Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

30.4.12

Skandal Shafie Apdal – Zahida Rafik – Inikah Rumah Banglo Zahida Bernilai RM4 Juta?


(Banglo 3 tingkat bernilai RM4 juta yang dimiliki seorang artis di The Valley, Taman Bukit Indah, Ampang)

KUALA LUMPUR: Seorang artis yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang menteri telah menduduki sebuah rumah berharga RM3 juta mulai awal bulan ini.

Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang adalah didakwa milik pelakon yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.

Menurut sumber, rumah tersebut berharga RM3 juta dan pelakon tersebut telah memasuki rumah itu awal April lalu.

Malah menurut sumber itu lagi, artis wanita itu telah melakukan pengubahsuaian ke atas rumah tersebut dengan kos sebanyak RM1 juta.

Bagaimanapun, sumber itu memberitahu, rumah itu tidak dibeli atas nama artis berkenaan tetapi atas nama salah seorang ahli keluarganya.

Bagaimanapun segala urusan berkaitan ubahsuai rumah itu dilakukan oleh artis berkenaan.

-Shafie Apdal Bayar RM100 Ribu Setiap Kali Jumpa Zahida Di Hotel..klik disini

Tinjauan Harakahdaily mendapati di bahagian hadapan kediaman tersebut turut terdapat pondok pengawal dan beberapa kamera CCTV dipasang di sekeliling rumah.

Sumber turut menyatakan, pelakon tersebut juga turut memiliki seorang jurulatih gimnasium peribadi yang akan melatih beliau di sebuah kelab dalam kawasan perumahan tersebut.

Dalam pada itu, beliau sebelum ini pernah memberitahu kepada penduduk taman tersebut bahawa beliau sudah berkahwin dan suaminya hanya datang bila ada masa terluang.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan pemberian wang tunai yang dianggarkan berjumlah RM1.5 juta yang didakwa dilakukan oleh seorang menteri kepada seorang artis hanya dalam tempoh empat bulan.

Beliau mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh bekas pemandu peribadi artis terbabit.

Menteri dan artis nafi

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau mempunyai hubungan dengan seorang artis wanita bernama Zahida Mohd Rafik.

Mohd Shafie kelmarin menafikan dakwaan yang dibuat ke atas sebelum ini dan mengancam untuk mengambil tindakan saman kepada mereka yang mengaitkan dirinya.

Pelakon berkenaan, Zahida juga turut tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu dan berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan.

29.4.12

Semangat BERSIH 3.0 melimpah ke luar negara

S Pathmawathy
9:17PM Apr 28, 2012

Semangat perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur telah melintasi zon masa, dengan ribuan orang turun ke jalan di Australia dan New Zealand untuk berarak bersama 100,000 rakan mereka di Malaysia.

Rakyat Malaysia di 35 buah negara dan 85 bandar di seluruh dunia, telah berikrar untuk "bersatu padu" dengan ribuan orang mula berhimpun sejak pagi di di beberapa lokasi di sekitar Dataran Merdeka untuk perhimpunan duduk bantah yang dirancang bermula jam 2 petang.

Menurut warga siber, lebih daripada 1,200 penyokong berhimpun di St Paul Court, Federation Square di Melbourne, sementara ratusan lagi dilaporkan berkumpul di Martin's Place di Sydney Martin di timur Australia pada jam 2 petang waktu Malaysia.


Perhimpunan di Melbourne dimeriahkan dengan persembahan muzik dan ucapan ahli-ahli politik berhaluan kiri.

"Diaspora Malaysia tidak dibenarkan untuk mengundi dalam pilihan raya Malaysia. Hanya pegawai kerajaan yang bertugas ke luar negara dan pelajar sepenuh masa serta pegawai tentera di luar negara dibenarkan mengundi," kata penyelaras BERSIH Melbourne Global David Teoh dalam satu wawancara dengan ABC Radio dua hari lalu .

Begitu juga dengan perhimpunan di Brisbane, Hobart, Canberra serta di Perth di Australia, dan di Auckland, New Zealand.

Duduk bantah Aotea Square di Auckland pada jam 1 tengahari waktu Malaysia bermula dengan penyokong menyanyikan lagu Negaraku.

Di Hong Kong (gambar atas), kira-kira 400 penyokong berkumpul di Sogo Department Store di Causeway Bay dan mula bergerak ke pejabat konsulat Malaysia.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia di Singapura mengadakan protes mereka Johor Bahru Waterfront City pada jam 1.30 tengahari, kerana pihak berkuasa Singapura telah dinafikan mereka permit polis untuk mengadakan perhimpunan di Hong Lim Park di republik itu.

Di Thailand, lebih daripada 200 penyokong berarak ke Kedutaan Malaysia di Bangkok, begitu juga dengan kumpulan rakyat Malaysia di Vietnam, Filipina dan Indonesia untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pilihan raya.

Penyokong BERSIH, sebahagian mereka pelajar, juga berhimpun dalam kumpulan kecil di India, Nepal, Sri Lanka, Bangladesh, Mesir, Arab Saudi, Afrika Selatan, Jordan, Korea dan China, dengan membawa pelekat dan poster menyokong tuntutan reformasi sistem pilihan raya .

Lebih ramai protes dijadual diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Rusia, serta di 16 bandar di Eropah lewat hari ini.

Di Aceh di utara Sumatera, Indonesia, kira-kira sembilan perenang bergambar memegang sepanduk BERSIH di bawah air di Pulau Weh.

Wartawan dakwa dipukul polis, Najib minta maaf


Aidila Razak
6:50PM Apr 29, 2012

Wartawan akhbar The Sun, Radzi Razak yang mendakwa dipukul sehingga tujuh orang anggota polis hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Radzi, Najib telah meminta maaf kepadanya atas insiden tersebut.


Najib dilihat berbisik kepada Radzi ketika melawat wartawan tersebut di wad Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Radzi ketika ditemui mendakwa beliau dipukul oleh tujuh anggota berkenaan ketika berada di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Razak dalam insiden semalam.

Turut mengunjungi Radzi hari ini ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Pemandu kereta polis dakwa 'tak berapa sedar'


Zulaikha Zulkifli
6:10PM Apr 29, 2012

Anggota polis yang memandu kereta sehingga menyebabkan kemalangan dengan beberapa peserta perhimpunan BERSIH 3.0 mendakwa beliau tidak berapa sedar ketika insiden itu berlaku semalam.

Anggota berkenaan, Mohamad Kamil Paimin berkata beliau "keliru" setelah kehilangan banyak darah akibat dipukul di bahagian kepala dengan objek keras.

mohamad kamil paimin 290412Ditemui pemberita di katil wad di Hospital Kuala Lumpur hari ini, Mohamad Kamil berkata beliau kemudiannya tidak sedarkan diri dalam kejadian tersebut hanya sedar semula ketika selepas menerima rawatan.

"Saya tak tahu apa berlaku. Saya sedar-sedar saya dah ada di sini (HKL). Tapi yang saya pasti, kepala saya diketuk dengan objek keras," katanya.

Mohamad Kamil mendakwa, beliau yang dalam perjalan ke Dataran Merdeka daripada Pusat Latihan Polis itu sebelumnya diserang oleh peserta perhimpunan.

Katanya, beliau tidak melalui jalan alternatif kerana tidak mahir dengan selok belok jalan di Kuala Lumpur.

"Saya tak tahu situasi jalan di situ kerana saya orang luar. Saya dari Kuala Terengganu," katanya.

Turut ditemui di hospital berkenaan ialah jurukamera stesen televisyen TV Al-Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh, 28, yang turut terlibat dalam insiden berkenaan.

Katanya beliau melihat bahawa pemandu kenderaan polis itu sudahpun tidak sedarkan diri dan kenderaan itu terbabas sehingga melanggar orang awam.

alhijrah azri salleh 290412Mohd Azri kemudiannya bertindak menghalang peserta perhimpunan tersebut daripada terus memukul anggota tentera yang tidak sedarkan diri itu.



"Saya pun manusia. Saya fikir, manusia sesama manusia. Pegawai itu sudah tidak sedarkan diri. Jadi saya nak halang. Saya cuba nak tolong apa yang mampu.

"Yang saya sedar, ada yang pukul pakai topi keledar. Saya masa itu tutup mata dan mengambil langkah meronta supaya dapat lepaskan diri. Masa saya larikan diri, baru saya sedar yang kepala saya dah berdarah.

Mohd Azri juga berkata, beliau masih lagi belum memikirkan sama ada mahu membuat laporan polis atas insiden yang menimpanya.

"Saya menerima sembilan jahitan di luar dan enam jahitan di dalam di bahagian kepala... Saya akan fikirkan sama ada mahu membuat laporan polis atau tidak," katanya.

10.4.12

Rozita nafi manipulasi Zain

MESRA. Rozita diiringi Zain pada acara karpet merah majlis Anugerah Bintang Popular 2011, Ahad lalu.

Oleh HARYATI KARIM

AKTRES popular, Rozita Che Wan, 38, tidak pernah sunyi daripada kontroversi dikaitkan dengan lelaki. Selepas seorang lelaki, seorang lelaki lain pula dikaitkan bercinta dengan dirinya.

Di sebalik sering dikaitkan dengan lelaki muda termasuk Shahir AF7 dan Zain Saidin, terbaharu kecoh seketika dunia seni tempatan apabila ibu tunggal kepada dua orang anak lelaki itu dikatakan telah bernikah dengan suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk Khalid Muhammad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

Biarpun Rozita, Siti Nurhaliza dan Datuk K masing-masing sudah mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa perkara itu tidak benar sama sekali, namun persoalan itu masih menjadi perbualan hangat masyarakat.

Pada majlis Anugerah Bintang Popular 2011 yang berlangsung di Genting Highlands, Pahang malam Ahad lalu, Rozita dilihat intim di samping aktor muda yang sering digosip dengannya, siapa lagi kalau bukan Zain Saidin. Mereka dilihat beriringan mesra pada acara karpet merah.

Malah, selepas sahaja tamat majlis tersebut Rozita dikatakan terus pulang untuk mengejar penerbangan ke Itali untuk bercuti. Mungkinkah untuk melarikan diri daripada pihak media?

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Rozita semalam menerusi telefon sewaktu aktres jelita itu sedang berada di Monte Carlo, Monaco.

Kosmo!: Pada majlis Anugerah Bintang Popular 2011 baru-baru ini, adakah Rozita memang sudah rancang untuk berpasangan dengan Zain pada acara karpet merah? Siapa yang ajak siapa terlebih dahulu?

ROZITA: Gandingan saya dengan Zain untuk acara karpet merah majlis Anugerah Bintang Popular 2011 Ahad lepas sememangnya sudah dirancang sebab saya tanya Zain, dia membuat penampilan pada acara itu dengan siapa? Jadi apabila dia mengatakan tidak mempunyai teman dan saya pun seorang diri, lalu saya ajak dia untuk mengiringi saya pada acara tersebut. Sekurang-kurangnya saya tidaklah tampil seorang diri pada acara karpet merah itu.

Adakah Rozita sengaja memilih Zain untuk mengiringi pada acara karpet merah majlis Anugerah Bintang Popular itu kerana ingin menutup gosip bernikah dengan Datuk K?

Saya tiada niat apa-apa pun. Rasanya tidak perlu dijadikan sebarang kontroversi apabila saya berpasangan dengan Zain pada acara karpet merah sebab umum mengetahui saya dengan Zain memang rapat, tidak ada yang pelik. Lainlah kalau tiba-tiba saya muncul pada acara karpet merah dengan Remy Ishak, mesti semua orang pelik (ketawa).

Sebelum ini sudah ada gosip mengaitkan Rozita dan Zain, kenapa Rozita berani menunjukkan hubungan yang rapat itu secara terbuka?

Sama ada secara terbuka atau sorok-sorok, saya dengan Zain memang baik, jadi tidak ada apa yang perlu kami sorokkan.

Melihat rentetan gosip cinta Rozita yang terdahulu sehingga kini, adakah Rozita memang suka lelaki yang lebih muda?

Suka atau tidak, saya cuma selesa dengan lelaki bujang.

Apa pula kata anak-anak Rozita apabila ibu mereka rapat dengan Zain?

Anak-anak saya kenal siapa kawan ibu mereka, jadi tiada apa yang perlu dibimbangkan tentang hal itu.

Kenapa pada majlis Anugerah Bintang Popular 2011 Rozita pulang awal, adakah kerana bimbang dikejar pihak media?

Saya pulang awal kerana saya perlu berada di lapangan terbang pada pukul 10.30 malam kerana saya ada penerbangan ke Itali pada malam itu juga.

Percutian ke Itali ini sudah lama dirancang atau Rozita bercuti untuk tenangkan fikiran kerana gosip bernikah dengan Datuk K?

Saya memang sudah lama rancang percutian bersama keluarga. Saya tidak pergi sendirian tetapi bersama ibu, dua adik saya, Ayu Raudhah dan Rubytah, Lan Pet Pet (suami Rubytah) serta seorang kakak saya. Kami semua akan berada di Itali selama dua minggu.

Gosip (berkahwin dengan Datuk K) yang tidak berasas pada saya bukan isu besar walaupun itu adalah fitnah yang memalukan saya. Diharapkan orang ramai faham bahawa saya yang menjadi mangsa keadaan.

Orang yang memfitnah saya bernikah dengan Datuk K itu perlu bertanggungjawab. Jika orang yang menabur fitnah itu tidak ada rasa bersalah kerana memfitnah saya sekurang-kurangnya dia perlu rasa bersalah dengan Allah kerana dosanya itu.

Mahu jadi rakyat Malaysia


FIGURA kacak itu kini sedang sibuk menjalani proses penggambaran drama bersiri 80 episod berjudul Adam dan Hawa serta baru menghabiskan penggambaran filem KL Gangster 2, Kerat 14 dan Tyckoon.

Itu senarai produksi lakonan aktor popular masa kini, Aaron Aziz yang terbaharu khabarnya akan terlibat dengan sebuah filem aksi belum berjudul bakal diarahkan oleh seorang pengarah dari Brunei, selain juga dijadualkan membintangi filem Cicakman 3.

Populariti sudah berada kemas dalam genggaman diri pemilik nama sebenar Aaron Mustapha Aziz. Namun sosok kacak berusia 36 tahun itu mengakui ada lagi satu impiannya yang belum tercapai, malah dia melabelkan impiannya yang satu itu sebagai suatu deklarasi andai ia sukses dicapai.

"Meraih status penduduk tetap di Malaysia merupakan deklarasi yang paling berharga buat saya berbanding sebarang pengiktirafan," akui Aaron kepada Kosmo! ketika ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular 2011 di Genting Highlands, Pahang, Ahad lalu.

Sebenarnya, Aaron dan keluarga yang terdiri daripada isterinya, Diyana Halik, 31, serta tiga orang anak mereka, Danish Anaqi, 8, Dwi Ariana, 6, dan Dahlia Arissa, 2, sebenarnya kini masih menunggu keputusan status permohonan untuk menjadi warganegara di Malaysia.

Dalam kenyataan medianya sebelum ini, aktor itu menegaskan dia sudah memohon taraf Penduduk Tetap (PR) dengan kerajaan Malaysia sejak awal Ogos tahun lalu (2011).

"Saya sudah bosan sebab isu kewarganegaraan sering dipersoalkan terhadap saya. Saya buat semua ini pun kerana tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

"Mengapa saya harus berpatah balik kepada kehidupan yang lama sedangkan saya sudah mempunyai kehidupan yang sempurna di Malaysia. Untuk masa depan yang lebih cerah, adalah lebih baik saya mendapatkan status penduduk tetap Malaysia," jelas Aaron yang juga mengakui telah menjual kereta dan rumahnya di Singapura.

Kemenangan dipertikai

Dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular 2011 dan Pelakon Filem Lelaki Popular 2011, Aaron tidak menolak andai kemenangannya itu ini akan dipertikaikan ramai.

Ujarnya: "Kemenangan ini di luar jangka! Saya faham dan mengakui saya tidak layak dipertandingkan dalam mana-mana festival mahupun anugerah memandangkan status saya yang masih bukan warganegara Malaysia.

"Peluang untuk saya diiktiraf adalah tipis untuk anugerah sebegini, tapi syukur Alhamdulillah pengiktirafan ini membuktikan saya diterima peminat di Malaysia."

Tambah Aaron: "Saya menjangkakan cabaran yang akan hadir lebih getir berbanding sekarang, tipu kalau saya cakap tidak gembira, itu sudah semestinya!

"Cuma saya juga menjangkakan tahun depan akan lebih mencabar sebab peminat mesti mengharapkan yang lebih baik berbanding sekarang. Kerja akan bertambah begitu juga tekanan yang akan hadir tapi saya masih tetap sama seperti dulu."

Begitu juga pemilihan watak, kata Aaron dalam mengejar karier dia tidak pernah cenderung memikirkan sesuatu kemenangan atau pengiktirafan melalui naskhah lakonannya melainkan cuba untuk memberikan yang terbaik.

"Saya tidak pernah menyifatkan diri saya seorang yang memilih watak, malah tidak pernah pun terfikir menerima tawaran berlakon dengan projek yang boleh menang anugerah," ujar pelakon yang meledak namanya menerusi filem Ombak Rindu dan KL Gangster pada tahun lalu.

DI SAMPING isteri tercinta, Diyana yang cukup teruja dengan kemenangan Aaron pada majlis Anugerah Bintang Popular 2011, Ahad lalu.

Lesap begitu sahaja

Rezeki yang bukan datang bergolek di depan mata, segala susah payah yang dilalui Aaron sebelum bergelar sebutir bintang yang bersinar disimpannya kemas dalam memori silam.

"Karier adalah sumber rezeki saya, setiap kali ada projek antara sebab utama kerana anak-anak dan keluarga bukan kerana pengarah atau watak," getusnya yang suatu ketika dulu mula dikenali dengan drama Emil Emilda.

Aaron turut berpegang pada prinsip keikhlasan. Ini kerana bagi dirinya apa yang dilihat penonton di layar kaca mahupun layar perak adalah dirinya yang sebenar.

"Saya sentiasa memikirkan hasil lakonan saya, yang paling penting saya tak tipu penonton atau peminat.

"Saya juga tidak akan lesap begitu sahaja selepas ini dan harap perkara ini tidak akan berlaku kepada saya, saya akan memberikan yang terbaik," ucapnya.

Tak Masuk Akal


Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada lokasi pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu "tidak masuk akal", menurut seorang diplomat Amerika Syarikat dalam sebuah kabel rahsia yang dihantar ke Washington DC tiga tahun lalu.

Kabel diplomatik itu dihantar oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dua minggu selepas penulis blog kontroversial Raja Petra Kamarudin membuat pengakuan bersumpah bahawa Rosmah berada di tempat kejadian pembunuhan itu pada 2006 Oktober.

Walaupun tuduhan terhadap Rosmah itu dikatakan "tidak masuk akal", kabel itu berkata ia bersetuju dengan pandangan sebahagian besar rakyat negara ini yang tidak mempunyai keyakinan terhadap integriti penyiasatan pembunuhan Altantuya.

Katanya, tumpuan awam yang berterusan terhadap kes berkenaan juga boleh menjejaskan peluang Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri bagi menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin baru negara.

Pada 18 Jun, Raja Petra membuat kenyataan bersumpah bahawa dia “dimaklumkan bahawa Rosmah, bersama-sama dengan pembantunya, Norhayati Hassan dan pemangku Kolonel Aziz Buyong - yang juga adalah suami Norhayati - hadir di lokasi pembunuhan sensasi. Itu

Kenyataan bersumpah itu dibuat ketika ketegangan politik di Malaysia dengan khabar angin bertiup kencang bahawa kemungkinan berlaku perubahan dalam kerajaan pada 16 Sept, 2008, melalui paling tadah besar-besaran ahli parlimen BN.

Dua minggu selepas pendedahan oleh Raja Petra, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pembantu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuat laporan polis mendakwa bahawa dia telah diliwat oleh ketua pembangkang itu.

Tidak lama selepas itu, iaitu pada 26 Ogos, Anwar kembali aktif dalam politik selepas memenangi pilihan raya kecil di Permatang Puah, kerusi parlimen yang dikosongkan oleh isteri beliau, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Walau bagaimanapun, ikrar Anwar untuk mengambil alih Putrajaya gagal menjadi realiti apabila tidak seorang pun ahli parlimen yang meninggalkan BN bagi menyebelahi Pakatan Rakyat.

Penghakiman Altantuya: Motif bunuh tak penting


Hakim dalam kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu dalam penghakiman penuh beliau selepas memberikan keputusan perbicaraan berkenaan dua tahun lalu.

"Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan," kata Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin dalam penghakiman bertulisnya yang setebal 70 mukasurat itu.

Beliau bagaimanapun menyatakan seorang dari tiga tertuduh itu, iaitu penganalisis politk Abdul Razak Baginda mungkin mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana wanita tersebut pernah mengugut beliau tetapi ini tidak boleh jadi asas kepada mahkamah memanggil tertuduh berkenaan untuk membela diri.

Abdul Razak, adalah rakan rapat kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika itu. Abdul Razak kemudiannya dilepas dan dibebaskan tanpa diminta membela dirinya.

Bagaimanapun, dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas - Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar - didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh.

Mempunyai kaitan


“Persoalan yang berlegar untuk saya putuskan ketika ini adalah siapa yang mempunyai kaitan untuk menyebabkan kematian itu," kata Hakim Mohd Zaki.

“Saya bermula dengan bertanya kenapa tertuduh pertama (Azilah) dan tertuduh kedua (Sirul Azhar) berada di Hotel Malaya (di mana Altantuya serta sepupu dan rakannya menginap) pada 18 Okt, 2006. (Rakaman litar tertutup menunjukkan) mereka berada di tingkat 8, iaitu tingkat yang sama di mana si mati menginap."

Hakim itu juga mempersoalkan arahan yang diberikan oleh Azilah kepada Sirul Azhar apabila Altantuya dipindahkan dari kereta Proton Wira yang dimiliki oleh L/Cpl Rohaniza Roslan (teman wanita Azilah) ke kenderaan Suzuki Vitara milik Sirul Azhar, sementara tertuduh kedua menuju ke Bukit Aman, dan mengapa Azilah tiba-tiba senyap apabila Rohaniza bertanyakan mengenai Altantuya hari berikutnya.

“Persoalan tersebut berlegar di pemikiran saya dan dengan keterangan di bawah Seksyen 27, Akta Keterangan, terhadap Azilah yang beliau menunjukkan tempat kejadian di mana cebisan mayat mangsa dijumpai manakala Sirul Azhar pula membawa sehingga terjumpanya barangan kemas milik si mati, kelongsong peluru dan tkesan tompokan darah di kereta tertuduh kedua."

“Ini menggambarkan penglibatan Azilah dan Sirul Azhar terhadap pertuduhan yang dihadapkan terhadap mereka," kata Mohd Zaki dalam penghakimannya.

Hakim Mahkamah Tinggi itu juga menyatakan keadaan si mati yang dibunuh itu adalah tragis, dan "mereka yang melakukan perbuatan terkutuk ini di mana mangsa diletupkan adalah bertujuan untuk menghapuskan bukti".

Kes ini adalah antara pembunuhan paling kejam dalam sejarah negara yang menarik perhatian tempatan dan juga antarabangsa.


Mahkamah juga diberitahu bahwa Azilah telah menunjukkan kepada pihak polis di mana Altantuya diletupkan. Tetapi Cif inspektor itu menafikan keterangan berkenaan sehingga menyebabkan perbicaraan dalam perbicaraan terpaksa dijalankan.

Pengawal Perdana Menteri

Sirul Azhar yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi pula dibawa dari Pakistan selepas bertugas mengiringi Perdana Menteri untuk lawatan luar negara. Barang kemas Altantuya kemudiannya dijumpai di rumahnya manakala kelongsong peluru (spent cartridge) yang telah digunakan dijumpai dari keretanya.

Dalam perbicaraan ini, Hakim Mohd Zaki (kanan) memutuskan punca kematian warga Mongolia itu adalah akibat "kecederaan disebabkan oleh letupan".

Semasa memberi keterangan dari kandang saksi, Azilah menafikan beliau berada di tempat kejadian dan mendakwa beliau sedang makan di Wangsa Maju makan. Sirul Azhar pula dalam kenyataan tidak bersumpah beliau dari kandang tertuduh berkata beliau dijadikan ‘kambing hitam’ apabila diarah oleh polis untuk menunjukkan barang kemas yang dijumpai di rumah beliau.

"Pada suatu ketika, ASP Zulkarnain Samsudin memasuki bilik tidur utama rumah saya dan diikuti anggota polis lain. Kemudian beliau memanggil jurugambar dan mengarahkan saya memegang jaket itu sambil merakamkan gambar. Saya kemudian nampak ASP Zulkarnain mengambil sesuatu keluar dari jaket. Jaket itu dibentangkan di atas katil dan ASP Zulkarnain mengarahkan saya menuding ke arah barang-barang kemas itu, ASP Zulkarnain berkata ‘kamu tuding barangan tersebut.

“Saya kata ‘Apa ni, Tuan’. Saya tidak mahu ikut arahanya, tetapi ASP Zulkarnain minta saya lakukan juga sambil berkata ‘kamu tunjuklah sahaja Sirul’. Barulah ketika itu, saya lakukannya dan gambar saya diambil," kata tertuduh kedua dalam kenyataan tidak bersumpah beliau.

Kenyataan tidak bersumpah Sirul Azhar dalam Bahasa Melayu juga dimuatkan dalam penghakiman penuh Hakim Mohd Zaki. Tertuduh kedua berkata beliau tidak mengenali si mati dan tidak pernah berurusan dengan wanita itu serta beliau juga tidak mengenali Abdul Razak atau pernah berurusan dengannya.

Tiada sebab

"Saya merayu kepada mahkamah ini mengambil kira bahawa sepanjang perbicaraan ini, saya telah mengikuti prosiding ini dan menyaksikan bagaimana beberapa saksi penting pendakwaan terutamanya saksi-saksi dari D9 IPK (KL) yang mereka-reka cerita, tidak bercakap benar dan sentiasa merubah-ubah cerita mereka ketika disoal balas.

“Saya melihat keadaan ini dengan keprihatinan kerana bagi saya tindakan mereka ini semata-mata bertujuan untuk mendapatkan sabitan terhadap saya sebagai ‘kambing hitam’ yang harus dikorbankan untuk melindungi rancangan dan niat jahat merea yang tidak berada di Mahkakah ini untuk menghadapi natijah daripada perlakuan dan perancangan mereka.

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata beliau sambil menangis di kandang tertuduh.

Menurut Hakim Mohd Zaki, pada akhir kes pembelaan dan setelah menilai keterangan secara keseluruhan, mahkamah mendapati keterangan pembelaan merupakan penafian (denial), menyalahkan satu sama lain, tak terdamaikan (irreconcilable) dan rasa berbelah terhadap sesuatu (ambivalent).

“Oleh itu mereka gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. Saya berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membukitikan kes tersebut melangkaui keraguan munasabah."

Maka, hakim itu memutuskan bahawa kedua-dua anggota polis itu bersalah dan mengarahkan mereka menjalani hukuman mati.

Razak Baginda muncul semula

Selepas sekian lama tidak mendapat perhatian media, Abdul Razak Baginda yang meraih kontroversi daripada perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu muncul dalam satu program dialog di Kuala Lumpur.

Abdul Razak, yang menerima ijazah kedoktoran dari Universiti Oxford bercakap dalam satu program dialog anjuran satu persatuan universiti berkenaan di The Bankers Club, Jalan Imbi pada malam tadi.

Hebahan program di laman web kelab berkenaan menyebut, program dialog tersebut adalah berhubung "cabaran agama dan politik Malaysia hari ini."

Difahamkan, Abdul Razak dalam program berkenaan telah mempertahankan penglibatannya melalui syarikat Perimekar Sdn Bhd dalam urusniaga pembelian kontroversi dua kapal Scorpene.

Abdul Razak bertindak sebagai ejen kerajaan melalui syarikat berkenaan.

Abdul Razak dalam sesi soal jawab dalam program berkenaan dipercayai berkata, urusniaga berkenaan berlaku secara terbuka dan bersih.

Kandungan terperinci sesi berkenaan tidak dapat didedahkan kerana penganjur mengenakan peraturan kerahsiaan Chatham House.

Peraturan kerahsiaan itu digunapakai dalam mesyuarat untuk menggalakkan ketelusan dan perkongsian maklumat

7 panggilan telefon pada malam Altantuya dibunuh


Beberapa panggilan telefon dikenalpasti dibuat antara penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan tertuduh pertama, Ketua Inspektor Azilah Hadri, pada malam warga Mongolia ltantuya Shaariibuu dibunuh.

Ini termasuk satu panggilan yang dibuat sejurus sebelum pembunuhan itu.

Dalam kertas pertuduhan itu, tercatat masanya sebagai antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 hingga 1 pagi, keesokan harinya.

Dalam kes ini, Azilah dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Azilah menelefon Abdul Razak sekutu rapat dan orang kepercayaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ketika itu, pada jam 9.41 malam 19 Oktober 2006, dan perbualan telefon itu berlangsung selama 40 saat.

Panggilan itu dirakamkan oleh syarikat pengendali telefon dan dikatakan dibuat sekitar pondok tol di Jalan Duta. Pada hari berikutnya, sekitar jam 10.41 pagi, Azilah sekali lagi berhubungan dengan Abdul Razak selama 32 saat.

Buka puasa

Bagaimanapun, bentuk perbualan antara Abdul Razak dan Azilah tidak diketahui.

Azilah dan Sirul membawa Altantuya dari luar rumah Abdul Razak di Damansara Heights pada malam 19 Oktober, selepas penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang ketika itu berkhidmat dengan penganalisis politik itu, menyerahkannya kepada mereka.

Abdul Razak dan keluarganya tidak berada di rumah kerana keluar untuk berbuka puasa (ketika itu bulan Ramadan).

Azilah dan Sirul – didapati bersalah atas tuduhan bersama melakukan pembunuhan ke atas wanita Mongolia itu di sebuah kawasan hutan berdekatan Puncak Alam, Shah Alam, enam tahun lalu.

Tertuduh pertama Azilah dalam keterangan bersumpah pembelaannya berkata beliau tidak berada di tempat kejadian pembunuhan itu dan ada bersama dengan tunangnya Norazilah Baharuddin di Wangsa Maju.

Rekod panggilan itu adalah antara bahan bukti yang dilampirkan bersama dalam penghakiman 70 mukasurat, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zaki Md Yasin (kiri, bertali leher), yang baru dikeluarkan selepas membuat keputusan perbicaraan tersebut dua tahun lalu.

Panggilan seminit

Selain dari penyataan di atas, terdapat enam lagi panggilan lain yang dibuat antara kedua-dua mereka pada malam tersebut bermula dari jam 7.57 malam, kemudian 8.36 malam, 8.41 malam, 8.54 malam, 8.55 malam, 9.08 malam dan akhir sekali pada jam 9.41 malam.

Panggilan paling lama yang dibuat oleh Abdul Razak kepada Azilah adalah selama satu minit.

Log pemanggilan telefon itu digunakan untuk menunjukkan di mana Azilah, Sirul dan Abdul Razak berada di mana dua anggota polis tersebut dikatakan berada di kawasan berhampiran tempat kejadian bunuh itu.

Hakim Mohd Zaki mengambilkira rekod panggilan berkenaan walaupun ditentang oleh pasukan pembelaan ketiga-tiga tertuduh kerana mereka mendakwa, ia bukan asli, boleh diubah atau ada kemungkinan ada elemen campurtangan untuk diubah.

“Maka oleh kerana ketiadaan saksi yang dipanggil untuk mencanggah bukti tersebut, maka saya membuat keputusan menerima pembuktian tersebut secara zahir (on the face of it).

"Keempat-empat saksi (dari syarikat operasi telefon) telah memberi keterangan mengenai hasil, pengeluaran, aturan dan pengesahan data tersebut yang diambil dari pangkalan sistem data mereka,” kata hakim Mohd Zaki.

Rekod panggilan tersebut sebanyak enam mukasurat menunjukkan panggilan telefon yang dibuat antara ketiga-tiga tertuduh.

Persoalan yang tidak dijawab

Adalah difahamkan penghakiman kes pembunuhan ini tidak diberikan kepada peguam yang terlibat dalam perbicaraan tetapi dimasukkan terus dalam jurnal undang-undang Current Law Journal 2012 1 CLJ.

Penghakiman itu juga menyentuh mengenai nota yang ditulis oleh Abdul Razak yang dijumpai dalam beg Azilah yang mengandungi alamat lengkap penganalisis politik itu, dan nama ayah beliau Abdullah Malim Baginda.

Maka kata Hakim Mohd Zaki, keputusannya “adalah konsisten dengan perlakuan seseorang yang tidak bersalah” dalam meminta bantuan Azilah bagi polis menjaga kediaman dan melakukan rondaan di rumah tersebut di Damansara Heights oleh kerana ugutan oleh Altantuya yang merupakan bekas teman wanita penganalisis politik itu.

Bagaimanapun, isu ugutan yang dilakukan oleh Abdul Razak melalui penyiasat persendirian Balasubramaniam (bawah, kiri) dan pembantunya K Suras Kumar apabila mereka masuk ke bilik hotel Altantuya di Hotel Malaya, tidak diberi perhatian dalam penghakiman tersebut.

Begitu juga dengan dakwaan bahawa rekod perjalanan Altantuya ke Malaysia dikatakan dipadamkam tidak dinyatakan dalam penghakiman ini.

Tiada motif dijumpai dalam kejadian pembunuhan kejam ini dan hakim berkata, motif tidak relevan atau penting.

Azilah dan Sirul Azhar telah memfailkan rayuan terhadap hukuman ke atas mereka dan esok Mahkamah Rayuan akan menetapkan tarikh untuk mendengarnya.

Rayuan mereka terhadap sabitan dan hukuman bunuh itu telah berlanjutan lebih dari dua tahun sementara menunggu penghakiman bertulis siap.

Saya ada anak dengan Altantuya, kata bekas suami

14-11-2006 11:27:34 PM
Oleh EDDIE CHUA dari Mongolia

ULAN BATOR: Berita kematian Altantuya Shaariibuu mengejutkan bekas suami pertamanya, seorang penyanyi hip-hop dan rap Mongolia yang terkenal, Maadai.

Dia kini berusaha mendapatkan hak penjagaan ke atas anak lelaki mereka, sekarang berusia sembilan tahun, jika disahkan bekas isterinya itu telah meninggal dunia.

Penyanyi utama kumpulan Khar Sarnai (Mawar Hitam), 32 tahun, berkata dia mendapat tahu tentang pembunuhan Altantuya melalui laporan-laporan akhbar.

"Saya tidak percaya dia telah dibunuh. Dia seorang wanita bijak dan dia tahu bagaimana menghadapinya walau dalam keadaan yang paling rumit," katanya kepada The Star. "Tetapi jika berita itu benar, saya akan mendapatkan hak penjagaan sah anak kami daripada orang tuanya."

Anak lelaki Maadai itu, Atanshagai, sekarang tinggal bersama ibu bapa Altantuya di sini.

Maadai, yang tidak berkahwin lagi selepas perpisahan mereka sejak lapan tahun lalu, bagaimanapun enggan bercerita tentang kisah rumahtangga mereka dan perceraian pahit yang dia lalui.

"Ya, saya berkahwin dengan Altantuya 10 tahun lepas dan kami mendapat seorang anak lelaki berusia sembilan tahun," ceritanya, dengan menambah dia turut mengasaskan kumpuan Mawar Hitam bersama Amraa 15 tahun lepas.

Dia berkata dia tidak pernah berhubung lagi dengan Altantuya sejak perceraian mereka.

"Saya sudah tidak ada apa-apa lagi dengannya kerana kami masing-masing meneruskan hidup sendiri."

Dia juga berkata dia tidak berjumpa dengan anaknya itu sejak tiga tahun lepas setelah dihalang oleh bekas isterinya.

Maadai berkata, dia akan bertemu dan cuba meyakinkan bekas mertuanya agar dapat mengambil alih hak penjagaan anaknya, kini sedang belajar di darjah tiga di sebuah sekolah kerajaan di sini, jika disahkan Altantuya sudah mati.

"Saya mampu menjaganya. Saya sayangkannya dan mahukan yang terbaik untuknya."

Maadai berkata dia berharap bekas mertuanya akan bersetuju dengan hasratnya itu.

"Saya sedar tidak mudah bagi mereka untuk melepaskan anak itu kepada saya tetapi saya berharap dapat menyelesaikan hal ini dengan baik. Saya mahu yang terbaik untuk anak saya," tambahnya.

(sumber: mstar.com.my)

Dua polis dituduh membunuh Altantuya

15-11-2006 03:56:01 PM

KUALA LUMPUR: Dua orang anggota polis hari ini dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas kesalahan membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang menjadi fokus utama media sejak seminggu lalu.

Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), yang didakwa membunuh Altantuya, menutup muka masing-masing sewaktu dibawa ke mahkamah Shah Alam tadi. (foto The Star oleh Abdul Rahman Senin)

Cif inspektor Azilah Hadri dan konstabel Sirul Azhar Umar, kedua-duanya dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, didakwa melakukan pembunuhan ngeri itu antara pukul 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt di sebuah hutan di Mukim Bukit Raja, Selangor.

Azilah, 30, dan Sirul Azhar, 35, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat, yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan di depan majistret Hafizah Abdul Rajak tadi dan beliau menetapkan kes ini disebut pada 14 Dis ini di Mahkamah Tinggi.

Sewaktu di mahkamah, Azilah yang berkemeja-T hijau dan Sirul Azhar yang berpakaian serba hitam, kelihatan tenang, lapor Bernama. Kedua-duanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Anggota polis wanita, antara tiga yang ditahan reman, tidak didakwa di mahkamah hari ini. Dia dibebaskan dengan ikat jamin, lapor agensi berita AP.

Seorang timbalan pendakwa raya Noorin Badaruddin berkata, melalui ujian DNA, cebisan mayat yang ditemui di Empangan Tasik Subang, dekat Shah Alam, disahkan Altantuya.

Altantuya, 28, dilaporkan ditembak dua das sebelum mayatnya diletupkan dengan bahan peledak.

Noorin bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang pembunuhan ini.

Seorang lagi yang ditahan bagi membantu siasatan kes ini, penganalisis politik Abdul Razak Baginda ditahan reman sehingga esok.

Beliau sama ada dibebaskan, didakwa di mahkamah atau dilanjutkan tahanan reman, laporan AP dipetik.

Noorin tidak menyebut sama ada Abdul Razak akan dituduh esok atau dibebaskan.

(sumber: mstar.com.my)

Gempar isteri Razak

Oleh Murni Wan Omar dan Mohd Razlan Salleh

KUALA LUMPUR: Isteri kepada penganalisis politik terkenal, Abdul Razak Abdullah Baginda menggemparkan Mahkamah Majistret di sini, semalam apabila menjerit-jerit mendakwa suaminya bukan pembunuh dan tidak bersalah dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibuu.

“Bukan dia (Abdul Razak) yang bunuh, dia tak bersalah...sampai hati kamu buat macam ni,” jerit Mazlinda Mahzan ke arah sekumpulan wartawan tempatan sebaik memasuki mahkamah kira-kira jam 12 tengah hari.

Wanita itu mendakwa, suaminya seorang lelaki yang baik dan tidak mungkin melakukan pembunuhan itu.

Drama panas beberapa minit itu bagaimanapun berakhir apabila seorang daripada peguam bela Abdul Razak, M Puravelan, memujuk wanita terbabit selain ditenteramkan beberapa ahli keluarga yang hadir di mahkamah.

Mazlinda bersama anak tunggalnya, Rowena, 19, turut mengulangi perkataan sama ketika berada di luar mahkamah dan hanya mahu bercakap dengan sekumpulan wakil media asing yang menunggu di kawasan terbabit sejak jam 8 pagi.

Terdahulu, Abdul Razak, 46, yang turut mengetuai satu badan pemikir tempatan, didakwa bersubahat dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Konstabel Sirul Azhar Umar, 35, membunuh Altantuya, 28.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu antara jam 9.54 pagi hingga 11.05 pagi pada 19 Oktober lalu di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, No 148, Jalan Ampang di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 302 kanun sama.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan dan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Penganalisis politik terbabit yang hadir memakai kemeja berwarna biru kelihatan agak letih dan hanya mengangguk faham terhadap tuduhan yang dibacakan. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Salehuddin Saidin dan dibantu Noorin Badaruddin.

Selain Puravelan, Abdul Razak diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Salehuddin kemudian berkata pihak pendakwaan memohon kebenaran supaya kes berkenaan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan permohonan itu tidak dibantah Muhammad Shafee.

Majistret Aizatul Akmal Maharani kemudian membenarkan permohonan kes terbabit dipindahkan ke Mahkamah Tinggi tetapi tidak menetapkan tarikh sebutan.

Turut hadir mengikuti perbicaraan itu, ibu bapa penganalisis politik terbabit, Datuk Abdullah Malim Baginda dan isterinya, Datin Rohana Abdullah.

Kelmarin, Azilah dan Sirul, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan membunuh model sambilan dari Ulan Bator, Mongolia itu di sebuah kawasan Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Shah Alam.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 10 malam pada 19 Oktober hingga jam 1 pagi 20 Oktober lalu.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Salehuddin mengesahkan pihaknya belum lagi menetapkan tarikh sebutan untuk pemindahan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Menurutnya, sebaik tarikh ditetapkan, pihak pendakwaan akan memohon supaya kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk perbicaraan bersama kedua-dua anggota UTK terbabit.

Altantuya dilaporkan tiba ke negara ini bersama dua lagi sepupunya pada 6 Oktober lalu untuk menemui seorang lelaki yang dipercayai mempunyai hubungan intim dengannya.

Bagaimanapun, model terbabit dilaporkan hilang pada 19 Oktober dan kehilangan itu mendorong sepupunya membuat laporan kepada Kedutaan Mongolia di Thailand selain membuat laporan polis.

Berikutan laporan itu, polis berjaya menahan tiga suspek yang kemudian membawa kepada penemuan cebisan tubuh manusia berselerak dipercayai dibunuh dan mayatnya dibom di satu kawasan dekat Puncak Alam.

Bapa Altantuya mahu tuntut keadilan di mahkamah antarabangsa

KUALA LUMPUR: Shaariibuu Setev, bapa model sambilan warga Mongolia yang dibunuh bulan lalu, berkata beliau akan menuntut keadilan di mahkamah antarabangsa jika tidak berpuas hati dengan keputusan kes pembunuhan anaknya.

Shaariibuu, 57, berkata dia akan berusaha mendapatkan bantuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), bagi menuntut keadilan atas kematian anaknya, Altantuya.

Beliau berkata demikian selepas Mahkamah Tinggi di sini, semalam membenarkan seorang daripada tertuduh yang terbabit dengan kes itu, Abdul Razak Baginda dibebaskan dengan bon jaminan lisan RM1 juta sementara kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan prosiding itu, Shaariibuu berkata, pihaknya hanya berharap supaya keadilan dapat dilaksanakan terhadap mereka yang bertanggung jawab membunuh anaknya.

“Jika keputusan tidak memihak kepada kami, saya berhak untuk menuntut keadilan pada peringkat antarabangsa menerusi bantuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya kepada pemberita di luar mahkamah.

Shaariibuu bagaimanapun berkata, prosiding semalam semata-mata membebaskan penganalisis politik tadi dan hanya memberi tumpuan terhadap latar belakang keluarga dan reputasinya berbanding kisah pembunuhan Altantuya.

Ditanya sama ada beliau akan menunggu sehingga perbicaraan kes bermula, Shaariibuu berkata, beliau pulang ke negaranya malam ini disebabkan isterinya masih berada di hospital di Mongolia kerana masalah jantung, selain tidak tahan dengan cuaca panas di negara ini.

Menjawab soalan media mengenai kontroversi bayi berusia 16 bulan dikatakan anak Altantuya, Shaariibuu berkata; “Tiada bayi berusia 16 bulan, isu ini bukan ditimbulkan oleh saya, tetapi disensasikan media”.

Ditanya adakah dia menyesal membenarkan Altantuya datang ke negara ini, katanya, mana-mana ibu bapa pun akan menyesal jika sesuatu yang buruk berlaku kepada anak mereka.

Terdahulu, ketika diberi peluang oleh Hakim Datuk Abdul Kadir Musa untuk berkata sesuatu kepada mahkamah melalui seorang jurubahasa dalam prosiding semalam, Shaariibuu bagaimanapun memuji dan mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak.

Beliau yang ditemani Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi, mengucapkan terima kasih kepada semula pihak yang berkongsi kesedihan atas apa yang terjadi kepada anaknya sejak sebulan lalu.

“Saya juga berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), semua peguam kes terbabit terutama peguam pemerhati, Karpal Singh yang tiba di mahkamah dengan berkerusi roda.

“Pada mulanya, kami meminta supaya serpihan tulang anak saya dipulangkan untuk dibawa balik ke Mongolia tetapi kini kami sanggup menunggu memandangkan polis masih menjalankan siasatan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Salehuddin Saidin kemudian memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan perlu menyimpan tulang itu sekurang-kurangnya bagi tempoh sebulan lagi.

Razak bebas dgn ikat jamin adalah sesuatu yg luar biasa

24 November 2006

Kes pembunuhan wanita rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibu merupakan salah satu daripada dua kes di negara ini di mana tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan sejak 25 tahun lepas.

Menurut seorang peguam jenayah terkemuka Christopher Fernando, keadaan ini agak jarang-jarang berlaku di mana tertuduh yang menghadapi pertuduhan membunuh dibebaskan dengan ikat jamin dan kes yang satu lagi, tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM500,000 sementara menunggu perbicaraan pada 2002 ialah kes peguam Datuk Balwant Singh yang dituduh dengan membunuh seorang penghantar cepat.

"Ia adalah satu pengecualian dan bukan satu peraturan kerana kesalahan membunuh tidak boleh dijamin," kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya mahkamah mempunyai budi bicara untuk membenarkan tertuduh dibebaskan dalam keadaan seperti jika seseorang itu sakit atau kemudahan dan suasana di penjara tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan kesihatannya.

Mengenai terma yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi untuk membebaskan penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda yang dituduh bersubahat membunuh dengan ngeri Altantuya dengan ikat jamin bon, Fernando berkata ini adalah sesuatu yang luar biasa.

Beliau berkata kes ini mungkin yang pertama seperti ini kerana pada kebiasaannya mahkamah tidak menetapkan jumlah wang yang akan dirampas daripada penjamin jika tertuduh gagal hadir di mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Kadir Musa semalam membebaskan Abdul Razak dengan bon RM1 juta dengan dua orang penjamin tanpa sekuriti setelah membenarkan permohonan peguam bela kerana alasan kesihatan berikutan pemeriksaan perubatan menunjukkan bahawa tertuduh mengalami sakit bronkitis yang teruk.

Fernando berkata dalam keadaan biasa, mahkamah akan menetapkan jumlah jaminan dan jika tertuduh gagal hadir di mahkamah, mahkamah akan menghantar surat tunjuk sebab kepada penjamin bagi memberikan penjelasan bagi pihak dia (tertuduh) yang gagal hadir.

Katanya mahkamah akan merampas wang jaminan atau sebahagian daripada wang jaminan itu jika mahkamah tidak berpuas hati dengan penjelasan penjamin.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Malaysia Yeo Yang Poh berkata tertuduh yang menghadapi pertuduhan membunuh diikat jamin sementara menunggu perbicaraan adalah sesuatu yang jarang berlaku tetapi seseorang hakim mempunyai budi bicara untuk memberikan jamin dalam keadaan tertentu.

Ditanya sama ada ini adalah kes pertama di mana mahkamah mengenakan bon tanpa sekuriti, Yeo berkata beliau tidak pasti dan tidak dapat mengulas.

Seorang peguam, Gurbachan Singh, berkata sepanjang pengetahuannya, ini adalah kes pertama, mahkamah membebaskan seorang tertuduh dalam kes bunuh dengan bon tanpa sekuriti.

Peguam Amer Hamzah Arshad berkata ini adalah perkara luar biasa untuk seseorang yang dituduh dibebaskan dengan bon tanpa sekuriti.

"Ini mematuhi keperluan dalam Kanun Acara Jenayah (CPC) yang hanya memerlukan satu bon dikeluarkan dengan penjamin.

"Dalam kebanyakan kes, ada bon dengan penjamin," kata beliau.

Bagaimanapun, katanya terpulanglah kepada budi bicara mahkamah mengenai keperluan untuk mendeposit satu sekuriti yang tidak ada dalam peruntukan CPC.

Razak menangis

Oleh Murni Wan Omar

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda, yang menghadapi tuduhan bersubahat membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shariibuu, mengalirkan air mata di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Abdul Razak menangis apabila Hakim Datuk Abdul Kadir Musa membenarkannya dibebaskan dengan jaminan bon RM1 juta.

Dia yang berdepan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan, dituduh bersubahat membunuh Altantuya bersama dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, dibenarkan ikat jamin atas sebab kesihatan.

Abdul Kadir membenarkan permohonan peguam bela penganalisis politik itu, M Puravelan, yang memberi alasan anak guamnya memerlukan pemerhatian kesihatan yang serius.

Abdul Razak, 48, yang berkemeja merah jambu dan seluar berwarna gelap kelihatan lemah tetapi tenang sepanjang prosiding.

Abdul Kadir menetapkan jaminan bon RM1 juta dengan dua penjamin selain membuat syarat, penjamin perlu membayar RM100,000 kepada mahkamah jika Abdul Razak tidak hadir pada perbicaraan kelak.

Dalam keputusannya, Hakim berkata, permohonan berkenaan dibenarkan atas faktor kesihatan Abdul Razak yang mungkin tidak dapat hadir ke mahkamah jika sakit kerana tidak mendapat rawatan yang secukupnya.

Jaminan bon itu berkuat kuasa mulai semalam sehingga tarikh sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Disember ini.

Abdul Kadir juga memerintahkan Abdul Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Abdullah, menyerahkan pasportnya kepada mahkamah selain perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan, sekali seminggu.

Abdul Razak dijamin abang dan kakaknya, Dr Rani dan Rohani.

Terdahulu, Puravelan mengemukakan dua laporan doktor yang merawat penganalisis politik itu yang beberapa kali dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sepanjang ditahan reman untuk membantu siasatan.

Menurutnya, dua laporan itu adalah daripada Pakar Perubatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Kecemasan HKL, Dr Nor Azleen Ayob dan Perunding Kanan Paru-Paru HKL, Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurrai.

“Abdul Razak dibawa ke HKL pada 8 November lalu selepas mengadu sakit dada dan sesak nafas. Berdasarkan pemeriksaan, Dr Nor Azleen mendapati dia tidak mengalami sakit jantung tapi lapisan dadanya mempunyai kesan bengkak.

“Laporan kedua pula mengesahkan anak guam saya stabil dan boleh dibawa keluar dari hospital tetapi perlu mendapatkan rawatan segera jika keadaan kesihatan merosot,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Salehuddin Saidin yang dibantu Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin bagaimanapun membantah permohonan itu kerana dakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan tidak boleh dijamin.

Namun. menurutnya, jika mahkamah membenarkan permohonan, pihaknya mencadangkan jaminan RM1 juta serta beberapa syarat tambahan lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Sebelum permohonan itu dibuat, mahkamah mengambil pengakuan daripada Abdul Razak.

Abdul Razak mengaku faham pertuduhan dan tidak mengaku bersalah serta minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, Salha Abdul Jalal.

Dia yang Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MRSC), didakwa bersubahat dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Konstabel Sirul Azhar Umar, 35, membunuh Altantuya, 28.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, No 148, Jalan Ampang di sini, antara jam 9.54 hingga 11.05 pagi, 19 Oktober lalu.

Bagi dakwaan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302, yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Selepas membuat pengakuan tidak bersalah, Sallehudin memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam dan mahkamah membenarkan permohonan itu.

Abdul Razak turut diwakili peguam bela, Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Altantuya dilaporkan tiba di negara ini bersama dua lagi sepupunya pada 6 Oktober lalu untuk menemui seorang lelaki yang dipercayai mempunyai hubungan intim dengannya.

Bagaimanapun, model terbabit dilaporkan hilang pada 19 Oktober dan kehilangan itu mendorong sepupunya membuat laporan kepada Kedutaan Mongolia di Thailand selain membuat laporan polis.

Berikutan laporan itu, polis berjaya menahan tiga suspek yang kemudian membawa kepada penemuan cebisan tubuh manusia berselerak dipercayai dibunuh dan mayatnya dibom di satu kawasan hutan di Puncak Alam, dekat Shah Alam.

Penganalisis politik VIP yang ditahan

Ramai yang terkejut dengar nama penganalisis politik VIP yang ditahan dalam kes bunuh wanita Mongolia

Asalnya sewaktu berita awal mengenai kes pembunuhan seorang wanita Mongolia,Altantuya @ Aminah Abdullah,28 tersebar ia disangka tidak lebih dari satu kejadian jenayah biasa.

Cuma apa yang agak memeranjatkan ialah mayat mangsa diletupkan dengan bom.

Belum pernah terdengar kejadian seumpama ini selama ini.

Namun begitu sejak pagi Selasa ia menjadi ‘cerita besar’ khususnya dikalangan para wartawan bila terbit nama lelaki yang disyaki ada hubungan dengan wanita itu.

Apa lagi bila anggota polis dikaitkan terlibat dalam kes ini.

Sebut nama lelaki berkenaan,seorang penganalisis politik dan juga mengetuai sebuah agensi ‘think tank’ - ramai termasuk orang politik kenal siapa dia.

Dia kerap muncul di akhbar memberi komen mengenai isu-isu semasa luar negara,pertahanan dan sebagainya dan juga sering menjadi pengacara atau tetamu pada forum di televisyen.

Selain dari diundang memberi ceramah lelaki berkenaan yang berusia 46 tahun pernah dilihat di majlis UMNO.

Dia tidak memegang apa-apa jawatan penting dalam parti tetapi diketahui umum rapat dengan kalangan orang atasan.

Mereka yang mengenalinya agak tergamam bila diberitahu oleh rakan-rakan dia kena soalsiasat dan ditahan polis untuk membantu siasatan pembunuhan wanita itu.

Dari cara polis menjalankan siasatan dimana kira-kira 50 orang anggota polis terdiri dari unit forensik dan sebagainya turun padang ke lokasi dimana mayat wanita ini dibom sampai berkecai di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor ia sudah dikelaskan sebagai kes berprofail tinggi kerana melibatkan VIP.

Lelaki berkenaan yang tinggal di kawasan perumahan mewah Damansara Height ditahan di pejabatnya kira-kira pukul 11 pagi Selasa sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Isnin polis telah menahan dua pegawai dan dua anggota polis termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes itu.

Salah seorang pegawai polis yang ditahan itu bertugas dengan pasukan elit polis, Unit Tindakan Khas (UTK), manakala tiga yang lain di Cawangan Pengawal Pengiring Bukit Aman.

Jurucakap Jabatan Perdana Menteri telah menjelaskan, anggota UTK yang ditahan itu bukanlah sebahagian daripada pasukan tetap keselamatan peribadi Perdana Menteri.

Menurutnya dia hanyalah sebahagian daripada pasukan tersebut yang tugasnya termasuk menyediakan keselamatan secara bergilir-gilir kepada orang kenamaan Malaysia apabila melakukan lawatan ke luar negara.

Hal ini berbangkit kerana dia merupakan antara mereka yang ditugaskan mengawal keselamatan Perdana Menteri sewaktu membuat lawatan terbarunya selama tiga hari ke Islamabad,Pakistan yang berakhir Isnin.

Al Tantuya dipercayai ditembak dan mayatnya diletupkan dengan bom tangan.

Wanita itu dikatakan menjalin hubungan seks dengan penganalisis politik itu yang sudah beristeri dan mempunyai anak semasa dia melawat Mongolia tahun lepas dan hubungan itu membawa kepada kelahiran seorang bayi di Mongolia tahun ini.

Al Tantuya dan rakan wanitanya ( terdapat dua versi dalam hal ini - ada yang kata seorang rakan dan ada yang kata dua orang rakan) dari negara itu dipercayai datang ke Malaysia awal Oktober untuk berjumpa lelaki berkenaan.Mereka menginap di sebuah hotel di Jalan Hang Lekir.

Satu versi mengatakan Al Tantuya dan dua rakan wanitanya mengunjungi rumah lelaki terbabit di Damansara Heights pada 9 Okt untuk membincangkan perkara itu.

Bagaimanapun, segala-galanya tidak berjalan lancar dan lelaki itu menghubungi tiga polis untuk 'mengiringi' Anna pergi dari situ.

Rakan-rakannya kemudian diberitahu supaya beredar sementara perkara itu "diselesaikan".

Satu lagi versi mengatakan Al Tantuya pergi seorang diri ke rumah lelaki berkenaan pada 19 Oktober.

Bagaimapun cerita mengatakan dia diiringi keluar dari rumah itu oleh anggota polis adalah sama.

Apabila Altantuya tidak kembali ke hotel keesokan harinya dan gagal dihubungi, dua atau seorang rakannya itu telah bertindak melaporkan kejadian itu kepada Konsulat Mongolia di Thailand.

Kemudiannya laporan dibuat di Balai Polis Jalan Travers,Kuala Lumpur pada 20 Oktober lalu.

Difahamkan lebih sebutir bom tangan dipercayai digunakan suspek untuk meletupkan mayat Altantuya bagi menghilangkan bukti pembunuhan ke atas wanita warganegara Mongolia itu.

Mayatnya berkecai dan cebisan daging tubuhnya berselerakan sejauh 200 meter di kawasan kejadian.

Polis menjumpai baki cebisan anggota mayat wanita itu pada 1 petang Selasa berhampiran Empangan Tasik Subang di Puncak Alam.

Isnin, polis menemui lokasi mayat itu dan usaha mengumpul cebisan mayat itu selesai petang Selasa.

Unit Forensik Bukit Aman dan Unit Anjing Pengesan telah digunakan untuk mengesan cebisan anggota mayat itu dan bahan bukti sejak 9 pagi Selasa sehingga 5 petang.

Keadaan mayatnya yang ditemui berkecai menyukarkan pihak forensik mengenal pasti Altantuya dan memaksa unit itu mengambil masa lebih lapan jam untuk mengumpul cebisan daging serta tulang mangsa.

Polis enggan memaklumkan kepada media ke mana mayat itu akan dibawa selepas ianya dikeluarkan dari kawasan empangan itu.

Dalam perkembangan lain Bernama melaporkan dari Bangkok bahawa Kedutaan Mongolia di ibu negara Thailand itu telah mengarahkan konsul kehormatnya di Kuala Lumpur supaya melakukan tindakan susulan terhadap kes pembunuhan seorang wanita negara itu di sana.

Seorang pegawai kedutaan berkata mereka mengetahui siasatan kes pembunuhan itu selepas dimaklumkan oleh Konsul Kehormatnya Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi dua hari lepas.

"Kami tidak mempunyai banyak maklumat buat masa ini kerana masih menunggu butiran lanjut daripada beliau," katanya ketika dihubungi Selasa.

Pegawai itu berkata kedutaan Mongolia itu yang juga bertanggungjawab terhadap urusan di Malaysia, telah memaklumkan kes itu kepada Kementerian Luar Mongolia .

-7/11/2006

Bekas polis kanan gesa siasat semula kes Altantuya


Bekas pengarah jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim menggesa polis membuka semula siasatan ke atas kes pembunuhan wanita Mongolia Antantuya Shaariibuu kerana khuatir terdapat "banyak perkara yang tidak kena" dalam kes tersebut.

Malah, tegasnya, polis juga berkuasa untuk menjalankan siasatan berasingan dalam kes tersebut tanpa perlu menerima arahan mahupun menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Beliau mendakwa terdapat "banyak perkara tidak kena, penyembunyian bukti material dan juga manipulasi" dalam perjalanan kes berkenaan yang menyebabkan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam kes pembunuhan itu.

Dua lagi tertuduh dalam kes berkenaan, Insp Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati.

Mengulas lanjut, Mat Zain berkata polis mempunya kuasa dan juga justifikasi untuk melihat semula keseluruhan siasatan mereka sedaya upaya untuk mencari bukti.

“Tiada (pihak) yang mempunyai kuasa untuk menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka. (Peguam Negara) Tan Sri Abdul
Gani Patail pun tidak boleh (halang). Seorang pegawai polis boleh menahan, tanpa waran, mana-mana orang yang menghalang mereka.

“Peguam Negara mungkin mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalankan atau menamatkan apa-apa prosiding jenayah namun beliau tidak berkuasa untuk memalsukan, memanipulasi, menyembunyikan atau memusnahkan bukti pada bila-bila yang dia suka.

“Fahami juga bahawa IGP (ketua polis negara) bukannya pak turut AG dan bahawa polis boleh berfungsi secara bebas tanpa perlu menyesuaikan siasatan menurut kehendak AG," katanya lagi dalam kenyataan kerasnya hari ini.

Tambahnya, pendakwaan dan hukuman ke atas Azilah dan Sirul Azhar mungkin dijalankan berdasarkan "bukti palsu" yang diakui Abdul Razak dan seorang saksi dalam kes berkenaan, penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Dalam penghakiman kes berkenaan, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dijatuhi hukuman itu.