Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

13.4.13

Senarai Calon PAS Sabah



PAS Sabah menampilkan calon profesional yang terdiri daripada peguam terkenal, pegawai bank, jurutera, pengurus syarikat dan tokoh masyarakat setempat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

Tokoh peguam terkenal di Sabah, Hamid Ismail akan bertanding di DUN Tanjung Aru, bekas Penolong Pengurus Bank, Ahmad Dullah akan bertanding DUN Merotai, Hasai Tudai seorang jurutera akan bertanding di DUN Bugaya.

Pengisytiharan calon dibuat oleh Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada majlis jamuan rakyat di perkarangan pejabat PAS Kawasan Kalabakan.

Menurut Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling PAS Sabah berazam bersama-sama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bagi merealisasikan impian dan cita-cita seperti yang digariskan dalam manifesto Pakatan Harapan Rakyat diperingkat negeri dan persekutuan.

"PAS menawarkan kepimpinan jujur, amanah dan adil kearah menjadikan Sabah sebuah negeri yang maju dan moden seiring dengan negeri-negeri yang maju di semenanjung Malaysia," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Berikut merupakan calon-calon di peringkat Parlimen dan Dun Sabah:

P.185 Batu Sapi
Hamzah Abdulla

• Timbalan Pesuruhjaya PAS
• Lulusan BA (Hons) Middlesex University, United Kingdom
• Bekas Pemimpin Kemajuan Rakyat Sekong
• Bekas Ketua Kesatuan Pelajar Sabah di United Kingdom

P.191 Kalabakan
Usman Madeaming

• Lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
• Ketua Pemuda PAS Kawasan Kalabakan
• Mantan Naib Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Sabah (Permis) UKM

N.3 Pitas
Dausieh Queck

• Setiausaha NGO Salimah Teras Sabah
• Lulusan Diploma Pentadbiran dan Perniagaan Kolej PTPL
• Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Dusun Tambanuo Sabah


N.6 Tempasuk
Awang Laiman Ikin

• Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sabah
• Mantan Naib Presiden Persatuan Anak Yatim Kebangsaan (Peyatim)
• Lulusan Usuluddin Universiti Al-Azhar Mesir
• Mantan Naib Presiden Persatuan Iranun Sabah (Pagisa)

N.17 Tanjong Aru
Hamid Ismail (gambar)

• Peguam di Hamid & CO
• Lulusan Ijazah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
• Diploma Pengajian ISlam, Universiti Malaya Sabah


N.48 Sukau
Ahdah Sulaiman

• Tokoh Pembela Isu Tanah di Kinabatangan
• Lulusan Diploma Pentadbiran dan Perniagaan
• Mantan AJK Umno Bahagian Kinabatangan


N.51 Kunak
Kasman Karate

• Mantan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis) Borneo
• Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS)
• Setiausaha PAS Kawasan Silam

N.54 Bugaya
Hasai Tudai

• Jurutera kanan di Ikramtic System Sdn Bhd
• Lulusan Bacelor Sains (Hons) Kejuruteraaan Mechanical Universiti Teknologi Mara (UiTM)

N.58 Merotai
Ahmad Dullah

• Mantan Penolong Pengurus Cawangan Bank
• Lulusan Bacelor Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM)
• Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah
• Mantan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat


N.59 Tanjong Batu
Fatmawaty Mohd Yusuf

• Pengerusi Ameerah Sabah
• Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Universiti Malaysia Sabah
• Bendahari PAS Kawasan Kalabakan


N.60 Sebatik
Daud Jalaluddin

• Pengerusi Persatuan Bajau Tawau
• Lulusan Ijazah Pemasaran, Indiana Institute Of Technology
• Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau

Tiada ulasan: