bahan bukti.

Terdapat pengakuan bertentangan dan tidak konklusif mengenai penemuan satu jaket hitam dan barang kemas milik Altantuya dalam jaket tersebut, penghakiman itu dipetik.

altantuya razak baginda murder trial 010807 sirul jacketTengku Maimun juga menyatakan, tiada keterangan yang konklusif mengenai kata-kata yang disebut oleh Sirul berhubung penemuan jaket tersebut.

Katanya lagi, seorang saksi polis menyebut bahawa Sirul memberitahu barang kemas itu disimpan dalam jaket tersebut tetapi seorang lagi pegawai polis tidak mendedahkan kenyataan seperti itu.

Hakim itu berkata, Sirul dalam keterangan menyebut bahawa pegawai polis yang mendakwa barang kemas itu disimpan dalam jaket berkenaan telah meminta tertuduh memegang jaket tersebut untuk rakaman gambar, sebanyak dua kali.

"Pegawai polis yang sama mengeluarkan beberapa barangan daripada jaket yang sama dan meletakkan ke atas katil sebelum memaksa (Sirul) menunjukkan, dengan jari, ke arah kesemua barangan tersebut sebelum gambarnya dirakam.

"Perayu kedua dengan itu menyatakan bahawa polis meletakkan barang kemas itu di rumahnya,” katanya.

Mahkamah turut mengambil kira fakta bahawa kunci rumah tersebut dipegang oleh anggota polis sebelum pencarian untuk jaket berwarna hitam dibuat dari dalam almari yang tidak berkunci di bilik Sirul yang tidak berkunci, kata hakim tersebut.

25.8.13

Sultan Selangor: Jemaah haji jangan berdemonstrasi

SHAH ALAM - Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat negeri Selangor yang akan mengerjakan ibadah haji tahun ini agar tidak berdemonstrasi semasa berada di Makkah dan Madinah.

Baginda bertitah tindakan sedemikian pastinya menjejaskan nama baik rakyat Malaysia serta hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

"Beta menasihatkan bakal-bakal haji supaya dapat menjaga nama baik negeri Selangor dan juga negara Malaysia yang telah dikenali di kalangan pemimpin negara Arab sebagai jemaah haji berdisplin dan terbaik.

"Beta tidak berkenan rakyat negeri Selangor yang pergi menunaikan haji ke tanah suci Mekah dan Madinah mengadakan tunjuk perasaan atau demonstrasi," titah baginda pada majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji tahun 1434H/2013 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Baginda turut mengingatkan bakal haji agar menunaikan ibadah haji dengan betul sebagaimana dituntut ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak terikut-ikut jemaah haji dari negara lain.

"Sebarang masalah yang berkaitan dengan ibadah haji hendaklah dirujuk kepada ahli agama yang disediakan Lembaga Tabung Haji. Beta yakin kursus haji yang telah diadakan ini mampu membantu jemaah mengerjakan ibadah haji dengan baik dan sempurna," titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut merakamkan ucapan tahniah kepada bakal haji yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah kerana masih ramai yang telah berdaftar tetapi belum berpeluang menunaikan haji.

Seramai 3,600 jemaah haji musim ini merupakan dari Selangor termasuk dua yang dikurniakan oleh baginda iaitu Abdullah Apandi Ngalimin, 58 dan Baharun Mohd Noh, 71.

Sementara 14 orang lagi ditaja Tabung Waris, Kerabat dan Datuk-Datuk Diraja Selangor. - Bernama

23.8.13

Lahad Datu: Keputusan batal pertuduhan Tian Chua 26 Sept.


KUALA LUMPUR 22 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 26 September ini keputusan permohonan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya terhadap insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujah pihak-pihak yang terlibat dalam kes itu hari ini.

Tian Chua diwakili peguam-peguam, Eric Paulsen dan Latheefa Koya manakala pihak pendakwaan selaku responden diwakili Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abdul Karim dan Mohd. Farizul Hassan Bakri.

Pada 14 Mac lalu, Tian Chua, 50, atau nama sebenarnya Chua Tian Chang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataan kononnya pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO dalam portal lidah rasmi PKR, Keadilan Daily.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 11 pagi, 1 Mac lalu di No. 62-2-A, Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu persimpangan, Jalan Loke Yew di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama dan boleh dipenjara sehingga lima tahun bagi kesalahan berikutnya. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd

Hakim tersilap arah mensabitkan Azilah, Sirul Azhar

PUTRAJAYA 23 Ogos - Mahkamah Rayuan hari ini menggariskan beberapa alasan berhubung keputusan pembebasan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada sabitan dan hukuman gantung kerana membunuh model sambilan, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.

Salah seorang ahli panel tiga hakim bersidang, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat menyatakan, kuorum itu sebulat suara berpuas hati bahawa hakim bicara tersilap arah dalam pelbagai aspek ketika mencapai keputusan untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap kedua-duanya.

Ketika membacakan penghakiman ringkas, Hakim Tengku Maimun menyatakan, hakim berkenaan antaranya gagal menimbang pembelaan alibi iaitu berkaitan diari polis yang mencatatkan Azilah tiada di tempat kejadian, sebaliknya berada di Bukit Aman.

Beliau turut berpendapat, isu bahan letupan C4 dan kawalan terhadapnya yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya turut tidak diberi pertimbangan sewajarnya oleh hakim bicara.
Mahkamah turut menyatakan pendirian bahawa hakim bicara tersilap arah ketika memutuskan isu berhubung maklumat yang diterima yang membawa kepada pendedahan Azilah dan Sirul Azhar berhubung tempat kejadian.

Keputusan hari ini bagaimanapun hanya menyentuh isu-isu utama yang dibangkitkan ketika penghujahan yang didengar selama dua hari berturut-turut iaitu pada 24 dan 25 Jun lalu.

Pada sesi penghujahan, peguam bela ada membangkitkan isu kemungkinan hakim bicara telah mengakses bahan-bahan di internet dan mempengaruhinya membuat keputusan tidak memihak terhadap perayu-perayu. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd

ROS lulus 20 permohonan parti politik baharu

NILAI 23 Ogos - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) meluluskan permohonan 20 pertubuhan politik baharu daripada 33 yang diterimanya sejak 2008.

Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Rahman Othman berkata pihaknya akan menyenaraikan semua yang diluluskan pada Khamis depan.

"Pada masa ini ada 20 pertubuhan politik atau parti politik baharu yang telah lengkap diteliti dan dinilai oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan ianya lengkap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Aidilfitri ROS di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahman pihaknya menolak permohonan 13 lagi kerana pelbagai faktor termasuk tidak memenuhi syarat dan tidak mempunyai kriteria sebagai pertubuhan politik.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP, beliau berkata ROS masih menunggu perincian daripada DAP.

"Saya tidak boleh cakap lagi kerana saya tidak dapat details lagi daripada mereka dan saya akan jawab semua perkara itu selepas mendapat maklumat lengkap mengenai pemilihan semula itu dari mereka," katanya. - BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd

Mat Taib kekal sebagai ahli Mubarak Selangor

JOHOR BAHARU 23 Ogos - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib masih kekal keahliannya dalam Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor.

Yang Dipertuanya, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, tidak ada sebarang peruntukan dalam perlembagaan majlis tersebut yang menyebut keahlian seseorang ahli Mubarak akan terlucut sekiranya ahlinya menyertai pembangkang.

"Tidak ada peruntukan perlembagaan majlis yang menyebut jika seseorang ahli Mubarak itu menyertai pembangkang dia boleh dipecat dan atau keahliannya terlucut, jadi tidak timbul soal beliau masih ahli atau tidak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau dan Mubarak Selangor tetap rasa kesal terhadap tindakan Muhammad yang menyertai PAS menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 pada Mei lalu.

Sebelum ini, majlis berkenaan dikatakan berhak menggugurkan keahlian Muhammad jika perkara itu dikemukakan Mubarak Selangor kepada pusat.

Abu Hassan berharap dengan penjelasan tersebut, mana mana pihak tidak lagi mempersoalkan tentang status keahlian Muhammad dalam majlis berkenaan. - BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd