Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

7.4.13

Najib serah topi keledar untuk anak muda S'gor


 
Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Najib Razak akan mengedarkan 22,000 topi keledar kepada golongan anak muda dalam kempen parti itu di negeri berkenaan.
Topi keledar dengan logo 'IM4U' dan lambang parti BN itu dibiayai Kelab Putera 1Malaysia.

bn give out helmet 070413 03Najib meyerahkan bahan kempen itu selepas satu pertemuan bersama golongan muda Selangor di Politeknik Shah Alam hari ini.

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Najib turut mengambil peluang untuk menyerang pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor dengan membangkitkan isu kebajikan ibu tunggal dan warga emas.

Beliau mendakwa golongan tersebut kini “menderita” kerana Pakatan tidak menunaikan janji, dan mendakwa terdapat warga Selangor yang terpaksa mengangkut air disebabkan masalah bekalan air.

“Kita akan selesaikan semua masalah air sebaik sahaja kita mengambil alih negeri ini,” kata Najib yang juga mengetuai jentera BN di negeri itu.

Tiada ulasan: