Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

6.4.13

PAS umum calon anak tempatan di Labuan


PAS hari ini nekad meletakkan calon anak tempatan di Parlimen Labuan walaupun Timbalan PKR Azmin Ali semalam mengumumkan kerusi itu milik PKR.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad mengumumkan Ketua Penerangan PAS Kawasan Labuan, Hadnan Mohamad sebagai calon parti itu bagi Parlimen Labuan (P166).

Hadnan, 53, anak tempatan Labuan dari Tanjung Aru bekerja sebagai Perunding Bekalan Barangan di Sabah Shell Petroleum Company Limited dan pernah menjawat jawatan Naib Presiden Kesatuan Pekerja Perindustrian Petroleum.

“Kami ingin memaklumkan bahawa PAS akan tetap bertanding di Parlimen Labuan untuk Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) sebagaimana keputusan yang dipersetujui dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Ogos 2011,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa di sini.

Mohamad Noor berkata pihaknya yakin dengan latar belakang dan ketokohan Hadnan mampu memberi peluang kepada PAS menang di Labuan.

“Dengan pengalaman luas beliau dalam bidang korporat serta tahap intelektual yang tinggi, PAS Wilayah Persekutuan percaya beliau adalah
orang paling sesuai sebagai calon PAS (Pakatan Rakyat) di Labuan,” katanya.

Pengumuman Mohamad Noor itu sekaligus membenam hasrat PKR untuk bertanding di Labuan, kerusi yang ditandingi PAS pada tahun 2008. Rekod buruk PAS

Keputusan PKR untuk bertanding di situ kerana melihat rekod buruk PAS semasa pilihan raya umum lalu (PRU) apabila hanya mendapat 22 peratus undi sahaja.

Namun Mohamad Noor sebaliknya mempertahankan kekalahan tersebut dengan mendakwa wujud pihak, dipercayai DAP yang menaja calon Bebas ketika itu, Lau Seng Kiat untuk bertanding tiga penjuru dengan BN dan PAS.

“PAS Wilayah Persekutuan menyeru semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Labuan agar tetap memilih calon PAS yang dipersetujui.

“Kami juga menggesa agar semua ahli, penyokong mahupun pengundi menolak mana-mana calon yang bertanding sebagai calon bebas di Labuan dalam PRU 13,” katanya. -FMT

Tiada ulasan: