Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

4.4.13

Anggota cabang buat laporan ke atas Khalid
 
Seorang anggota di cabang PKR yang diketuai Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini membuat laporan ke atas menteri besar Selangor itu atas dakwaan menyalahguna dana berjumlah kira-kira RM20,000 dari cabang parti itu.

NONESatu video yang disiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di portal Youtube menunjukkan anggota cabang berkenaan, Airos Shahidin Manaf yang membuat laporan berkenaan atas dakwaan tidak menerima penjelasan sewajarnya berhubung isu tersebut.

Airos Shahidin mendakwa, isu berkenaan dibangkitkan dalam mesyuarat agung cabang tersebut enam bulan lalu.

Laporan ke atas Abdul Khalid, yang merupakan ketua cabang PKR Kuala Selangor, menunjukkan lebih banyak sentimen tidak puas hati akar umbi berkenaan yang mungkin memaksa beliau bertanding di DUN lain.

Dalam video tersebut, Airos Shahidin berkata beliau turut mengesyaki terdapat pemimpin lain dalam cabang berkenaan yang terlibat menyalahguna dana berkenaan.

Lelaki berkenaan juga menafikan bahawa beliau dinaungi Umno dan menegaskan bahawa beliau bertindak demikian bagi memastikan parti itu ditadbir dengan telus.

Tiada ulasan: