Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

12.4.13

Sabotaj : Anggota UMNO diberi amaran segera

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran tindakan tegas akan diambil tanpa menunggu selepas tamat pilihan raya jika anggota parti didapati terlibat mensabotaj parti.

Beliau berkata, Lembaga Disiplin parti telah melantik pemantau di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memantau dan melaporkan kes-kes sabotaj parti semasa Pilihan Raya Umum ke-13 berlangsung.

"Laporan-laporan akan dihantar langsung ke ibu pejabat dan tindakan tidak akan ditunggu selepas pilihan raya, sebaliknya dibuat ketika pilihan raya berlangsung.

"Tindakan disiplin akan dilakukan kerana pengerusi lembaga disiplin telah mengumumkan beberapa tindakan telah ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas majlis Mesra Rakyat di Kampung Sungai Batang di sini hari ini.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen sebelum ini berkata anggota parti yang didapati bersalah melakukan perbuatan sabotaj boleh dipecat dan digantung keanggotaan. - Bernama

Tiada ulasan: