Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

6.4.13

PRU 13 : Papa Gomo akan bertanding melawan Anwar


Penulis blog pro Umno, Papa Gomo hari ini mengesahkan akan bertanding menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.

Melalui kenyataan di laman mikro blog Twitter blogger terbabit, beliau berkata akan melawan ketua pembangkang itu walaupun sedar akan kekalahan yang bakal dilaluinya.

“Aku dah ambik keputusan akan bertanding PRU13 ni lawan Anwar Ibrahim. Lawan tetap lawan. Kalah sudah pasti tapi biar Anwar senak,” kata blogger berkenaan melalui akaun @papagomo.

Blogger berkenaan sebelum ini telah disaman RM 100 juta oleh Anwar apabila didakwa menyiarkan perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan ketua pembangkang itu dalam video seks dengan seorang lelaki di laman berkenaan.

PKR juga turut mendakwa nama sebenar blogger tersebut adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30 dan merupakan pengundi hantu.

Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh Mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan.

Tiada ulasan: